Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Abang, saya cantik tak?


Soalan apa ni? Awak selalu cantik di mata saya.


Tapi saya dah gemuk, kan berbanding dulu? - picit lemak perut


Macam mana pun rupa awak, saya tetap sayangkan awak. Awak tahu kan, saya kahwin dgn awak bukan sebab kecantikan awak.


Jadi sebenarnya saya tak cantik lah.


jeling amaran


Saya rasa saya dah gemuklah. Tengok ni, siap ada banyak stretchmark.


senyap


Sejak2 mengandung ni, memang saya dah jadi betul2 gemuk. Banyak parut lagi tu.


Saya tak pandang semua tu.


Tapi saya dah gemuk. Dan banyak stretchmark. -tarik muka.


Meh tengok sikit. -lalukan jari pada stretchmark


Eh, awak buat apa ni?


Saya nak kira berapa banyak stretchmark awak ni.


Kerut dahi. Apa?


Setiap satu line stretchmark ni, saya nak bayar awak. Sebagai balasan utk pengorbanan awak.


Tambah kerut dahi.


Kalau nanti anak yg keluar ni lelaki, saya nak suruh dia kumpul duit juga. Biar awak dapat 2x ganda pampasan.


Pampasan?! Merepeklah awak ni!


Sama lah macam awak. Tak pernah2 kira pasal muka tu cantik ke tidak. Tiba2 nak persoal.

Habis tu mesti saya pun dah tak hensem macam dulu di mata awak, kan? -bangun dan tengok ke dalam cermin.


Eh. Tak lah! Awak tu makin lama makin hensem! Kadang2 saya takut orang curi awak drpd saya! Tolonglah jangan jadi tambah hensem!! Pening kepala saya nanti! Awak tu dah paling hensem dah tahu tak!


sumbat telinga. Tak perlulah smapai menjerit. Kenapa awak ni?


Wajah tertunduk. Kalau awak semakin hensem, layak ke saya nak berdiri sebelah awak lagi...


Awak... Kalau macam tu, kalau saya dah tak hensem saya pun x layak jadi suami awak lagi ke? Macam tu ke?


Bukan! Bukan macam tu...


Awak... Janganlah insecure sangat. Saya sayang awak. Awak kena ingat tu. 


.....

orang kata, sayang dan cinta tu berbeza. tapi hakikatnya dua2 dari hati.

apa ada dengan cinta? Hanya sebuah perkataan yg di romaticized. For what...?


Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous