Darling I need you
Iman terus berfikir tentang abang sulungnya. Siang tadi ketika dia ingin berjumpa Aulia di rumahnya, dia melihat Fahmi juga sudah pulang ke rumah. Dia hairan dengan sikap Fahmi. Takkan lah abangnya itu sanggup meninggalkan kerja semata-mata risaukan isterinya yang sakit haid? Apa terukkah senggugut Aulia? Iman tertanya sendiri. Dia mengerti memang ada kes senggugut yang sehingga tak mampu berjalan. Tapi selama dia membesar abangnya tak pernah melayan nya begitu.. Mungkin, itulah kuasa cinta.
Hmm baru je nak jenguk kak aulia and ajak dia borak lepak-lepak, fikir Iman.
‘Tapi, Kak Aulia tu tak kerja ke ek?’ Iman menyoal sendiri. Siaran TV dibiar menari-nari biarpun dia tak lagi berminat untuk menonton. Seketika, dia teringat kak ngahnya pernah memberitahu yang Aulia itu memang bekerja dari rumah sahaja sebagai seorang penterjemah.
‘Kenapa dia kerja dari rumah je? Sejak dia bujang?’
Pelbagai persoalan tentang Aulia timbul dalam fikiran Iman. Pada pendapatnya, mereka yang memilih untuk kerja di rumah ini selalunya ibu-ibu yang punya anak untuk diberi perhatian. Tetapi bagi seorang yang single seperti Aulia dahulu, mengapa kerja dari rumah? Ada apa komitmen lain yang perlu diberi perhatian?
“Musykil la, rasa macam ada something je dengan Kak Aulia ni..”
“Termenung apa tu, Nurul Iman?”
Iman tersentak mendengar teguran ibunya.
“Dari tadi ibu panggil, tak menjawab pun. Ni.. baju-baju ni tolonglah dilipat.. takkan ibu nak kena urus semua baju kamu lagi? Kamu tu dah besar panjang..”
Bebelan si ibu dibalas dengan sengihan sahaja. Tangan dipaksa mencapai baju jemuran siang tadi untuk dilipat.
“Aulia tu siapa pulak? Kawan kamu kat kolej?”
“Tak..” Iman kekok. Tak mungkinlah ibunya sampai tak tahu nama menantu sendiri?
Ibu mengangkat kening, menunggu jawapan.
Iman menggaru kepala. “Kak Aulia tu, isteri along. Iman pergi jumpa along.. saje ajak borak.”
Wajah ibu sedikit berubah. “Kamu ni Iman.. kalau takde kerja, pergi cari kerja. Jangan nak menyibuk hal rumah tangga orang. Orang tu sibuk bekerja apa semua.. kamu jangan mengganggu hidup orang pulak.” Ibu membebel lagi.
“Tapi ibu.. Along dengan isteri dia tu bukan orang lain pun, keluarga kita jugak. Iman bukan nak menyibuk hal rumah tangga diorang.. Iman Cuma nak ambil tahu hal keluarga kita aje.. Kalau ada apa-apa yang boleh ditolong, Iman nak tahu.. Hal rumah tangga yang dalam kelambu tu, Iman tak campur. Pandai lah Iman atur bahagi nanti, Iman kan dah besar panjang bak kata mak.” Iman menjawab panjang. Ibu mengeluh halus.
“Budak ni, ada aje jawapannya.. Suka hati kamulah, kalau bergaduh tarik muka nanti jangan menyesal pulak!”
^^^^^
Fahmi berbaring di sebelah Aulia. Wajah mulus itu ditatap dalam senyap. Entah bagaimana dia boleh memutuskan untuk mengahwini gadis ini? Dia seperti tahu yang keputusannya itu bukan sia-sia, tapi dia terlupa apakah sebabnya. Kesibukan dan ketegangan dalam menjaga Aulia membuatkan ingatannya jadi kabur pada perkara yang tipikal seperti itu. Apakah sebab untuk jatuh cinta dan berkahwin?
Dia cuba mengingati gadis ini yang dia kenali beberapa bulan yang lalu.
Aulia menutup payung dan meletakkannya ke dalam beg. Kunci pagar dibuka dan kemudian dikunci semula setelah dia masuk ke rumah. Fahmi menegur.
“Baru balik jogging ke Cik Lia?”
“Eh, tak lah. Saje jalan-jalan ambil angin. Lagipun pergi beli barang dekat kedai 7E sana tu.”
“Oh, beli apa?”
“Biasa-biasa je..”
“Kenapa tak naik kereta je?”
“Alah, dekat aje. Lagipun memang nak ambil fresh air. Duduk rumah selalu otak pun beku. Sekali-sekala keluar, barulah senang nak fikir ayat untuk translate.”
“Oh, macam tu.. Banyak ke kerja yang nak di translate?”
“Banyak juga, ada lagi tiga page.. Kenapa? Encik Fahmi nak tolong?”
“Hahaha.. Boleh ke?”
“Boleh juga, tapi biar saya try encik Fahmi dulu.”
“Oh nak kena try ya?”
“Het groetje, ik vertrek..!”
“Eh, bahasa apa tu?” Fahmi membuntangkan mata.
Aulia ketawa besar.
“Cik Lia, itu bahasa apa?” Fahmi berkerut hairan. Bahasa yang disebutkan Aulia terasa asing di telinganya. Selama ini dia menyangka Aulia hanya menterjemah daripada Bahasa Inggeris.
“Saya masuk dulu ya..” Aulia terus tertawa sepanjang dia berjalan memasuki rumah. Fahmi dibiarkan terpinga-pinga.
Fahmi tersenyum sendiri. Sewaktu awal dulu, dia mengambil mudah kerjaya Aulia sedangkan gadis itu penterjemah puisi Belanda. Tidak ramai yang dapat menguasai bahasa itu di Malaysia ini. Malah Aulia juga mengambil kerja dari luar negara, bukanlah terjemahan untuk terbitan tempatan di Malaysia.
“Ayang..”
“Eh, sayang buat Ling terjaga ke?” fahmi tersentak apabila Aulia menegur. Aulia memandang wajah Fahmi dari tempat dia berbaring. Matanya terpisat-pisat.
“Tak, actually Ling just tidur ayam je. Ling sakit perut.. tak dapat tidur..” Jawab Aulia sambil bangkit bersanadar di kepala katil. “Tapi apa yang ayang fikirkan sambil senyum sorang-sorang? Ada apa-apa jadi kat office ke? Ha, Ling tak pernah pun dengar ayang cakap pasal office ayang..?”
“Nothing. Just… siang tadi, err, Iman. Iman, dia datang kat office sayang. Dia ajak lunch. Lama dah tak jumpa budak tu sejak dia ke Korea.” Fahmi tergagap untuk memberi jawapan. Malu sekiranya Aulia tahu dia sedang berfikir tentang isterinya itu.
“Masa Iman balik sini.. takde orang jemput dia kat airport ke?” Soal Aulia sambil membetulkan bantal. Dia ingin tahu tentang adik iparnya yang satu itu.
“Hmm, dia memang macam tu. Saje buat surprise, kononnya. Dia pun tahu semua orang sibuk, jadi dia memang tak tunggu orang kat airport pun.”
“Oh?” Aulia mengangkat kening.
“Dari dulu memang macam tu, nak pergi mana-mana tak bagitahu pun. Dah sampai baru cakap. So semua orang pun dah biasa biarkan dia macam tu.” Fahmi menambah lagi.
“That’s lonely.” Aulia mengulas.
Fahmi sedikit terkedu mendengar komen itu.
Seketika kemudian, Aulia berkerut kesakitan. Perutnya ditekan kuat. Kemudian, dia turun dari katil dan melangkah keluar.
“Ling! Ling rehatlah, kalau nak apa-apa biar sayang ambilkan. Ling nak apa?” Fahmi menegah Aulia keluar. Dia menyuruh Aulia kembali berbaring.
“Masak air panas.” Perlahan Aulia menjawab. Tangannya berpaut pada pintu.
“Ling nak minum? Biar sayang buatkan ya.. Ling rehatlah..” Fahmi bingung melihat Aulia. Sudah merengkot kesakitan pun masih gigih ingin mengurus sendiri.
Aulia menggeleng. “Bukan untuk minum.. untuk perut..”
“Sakit sangat ke perut tu?” Fahmi seperti bertanya soalan bodoh. Sejujurnya, dia tak tahu bagaimana untuk membantu. “Selalunya Ling buat apa kalau sakit macam ni?”
“Tuam perut dengan air panas. Buat air lemon. Entahlah apa lagi, dah lama tak macam ni..” Aulia berkerut seribu. Dalam keadaan sebegini, dia sendiri jadi mati akal.
Fahmi menggaru kepala.
19
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment