Darling I need you
“Tak sangka kau kata?” Iman menjerit teruja. “Wow, mesti Kak Aulia tu special gila kan.. Tiba-tiba je boleh pikat hati kau..”
Fahmi senyum sahaja. Ada benarnya kata-kata Iman itu. Tiba-tiba sahaja, Fahmi boleh memutuskan untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang baru sahaja dikenali. Istimewa? Benar, Aulia memang istimewa dengan caranya tersendiri. Kuat, dan tabah.
Seketika, dia jadi malu apabila menyedari pandangan orang sekeliling dek kerana kuatnya suara Iman. Pelayan datang menghantar pesanan mereka. Iman terus menjamah makanannya degan penuh berselera. Fahmi memandang adiknya itu atas bawah.
“Iman..” Nada suara Fahmi berubah menjadi suara dalam* sewaktu dia memanggil Iman.
“Ya, along.. Apa dia?” Iman memahami nada itu. Pastinya bebelan dan leteran akan disajikan sebentar lagi. Da sudah bersedia. Lagipula, dia juga rindukan teguran daripada abangnya itu.
“Kau bila nak berubah.. bila nak stop pakai baju macam ni? Aku risaukan kau, kau tahu tak? Entah bila kau nak pakai tudung?”
“Along.. baju ni baju perempuan laa! Korean style!!” Rungut Iman, tak puas hati dengan teguran Fahmi. Kemudian, Iman menjelaskan sewaktu dia di Korea, dia ke salun rambut untuk menyesuaikan gaya rambutnya dengan cuaca di Korea. Malangnya, sedikit salah faham dengan tukang rambut membuatkan dia terpaksa memakai topi beanie sepanjang di Korea.
“Rambut ni, aku bukan sengaja pun. Aku cakap kat orang kedai kat Korea tu nak pendek sikit je.. Nak potong bob.. Tapi orang tu salah dengar ingat aku nak bald pulak. Habis dia botakkan aku..!” Iman membetulkan topi cap nya.
Fahmi tertawa. Cerita panjang lebar dari Iman itu memang menggelikan hati. Iman terus tertidur sebaik tukang gaya rambut itu mula memotong rambutnya. Betapa Fahmi mengawal riak.
“Nasib baik dah sampai Malaysia ni rambut dah panjang sikit. Tapi itupun still Kak Aulia fikir aku ni lelaki..” Iman tarik muncung.
“Kau ni, tak habis-habis buat aku risau..” Ujar Fahmi separuh berbisik. Dia terus memerhati gaya penampilan adiknya itu sambil menggeleng-geleng.
“Kau jangan bagitau dia aku tipu dia tau.. Nanti aku mengaku sendiri. Aku bukan sengaja, dia yang serkap jarang..” Pinta Iman, enggan kakak iparnya berfikir yang bukan-bukan. Biarlah salah faham itu dia sendiri yang jelaskan nanti.
Fahmi mengeluh halus.
“Kau duduk mana, Iman? Rumah sewa kawan kau ke? Kalau angah tahu kau tak balik rumah mesti dia bebelkan kau..”
“Mana ada.. Aku dah serik dah. Bernanah telinga aku kalau angah tu membebel..” Iman menggaru kepala. Tak betah dituduh sebegitu. “Aku duduk dengan ibu, la.. Aku fikir, siapa lagi nak teman ibu kalau bukan aku yang masih single lagi ni..?”
Wajah Fahmi mengendur. Hatinya terbakar mendengar nama itu. “Sihat lagi orang tu...?”
“Macam biasalah..” Iman menghirup air dari straw. “Kadang-kadang ibu pening kepala sebab sakit darah tinggi. Dahlah tu, ibu kuat membebel. Macam-macam benda dia suka fikir dan serabutkan kepala dia sendiri.”
Fahmi diam tak peduli.
“Along, baliklah... Rumah tu rumah ayah. Tempat kita semua membesar. Jangan sampai rumah tu jadi tempat asing bagi kau.”
“Nantilah.”
“Nanti bila? Raya? Macam selalu?” Tempelak Iman. “Sudah-sudah lah, along.. Ibu tak salah apa-apa pun.. Benda nak jadi, kan?”
“Kau tak faham, Iman..”
Semena, Fahmi mendapat satu mesej. Dia berkerut seribu.
“Siapa?” Soal Iman, hairan melihat riak wajah abangnya itu.
“Aulia… Minta belikan pad dengan panadol.”
“Oh, dia period ke?”
“Jap eh..” Fahmi bangkit sambil mendail nombor Aulia.
Seketika kemudian, dia kembali semula ke meja makan.
“Eh, sekejapnya?”
“Dia tak angkat.”
“Oh..”
Melihatkan kerutan di dahi Fahmi tidak mengendur, Iman cuba menenangkannya.
“Dah jadi suami orang ni kena lah biasakan diri belikan pad untuk isteri. Nanti bila dah ada anak, beli pampers pulak. Kalau anak perempuan, dah besar, belikan pad untuk anak pulak.. Chill lah, lelaki yang macam ni baru orang pandang tinggi.” Iman menasihatkan bersama senyuman kecil seraya dia bertanya, “kau tahu tak jenama apa yang dia pakai?”
Fahmi mengangguk. Semena dia meletakkan sudu garfu. Dia merenung kosong. Cuba memikirkan keadaan Aulia sekarang. Seketika dia menggelengkan kepala. Membuang jauh-jauh kemungkinan yang negaif. Dia cuba menghabiskan makanannya dengan tenang.
Iman sekadar mengeluh halus. Tak menyangka abangnya kini sudahpun berumah tangga. Dia berharap abangnya itu menjadi suami yang bertanggungjawab.
^^^^^
Fahmi terus pulang dengan segera. Dia tak senang duduk memikirkan Aulia sendirian di rumah. Dia lebih rela mengambil cuti kecemasan (emergency leave) dan pulang menjenguk Aulia. Pesanan Aulia sudahpun dia belikan. Apa yang membimbangkan Fahmi, dia tak pernah melihat Aulia mengambil panadol ketika haid. Atau.. mungkin dia tak perasan?
“Assalamualaikum..” Perlahan Fahmi membuka pintu. Kemudian dia terus mencari kelibat Aulia.
“Aulia..?” Fahmi mengejutkan Aulia yang sedang terbaring di katil. Bimbang pula sekiranya wanita itu sebenarnya pengsan atau apa-apa. Lega hatinya melihatkan isterinya mula membuka mata.
“Ayang dah balik? Pukul berapa dah?” Aulia bangkit lantas mengusap muka yang bersememeh.
“Sayang risaukan L—Ling. Ling okey tak?”
“Lia sakit perut. Tak boleh fikir apa-apa sebab sakit sangat.” Aulia menjawab perlahan. “Maaflah, susahkan ayang. Stok Lia habis pulak. Fikirkan nak minta tolong carer untuk belikan, tapi Kristine suruh Lia cakap dengan ayang. Maaflah, buat ayang risau pulak..”
“Ling okey tak ni?”
Aulia senyum segaris.
“Ling dah makan? Ni sayang dah belikan ubat..” Fahmi meletakkan bungkusan ubat di meja katil.
Aulia menggeleng.
“Aulia belum makan ke? Sekejap lagi sayang buatkan roti bakar, nak?”
Semena, Aulia menangis. Aulia menggeleng lagi. Dia muak dengan roti.
“Kenapa nangis?” Fahmi melabuh punggung di sisi Aulia. Risau, dia cuba memujuk hati isterinya. “Tak nak roti? Lia nak apa? Makan roti dulu ya, Lia kena isi perut untuk makan ubat..”
“Tak nak..!” Tiba-tiba Aulia membentak. Aulia merintih sakit. Perutnya ditekan-tekan.
“Lia.. kita ke klinik ya?” Fahmi memujuk lagi.
Aulia menggeleng buat kesekian kalinya. Fahmi tak keruan melihat Aulia terus menangis. Air mata Aulia dia usap lantas memapah wanita itu bangun ke dapur untuk mengisi perut.
“Okey.. Lia nak makan apa? Jom, kita ke dapur?”
Memasuki dapur, Aulia terus membuka peti sejuk. Sambil menahan sakit perut, dia mengeluarkan beberapa bahan masakan. Kemudian dia menarik sebuah buku dari dalam almari. Buku kecil yang penuh berdebu itu ditiup bersih. Aulia membuka dan menunjukkan sekeping muka surat yang tertulis resepi pasta mac and cheese.
Fahmi terkejut melihat tajuk buku resepi itu. Easy Cheesy Meals.
“Lia memang suka makan cheese, ya? Tengah sakit perut pun berselera cheese?”
Aulia mengemam bibir. Resepi ditarik balik perlahan.
“Eh, takpe lah. Its good Ling still ada selera. Macam ni baru boleh cepat baik.” Fahmi cepat-cepat menarik kertas itu semula. Dia meneliti resepi yang diberikan. “So, sayang kena masak western lah ni?”
Aulia menyengih janggal.
“Tapi sebelum tu, kena lah isi perut dulu. Nak masak ni lama.. Ling kena makan ubat.. Makan sikit ya?” Fahmi membuka peti sejuk. Dia ternampak semangkuk kentang putar yang berbaki daripada malam kelmarin. Terus dia panaskan makanan itu di dalam ketuhar mikro (microwave). “Makan ni, okey?” Pujuk Fahmi lagi.
“Thank you.” Aulia mengambil sudu yang dihulurkan Fahmi.
Setelah selesai mengambil ubat, Fahmi menyuruhnya tidur dahulu sementara menunggu makanan siap.
“..Lia.. jom makan? Dah nak maghrib ni..”
Aulia bangun perlahan-lahan. Setelah menyegarkan muka di tandas, dia duduk bersama Fahmi. Aroma hidangan yang begitu menyelerakan membuatkan dia jadi sebak. Air mata mengalir.
“Lah.. jangan lah menangis lagi.. Kenapa ni? Sakit lagi?”
Aulia menggeleng. Air mata segera dikesat. Dengan suara serak dia mengakui, “Lia terharu.”
Fahmi terkelu. Hatinya berbunga.
“Dah, jemput makan..” Aulia cepat-cepat mengambil pinggan. Perasaan sebak disingkir. Dia benar-benar bersyukur Fahmi ada menemaninya. Kalau dia sendiri, pasti dia kelaparan sehingga esok.
18
*****
Rasa macam dah bertahun lamanya tak buat scene family adik-abang apa semua.
Yang paling aku kesalkan dengan watak2 yg aku sayangi ni kan, like why theyre perfect like that? Aku tak mampu jadi macam diorang pun.. Hmm, mungkin di situ lah kelebihan allah ciptakan imaginasi..
:: update mak->ibu on may
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment