Darling I need you
“Jadi, Mi bukan mandul tapi gay?” Soal Aulia, sambil tertanya sendiri. Kemudian dia menggeleng-geleng. “No, no.. actually, Mi trauma?!
“What?” Fahmi tak memahami perkiraan Aulia.
“Sebab kalau betul Mi gay, Mi dah lama go through with the plan.” Aulia menduga.
“Itu sebab sayang ingat pada Allah. Hubungan gay ni kan dilarang dalam islam.. Takkanlah sayang nak buat macam tu?” Fahmi menjelaskan, cuba melindungi diri.
“No…” Aulia cuba merasionalkan fikirannya (rationalize). “Dia tak buat apa-apa pun kat Mi kan?”
Fahmi membuang pandang dengan dahi berkerut seribu.
“Entah-entah Mi yang terlebih fikir. Bila Mi pandang lelaki entah apa yang ada dalam fikiran Mi?”
“Lia! Apa ni?!” Fahmi tiba-tiba melenting mendengar soalan itu. Padanya, soalan itu melampaui batas. “Dah, saya tak nak cakap pasal semua ni.. Cukup!” Fahmi bangkit ingin melarikan diri daripada perbincangan. Aulia menarik tangan lelaki itu.
“Jadi, kenapa ayang pilih Lia untuk jadi isteri ayang? Sekadar untuk cover up the fact yang ayang gay? Untuk kaburi mata masyarakat?” Aulia merenung tepat ke dalam mata Fahmi. Dia mencabar lelaki itu.
“No! Takkan lah saya nak seksa hati seorang perempuan semata-mata sebab nak tutup mulut orang mengata? Plus, takde siapa pun yang tahu tentang ni dan takde siapa pun yang mengata. No such thing, Aulia..!” Fahmi terus marah-marah.
Aulia senyum sinis. Kening sebelah diangkat.
“Tapi kita kahwin sebab mak ayang paksa ayang kahwin kan? Semata-mata sebab nak kaburi mata mak ayang je kan? That’s exactly what youre doing.” Kolam mata Aulia bergenang.
“Lia… Keluarga saya pun tak tahu tentang hal ni.” Fahmi mengerti salah faham yang difikirkan Aulia. Dia memegang bahu Aulia. Cuba memujuk wanita itu daripada berasa dipergunakan. “Saya pilih awak.. sebab saya tahu awak perempuan yang baik.. Saya harap suatu hari nanti.. awak boleh bantu saya untuk jadikan saya lelaki normal balik.”
“Jadi kenapa? Kenapa ayang tolak Lia? Kenapa ayang nafikan Lia?” Air mata mengalir. Aulia membiarkan sahaja. Dia terus merenung wajah Fahmi, membuatkan lelaki itu kalah.
“Saya tak bersedia lagi.. Lelaki dengan perempuan tak sama.. Saya takut saya tersilap nanti… Saya takut, Aulia..” Fahmi menunduk. Malu dengan diri sendiri.
“Itu ke yang ayang fikirkan selama ni…?” Aulia memahami apa yang cuba diperkatakan.
Fahmi membuang pandang sambil meraup wajah.
“Kalau takut, mulakan dengan bismillah. Allah bantu..”
Sehabis mandi, Fahmi menggosok baju yang akan dipakai untuk ke kerja. Entah bagaimana, baju yang sudah digosok semalam terjatuh dari penyangkut dan kembali berkedut. Fahmi mengerling jam. Masih sempat jika dia ingin menggoreng nuget untuk sarapan. Semena, Dia terdengar esakan Aulia. Dia segera menyiapkan bajunya dan pergi mendekati Aulia.
“Aulia, you okay? Dah makan ubat?” Dia menyoal Aulia yang bersembunyi di dalam selimut.
“Belum..” Aulia menjawab sambil terus teresak.
“Kenapa ni, Aulia? Sayang ada buat salah ke?” Fahmi menyoal lagi sambil mengusap kepala Aulia. Cuba untuk menenangkan isterinya itu.
“Tak..” Serak suaranya kedengaran sambil dia menggeleng. Masih di balik selimut. “Ling yang salah.. Ling sedar, selama ni ayang terus je guna panggilan mesra kita walaupun Ling guna panggilan nama.. Im sorry, Ling derhaka kat ayang.”
“No, don’t say that.” Fahmi memujuk. Dia membawa kepala Aulia dekat dengan ribaannya. “Lia kan sakit.. Kalau Lia tak selesa then its okay. Sayang okey je, asalkan Lia selesa.”
“And..” Aulia membuka selimut ke paras mata. “Sorry for last night.”
“Mulakan.. dengan bismillah?” Fahmi menatap mata Aulia.
“Ya, bismillah..” Aulia meyakinkan.
Fahmi membelai rambut Aulia.
“Tapi, hari ni tak boleh.. Allah bagi cuti.”
Tawa meletus dari mulut Fahmi. “Itu bukan salah Lia kan? Janganlah sedih pulak.. Lebih penting untuk Lia rehat. Kan Allah bagi cuti..”
Aulia mengangguk dalam segan.
“Lia nak makan apa hari ni?” Soal Fahmi sebelum kemudiannya membetulkan. “Eh, its darling from now on right?”
Aulia senyum segaris.
“Cantik..” Fahmi ikut tersenyum.
Aulia tersentak menerima pujian itu.
“Sayang siapkan breakfast ya.. Darling mandi lah dulu, segarkan badan. Nanti sayang tolong tukarkan cadar ni.. “
Aulia tersentak lagi. Dia memandang cadar yang sudah bertanda merah. Aulia jadi kalut. Dia cepat-cepat bangun.
“Im sorry..!”
Fahmi mengulum senyum. “Its okay, darling..”
Fahmi senyum sendiri mengingatikan Aulia. Sepertinya hidup wanita itu diselang-selikan dengan warna-warna ceria dan kelam. Semalam, dia ketawa gembira. Hari ini, dia mulakan harinya dengan tangisan. Sungguh di luar jangkaan. Atau..?
Fahmi mengingati hakikat yang Aulia baru mula haid semalam, dan selalunya hari pertamanya memang akan dihiasi dengan senyuman. Tapi hairan, bukankah sepatutnya dia terus gembira sepanjang haid? Selalunya begitu.
Fahmi tertanya sendiri. Kemudian dia memutuskan untuk bertanya kepada Kristine nanti. Semena, kuali berasap.
“Allah.. hangus pulak!”
^^^^^
“Along!”
“Eh, apa kau buat kat sini?” Fahmi terkejut disergah sebaik turun dari pejabat.
Iman menyengih. “Assalamualaikum..”
“Macam mana kau tahu alamat pejabat aku?” Soal Fahmi dengan dahi berkerut memandang Iman.
“Aku mintak angah..” Bersahaja Iman menjawab sambil menyengih lagi.
“Hmph, ingatkan kau stalk aku..” Fahmi mengurut dada.
“Buat apa nak stalk? Kita kan keluarga..?” Iman tertawa kecil mendengarnya.
Fahmi mengeluh halus. “Kau nak apa?”
“Saje.. Jumpa along asing-asing dengan Kak Aulia. Nak korek rahsia korang satu persatu.” Ujarnya. “Jom lunch. Kau belanja.”
“Eh, kenapa aku kena belanja kau pulak?” Fahmi mengerutkan dahi. Mentang-mentang dia mengajak Fahmi makan dekat dengan kawasan pejabatnya, Fahmi pula yang kena mengeluarkan belanja?
“Sebab kau dah kalah bet.”
“Along.. macam mana kau boleh jumpa jodoh kau tu? Betul ke masa first jumpa dia, tulang rusuk kau bergetar?” Iman mengeluarkan soalan cepumas secara bertubi-tubi. Sejurus kemudian, dia tersengih nakal menunjukkan barisan giginya yang teratur. Fahmi berasa jengkel dengan usikan Iman. Bahu Iman dipukul lembut.
“Kau merepek apa, Iman? Aku lempang sekali kang, berterabur gigi kau!” Fahmi memarahi adiknya itu.
“Eleh, aku tanya je. Itu pun nak lempang.” Iman mencebik. Mereka berlabuh duduk di salah sebuah meja di kedai makan itu.
“Takde lah.. Tahun lepas masa angah nak kahwin, kau suruh kahwin je jangan tunggu kau. Kau tak kisah angah langkah bendul, even kalau aku langkah bendul pun kau tak kisah. Kau kata kau lambat lagi nak kahwin.. Tapi kan betul cakap aku? Kau mesti kahwin punya tahun ni..! So, ini bayaran kau sebab kalah bet dengan aku.”
Fahmi menggeleng kepala. Ada-ada aje budak seorang ni.
Memikirkan soalan Iman, Fahmi tersenyum kecil. “Entahlah, aku pun tak sangka.”
17
-mesti korang macam sedikit frust kenapa aku tak simpan cerita gay fahmi ni ke belakang cerita lagi.. like wujudkan tension dia takmo btau .. aulia dapat tahu sendiri or something.. you know why? Because theres a lot of other places to create tension in. ((lured you *winks* hihihihihihi))
-Aku still kabur lagi idea macam mana nak kasi mak si fahmi ni muncul. So sebelum mak dia muncul aku nak buat watak adik-adik dia dulu. So ill focus on that and not this ‘aku telah ternoda sebab tu aku jadik gay’ story. Kalau nak baca cerita macam tu, baca cerita fitrah cinta. But disclaimer alert; opening dia sangat sadis. Aku pun tak sangka aku sekejam tu hahahaa.
-uwu? Iman???
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment