Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
“Mi..! Tolong Lia boleh?” Aulia terus menarik Fahmi masuk ke rumah.
“Ya?” Soal Fahmi sambil mereka berjalan ke dapur.
“Tolong potong sayur.. Lia nak masak something la..”
Fahmi merenung wajah Aulia. “Sayur je? Bawang?”
“Takyah kut.. pakai paste je..” Ujar Aulia. Kemudian dia mendapatkan pengisar dan menyambung menyiapkan makan malam.
Fahmi memerhati. Aulia nampaknya sudah semakin berani untuk ke dapur semula. Dia gembira melihatnya.

“Mi dah mandi belum?” Soal Aulia setelah mereka senyap seketika.
Fahmi berkerut mendengar soalan itu. Dia memandang dirinya. “Be.. lum?”
“Eee, bushuk..!” Aulia mengusik.
“Eei, kan Lia yang suruh sayang tolong sini…” Fahmi menggetus.
“Hahaa.. Saje tanya..” Aulia menyengih. “Mi dah solat?”
“Dah tadi kat tempat kerja.” Fahmi menyambung menyudahkan potongan sayur.
“Tak nak tanya Lia?” Soalan Aulia membuatkan Fahmi berasa jengkel (annoyed).
“Lia dah solat?” Fahmi menjuling mata ke sisi.
“Hari ni.. Allah. bagi. cuti!” Aulia menyebut satu persatu. Seperti sengaja menunjuk-nunjuk.
Fahmi mengangkat kening. “Oh, patut lah..”
Aulia menyengih lagi.

Seketika, Fahmi melihat Aulia memasukkan kentang putar ke dalam mangkuk hidangan. Fahmi menganga.

“Lia buat sendiri ke ni?”
“Haah.” Aulia membalas ringkas. “Nak letak black pepper ke tak nak?” Aulia berfikir sendiri.
Fahmi tidak menjawab. Dia terlalu teruja melihat masakan Aulia.
“Black pepper masuk dalam kuah lah.” Aulia memutuskan.
“Kuah pun Lia pandai buat?” Fahmi tambah teruja.
“Ya laa.. Dah buat mashed potato mestilah kena ada kuah. Baru la ajet-ajet KFC gitu.” Aulia

Fahmi tertawa. “Ini apa? Dapur AFC? Aulia’s Fried Chicken?”

“AFC? Dengar macam Aulia’s Fan Club pulak.” Aulia ikut tertawa. Dia menutup api dapur (stove) dan mengetos pasta yang sudah direbuskan. Kemudian dia meletakkan kuali dapur ke atas dapur. “Tapi hari ni takde ayam goreng. Lia buat ayam panggang.” Ujar Aulia sambil mengangkat kening. Kemudian, oven berbunyi.
Fahmi membuntangkan mata. Dia terus berjalan ke arah oven.

“Kalau macam ni, okey la.. Sayang takkan menyesal masuk AFC.” Ujar Fahmi, bangga.
“Fan club?” Aulia tertawa.

“Lia keluar ke tadi? Beli barang-barang ni semua?”
“Tak lah. Semua bahan-bahan ni jiran sebelah yang bagi.”
Mata Fahmi mencerlung memandang wajah Aulia. Dia tak percayakan semua tu.
“Ya lah, mestilah Lia pergi beli..! Siapa nak bagi barang-barang ni sebiji ikut resepi..!” Aulia mentertawakan suaminya itu. “Itu lah.. tanya soalan bodoh lagi..!”
“Pandai Lia kenakan sayang, ya..”

“Mi.. pergi lah mandi dulu.. Nak masuk waktu dah ni.. Sementara Lia siapkan kuah ni, Mi pergi lah mandi dulu..”

“Okey.” Fahmi menurut. Seketika dia berpaling semula kepada Aulia. “Sayang nak cakap something.”

“Ada apa?”

“Lepas makan nanti sayang cakap.”



Selesai solat Maghrib, Fahmi terus ke meja makan. Melihatkan makanan enak yang sedia terhidang, dia terus membaca bismillah dan mula menjamah. Aulia turut serta. Tak jadi menunggu perbincangan dengan suaminya.

Aulia mencicah dada ayam dengan kentang putar. Tidak cukup dua pinggan pasta, dia terus menikmati kentang putar yang ada sepuas hatinya.
Fahmi senyum sahaja melihatnya. Senang melihat isterinya begitu. Dia mengangkat pinggannya yang sudah kering ke sinki dapur. Kemudian kambli duduk mengisi air ke dalam cawannya. Wajah Aulia direnung bersahaja.

“Lia.. lahap sangat ke?” Aulia terhenti. Tidak senang apabila ditenung berpanjangan.
“Its okay. Berselera tengok Lia makan, sampaikan sayang pun ikut kenyang.”
Aulia menyengih. “Sorry, tetiba craving nak makan mashed potato. Sebab tu Li- Lia buat banyak.”
Fahmi senyum lagi. Meyakinkan Aulia semuanya tak apa.

“Mi kata nak cakap something? Apa dia?” Soal Aulia sambil mencedok lagi kentang putar ke dalam pinggannya.
“Err..” Fahmi menggaru kepala.
“Oh, tadi adik Mi yang datang tadi tu.. Dia pesan kata nak tuntut pampasan.” Aulia teringatkan hal petang tadi. “Pampasan apa, Mi?”
“Pampasan?” Fahmi sedikit terkejut. “Dia cakap macam tu?”
“Haah.” Balas Aulia.
“Bertuah punya budak..!” Fahmi berbisik marah.
Kenapa?” Aulia hairan.
“Entah lah, sayang pun tak tahu apa yang dia cakapkan.” Fahmi menggaru leher. “Dia bergurau je kut.”
Aulia mengangguk-angguk.
“So, Mi nak cakap apa?”

Fahmi merenung wajah Aulia. “Kita cakap lepas Isyak lah.. Lia makan lah dulu.”
Azan Isya’ berkumandang. Mereka berbalas renung.



Selepas selesai mengemaskan meja makan, Aulia duduk di sisi Fahmi. Siaran TV yang terpasang diperlahankan suaranya.
“Mi.. kalau ini pasal result yang Dr Brent bagi tu.. Mi jangan lah risau. As long as Fahmi percayakan diri Fahmi, mesti Fahmi boleh sembuh. Kita doa banyak-banyak. Allah akan bantu..”

Fahmi serba salah mendengar nasihat Aulia.

“Lia.. sebenarnya, sayang tak mandul.”
Aulia tersentak mendengar kata-kata Fahmi itu.

“Masa final year kat universiti dulu, sayang ada sorang kawan ni.. roommate sayang.. dia ni pelik-pelik orangnya, tapi dia okey. Tapi sayang tak tahu pulak yang dia gay. Satu hari, kitorang tengok movie kat bilik, kat laptop.. movie tu biasa je.. galaxy of the guardians..” Fahmi bercakap sebutir demi sebutir. Dia menceritakan kepada Aulia dengan perlahan-lahan. “Sayang tak tau kenapa.. dia.. tiba-tiba… macam mana saya nak cakap ek.. hmm.. dia.. goda saya.. “

“I am Goord.”
Fahmi mentertawakan watak bodoh yang ada di dalam skrin. “Dia cakap itu je, tapi semua orang faham. Hebat betul chemistry diorang!”
Majid ikut tertawa. Dia menoleh memandang Fahmi.
“Hai, Mi…” Ujarnya setelah tawanya terhenti.
Seketika, Fahmi berpaling melihat rakan sebiliknya itu. Nafas hangat lelaki itu nyata mengenai lehernya.
“Kau kenapa, Jed? Ada jerawat ke?” Soal Fahmi, mengusap pipinya mencari kalau-kalau ada jerawat yang timbul.
“Ehmm..” Majid seperti tersentak dari lamunan. “Sorry. Takde apa-apa lah.”
“Kau ni kenapa?” Fahmi jadi hairan.
“Sorry.” Majid terus bangkit. Dia mengambil bantalnya dan melangkah keluar. “Aku tidur ruang tamu malam ni.” 

"Esoknya dia terus pindah rumah. Duduk dengan orang lain sampai habis pengajian. Lepas dia keluar, saya jumpa satu surat ni, dia tinggalkan dalam laci meja dia.. Katanya, dia minta maaf. Dia dah lama perhatikan saya. Kalau dia stay lebih lama, mungkin dia akan attack saya.” Fahmi mengeluh kecil. “Tapi yang peliknya.. sejak kejadian tu.. saya asyik pandang semua lelaki.. saya jadi interested..
Sebab tu lah.. setiap tahun, saya mesti akan pindah rumah, cari housemate baru. Kalau saya stay lama-lama dengan orang yang sama.. mungkin saya akan buat benda yang sama macam apa yang dia pernah buat kat saya.”

16

-orang tu tunggu dia abis makan sampai kering pinggan. Pastu dia boleh tanya tadi kata nak cakap something? Ye laa, kau tengah makan kut.. nanti kau tersedak aku jugak yang susah. Ahahahahahahaha
-hmm fahmi is keeping a lot of secrets. **eye rolls (juling sisi)

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous