Darling I need you
“Mi.. Lia dah order KFC. Jom kita pergi ambil take away. Tu, nasi pun dah siap masak.”
Fahmi yang baru habis mandi melihat ke arah periuk nasi yang ditunjukkan Aulia.
“Kenapa tak makan sana je?” Soalnya, kehairanan.
Aulia berdiam. Dia menggaru kepala. “Lia.. tak sedia lagi nak duduk luar lama-lama.”
“Oh, okey.” Fahmi memahami. “Lia nak ikut atau sayang pergi sendiri?”
“Ikut! Lia bosan…”
“Mi.. Mi…!” Aulia memanggil.
Fahmi tidak menjawab.
“Ayang!!” Aulia menyentuh lengan Fahmi.
Fahmi tersentak. Suara Aulia terasa berdengung di telinga.
“Ya?” Soal Fahmi dengan wajah kosong.
“KFC belah sana la.. Ayang nak ke mana ni?” rungut Aulia, menggerutu.
“Oh, sorry.” Fahmi masih merenung kosong. Riak wajahnya tak berubah sedikitpun. Tetap poker face.
Aulia jadi risau.
“Mi.. jangan lah risau sangat dengan keputusan tu. Yang penting, we try our best supaya Mi sihat balik. Life is not the same bila kita bukan sihat 100%. You just go for treatment and slowly get better, okay. Tak lari gunung dikejar. Lia support Mi buat treatment sampai sihat.” Aulia memujuk penuh prihatin (concern). Dia tak senang hati jika Fahmi berfikiran kusut semata-mata disebabkan hal ini.
“Now, kita makan KFC dulu ya..?”
Aulia terus turun sebaik sahaja Fahmi memberhentikan kereta di dekat sebuah premis KFC. Fahmi mengeluh halus. Dia benar-benar tak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaannya kepada Aulia, sedangkan Aulia seperti menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya.
^^^^^
“Dr, the truth is…” Fahmi mengemam bibir. Padanya pandangan Dr Brent terasa seperti pandangan singa yang ingin menerkamnya. “Saya takut… because I don’t have any experience.”
Dr Brent cuba untuk menahan gelak. Baginya, itu satu alasan tak munasabah kerana perkara seperti ini sepatutnya menjadi fitrah bagi lelaki. Dia menggeleng kepala.
“Well there’s always a first time for everything. Maybe, just go for it and leave it to nature.” Dr Brent bersikap positif.
“Saya tak nak Aulia sakit.” Fahmi beralasan lagi. Dia mengelak daripada bertemu pandang dengan Dr Brent. Sebolehnya dia ingin menyembunyikan perkara itu.
“Maybe you could discuss it with Aulia, she’s your wife isnt she? This is a matter you should discuss with your partner. Plus, Aulia is very open minded. She’d help you through this.” Dr Brent menasihatkan. Banyak juga kes di mana pesakit sering merahsiakan atau menyembunyikan kehendak nurani daripada pasangan mereka.Kononnya ingin menjaga hati dan perasaan.
“What if…?” Fahmi menggumam.
“Yes sir?”
Fahmi berat mulut untuk mengakui hal yang selama ini disimpan sendiri dalam hatinya. Namun apabila dia fikirkan Aulia sampai sanggup bertanyakan kepada pakar untuk dirinya, dia merasakan dia juga harus berbuat sesuatu untuk Aulia. Tapi, menceritakan hal seperti ini seperti mendedahkan seribu satu aib dirinya sendiri. Jujur, dia sangat keberatan.
“Sir?”
“I prefer men.” Fahmi terlepas kata. Cepat-cepat dia menyambung, “but its prohibited in our religion.”
Dr Brent terkejut mendengar pengakuan itu. Dia berkerut dahi.
“So youre saying that youre gay?”
Fahmi berkerut dahi. Tidak tahu untuk menafikan atau mengiyakan. Biarlah apa sahaja pendapat doktor itu. Yang dia tahu, dia belum pernah melampaui batas agama. Dia masih mengakui hukum Islam.
“Anyways, your preference is something I cant help with. Try to discuss it well with Aulia. Don’t be shy, and just have a talk on this. For the sake of your relationship.”
Fahmi diam. Dia jadi serba salah dan tak selesa.
“Aulia is very strong so you shouldn’t be afraid of being honest with her. Five years ago, she started to think about suicide but now she’d never give up on living. She might need help, but that’s strong enough. Many people never even think about coming to the hospital.” Dr Brent menasihatkan dan menggalakkan (encouraging) Fahmi untuk membincangkan perkara ini bersama Aulia. Fahmi menelan liur.
“You may come again for consultation if you want to…”
“Hoi!”
Fahmi tersentak.
“Jauh mengelamun? Gaduh dengan kesayangan ke?” Soal rakan sekerjanya dengan pandangan yang agak sinis.
“Tak lah..” Fahmi tergagap menafikan.
“Aku tak kisahlah apa hal kau dengan isteri kau, tapi hal personal jangan dibawa ke pejabat. Tu, bos asyik keluar pejabat menjeling kau aje.. Kerja dia bagi dah siap belum?”
Fahmi menyedari jam sudah begitu hampir dengan waktu submission tugasannya. Dia segera menyiapkan kerjanya. Fikirannya sarat memikirkan Aulia sahaja. Ingin dia segera menghabiskan semua tugasan dan pulang ke rumah bertemu isterinya itu.
“Assalamualaikum, ini rumah Abang Fahmi ke?”
“Ya..?” Aulia berkerut melihat lelaki yang muncul di depan rumahnya itu.
“Kak Aulia?” Lelaki itu kemudiannya memperkenalkan diri sebagai adik Fahmi.
Aulia menjemput tetamu itu masuk untuk secawan kopi.
“Maaflah, Iman baru balik dari oversea. Hari tu jadi student exchange kat Jeju. Akak sihat?” Adik Fahmi yang bernama Iman itu berbasa-basi.
“Alhamdulillah, sihat.. Jemputlah minum. Cari Fahmi ke..? Dia..”
“Haah, angah kata along dah kahwin. Tapi mak tak restu. Pastu korang belum buat kenduri kan..?” Laju Iman memotong tanpa dapat dicelah. Bahkan dia langsung tidak menjaga kata-katanya. “Saja la, Iman nak kenal dengan kakak ipar. Lagipun nak tahu plan korang. Nanti nak buat kenduri bagitau tau. Biar Iman plan untuk korang. Iman nak buat daebak punya..”
Aulia tertawa mendengar celoteh Iman. Dia tak ambil hati, menyedari perangai buruk si adik ipar. “Haha, Iman ni minat K-pop ke?”
“Hehee..” Iman menggaru kepala.
“Lia tak sangka pulak akan jumpa fanboy. Selalu Lia jumpa, yg minat K-pop ni, perempuan je.” Aulia cuba bersikap selamba. Dia memerhati gaya rambut dan pakaian oversized T-shirt yang dikenakan adik iparnya itu. ‘Stylo betul..!’
“Ramai je lelaki baya-baya Iman yang minat K-pop. K-pop tu semua orang minat, kak..” Balas Iman, semena tersipu.
“Ya, Lia tahu. Cuma tak sangka jumpa fanboy depan mata. Hahaha..” Aulia terus ketawa. Terasa kekok pula kerana tiada Fahmi yang sepatutnya menemani mereka. Tak manis pula jika jiran yang lain berkata.
“Along tak balik kerja lagi ek? Iman kena balik ni… Nanti hujung minggu ni Iman datang lagi.” Iman melihat jam tangan.
“Haa, Fahmi kata dia balik lewat hari ni…” Ujar Aulia, lega apabila Iman menyebut hal itu. Cepat-cepatlah tetamu tak diundang ni pulang. Dia risau pula berdua dengan lelaki bukan mahram.
“Oh, maaflah. Iman datang macam ambush akak pulak.” Iman menggaru kepala lantas segera bangun. Terasa serba salah pula. “Nanti bila along balik kirim salam kat along ek. Cakap Iman datang tuntut pampasan.”
Aulia turut bangkit dan mengiringi tetamunya itu ke pintu pagar.
“Oh ya, kak.. Boleh saya ambil nombor akak? Kalau ada apa-apa nanti boleh terus inform. Along tu bukan nak reply sangat..” Aulia menurut apabila nombor telefonnya diminta Iman.
Kemudian, Fahmi pulang di depan rumah. Dia terus keluar kereta apabila melihat batang tubuh lelaki ada bersama Aulia.
“Along, aku balik dulu. Hujung minggu ni kau free? Nanti aku datang lagi, ek..” Iman sempat menyapa berdama kenyitan mata sebelum dia menaiki kereta sewa yang ditempahnya (grab).
15
-Kalau buat scene beli makan luar je mesti kfc, sebab apa? Sebab dinner mesti lah nak makan berat, takkan nak hadap burger aje?
-Sejujurnya, at first aku memang nak buat dia mandul.. but like, banyak gila info yang aku nak kena cari dan hadamkan so aku macam serabut. Plus, Aulia punya pmdd pun nampak macam just the usual clinical depression or the like dan tak macam pmdd sangat.. ((huhu.. menjadi ke tak issue yang aku nak bawakkan ni sebenarnya *,*”)) so aku opt to lgbt sebab selama ni pun aku dah banyak buat citer dan scene macam tu so like celup2 idea lama hahaa.
-adik Fahmi minta pampasan apakah?
-btw, gaya ayat aku banyak ikut macam ayat dalam english punya gaya enn.. ((awkward))
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment