Darling I need you
“Should I worry?”
“Drawings on her legs, in red? All red?”
“Yes..”
“Make time on the weekends to come and see me. Shell be okay if she takes her meds. But shed feel better if she comes for a visit.” Ujar kristine “Does she take her meds on time?”
“Hari tu ada terlupa ambil. Dan dia sangat concern, siap marah saya suruh saya ingatkan dia.”
“That’s good. She knows how important her meds are. So yeah, just come for a visit.”
Fahmi datang awal pagi ke hospital. Sengaja dia memilih untuk berjumpa Kristine pada pagi Ahad itu kerana kebetulan temujanji dengan Dr Brent juga pada hari yang sama. Fahmi sudahpun memberitahu Kristine tentang itu. Dan dia pergi melalui pemeriksaan awal dengan ditemani Aulia.
Sebaik tiba di pejabat Kristine, Aulia mengeluarkan kertas-kertas yang di bawa dalam begnya. Kristine meneliti semua kertas cetakan yang telah diwarnakan itu. Aulia duduk gelisah. Dia kelihatan protective pada dirinya sendiri.
“How do you feel?” Soal Kristine.
“It’s hard, Kristine. It’s just… hard.” Perlahan Aulia menjawab.
“But youre coping, I could see that.” Balas Kristine, dengan mata bercahaya memberi semangat.
Aulia menggeleng menafikan. “ I hate that. I don’t want to just cope with things.”
Kristine mencapai tangan Aulia.
“Red means bravery, don’t you agree..?” Lembut suara itu bertanya.
“Red is blood.” Aulia membuang pandang.
“So youre afraid?” Soal Kristine. Dia tahu, sukar untuk pesakitnya itu melawan fikiran suicidal yang begitu kuat menguasai minda.
Aulia diam.
“Don’t be afraid of yourself, Aulia. Red means bravery. Don’t relate it to negativity. See the bright side. You could challenge that mindset.” Kristine memujuk Aulia untuk terus kuat dan berani untuk melawan fikiran negatif itu dengan mengubahnya kepada sisi pandangan positif. Itulah kuncinya untuk dia terus kuat dan kemudiannya kembali sihat. “Red is brave and bold, just as how youre fighting your illness. Don’t you agree, mister?” Sambung Kristine lagi sebelum menarik Fahmi ke dalam perbualan.
Fahmi yang sedari tadi hanya memerhati jadi tersentak.
“What is red to you, mister Fahmi?” Kristine mengulang soalan.
“Strong. And sexy.” Fahmi menjawab spontan dengan apa sahaja perkataan yang terlintas di fikiran.
“See? Even Fahmi says youre strong and sexy.” Ujar Kristine sebelum dia sendiri berkerut dahi memikirkan jawapan Fahmi. Riak wajah cuba dikawal.
Air mata Aulia mengalir dan segera dia mengesat. Namun air jernih itu terus mengalir melintasi pipi. “Okey.” Serak dia bersuara.
“Youre doing better than you think. You can do this, okay..” Kristine memberi semangat. Kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya. “Remember your old workbook?”
Aulia mengambil buku cetakan (printout) yang dihulur Kristine.
“I think you could use this to fill your time better.” Ujar Kristine. Aulia membelek isi buku itu. Kristine tersenyum melihat Aulia menunjuk minat untuk rawatan lanjut.
“I think that’s it. Don’t forget to take your meds and.. Nina is here.”
“She is?” Aulia berubah teruja.
“Yea, she still comes every other day since your check out. Seems like shes free this month. Go and tell her to sing my song, okay.”
Aulia terus mengemaskan barangannya dan menggalas beg untuk keluar. Fahmi bangkit bersama Aulia.
“Mr Fahmi,” Kristine mengerling supaya Fahmi terus duduk.
“Do you notice anything else on Aulia’s behaviour?”
Fahmi diam menggeleng.
“Only the red drawings? And you start to know its alarming?”
“Sebab saya nampak Aulia tulis ‘don’t’ semua huruf besar pada kaki dia. Jadi saya rasa dia.. is having a hard time.” Fahmi cuba menjelaskan dengan baik. Dia kekok berdepan dnegan seorang doktor. Lebih-lebih lagi sebagai penjaga.
Kristine mengangguk. “That’s the right thing to do. Selalunya dia akan datang jumpa saya sendiri bila dia dah sedia untuk kongsikan semuanya.”
“So, both of you live alone in her house?” Kristine menyoal lagi.
Fahmi mengangguk. Dia tak rasa tinggal di rumah milik isteri menjadi suatu kesalahan.
“Encik tak ada sesiapa ke untuk temankan dia? Aulia perlukan seseorang untuk selalu temankan dia. She needs that human contact to keep her strong. Encik pula kerja, kan?”
Fahmi diam. Dia tak terfikirkan semua itu.
“Have you taken her to visit your parents?”
Fahmi diam menunduk.
“No?” Kristine menyandar ke tempat duduknya. “You need to do something. She needs a friend, and I don’t think one friend is enough. We never know what weird thoughts will come by when shes all alone.”
Fahmi terus diam menerima pesan (advice) daripada doktor itu.
“And what do you mean by sexy?” Soal Kristine buat kali terakhir sebelum melepaskan Fahmi keluar.
Fahmi menggigit bibir. Dia malu dengan apa yang dia sendiri cakapkan tadi.
“You might want to think of that for when you have to answer that question from Aulia. I know she also will want to know what you mean by that..”
Fahmi melihat Aulia bergelak ketawa dengan Nina. Kata Kristine, Nina ialah seorang sukarelawan yang kehilangan abangnya kerana bunuh diri tiga tahun lepas. Sejak itu, Nina selalu datang untuk menghiburkan waktu lawatan di wad bila dia kelapangan waktu.
Fahmi mengeluh perlahan. Sudah beberapa lama dia tidak melihat Aulia seperti itu. Sehinggalah semalam. Fahmi senyum segaris. Ya, isterinya itu memang kuat. Dan dia perlukan perhatian untuk sehingga dia boleh terus kuat sendiri.
Fahmi kemudiannya menitip pesan kepada Aulia sebelum dia ke bahagian O&G untuk appointment dengan Dr Brent.
“Nak Lia teman?”
“Its okay. Pergilah jumpa Nina. Dah lama Lia tak jumpa dia kan?”
“Lia boleh jumpa dia bila-bila.. Lagipun dia dah nak balik. Mi nak Lia teman tak?”
“Takpe. Its okay.. Pergilah borak dengan dia sementara dia ada.”
“Okey.. Nanti Lia tunggu sini.”
Fahmi berjalan keluar wad. Aulia sekadar membiarkan suaminya itu sendiri pergi mengambil keputusan daripada Dr Brent. Mungkin Fahmi inginkan privasi. Aulia faham. Dia tak ambil hati jika Fahmi berat untuk berkongsi tentang keputusan itu. Apa sahaja keputusannya, Aulia berharap Fahmi akan jujur dengan rawatan yang dia perlukan.
^^^^^
Sejak pulang dari hospital, masing-masing berdiam di sofa. Sesekali Aulia tersenyum sendiri, teringatkan perbualannya dengan Nina di hospital tadi. Dia fokus mengingati pesan-pesan yang dititip dari wad tadi untuk diletakkan ke dalam jurnal miliknya. Printout yang diberikan Kristine juga dibelek sekilas sebelum dia mula mengisinya.
Fahmi bersandar dengan menutup matanya. Urat lehernya tegang seperti stres berfikir. Melihatkan Fahmi terus berdiam, Aulia cuba menegur.
“Ayang..” Kekok. Aulia menggaru leher. “Mi.. penat ke? Nak Lia ambilkan air?”
Fahmi tidak menjawab. Lia bangkit untuk ke dapur tetapi tangannya ditarik oleh Fahmi. Aulia merenung Fahmi. Fahmi terus menarik Aulia ke dalam pelukan. Aulia tergamam. Pelukan Fahmi renggang sekadar melingkari bahunya. Aulia terasa berdebar.
“Mi..?”
Lama mereka duduk rapat begitu. Kemudian, Fahmi bangkit.
“Saya nak mandi dulu..”
“Based on the results, you don’t have any problems. Or do you actually have other reason to why youre acting the way you are with Aulia?”
Soalan Dr Brent menjerat diri. Dia bersedia jika dia dimarahi kerana memikirkan dirinya mandul dan lemah. Tetapi apabila Dr Brent melihat terus kepada penipuannya, dia tak menyangka.
14
…*
Aku tak faham kenapa seseorang tu boleh ada urge untuk menipu padahal orang tak marah pun kalau dia bersikap jujur. Dan aku lagi tak faham bila seseorang tu rasa dia kena tunjukkan bukti yang dia jujur padahal orang tak syak dia apa-apa pun… talk about being self-protective and secretive.
Btw, bila aku baca balik aku jadik kompius kristine ni doctor ke cikgu?? ^_^”
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment