Darling I need you
Bangun dari tidur, Aulia terus ke dapur mencari secawan air. Melihatkan air Yasin yang disediakan oleh Fahmi malam tadi, dia terus menghabiskan air botol mineral sebanyak 500 ml itu. Aulia mula berasa lapar. Seketika, dia menyedari ketiadaan Fahmi di dalam rumah.
“Ayang..?”
Aulia mencari di segenap sudut rumah. Dia menjenguk ke ruang tamu, di bilik air dan di bilik tetamu (bilik spare). Fahmi tidak kelihatan di mana-mana. Aulia kembali ke bilik tidur. Fahmi tetap tiada di situ. Aulia termenung. Sejurus, dia mendapatkan henfonnya dan menghantar sepotong mesej.
‘Awak kat mana?’
Perlahan, Aulia kembali menapak ke ruang dapur. Perutnya berbunyi minta diisi. Sambil membakar roti di atas kuali leper, dia mencubit sekeping roti lain dan disuapkan ke dalam mulut.
Ke mana perginya Fahmi? Dia bertanya sendiri.
“Assalamualaikum.”
Terdengar suara Fahmi memberi salam sambil membuka pintu. Aulia segera mendapatkannya.
“Lia.. dah bangun?” Fahmi menyapa apabila melihat isterinya menyambut dia pulang. Bungkusan plastik yang memberat d tangannya dihulur kepada Aulia. Aulia merenung wajah Fahmi lama. Matanya berkaca.
“Eh, kenapa pula ni?” Fahmi kebingungan apabila Aulia tiba-tiba sahaja memeluknya.
“Mi pergi mana?”
Mendengar suara Aulia berubah serak, Fahmi memaksa tawa. Dia cuba meredakan suasana. Bungkusan plastik dilepas ke lantai.
“Sayang pergi beli barang sekejap.. Lia risau sangat ni, kenapa?”
Aulia tidak menjawab. Dia memeluk Fahmi lebih erat.
Fahmi sekadar tertawa menerima pelukan itu. Janggal.
“Eh.. kenapa ada bau hangus ni? Lia masak apa?”
“Alamak, roti..!”
Aulia berlari ke dapur. Fahmi meggeleng kepala. Lucu.
Barangan yang baru dibeli tadi Fahmi punggah ke dalam peti sejuk. Kebanyakannya adalah barangan basah. Ada juga beberapa botol kicap dan sos. Sebahagian lagi barang-barang lain disusun di kabinet.
Fahmi mengerling Aulia yang senyap di meja makan bersama roti yang hangus. Aulia masih mencubit roti kosong untuk dimakan. Fahmi geleng kepala melihatnya.
“Lia mesti lapar, kan? Dah masuk waktu lunch ni. Sayang masak untuk Lia, okey? Lia tadi bangun pukul berapa?”
Aulia mengunci mulut. Fahmi sekadar berbasa-basi. Dia terus menyiapkan bahan masakan.
Sambil mengacau sup, Fahmi terfikirkan sesuatu. Entah apa yang dilakukan Aulia setiap hari selepas dia ke tempat kerja. Bagaimana Aulia mengurus diri sewaktu dia tiada? Dan bagaimana pula dengan sebelum dia ada dalam hidup Aulia?
Fahmi menyesali diri. Andai dia tidak mengatakan yang bukan-bukan tempoh hari, setidaknya, Aulia masih membantu di dapur. Fahmi memikirkan temujanji yang dibuat dengan Dr Brent minggu depan. Dia resah memikirkan status kesihatan lelakinya. Rahsianya pasti akan terbongkar nanti.
Tiba-tiba, terdengar suara Aulia teresak. Fahmi segera menutup api.
“Lia.. makanan dah siap, jom kita makan..” Fahmi mendekat. Dia mengajak Aulia makan tengah hari dengan harapan dia dapat mengalih perhatian Aulia daripada terus bermurung.
Aulia mengesat air mata. Wajahnya masih tertunduk sayu.
“Lia buat apa dari tadi?” Soal Fahmi, merujuk kepada aktiviti mewarna yang Aulia lakukan untuk mengisi waktu.
“Im sorry..” Ujar Aulia perlahan sebelum menghilang ke bilik air.
Fahmi melihat di atas meja ada sebuah lukisan burung berwarna merah. Lakaran warna pada cetakan gambar itu begitu cantik. Tapi Fahmi hairan, mengapa Aulia menulis ‘Im Sorry’ pada lukisan itu?
“Aulia..?”
Sebelum sempat Fahmi mendapatkannya di bilik air, Aulia terlebih dahulu duduk di meja makan. Dia menghidangkan nasi untuk mereka berdua. Diam mengisi waktu makan tengah hari mereka.
^^^^^
Fahmi menegur Aulia yang duduk diam di depan televisyen. Dia melihat isterinya itu cepat-cepat menutup seluar yang tersingkap dan menyorokkan sesuatu ke dalam poketnya. Meja kecil di ruang tamu itu masih dipenuhi kertas-kertas lukisan yang diwarna oleh Aulia.
“Kenapa tak buka TV?” Fahmi berpura-pura tidak ambil tahu tentang apa yang dikerjakan Aulia.
Aulia merenung televisyen buat seketika sebelum menjawab, “Boring.”
Fahmi tahu itu sekadar alasan. Sekurang-kurangnya, Aulia sudah mahu membuka mulut.
“Sayang buka TV ya..”
Aulia menjeling dari ekor mata. Seketika, dia mengira jarinya. Fahmi sedar, Aulia berfikiran kosong sejak dua menjak ini. Aulia bergerak ke meja TV. Dia memunggah sesuatu. Fahmi sekadar memerhati.
Setelah beberapa ketika, Aulia menyerahkan dua buah pemacu (pendrive) kepada Fahmi bersama sebuah senarai. Fahmi membelek pemacu itu. Satu berlabel cartoon dan yang satu lagi dilabel dengan lukisan senyum. Senarai yang diberi pula nampak seperti senarai video movie yang disimpan di dalam setiap pemacu. Fahmi membaca senarai secara sekilas.
“Lia nak tengok apa?” Soal Fahmi biarpun dia tahu Aulia enggan menjawab. “Kita tengok kartun ya? Hotel Transsylvania?”
Aulia mengangguk setuju.
“Zing in your heart..” Aulia ikut menyanyikan lagu di akhir tayangan. Fahmi tersenyum lucu.“Ayang, sambung..”
“Sambung?” Fahmi berkerut dahi. Dia tak menghafal lagu outro sebegitu.
“Transsylvania 2.” Aulia menunjuk ke arah alat kawalan jauh. Meminta untuk ditukar tayangan di skrin.
Fahmi sedikit lega. Dia melihat jam. Hari semakin lewat, matanya juga sudah terasa layu. “Dah malam ni, awak tak mengantuk ke..?”
“Alaa.. ayang ni lemah laa..” Aulia merungut. Dia mencapai alat kawalan jauh di hujung meja.
“Ni.. Lia dah makan ubat belum?”
Aulia buat muka seposen.
“Haa.. pergi makan dulu baru sambung tengok.”
“Dah la.. Lia dah makan ubat tu lepas kita dinner tadi.”
“Lia.. sayang lupa nak tanya. Air Yasin semalam habis ek?”
Aulia mengangguk.
“Hmm, ingatkan Lia campur dengan air biasa.. bolehlah tahan seminggu dua. Takpelah, esok sayang buatkan lagi.”
“Oh, macam tu ke? Sorry menyusahkan..”
“Eh, tak susah pun.. Biasa je.”
“Ayang kalau dah mengantuk, pergi lah tidur dulu. Esok ayang kerja kan?”
“Haah, esok sayang kerja. Hmm, takpelah. Sayang teman tengok separuh.”
“Okey..”
Fahmi terjaga di tengah malam. Dia mengerling skrin henfon. 3.30 pagi. TV masih terpasang. Tapi Aulia juga sudah terlena di lengan sofa . Fahmi menekan butang merah pada remote TV. Dia mengangkat Aulia ke dalam bilik.
Semena, sebatang pen marker jatuh dari poket Aulia.
‘Marker merah?’
Fahmi teringatkan lukisan burung siang tadi. Semuanya merah. Fahmi menyelak kain seluar Aulia. Hatinya terasa pedih melihat kaki isterinya itu penuh berconteng dengan dakwat merah. Dia masih ingat pesan Kristine tempoh hari sewaktu Aulia dibenarkan keluar wad.
She kept on drawing things on her arms and legs. If you ever saw it, just act like you didn’t notice.
13
Kadang-kadang aku rasa ada part yang aku buat yang tak tally dengan episode sebelum2 ni. Paling aku concern pasal panggilan mak ayah fahmi, sampai sekarang aku pening nak cari episode mana yang aku tulis mak ayah ke ibu bapak ke apa? Aduh. Benda-benda lain yang kecik-kecik lagi la aku tak peduli. Like rumah diorang ada sofa macam mana kah? Dalam kepala aku aku imagin sofa kerusi yang agak2 macam kerusi rotan kat kampung tu, ada lagi ke ek orang guna sofa macam tu? Hmm,
Berapa bilik dalam rumah diorang? Entah, rumah bujang so kau rasa? Kadang2 aku pun kompius, tapi yang aku pasti takkan la satu bilik je en?
Panjang pulak aku nak bebel, perlu ke aku ulas satu-satu. Serah je la pada imaginasi korang kan..
Aku rasa macam nak ulas satu persatu apa yang aku buat untuk episode ni tapi macam tak perlu sebab panjang sangat.. (?) *angkatbahu
Btw, tengok movie dekat tv lagi puas daripada tengok kat lappy
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment