Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
Setelah selesai menziarahi kuburan, Fahmi mengajak Aulia menjamu selera di kedai makan yang popular di kawasan itu.
Dalam meriah kesibukan di kedai makan itu, Fahmi mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Dia meminta Aulia menghulurkan tangannya.
Aulia jadi terkejut apabila Fahmi memakaikannya seutas rantai tangan. Rantai itu berhiaskan butterfly berwarna maude. Hati Aulia tersentuh.

“Semalam masa balik kerja, sayang singgah mall kejap.” Fahmi menyentuh hidung, cuba menyembunyikan riak wajah. “Saja cuci mata, lepas tu sayang nampak ni. Sayang fikir mesti darling suka. Anggap lah ni hadiah dari sayang sempena hubungan kita hari yang ke .. hmm.. berapa ek?”
“88?” Aulia sekadar menebak, namun seingatnya memang sekitar nombor itu.
“88 ek? That’s not even a significant number.” Fahmi mengutuk diri sendiri. Idea spontan yang datang dalam fikirannya seperti memakan diri. Namun dia teruskan saja. “Haa, selamat hari yang ke 88. Suka tak?”
“Ayang ni macam drama korea la..” Aulia geli hati melihat ulah suaminya itu.
Fahmi menggaru kepala. Malu. “Darling suka tak?”
Aulia mengangguk kecil. Senyumannya yang melebar cuba ditahan-tahan. Dia juga cuba menyorok malu.

“Darling..” Fahmi memanggil.
“Ya?” Aulia memberi perhatian.
“Jawab la ‘ya, sayang..’” Fahmi cuba mengusik.
Wajah Aulia merah padam. “Ya, sayang..?”
“Bulan depan sayang fikirkan nak ambil cuti seminggu.” Fahmi memberitahu. Dia punya rancangan tersendiri sebagai balasan untuk setiap rancangan dating (date plan) yang pernah Aulia aturkan. “Kita pergi jalan-jalan nak? Kita pergi somewhere yang ada pantai then kita.. erm…” Fahmi malu untuk mengucapkan perkataan seterusnya.
“Macam honeymoon ke?” Aulia meneka. Jauh di sudut hati, dia gembira. Namun perkara itu seperti jauh dari fikirannya.
Fahmi mengangguk malu.

“Hmm…” Aulia berfikir panjang. “Tapi, ayang.. darling teringin sangat nak pergi ziarah family ayang. Darling nak kenal diorang lebih rapat. Lepas tu barulah kita pergi vacation. Okey tak? Kan ayang cuti seminggu, separuh kat rumah ibu ayah then separuh kita pergi pulau.”
Wajah Fahmi berubah.

“Tak boleh ke?”

“Lia… Kan saya dah cakap dulu…”
“Kenapa? Darling tak faham la…”
“Raya nanti kita balik lah.”
“Takkan raya baru nak jumpa family ayang?”
Fahmi tarik muka. Enggan melanjutkan perbincangan.

^^^^^^^

Malam itu,  mereka menonton televisyen seperti selalu. Lama mereka berdiam menikmati rancangan yang tersiar, Aulia merenung wajah Fahmi. Fahmi diam sahaja biarpun dia berasa hairan dengan perlakuan Aulia itu. Aulia terus merenung sehingga hampir ke hujung rancangan. Fahmi berpaling.
“Ada apa-apa ke?”
Aulia mencuri kucupan Fahmi.

“Darling..!” Fahmi menekup mulut. Wajahnya memerah.

“Salah ke?” Aulia memeluk lengan suaminya. “Ayang tau tak darling saaayang ayang sangat-sangat.”
Fahmi diam. Wajahnya kian memerah.
“Darling rindukan ayang..” Sambungnya sambil berbisik perlahan.
Semena, Fahmi bangkit berdiri. “Sorry, saya tak sedia lagi.”
Aulia terpempan.

^^^^^^^

Keesokannya, Fahmi pulang dari kerja seperti biasa. Namun seperti ada kelainan dengan suasana di rumahnya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan penuh waspada. Matanya meliar memerhatikan sekitar. Tiada perubahan pun.
“Ayang..!” Jeritan Aulia dari hujung dapur mengejutkan Fahmi. Dia terus meluru ke dalam.

“Kenapa?” Fahmi cemas.

“Ayang! Cepat tiup lilin kek ni, nanti dia padam..!” Aulia pura-pura cemas sambil memanggil Fahmi ke meja makan. Kemudian, dia tersenyum nakal.
Fahmi menghembus nafas lega. “Sayang ingatkan ada pencuri ke apa.. Buat takut je..”
Aulia menayangkan barisan gigi di balik senyum melebar. Umpannya mengena.

“Ayang.. Ni, kek sempena hari ke 90! Dah tiga bulan dah kita kahwin..!”
Fahmi merenung kek itu dengan perasaan bercampur baur. Serba salah sebenarnya.
“Susah-susah je..” Fahmi menurut, lantas lilin yang cuma tiga batang itu mereka tiup bersama.
“Thank you, muah..”

Fahmi terkujat apabila menerima ciuman di pipinya. Aulia bertindak bersahaja lantas mengambil pisau dan pinggan untuk menghidangkan kek. Fahmi melihat ada beberapa jenis hidangan yang dimasak Aulia seperti spagheti dan lasagne. Hmm, terer masakan Barat rupanya isteri aku ni..



Selesai makan malam dan solat Maghrib, Fahmi terus berbaring merenung henfonnya. Bukan kerana dia punya banyak kerja di pejabat, tapi sekadar mengelak daripada Aulia. Dia takut memikirkan apa lagi rancangan yang akan dilakukan oleh Aulia.

“Ayang!” Bisik Aulia dekat di telinga Fahmi membuatkan dia terperanjat. Hampir sahaja henfon terlepas dari tangan. Fahmi berpaling memandang wajah Aulia.
“Surprise!”

Mata Fahmi terkelip-kelip cuba memahami di mana kejutan yang dimaksudkan Aulia.

“See something different?” Aulia meminta Fahmi meneka.

Fahmi perasan wajah Aulia berwarna ceria. Namun dia sengaja menggelengkan kepala tanda tak tahu.

“Tadi pagi Ling pergi ushar kat mall. Orang kedai mekap tu kata warna-warna ni sesuai untuk Ling. Ayang suka tak?” jelas Aulia sambil menunjukkan lagi wajahnya kepada Fahmi.
Fahmi sekadar diam melihat ulah Aulia. Dia masih berfikir bagaimana patut dia beri respons.

“Ayang..” Aulia menyentuh bahu Fahmi. Semena, Fahmi menepis sentuhan itu.

Aulia merenung tepat ke dalam mata Fahmi. Fahmi membalas renungan itu. Kemudian dia turun dari katil, melarikan diri daripada Aulia.
Aulia menahan air mata. Bibirnya dikemam. Cukuplah untuk hari ini.



Malam itu, Fahmi berbaring membelakangkan Aulia. Tangan dibawa memeluk tubuh. Kononnya ingin melindungi diri. Aulia berbaring rapat dengan suaminya. Tangan diletak dekat dengan pinggang suaminya. Ingin memeluk tetapi takut ditepis lagi.
Tiba-tiba, Fahmi bangkit.

“Aulia…”
“Ya, ayang..?” Aulia turut bangkit.
“Boleh tak awak jangan paksa saya?”
“Kenapa ayang rasa darling paksa ayang? Kita dah kahwin dah tiga bulan..”
“Saya tak bersedia lagi, Aulia..”
“Kenapa tidak? Darling ni isteri ayang..”
“Not now, Aulia..”
“Tapi saya rindukan awak.”
“Saya takut, Aulia..”
“Apa yang ayang takutkan?”
Fahmi mengeluh berat.

“Sebenarnya Aulia, saya mandul.”

9

<foreface>
 Oh shit. Fahmi, don’t..

This is one cold episode. Idk, I spent a whole lot of time pondering for the right scene and the right words and the right narration. Harap korang rasa tak melampau sangat (shy away..)


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous