Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
Darling I need you
Pagi itu, Aulia bangun bersama senyuman menghiasi bibir. Moodnya ceria. Segala kerjanya diselesaikan dengan lancar. Daripada mengemas rumah, menyiapkan bahan masakan (meal preparation), sehinggalah kepada kerja-kerja penterjemahan.
Aulia terus bernyanyi-nyanyi di dalam hati. Setelah lama dia ingin memanggil suaminya dengan panggilan istimewa. Akhirnya, mereka telah menetapkan panggilan yang lebih mesra antara mereka. Kata-kata Fahmi yang dia dengari sebelum tidur semalam juga dia sematkan dan ulang-ulang di dalam hati.

“Panggil sayang.”
“Ya, darling..”

Aulia jadi malu sendiri. Wajahnya memerah. Dia cuba untuk kembali fokus kepada kerjanya.

My family will forever be in my heart,
My sister’s mean the world to me,
More than life,
All I ever wanted was a complete family,
To have a mother whom I never met,
My family will always remain who they are in my heart and soul,
My family is more imortant than my friends and my lover,
Family always come first,
Family is family,
No matter what they did they’ll always remain family.
By Jennifer Rondeau, Source from PoemHunter.com

Mata Aulia tertumpu pada satu ayat. A complete family, keluarga yang lengkap.
Dia tersenyum lagi. Entah bila dia dan Fahmi akan mempunyai keluarga yang lengkap. Entah berapa ramai anak yang akan dikurniakan kepada mereka. Entah mampu atau tidak rahim ini untuk menyayangi dan menaungi hidup yang baru.
Tangan mengusap perut. Aulia senyum lagi, kemudian dia memasang cita-cita dan perancangan untuk anak-anak yang bakal lahir nanti.

Pulang dari kerja, Fahmi kehairanan dengan sikap Aulia yang terus-terusan tersenyum panjang apabila meliat wajahnya. Fahmi jadi insecure. Apa wajahnya sudah berubah? Janggut atau misai tumbuh kah? Jerawat atau tahi lalat baru muncul kah? Dia mengerling wajahnya yang terbias di kaca cermin yang terdapat di ruang tamu.

“Ayang..”
“Ya?”
“Cakap la ‘ya, Ling’ macam semalam..” Aulia cemberut.
Fahmi tertawa kecil. “Ya, Darling…” Sengaja dia meleret-leretkan suaranya.
Aulia memukul bahunya manja. Fahmi tertawa lagi.
“Ayang…”
“Ya, darling…”
“Ling saaaayang Ayang.”
Fahmi tertawa lucu. “Sayang je?”
“Till Jannah.”
Fahmi terdiam biarpun bibirnya terus mengukir senyum.
Aulia pula yang ketawa apabila Fahmi tidak memberi respon. Dia memeluk lengan suaminya. “Ini jawapan Ling untuk semalam. Thanks for appreciating me.”
“Semalam..?” wajah Fahmi berubah.
“Walaupun mamai, Ling sempat dengar tau apa yang Ayang cakapkan semalam. Hahaaa..”
Fahmi menekup wajah. Cukuplah dia menahan malu semalam. Aulia ni…!
Aulia terus ketawa.

“Pandai ek, pura-pura tidur masa Sayang tengah serius.” Fahmi menempelak, pura-pura marah.
“Mana ada.. Ling memang dah ngantuk sangat masa tu.. Memang terus tertidur. Ayat Ayang pun sayup-sayup je kat telinga. Nasib baik sempat dengar semua.” Jawab Aulia, berkata benar.
“Eh, ye lah tu.. Entah-entah semua tu cuma angan-angan Ling je.. ” Fahmi cuba membuat Aulia meragui hal itu.
“Kalau cuma angan-angan Ling, jadi kenapa Ayang merah muka?” Aulia menyoal, yakin dengan dirinya.
Fahmi kalah. Dia tak mampu berdalih lagi. Aulia tersenyum puas.

“Ling.. esok kita nak pergi mana?” Fahmi terus menukar topik.
“Pergi mana apa? Entah lah, Ling tak plan pun. Ling ingat nak stay rumah je..” Balas Aulia separa ingat tentang kebiasaan mereka untuk dating hujung minggu.
“Oh yeke..?”
Aulia mengangguk.
Kemudian mata mereka terus tertancap pada kaca televisyen.



Keesokan pagi, Fahmi menggesa Aulia untuk segera bersiap.

“Kita nak pergi mana?”
“Bersiap je cepat. Kalau lambat, nanti jalan jam pulak.”

Aulia hanya menurut. Fahmi membawa kereta dengan lancar melalui sebuah jalan yang seperti familiar pada Aulia. Aulia memandang sekeliling, cuba memastikan nama jalan ini.

“Ling.. lepas simpang ni pusing mana? Sayang tak sure laa..” Fahmi sengaja menyoal, biarpun sebenarnya peta google telah memaparkan jalannya.
“Kita.. nak ke mana?” Aulia masih kehairanan.
“Kita nak ziarah kubur arwah ibu dan ayah Ling.” Fahmi menjawab dengan senyuman memujuk.
Mata Aulia terpanar.



Air mawar dicurahkan membasahi kedua-dua pusara ibubapa Aulia. Aulia mengelap mata yang basah.  Naskhah yasin di tangan dipeluk erat.


“Mak cik, pakcik.. saya minta maaf sebab tak datang ziarah sebelum kami kahwin. Tapi saya janji saya akan jaga dia macam saya jaga nyawa saya sendiri.”
“Ab.. Ayang..” Aulia tersasul dalam menegur. “Bukan mak cik pakcik, tapi mommy dan daddy.”


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>