Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
Fahmi pulang dengan kuih yang dipesan Aulia. Dia suka melihat ulah Aulia semasa menghadap kuih semalam.
Setelah membuka pintu, Fahmi dikejutkan dengan bunyi esakan dari dapur. Dia segera menjenguk. Sebaik dia mendekat, dia lihat air sinki dibiar terbuka mengalir ke atas timbunan pisau. Fahmi mendapatkan Aulia yang terduduk di lantai.
“Lia.. are you okay?”
Aulia terus menangis.
Fahmi membawa tubuh isterinya ke dalam pelukan.
“Lia tak kuat, Lia nak duduk wad lagi.. Lia tak nak keluar mana-mana. Lia nak Kristine. Lia nak Nina..” Aulia meracau bersama esak tangis.
“Shh.. its okay. Youre okay, darling…” Fahmi mengetap bibir. Hatinya kesal melihat keadaan Aulia sebegini.


^^^^^


“Lia nak pergi jumpa Dr Kristine ke esok? Nak sayang temankan?” Soal Fahmi sewaktu makan malam. Setelah Aulia habis menangis tadi, dia terus membantu Aulia untuk ke bilik air membersihkan diri. Dia kemudiannya menyiapkan makan malam. Dan mereka pun duduk di meja makan selepas selesai solat Maghrib.

“Takpe lah. Lia penat.” Ringkas jawapan Aulia. Sebenarnya, dia malu dengan suaminya. Setelah tiga bulan perkahwinan, lelaki itu melihat keadaan dirinya yang paling memalukan. Dia malu dengan diri sendiri yang tidak kuat mengawal perlakuan dan kata-kata. Lagipun, bila-bila masa sahaja dia boleh menghubungi Kristine.

Fahmi diam berfikir.

“Nanti hujung minggu kita pergi ya. Lia kan rindu Kristine..?” Fahmi mencadangkan.

Aulia tidak menjawab.

Selesai makan malam, Aulia sibuk mencari gambar-gambar doodle di internet untuk di print. Pada fikirannya, dia perlukan sesuatu yang boleh mengisi masa lapangnya memandangkan dia telahpun berhenti kerja sebagai penterjemah. Selesai mencetak dan menyusun semua gambar yang dia inginkan,  Aulia diam sendiri dengan peralatan mewarna.

“Sadaqallahulazim..” Aulia terdengar suara Fahmi dari dalam bilik tidur. Dia menolak daun pintu untuk melihat apa yang dilakukan Fahmi sejak masuk waktu Isyak tadi.
Fahmi kelihatan duduk di depan sebotol air bersama senaskhah Al-Quran. Aulia mendekat kemudian berlabuh duduk di sisi suaminya.

“Mi buat apa?” Aulia menyoal.
“Mi buatkan air Yasin untuk darling. Darling nak minum?” Tenang Fahmi menjawab. Bacaan Yasin tadi menghidupkan suasana tenang dalam hatinya sendiri.
“Nantilah, kita letak dalam peti bagi sejuk.” Cadang Aulia. Kemudian dia membuat satu permintaan. “Ayang.. bacakan surah Ar-Rahman..”
“Surah Ar-Rahman? Ada khasiat apa?” Fahmi basa-basi, sekadar ingin tahu. Tangannya menyelak mencari letak duduk surah itu dalam Al-Quran.
“Lia just.. suka surah tu..”

Fahmi memulakan bacaannya dengan bismillah. Aulia meletakkan dagu ke bahu Fahmi.
“Ar-Rahman..”
Aulia terus menangis. Ayat yang berbaur kasih sayang dari Ilahi benar-benar menyentuh hatinya. Dia sedar, ujian Allah diturunkan untuk mereka yang Dia sayangi. Dan Allah akan membiarkan sahaja sesiapa yang dalam murkaNya dengan kebinasaan yang ada di tangan-tangan mereka. Dengan sedikit ujian penyakit seperti ini, Allah melimpahkan begitu banyak nikmat untuk dirinya. ‘Maka nikmat Allah yang mana kamu dustakan?’
Fahmi menahan perasaan. Sungguh, dia susah hati mendengar tangisan Aulia apatah lagi begitu dekat dengan telinganya. Namun satu perkara yang dia tahu; Al-Quran itu menenangkan, begitu juga dengan tangisan untuk meluahkan perasaan. Jadi dia biarkan Aulia menangis. Memberi ruang untuk wanita itu dengan perasaannya.

“Aulia..?” Fahmi menjenguk wajah si isteri yang berlabuh di dalam ribanya. “Darling..?”
Aulia mengesat air mata. Dia masih berbaring. “Hmm..?”
“Darling okey?”
Aulia mengangguk.
“Darling… boleh sayang tanya pasal petang tadi.. macam mana boleh jadi macam tu?”
Aulia bangkit. Dia duduk bertentang dengan suaminya.

“Lia takde niat nak buat benda bodoh tu, Mi.. Lia cuma nak memasak..” Aulia menegaskan tentang keadaannya. Suara berubah serak. “.. tapi Lia tak mampu..” Air mata mengalir lagi.
“Bila Lia tengok pisau tu semua, dalam fikiran Lia cuma ada satu benda je. Dan Lia tak nak buat benda bodoh tu. Lia tak nak mati macam tu. Lia takkan!”
Fahmi terkesan dengan penegasan Aulia. Benarlah kata Dr Brent dan Kristine. Aulia kuat orangnya. Semangatnya untuk pulih lebih kuat berbanding penyakitnya. Cuma sekarang dia perlukan bantuan.
Fahmi mengesat air mata yang mengalir di pipi Lia. Dia membawa si isteri ke dalam pelukan.
“Its okay if you cant cook. Sayang boleh masakkan. Atau kalau Lia nak, sayang boleh bungkus dan bawa balik rumah. Atau kita boleh pergi makan kat luar...” Fahmi memujuk, ingin menenangkan Aulia.

“No, Lia tak nak keluar. Lia takut Lia tiba-tiba nangis depan public. Malu…” Aulia jujur dengan perasaannya.

“Okay, darling.”



Pagi itu, Fahmi mengejutkan Aulia. Kelihatannya Aulia sukar untuk bangkit. Saat dia bangun, dia memegang kepalanya seperti diserang sakit kepala. Fahmi sekadar memerhati. Aulia paling tidak gemar jika paginya dibebel dengan kata-kata.
Fahmi juga menunggu Aulia keluar dari bilik air supaya mereka dapat menunaikan solat Subuh bersama-sama. Sudah beberapa minggu tidak berjemaah bersama isterinya itu, dia rindukan suasana pagi yang tenang bersama-sama.
Fahmi perasan Aulia mengambil masa yang lama di bilik air. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu, Aulia keluar dengan muka yang basah. Mungkin dia telah selesai berwudhu.
Muka Aulia keruh. Dia terus berjalan perlahan naik semula ke katil. Air mata dihamburkan ke bantal. Fahmi berasa cemas.
Sejenak dia memberi ruang untuk Aulia sebelum menegur pesakit kemurungan itu.
Aulia mengangkat muka.

“Lepas ni, boleh tak awak simpan pisau cukur awak tu dekat tempat lain?!” Aulia mengamuk. Dia mencapai botol air yang disediakan bersama ubat-ubatannya di meja lampu. Kemudian, dia terus bersiap untuk solat. Dia masih tersedu-sedu di depan sejadah.
Memandangkan waktu Subuh kian lewat, Fahmi menepikan sebarang rasa dan cuba memimpin solat dengan tenang.

“Aulia..” Fahmi terus berpaling seusai membaca doa.
“Mi.. ada perasan tak Lia makan ubat ke tak semalam?” Aulia yang sudah tenang menyuarakan soalan terlebih dahulu.
Fahmi terdiam cuba mengingati. “Err.. sayang tak perasan pulak..”
Aulia mengeluh berat. “Lain kali please ingatkan Lia makan ubat sebelum tidur..”
Sepatah dua kata, kemudian Aulia terus beredar. Dia ke dapur sebentar sebelum kemudiannya naik ke katil semula.

Fahmi terkulat-kulat sendiri di hujung katil.

“Mi tak kerja ke hari ni?”
“Hari ni cuti hari keputeraan sultan. Ofis cuti.”
“Oh..” Aulia menarik selimut.

“Lia ada nak makan apa-apa ke? Boleh sayang buatkan..”

“Takpelah, Lia sakit kepala. Lia penat.”

“Okey.”

12

Perasan tak ayat aku berulang je, selesai kemudian setelah itu… haih, berkarat !
Kenapa surah arrahman? Sebab nak ingatkan semua orang, allah itu sifatnya arrahman; maha penyayang. Allah sayang kita lebih daripada kasih sayang seorang emak kepada anaknya. So have faith in that, and strive through every single hardship yang korang ada. Ingat ye pesan aku ni.
Okey lah. Aku tinggalkan korang dengan scene yang tak berapa nak heartwarming sangat ni.
Saja la, biar korang beraya dengan mood yang baik. Nanti abis raya kita buat scene sedih2 lagi haha
Okey, enjoy raya. Yang ada paper lepas raya tu, gi kutip duit raya bebanyak. Korang ada masa 3 hari je!!

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous