Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling, I need you
“Im sorry, darling.” Fahmi melutut di hadapan kerusi tempat Aulia berlabuh duduk. Dia menarik tangan Aulia. “I was stupid. Sayang tak bermaksud nak tinggalkan Ling. Sayang fikir, Ling tak mau lelaki tak sempurna macam sayang.. Im sorry..”
Aulia terus menangis. Tersayat hati Fahmi melihatnya. Dia yang sepatutnya membantu Aulia menjadi penyebab Aulia hilang kekuatan untuk terus menjalani kehidupan normal.
“Darling, jangan nangis lagi.. Sayang nak Ling balik rumah cepat. Sayang perlukan Ling untuk temankan sayang kat rumah.. Rumah tu sunyi tanpa Ling..”
Aulia mengesat air mata. Pipinya terus dibasahi dengan air mata tanpa dapat dikawal.
“Nanti kita balik, ya?” Soal Fahmi, meminta seikhlas hati.
Aulia mengangguk sambil cuba mengukir senyum. Fahmi memeluk tubuh isterinya. Hati Aulia berasa sebal.

Selepas lima hari, Aulia dibenarkan pulang oleh Kristine. Sepanjang di dalam kereta, Aulia diam merenung keluar tingkap. Fahmi menggapai tangan isterinya. Aulia menepis lembut. Tangannya dibawa memeluk tubuh.

“She struggles with suicidal thoughts. She’s turning back to how she was five years ago. That’s why we kept her here for almost two weeks now. She kept on drawing things on her arms and legs. If you ever saw it, just act like you didn’t notice.” Fahmi mengingati pesan Kristine. “Give her more time and space. Heres some notes on how to specifically help her. Other details on suicidal, you can find on the website I wrote down there. And make sure she takes her medications.”

Fahmi diam menyesali diri. Keputusan bodohnya, memakan separuh daripada semangat hidup Aulia.



Aulia dilihatnya terus termenung di depan komputer peribadi miliknya. Hanya sesekali, Fahmi melihat isterinya itu menekan papan kekunci. Dan selebihnya, Aulia sekadar merenung. Samada ke skrin komputer ataupun ke arah buku nota contengannya.
“Mi..” Aulia menelan suaranya lantas membetulkan panggilan. “Ayang..”
“Ya?” Fahmi senyum kecil menyedari Aulia masih ingat akan panggilan mesra antara mereka meski dilanda tekanan dan kemurungan.
“Kalau Ling.. berhenti kerja..” Ayat disusun penuh jeda. Fahmi setia mendengar. “Gaji Ayang cukup tak..? Untuk ubat dan vitamin Ling?”
Fahmi terdiam. Soalan trivial seperti ini, mengapa bermain di dalam fikiran Aulia?

“Ling kan suka kerja Ling.. Kenapa Ling nak berhenti?” Fahmi menyoal. Dia bimbang jika nanti Aulia jadi bertambah murung apabila kebosanan kerana tiada apa-apa untuk dikerjakan.
“Ling penat lah. Lagipun Ling teruskan kerja ni sebab nak cari duit untuk beli vitamin dan ubat je.. Duit simpanan Ling pun cukup.” Aulia menjelaskan. Dalam keadaan seperti ini, dia tak mahu membebankan diri dengan tanggungjawab. Lagi pula, kalau dia tak mampu memenuhi deadline pihak penerbit yang akan menanggung kerugian.

“Ling… Anything is fine. Ling kerja atau tak kerja, Ling boleh guna duit gaji sayang. Ling kan dah jadi tanggungjawab sayang. Gaji sayang pun banyak, selama ni duk simpan menimbun dalam bank aje..” Ujar Fahmi, membuka peluang untuk toleransi dan demokrasi. (?)
“Ayang simpan untuk apa? Mesti ada goal kan menyimpan banyak-banyak.. Tak menyusahkan Ayang ke nanti?”
“Aulia…” Fahmi berubah serius. Dia tak suka dengan cara percakapan Aulia itu tadi.

“Saya simpan duit untuk kegunaan masa depan. Masa depan saya tu, awak. Dulu saya tak tau pun saya nak menabung untuk apa.. tapi sekarang ni mungkin, goal saya tu dah berubah menjadi awak. Awak goal hidup saya.. Tak menyusahkan pun, saya senang hati tengok awak happy..”

“Jadi bila saya sakit; tak happy, awak pun rasa saya ni tak menyenangkan hati awak laa..?”

Fahmi mengeluh mendengar rungutan perlahan itu. “Mesti lah saya tak senang hati, saya susah hati tengok awak sakit. Kalau awak sedih, saya pun ikut sedih..”
Aulia terdiam berfikir lama.

"Takpelah. Ling guna duit Ling dulu. Kalau duit Ling habis nanti baru Ling pinjam duit Ayang..”

“Darling…” Fahmi memujuk Aulia. “Awak tu tanggungjawab saya.. Saya tak suka tengok awak susah-susah. Duit saya duit awak juga…”
“Memanglah.. tapi seorang isteri tu patut bantu senangkan urusan suaminya.. Jadi Ling tak naklah susahkan Ayang..” Aulia menjawab.
“Daripada awak senangkan saya sekarang, baik awak guna duit saya dulu. Nanti bila saya dah takde duit, dah susah; barulah awak senangkan saya. Kalau awak senangkan saya masa saya senang, apa lah gunanya wahai darlingku Aulia…” Cadang Fahmi, berniat memujuk isterinya.
Aulia berjeda, cuba menghadam kata-kata Fahmi. Kemudian dia mengangguk setuju. “Okey.”

Aulia kemudiannya menghubungi pihak penerbit untuk memberitahu tentang keputusannya itu.

“Mi.. kenapa Mi tak nak buat treatment dengan Dr Brent? Hes a good doctor. Mana tahu, kalau-kalau sakit Mi boleh terus baik.” Soal Aulia setelah selesai membuat panggilan.
“Nanti sayang cari masa untuk pergi jumpa dia.” Fahmi mengelak dari menjawab soalan. Aulia tahu itu, dia juga tak ingin memanjangkan bicara. Cuma, dia berharap Fahmi pergi mendapatkan rawatan yang selayaknya.
“Hari tu Lia dah buatkan appointment tapi Mi tak datang.”Aulia mengeluh. “Hes always free at that time. Mi boleh pergi jumpa dia.” Pesannya sebelum terus ke bilik air untuk membersihkan diri.


^^^^^


Fahmi pulang seperti biasa. Dia membelikan sedikit kuih untuk Aulia. Semasa memilih di gerai, baru dia sedar ada banyak perkara yang tidak dia ketahui tentang isterinya itu. Contohnya seperti makanan kegemaran isterinya. Dia sekadar membeli beberapa variasi untuk dicuba dari gerai itu.
Kepulangannya yang tak bersambut tidak lagi menimbulkan rasa hairan di hati. Suasana rumah yang berubah sepi menjadi peringatan untuk dia terus membantu dan menyokong Aulia. Fahmi melihat ruang tamu dan ruang dapur kosong sahaja. Dia menjenguk ke dalam bilik tidur untuk mencari Aulia.
“Aulia..?” Fahmi mulai cemas. Aulia tiada di mana-mana bahkan tiada sebarang nota pun yang ditinggalkan isterinya itu. Fahmi cuba mendail nombor telefon Aulia.
Panggilannya berdering tetapi tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi.

“Hello, Mi..”
“Hello, Aulia.. Lia kat mana tu?”
“Haa?” Aulia baru tersedar dari lamunan. Dia melihat sekitar, kemudian menyedari kenapa Fahmi menelefon dengan nada risau. “Sorry, Lia keluar ambil angin kat taman. Tak sedar pulak dah lewat. Im sorry.”
“Lia kat taman? Dah senja ni.. Lia balik sekarang. Lia naik kereta kan? Atau nak Sayang ambil Lia?”
“Hmm? Boleh juga..” Aulia terus merenung jauh ke arah tasik. Fikirannya melayang-layang tanpa arah.
“Okey, tunggu Sayang datang.”

“Lia..!”
Aulia berpaling ke arah suara itu.
“Lia buat apa sorang-sorang kat sini?” Fahmi menghampiri Aulia.
“Lia cuma ambil angin je.” Jawab Aulia ringkas.
“Ada apa kat sini sampai Lia lupa nak balik..?” Soal Fahmi, ingin tahu.
“Tak tau. Lia cuma seronok tengok air tasik tu. Nampak tenang sangat..” Balas Aulia bersikap polos. Pandangan dilempar ke arah tasik yang ada di tengah-tengah taman itu. “Lia ingat kalau Lia masuk situ, mungkin Lia boleh ikut tenang tapi..”
Fahmi berkerut mendengar kata-kata itu. Dia menunggu Aulia menghabiskan ayatnya. Aulia memandang wajah Fahmi.
“Not worth it pun nak masuk tasik. Kan ada tanda amaran tu, nanti kena bayar denda pulak. Lia pun bukannya reti berenang..” Aulia ketawa kecil dengan ayatnya.
Fahmi lega. Dia sedar di sebalik struggle Aulia, dia masih kuat untuk berfikir dengan waras. Bahkan cuba bergurau pula.
“Dah lah, jom kita balik.” Fahmi menarik tangan Aulia. “Esok pagi-pagi if Lia sihat kita datang ambik kereta Lia.”
Aulia menuruti langkah suaminya untuk pulang. Hangat genggaman tangan Fahmi turut menghangatkan hatinya. (warmth)
“Nanti kalau Lia nak belajar berenang, Sayang carikan kelas tempat berenang kat mana-mana..”

11

<foreface>
My heart breaks a lil when i hear your name… it all just sounds like ooohh..

Lia.. baik-baik sayang..


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous