Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
Aulia mencuci pinggan mangkuk. Dia terus mengelap sehingga kering segala peralatan yang ada di dapur. Sejak dari awal pagi, dia mengemas segenap isi rumah. Bermula dari mencuci bilik air, mengemas ruang tamu, menyapu halaman dan kini sudah lebih dua jam dia membersihkan dapur.
Aulia berfikir panjang. Dia patah hati dengan pengakuan Fahmi malam tadi.

“Maaf kan saya. Sepatutnya saya berterus-terang dengan awak dari awal.”
Fahmi berwajah serius. Ayatnya disusun perlahan-lahan dalam jeda.
“Sebenarnya, selama ni saya mengelak permintaan mak saya untuk berkahwin disebabkan hal ni.”
Fahmi menelan liur. “Saya harap awak boleh terima saya.”

Air mata menitis. Aulia mengelap air matanya yang menitik ke atas cawan yang baru dicuci. Hatinya perit. Setelah lebih seminggu dia cuba membendung setiap fikiran negatif yang muncul di benaknya, kini semuanya terasa sia-sia.

‘Kau takkan ada keluarga bahagia.’
‘Keluarga kau takkan sempurna.’
‘Takde siapa akan panggil kau mama.’
‘Hidup kau hanya sia-sia.’

“Aku masih boleh bahagia. Fahmi ada untuk aku..” Ayat yang sentiasa dia ulangi setiap pagi.

‘Ya ke?’
‘Dia tak mahukan kau pun.’
‘Kau tak ingat apa dia kata?’

“Kalau awak tak boleh terima saya, saya rela kita berpisah.”

Seketika air mata mengalir berhamburan tanpa dapat ditahan lagi. Aulia terduduk di lantai. Air mata dikesat penuh rasa terdesak. Semua ini tak boleh terjadi.


^^^^^^^


Pulang dari kerja, rumah terasa kosong. Kelibat Aulia tidak kelihatan untuk menyambutnya pulang seperti selalu. Sejak pagi, Fahmi tidak mendengar suara isterinya. Mungkinkah pengakuannya itu mencetus kemurungan dalam diri Aulia? An episode?
 Fahmi membuka pintu bilik tidur perlahan-lahan. Sebolehnya dia tak mahu mengganggu Aulia. Sejujurnya, dia berasa tak layak untuk berkata apa-apa lagi dengan Aulia.
Fahmi menjenguk ruang tidur. Aulia tiada di situ. Selimut bergumpal di hujung katil. Ruang lain terasa kemas seperti tak pernah disentuh. Fahmi kehairanan, entah ke mana Aulia pergi.
Kemudian, dia terpandangkan sekeping nota di meja solek.
Maaf sebab keluar tanpa izin. Lia terpaksa pergi jumpa Dr Kristine untuk beberapa hari. Phone Lia off. Tunggu sampai Dr Kristine call ya. 
Dr Kristine? Untuk apakah dia bertemu dengan Kristine? Fahmi beranggapan Aulia pergi untuk mengadu nasib kepada doktornya. Fahmi ingat yang Aulia pernah memberitahunya, Kristine ialah satu-satunya support system yang dia ada setelah kematian ibu dan ayahnya. Namun, bukankah mereka rapat sehingga Aulia selalunya memanggil Kristine sahaja?
Fahmi berasa kesal. Selama ini Aulia bersikap jujur seratus peratus dengannya, memberitahu tentang latar belakang diri dan penyakit kemurungan yang dia hidapi. Tetapi dia pula malah menyembunyikan semuanya sendiri.





Sudah seminggu Aulia diam tanpa sebarang berita.Tiada sebarang mesej mahupun panggilan yang dia terima daripada isterinya itu. Juga tiada sebarang jawapan apabila dia cuba menghubungi. Fahmi berasa lelah dengan kerjanya. Sunyi terasa membingungkan setelah terbiasa ada Aulia di sisi. Hati Fahmi menjerit rindukan isterinya itu. Apa yang dia syukuri, dia tidak perlu beralasan sekiranya Aulia ingin mengajaknya pulang ke rumah mak dan ayah hujung minggu itu. Namun, rindu benar-benar terasa menjerat hati.
Menjelang petang, Fahmi mendapat sebuah panggilan daripada pihak hospital.
“Encik, Dr Kristine meminta encik untuk datang menjenguk keadaan Puan Aulia. Encik free tak esok untuk appointment?”



“Aulia..” Fahmi menyapa apabila melihat Aulia melangkah perlahan di luar pejabat Kristine. Keruh wajah Aulia membuatkan Fahmi keberatan untuk mendekatinya. Fahmi takut ditolak mentah-mentah jika Aulia masih marah dengannya. Aulia terus berpaling apabila ternampak Fahmi. Dia berpatah balik ke wad. Fahmi ingin mengekori tetapi dia dipanggil oleh Kristine yang tiba di pejabatnya.

“Encik Fahmi, do you understand why we are here today?” Tegas riak muka pakar psikiatri daripada Eropah itu.
Fahmi menikus.

“Maaf, saya tak berniat mempergunakan Aulia. Saya cuma inginkan penyelesaian yang terbaik untuk mak saya. Dan waktu tu, saya rasakan Aulia perempuan yang baik.”

“That is one problem. But are you aware of what mess youre getting yourself into right now?”

Fahmi diam, takut mendepani riak wajah doktor psikiatri itu.

“Encik Fahmi, I don’t know what problem you have with your family but tak boleh ke beri muka kepada Aulia? Dia cuma nak berjumpa dengan your parents.”

Fahmi berkerut dahi. Apa kaitannya dengan hal itu?

“Encik Fahmi, apa yang you fikirkan bila you suggest kepada Aulia untuk berpisah? You memang tak pernah sukakan dia langsung ke? Then why marry someone you just know for a while?”

Fahmi diam lagi, sukar untuk dia menjawab persoalan itu.

Dr Kristine mengeluh. Kemudian mengukir senyum segaris. Senyuman yang sepertinya sudah jelak dengan situasi seperti ini.
“You tahu kenapa Aulia datang sini?”

“Sebab dia sakit?”

“Sebab dia kecewa dengan you!”

Jawapan Dr Kristine seperti tamparan ke muka Fahmi.

“Aulia dah lama tak kena episode seteruk ni. Biasanya cuma small episodes related to her pms. But now..?” Dr Kristine menggelengkan kepala. “Youre in a big mess, mister.”

“Maksud doktor? Kenapa dengan Aulia?”



Fahmi terus berjalan pantas ke wad psikiatri. Dia meminta jururawat bertugas memanggilkan isterinya.
“She don’t need you to leave her. Shes all alone, cant you see?”
“Tapi masa saya beritahu dia tentang keadaan saya, dia terus diam tak mahu bercakap dengan saya.”
“You ever asked why? No. You just jumped into conclusions that she hates you.”

“Youre wrong.. Shes confused and sad.. Ever since you marry her, she wanted to feel at home, with a family again. She wanted to feel the warmth of a family. She wanted to give you kids. That’s what she dreamt about ever since you both marry. And now her dreams are all shattered and you just made things worse.”
“After a whole week of just laying on bed, yesterday, she got out of her bed just to ask for ways to cure your infertility. When Dr Brent says you need to come for a diagnosis first, she straight away go back to her bed. She cares a lot about you.”
“You shouldnt suggest parting ways ever. She has nobody else but you. All this time, she has relied on me and solely to her CBT. Now she has you, but youre suggesting weird things.”
 “Encik Fahmi, you promised to help her, don’t you remember?

Fahmi resah menunggu. Melihat Aulia melangkah perlahan sambil ditemani oleh seorang jururawat, dia tersenyum lega.

10

I guess, guys say sweet things like theyre mere words. Then they forget their own words. And act like they know nothing about being romantic. hmmph. (refer chapter 5)
Btw, aku tak tau nak expect apa dari seorang psikiatri and the treatment pun macam tak masuk akal skit. Tapi aku tahu setiap doktor tu ada approach masing-masing. I should make Dr Kristine a bit calmer but hmm **angkat bahu
And actually, fahmi tak sakit. Nanti aku explain , stay tune for next episode

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous