Kontrak Cinta Kita
Suzana melarikan diri ke bilik air. Di sana, dia meluahkan segala isi perutnya sehingga terasa kosong.
“Ayah..!” Kedengaran suara si kecil memanggil ayahnya.
“Ya..?” Zairi sudahpun muncul di pintu yang memisahkan ruang makan daripada ruang tamu. Dia mendapatkan isterinya. “Ana.. Sayang.. awak okey?”
Suzana mengelap bibir yang basah. Dia menggeleng-geleng. Kemudian mencari secawan air untuk menghilangkan rasa yang masih terasa di tekak.
“Awak kenapa ni, sayang?”
“Tak tahulah. Saya mual.” Lemah dia bersuara menjawab pertanyaan itu.
“Nak ke klinik?”
Suzana berkerut dahi. Nama tempat itu seperti berpuaka. Seboleh-bolehnya dia akan mengelakkan tempat seperti itu. “Saya cuma nak berehat.”
“Ana.. Suzana…”
“Ergh!” Suzana meracau menolak tubuh Zairi. Tangan halus milik isterinya dia gapai.
“Suzana!”
Suzana bingkas bangun.
“Awak mimpi apa ni, sayang? Sampai mengigau pulak.”
Suzana meraup wajah. “Im sorry.” Ujarnya sambil beristighfar. Imbasan mimpinya dia tolak jauh-jauh.
“Ibu! Ayam tu dah busuk, hitam!”
Suzana tersentak. Api dapur segera dia matikan. Dia mengeluh melihat ayam yang digorengnya sudahpun hangit.
“Sayang.. awak mengelamun ke?” Zairi muncul di sisinya. Kemudian terus mengambil alih sudip yang ditangannya. “Sinilah, biar saya yang masak hari ini. Awak pergi berehat.”
“Im sorry.” Ujar Suzana lemah. Apabila anaknya menggapai tangannya, dia segera mengukir senyum. “Terima kasih, Zairin. Ingatkan ibu tentang ayam tu..”
Si kecil sekadar diam memimpin ibunya ke hadapan. Wajah ibunya ditenung lama.
“Ayah.. ibu tak sihat ke? Ibu sakit ke?”
“Kenapa Zairin tanya macam tu?”
“Ibu nampak tak sihat. Ibu asyik buat salah je. Ibu tak macam selalu.”
Zairi diam mendengar kata-kata anaknya. Semua yang dikatakan Zairin itu benar. Dia juga perasan akan perubahan pada Suzana.
“Ibu sakit bulan ke?” Tiba-tiba soalan itu terbit dari mulut si kecil.
“Sakit bulan?” Zairi mengulang soalan itu untuk dirinya.
“Kadang-kadang ibu sakit bulan sampai sakit kepala tak dapat buat apa-apa kan, ayah?” Petah Zairin meluahkan pendapatnya berdasarkan pemerhatian sehari-harian. “Bukan selalu tapi kadang-kadang.”
“Betul jugak. Takpe lah, buat masa ni kita biar ibu rehat dulu. Biar kita yang tolong ibu buat kerja rumah. Zairin jangan lah sepahkan mainan, ya? Lepas main kena kemas. Dan lepas makan pun susun balik meja makan sampai bersih dan teratur.. okey?”
“Baik, ayah.” Zairin mengangguk setuju. “Tapi kalau ibu tak sihat lagi, kena jumpa doktor kan, ayah..?”
Zairi mengangguk. Namun bila diingatkan tentang perangai Suzana, Zairi jadi pening kepala bagaimana untuk memujuk isterinya itu ke klinik.
“Suzana..”
“Awak dari mana? Tadi awak keluar, kan? Awak pergi mana malam-malam macam ni?”
“Tak ke mana-mana pun. Saya ke kedai je sekejap.. Saya risaukan awak..”
“Ada beli coklat tak? Tiba-tiba saya teringin nak makan coklat la, awak..”
“Alahai.. tadi tak bagitau, tak wasap..” Zairi mengeluh halus. “Esoklah saya belikan. Okey?”
“Hmm, yalah.”
“Ni.. saya nak tanya awak.. Bila last awak tak boleh solat ya?”
“Kenapa?”
“Saya terfikir.. Awak ni asyik termenung je sepanjang hari.. Pagi tadi pun awak muntah-muntah.. Zairin kata awak mungkin sakit bulan.. Lepas tu saya terfikir, mungkin lebih daripada tu.. Sebab tu saya tanya..”
“Zairin yang cakap?”
“Haah, anak kita tu cerdik tau, awak..”
Suzana mengangguk-angguk. “Dia dah tidur ke?”
“Haah, tadi saya tengokkan dia buat kerja sekolah. Lepas siap, terus dia tidur. Barulah saya keluar ke kedai.” Zairi menunjukkan barang-barang yang dibelinya tadi kepada Suzana. “Ni, saya ada belikan ubat sikit. Kalau-kalau awak pms teruk ke.. Ada vitamin jugak, saya tanyakan pharmacist tadi supplement yang ni bagus untuk perempuan. And ni, clearblue.”
“Eh?”
“Mana tahu kalau awak tu berisi lagi.”
“Hahahaa…” Suzana geli hati. Kata-kata suaminya seperti berharap benar. “Terima kasih ya, awak.”
“Makan tau supplement tu, mana tahu boleh elok pms awak. Mahal tau saya beli.”
Suzana mengambil bungkusan plastik itu dari tangan suaminya. “Saya tak janji, awak pun tahu kan saya macam mana..”
Mendengarkan itu, Zairi hanya mampu menggelengkan kepala.
Suzana muntah lagi.
“Awak okey?” Zairi datang menghampiri. Belakang leher isterinya diurut supaya lega. “Awak dah test?”
“Belum. Saya takut membazir je. Nantilah, esok saya test ya..”
“Hmm, kalau macam tu kita pergi klinik sekarang lah. Hari ni saya separuh hari. Tak banyak kerja kat ofis.”
“Zairin..?” Suzana meluahkan isi tekak lagi sebelum sempat menghabiskan soalannya tentang Zairin.
“Lepas saya hantar dia ke sekolah, saya datang balik ambil awak ke klinik ya. Sekarang ni awak breakfast dulu, siap-siap.. Kat dapur ada roti bakar. Jangan lupa makan okey.”
“Puan Suzana, test puan positif. Puan disahkan hamil 4 minggu. Tahniah.”
“Saya dah cakap dah.. makan vitamin tu.. elok untuk ibu mengandung.”
“Nanti kalau awak muntah-muntah lagi waktu pagi tak apa lah. Biar saya uruskan Zairin.”
“Saya nak awak jaga diri elok-elok. Makan yang seimbang.. Jangan buat kerja-kerja berat.. Kawal emosi, jangan fikir yang negatif.. Jangan lupa doa. Doa-doa awak mustajab untuk anak awak..”
Pelbagai nasihat Zairi dibebelkan sehingga berbuih mulut. Suzana sekadar melepaskan pandang ke luar tingkap kereta.
“Zai..” Dia bersuara. “Kita pergi ziarah ibu dan ayah jom.”
Riak wajah Zairi berubah serta-merta.
“Hmm, esoklah. Esok cuti, kan esok Ahad. Esok kita pergi.”
“Kalau pergi klinik boleh hari ni kenapa tak boleh pergi ziarah arwah?”
“Saya dah kena masuk kerja ni..”
“Alasan.” Suzana mempersoalkan keputusan Zairi.
“Okey!” Zairi mengubah haluan. Sedikit-sebanyak, egonya tercabar dengan rajuk si isteri. “Okey, kita pergi sekarang ya, sayang..”
Tiba di depan kubur arwah ibu dan ayahnya, Suzana terus menumpahkan air mata.
Zairi menahan perasaan. Dia tak suka melihat Suzana menangisi kepergian kedua-dua arwah.
Semena, Suzana membaca Surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali. Kemudian dia mengucup dan mengusap tanda nisan ibu dan ayahnya sejurus bangkit berdiri.
“Ibu, Ayah.. Ana sekejap je kat sini. Kami balik dulu ya, assalamualaikum.” Ujarnya kemudian menarik tubuh Zairi untuk pulang.
“Assalamualaikum.” Lafaz salam akhir sebelum mereka pulang.
Zairi diam, cuba fokus kepada pemanduan. Sessekali, dia mengerling memerhati tindak-tanduk Suzana. Bimbang, isterinya itu akan mengalami perubahan emosi sehingga menjejaskan kesihatan.
“Zai…” Zairi mendengar. “Nama anak ni nanti nak letak apa? Ana takde idea, jadi Zai je lah bagi nama.” Soal Suzana sambil berkalih memandang wajah suami. “Tak pun, kita bagi peluang Zairin aje yang bagi nama kat adik dia..”
Zairi tersengih lucu mendengar cadangan itu.
“Sayang… kita ada banyak masa lagi untuk fikirkan tentang nama anak tu..”
<foreface>
Motif tulis cerita ni? Takde. Saje2 aku nak menulis untuk curahkan rasa stres.
Sebenarnya apa tentang cerita ni? Mungkin, masa arwah baru meninggal, Suzana jadi depress. Jadi Zairi pun risau if ever Suzana akan relapse. Dan ternyata tidak. Suzana okey. Cuma dia hilang fokus, itu yang buat kerja sume tak menjadi. Dan dia jugak rindu.. rindu nak dengar bebelan nasihat seorang ibu. Biasalah, kalau mengandung, mesti kita nak cari ibu dulu ek?
Idk, I reread this piece of story and decided to write and extra story for it. And it just goes like this.
Lecturer aku pernah pesan, “itu petandalah tu”, even dia pesan untuk benda lain tapi aku macam kaitkan dengan semua benda yang jadik dalam hidup aku haha.
Mungkin ini petanda aku akan dapat anak buah lagi? Who knows. Btw, aku pun rasa rindu nak jaga orang pantang kikikiiii
Ps; sorry if it lacks narration/description I hope you could guess correctly who said what and all. Best regards.
Labels: curAhiDea
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment