Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you.
Keesokan harinya, Aulia terus mendiamkan diri. Sedikitpun dia tidak mahu berbicara dengan Fahmi. Fahmi mati akal. Entah bagaimana dia dapat memujuk hati suri rumah tangganya itu.

“Aulia.. Im sorry.”
Aulia tetap berdiam. Makan malam dijamah tanpa suara.
“Aulia.. Maafkan Mi..”
Fahmi memujuk lagi. Aulia tetap tidak peduli.
“Aulia… kita pergi jenguk mak ayah nak?”
Aulia berpaling memandang wajah Fahmi. Fahmi senyum apabila umpannya mengena.
“Bulan depan kita pergi ya? Bulan ni Mi busy, tak sempat rasanya..”
Aulia berpaling semula merenung pinggannya diam-diam.
“Lia.. pandang Mi please…”
Fahmi meminta. Dagu isterinya dicuit lembut. Aulia tidak melawan apabila wajahnya terdorong kembali melihat wajah Fahmi.
“Putih-putih melati, merah-merah delima. Siapa yang baik hati, tentulah Aulia saya..”

“Pfftt…” Aulia ketawa terbahak-bahak. “Lagu dah outdated yang abang nyanyi buat apa??!” Aulia terus tertawa.
Fahmi sekadar senyum menahan malu. Sememangnya itu sahaja idea yang muncul di dalam kepalanya.
“Setidak-tidaknya, Lia senyum dan tak marah lagi.. Senyumlah selalu, sebab senyuman Lia aje yang boleh sejukkan hati Mi bila Mi stres…”

Gelak tawa Aulia padam. Hanya segaris senyuman yang tak dapat disembunyikan kerana dia masih berasa geli hati. Lagi pula, kata-kata Fahmi itu mengusik jiwa wanitanya.

“Siapa kata Lia tak marah dah? Lia marah tau!” Aulia mengembungkan pipi. Giliran Fahmi pula menghambur tawa. Terlalu comel respon dari Aulia itu. “Mi.. kita ni tak kenal lama tau, tiba-tiba je kita kahwin. Mi tak rasa ke kita patut buat something supaya kita boleh lebih mesra daripada sekadar kahwin atas kertas je? Perkahwinan tu, seboleh-bolehnya nak dikekalkan sampai mati tau, Mi.”

Fahmi terdiam. Perempuan kalau membebel, banyak perkara rumit yang nak dibicarakannya. Tapi, suatu pun tiada jalan penyelesaian. Yang dia tahu, utarakan perumitan.
Sekalipun begitu, Fahmi sedar Aulia hanya risaukan perkahwinan mereka. Sama seperti dia risaukan perkahwinan ini. Fahmi terus berkira-kira bagaimana untuk menjawab. Jika dia tersalah percaturan, habis rosak hubungan mereka.
Dia cuma nak tahu kau sayangkan dia ke tak, itu aje. Itu pun kau tak boleh jawab ke, Fahmi?

“Lia.. saya dah buat keputusan.”
“Tentang apa?” Aulia berkerut dahi apabila wajah Fahmi berubah serius.
“Panggil sayang.” Lembut Fahmi mengucapkannya.
“Sayang?” Kerutan di dahi Aulia semakin dalam.
“Ya, darling. Jangan panggil ‘abang’. Sayang ni bukan ‘abang’ awak tau, darling. Cukuplah adik-adik sayang je yang panggil sayang ‘abang’.” Balas Fahmi, masih bersuara lembut. Cuba mewujudkan suasana romantik di antara mereka. Dia tahu Aulia inginkan panggilan yang lebih mesra di antara mereka sehingga tersasul memanggilnya abang biarpun dia sudah menegah beberapa hari lalu.
“Sayang..?” Otak Aulia cuba mencerna panggilan itu.
“Ya, Ling…” Balas Fahmi lagi membuatkan pipi Aulia memerah. Anak rambut yang terjuntai dibetulkan.
“Baik, Ayang..”

Aulia menyambung menjamah makanan di dalam pinggannya. Fahmi sekadar diam membiarkan Aulia melayan perasaannya. Fahmi lega apabila mood Aulia berubah ceria. Isterinya itu dilihatnya membasuh pinggan sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Kemudian, Aulia duduk di sisi menemaninya menonton TV seperti selalu.

Kepala Aulia dilentokkan ke bahunya. Dia membiarkan sahaja. Manja Aulia, sejak minggu pertama perkahwinan lagi dia sudah berkelakuan begitu. Setelah beberapa ketika ruang dibiar sepi, Fahmi menggenggam tangan Aulia di dalam tangannya. Dia membisikkan kata maaf dan terima kasih. Kalau bukan kerana dirinya, pasti Aulia masih meneruskan kehidupan sebagai seorang gadis bujang yang berdikari sendiri. Dan kalau bukan kerana Aulia, pasti ibunya akan terus bermasam muka dan berleter kepadanya.

“Darling, I cant say I love you cause Im not sure about that yet. But Ill try to love you for the sake of our marriage. Right now, I can only assure you that I appreciate you so much.. for coming into my life. And Ill help you and support you through your sickness.” Suara Fahmi begitu perlahan seperti berbisik. Aulia tidak menjawab. “We’ll be in this together, okay darling?”
Aulia masih diam. Fahmi mengerling wajah isterinya. Kedengaran dengkuran halus nafas Aulia.
Laah, dah tertidur rupanya dia ni…

7

Sawit sampai diabetes. 😪
Nanti laki aku aku nak panggil dia darling ah. Macam ustazah siti norbahyah. Kikikiii.
😪😪😪

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous