Darling, I need you
Aulia tersenyum sendiri di tikar sejadah. Kata-kata Fahmi masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Untuk kesekian kalinya, dia bersujud pada Ilahi mensyukuri nikmat sebuah pertemuan. Dia bukanlah siapa-siapa dalam hidup Fahmi sebelum ini. Sekadar seorang jiran yang kesepian.
“Cik.. dah dua bulan saya pindah sini. Saya tak pernah nampak housemate cik pun. Cik memang tinggal seorang ke?”
Teguran Fahmi di suatu petang menjadi permulaan kisah mereka.
“Ya, saya lebih prefer sendiri. Saya tak suka nak susahkan orang sebab saya ni banyak kerenah.”
Penipuan yang berat untuk dia ucapkan. Namun, jawapan itulah yang telah dikarang sejak awal lagi jika sesiapa bertanya mengapa dia tingal sendirian. Lebih mudah menipu berbanding menceritakan tentang penyakitnya.
“Oh, ye ke cik banyak kerenah? Tapi cik, bahaya orang perempuan bersendirian. Kalau jadi apa-apa susah nanti.” Balas Fahmi. Kemudian dia menghulurkan henfonnya kepada Aulia. “Macam ni lah, apa kata kita bertukar nombor telefon. Kalau cik ada apa-apa masalah, cik boleh telefon saya.”
“Awak sebenarnya nak mengorat saya ke?” Aulia mencurigai niat Fahmi.
“Eh, cik ni.. Ke situ pulak.” Fahmi tersengih sumbing. “Sebagai jiran, mestilah saling membantu. Kalau saya perlukan bantuan pun saya akan cari cik juga.”
“Awak..? perlu bantuan dari saya? Saya ni perempuan biasa je..”
“Tak adalah.. Mana tahu kut saya perlukan tukang paip ke, maintenance apa-apa, mungkin saya akan tanya daripada cik. Rumah cik nampak teratur aje, saya yakin sedikit sebanyak cik mesti tahu nombor-nombor penting.” Alasan Fahmi berasas. Aulia akhirnya bersetuju untuk memberikan nombornya kepada lelaki itu.
Aulia tersenyum lagi. Selama dia sendiri, rumah ini terasa gelap biarpun dia sudah memastikan langsir dan semua perabot berwarna ceria. Dengan kehadiran Fahmi, dia tak lagi berasa sunyi dan kosong.
Aulia mengeluarkan jurnal dan planner miliknya. Hujung minggu ini, dia ingin ke panggung wayang lagi bersama Fahmi. Dia ingin mencipta banyak memori bersama sebagai ganti masa bujangnya yang tak pernah berpacaran.
Seketika, terlintas di fikirannya. Apakah Fahmi tak pernah bercinta sebelum ini? Dan jika pernah, bagaimanakah gadis itu?
Ah, Aulia! Itu masa lalu. Tak penting dan tak perlu dipeduli. Fokus sahaja pada masa sekarang. Tapi…
“Mi…”
“Ya, Lia?”
“Erm.. macam mana Lia nak mulakan ya?”
“Ada apa?”
“Hmm..” Aulia masih memikirkan cara terbaik untuk mengatur soalan. “Hujung minggu ni kan, jom ziarah mak ayah Mi.”
Fahmi mengangkat kening. “Itu je? Itu yang sampai fikir Lia panjang sangat nak bertanya?”
“Sebenarnya nak tanya lain.. tapi hmm jawab la dulu..” Aulia separa menggumam.
“Hm.. Lain kali lah ye..?”
“Kenapa macam tu? Tau tak, besar pahalanya ziarah ibu bapa. Borak-borak dengan diorang, happy kan diorang. Tengok muka diorang je pun dapat pahala besar. Mi beruntung tau, masih ada peluang berbakti pada ibu bapa.. Bukan macam Lia…” Aulia merungut kecil, tidak berpuas hati dengan jawapan Fahmi.
Fahmi senyum segaris.
“Jom lah ya..?” Aulia memujuk.
“Tapi minggu ni Mi sibuk.” Fahmi memberi alasan.
“Alaa.. sibuk tu tak kemana pun.. Bulan depan boleh?” Aulia memujuk lagi.
Fahmi diam, enggan berjanji.
Aulia mencebir bibir.
“Soalan apa yang Lia nak tanya Mi sebenarnya?” Fahmi mengubah topik.
“Mi ingat tak? Masa Mi mula-mula nak pinang Lia. Sungguh Lia tak sangka tau, Lia ingatkan main-main aje. Kita baru je kenal tak sampai setahun. Kenapa Mi pilih Lia?”
“Huh?”
“Maksud Lia.. mesti Fahmi banyak kawan perempuan kat tempat kerja atau kat mana-mana. Jadi kenapa Fahmi pilih Lia untuk penuhi permintaan keluarga Fahmi?”
Fahmi terdiam. Sungguh, dia sendiri tidak mengerti mengapa dia memilih Aulia. Seketika dia teringat saat pertama kali dia terfikir untuk memperisterikan Aulia.
“Mi..? Hello…?” Tangan Aulia melambai-lambai di depan muka.
“Hah? Oh?” Fikiran Fahmi kembali fokus daripada layar memori.
“Mengelamun pulak dia..” Aulia merungut.
“Entah lah, Lia.. Perlu ada sebab ke? I just made my choice without thinking.” Fahmi menjawab selamba.
“Without thinking?” Aulia menarik muka. “Takde sebab? Takde sikit pun sayang untuk Lia? Semata-mata nak penuhi permintaan keluarga Mi aje?” Aulia tiba-tiba mengungkit.
“Bukan macam tu, Lia..” Fahmi sedar dia tersalah kata.
“Sebab tu jugak ke, masih tak ada apa-apa yang istimewa antara kita walaupun dah dua bulan kita kahwin?” Wajah Aulia jadi keruh.
“Lia..?” Fahmi berkerut wajah. Apa ke situ pulak perginya?
“Sampai hati.”
Fahmi mengurut kepala. Soalan Aulia tadi benar-benar menjerat rasa.
6
***foreface
Permintaan keluarga? Somethings fishy..
And what? Two months already, why Fahmi??
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
My exact reaction hhahahahaha tapi I do it because I like dramatise things ._. Kalau terasa, I would definitely senyap ._. But it's a good thing Lia expresskan her concern; communication 101 :D
Post a Comment