Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling, I need you
“Hai, Aulia!”
Kelihatan sepasang pasangan berbangsa asing melambai ke arah Aulia. Fahmi memerhatikan Aulia mendekati mereka bersama senyuman melebar.

“Hai, Kristine..! How are you..?” Aulia menyapa penuh mesra lantas bersalaman dan berlaga pipi dengan wanita itu.
“Im fine. And you? Youre looking great..!” Balas wanita asing itu bersama pujian.
“alhamdulillah, Im great.” Aulia masih menghulur senyum. Seketika, dia menyapa lelaki yang sedari tadi berdiri di dekat mereka.

“Dr Brent, perkenalkan.. This is my husband. His name is Fahmi.”
Lelaki itu berjabat tangan dengan Fahmi. “Hello, encik Fahmi.” Sapanya bersama pelat Inggeris.
“Fahmi.. ini Dr Brent, gynaecologist Lia. Dan ini Dr Kristine, psychiatrist.” Selesai perkenalan, Aulia terus mengajak mereka duduk. Wajahnya ceria dan teruja bertemu dengan wanita yang dikenali dengan nama Kristine itu.
Fahmi terus diam, cuba memahami dua perkataan asing yang baru disebutkan Aulia.

“Bertuah sungguh encik Fahmi dapat menjadi isteri Aulia. You know, shes a strong woman right.” Dr Brent memecah suasana. “And you, Aulia. How could you not invite us to your wedding?”
Aulia tersenyum lucu.

“We havent hold a wedding ceremony yet.” Dia memberitahu. “Fahmi sibuk dengan kerja, jadi kami bercadang untuk buat kenduri pada akhir tahun nanti.”

“Ohh..” Dr Brent mengangguk faham. Setelah beberapa tahun menetap di Malaysia, dia arif dengan adat Melayu dan kenduri kahwin. “So, Encik Fahmi.. Aulia beritahu saya yang encik baru kali pertama temankan Aulia go through an episode. How do you think about it?”

“Saya.. tak faham.” Fahmi jujur yang dia bingung dengan penyakit yang dihidapi Aulia. Dia juga sememangnya bingung dengan sikap Dr Brent dan Kristine yang sedikit pun tidak menunjukkan rasa bimbang atau rasa berat hati melihat pesakit mereka. “Dr.. Aulia ni hari-hari biasa dia ceria, dia positif, dia matang. Tapi tiba-tiba je dia jadi murung sampai tak bercakap, kenapa macam tu? Dan dia tiba-tiba jugak boleh sembuh, jadi riang macam tak ada apa-apa yang berlaku semalamnya. Kenapa, doktor?”

Aulia menarik nafas dalam. Dia terus mengatur bicara lain dengan Kristine, mengelak daripada campur tangan dalam perbincangan Fahmi dan Dr Brent. Biarlah Fahmi memahami semuanya daripada persepsi sendiri.

“I assume you’ve read the guidebook Aulia has. Well, that’s for self-help. Here.” Dr Brent menghulur senyum professional kemudian mengeluarkan senaskhah artikel daripada beg bimbit yang dibawanya. “This is a collection of guides and tips for the patient’s partner.”
Terkerdip-kerdip mata Fahmi melihat artikel setebal 10 muka surat itu.
“Encik Fahmi, keadaan Aulia adalah secara periodical mengikut kitaran haidnya. Encik boleh perhatikan perubahan mood dan simptom-simptom lain yang dialami oleh Aulia berulang pada waktu yang hampir sama setiap cycle. Mungkin ia bukan pada hari yang sama, tetapi lebih kurang sama. Encik patut fahami perubahan itu sebagai asas untuk manage penyakit ini.” Dr Brent meneruskan penerangan.
“Secara umum, simptom-simptom PMDD bermula seminggu atau dua minggu sebelum bermulanya menstruation. Dan akan berlarutan sehingga menstruation muncul atau sehingga menstruation berakhir. Ikut keadaan pesakit.” Fahmi mengangguk-angguk. Dia sudah membacanya dalam buku panduan Aulia.
“But you see, Aulia.. she’s a strong woman.” Dr Brent mengerling wajah Aulia. Aulia dan Kristine asyik dalam perbualan mereka, sengaja untuk tidak mendengar perbincangan Dr Brent dan Fahmi. “Aulia manages to slow down and take control on her symptoms for the first few days. Bukan mudah untuk mengawal  semuanya kerana substance di dalam otak berada dalam keadaan yang tak seimbang. Aulia mengambil keputusan untuk berhenti bercakap apabila dia berasa emosinya terganggu untuk melindungi diri dan orang sekeliling. Dr Kristine tak bersetuju dengan keputusan tu, but it’s the best decision yang Aulia ambil dan telah banyak membantu dia untuk pulih.”
“Saya masih ingat waktu kali pertama dia di bawah jagaan kami. Dia akan menghamburkan apa sahaja kepada sesiapa pada bila-bila masa.” Dr Brent menggeleng bersama senyuman. Mungkin, ianya pengalaman yang melucukan baginya.
“You should be proud of her.”

“Doktor, macam mana seseorang tu boleh dapat penyakit ni?” Fahmi menyoal.
“Masalah ketidakseimbangan hormon.” Dr Brent menjawab ringkas. “Hormon wanita adalah sangat sensitif dengan stres. Pada wanita biasa juga, waktu menstruation ialah waktu yang vulnerable bagi mereka.”
“Penyakit Aulia teruk ke?” Dahinya berkerut bimbang.
“First off, it’s a condition not a disease.” Dr Brent memperbetul ayat Fahmi. “Sekarang Aulia lebih baik daripada okey. Dia sangat okey. Dah dua tahun dia datang appointment untuk check up sahaja tanpa ada masalah. Cuma kami ingin menyimpan rekod tentangnya untuk rujukan pesakit lain. Keadaan ini hanyalah kes terpencil. Kurang 5% daripada wanita di Malaysia yang mengalami keadaan seperti ini.”
Fahmi berasa sedikit lega.
“If worse comes to worst, mister. Contact us. Dr Kristine warned that the shift into a marriage may stir things up as you guys get comfortable with each other. Keep an eye on the red flags, okay.”





Fahmi membawa Aulia berjalan ke dalam mall. Tangan Aulia digenggam erat seperti takkan dilepaskan buat selamanya. Wajah Fahmi keruh. Sudah hampir sejam mereka terus melangkah tanpa sepatah bicara. Aulia hanya menurut. Dia memahami keadaan Fahmi. Diam suaminya itu, pasti otaknya sarat dengan pelbagai fikiran.

“Lia..” Fahmi tiba-tiba berhenti. Tubuhnya dipalingkan menghadap Aulia. Wajah Aulia ditatap lama.
“Ya, Mi?” Soal Aulia, tak senang direnung terus begitu.
“I’ll trust you.” Tanpa disangka, Fahmi membawa Aulia ke dalam pelukan. “I’ll trust you to manage all you’ve been managing for this while. And if youre not reluctant, trust me to learn all about you and your PMDD.”
Kata-kata Fahmi menyentuh hati.
“Okay?”
Air mata Aulia mulai bergenang.

“Abang..” Aulia membetulkan tekaknya yang terasa kering. “O.. orang pandang kita, Mi..”

Fahmi segera melepaskan Aulia. Enggan perbuatan mereka menjadi buah mulut orang ramai. Tahu-tahu nanti, ada yang merakam dan menularkan tentang mereka pula.

“Boleh kan, Aulia?” Fahmi menarik tangan Aulia pula. “Saya tak nak awak  uruskan penyakit awak ni sendiri. Awak ada saya sekarang.”
Mata Aulia bercahaya mendengarkan kata-kata itu. Seumur hidupnya, tiada kata yang lebih manis pernah dia dengari kecuali kata-kata yang diucapkan Fahmi saat ini.
Aulia mengangguk sambil tersipu.

5



Damn. Im damned tired trying to translate all that doctor’s script. Been reading all this in english and now I need to convey it in malay pulak.
Its easier to just write it all in english, just like this. Im more comfortable with this. Might as well start making english pieces.

That romance in the last scene though, ewww..

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous