Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
“Lia dah rasa sihat sikit?” Soal Fahmi. Dia gembira Aulia akhirnya kembali masuk ke dapur walaupun hanya untuk menggoreng ayam. Sejak dua hari lepas, Aulia langsung tidak masuk makan apatah lagi memasak. Dia terus murung sendiri.
“Alhamdulillah, Lia okey. Lepas dah keluar darah, Lia rasa lega. Patut pun rasa penat je semalam.” Balas Aulia menjawab persoalan Fahmi.
Fahmi mengangguk-angguk.
The symptoms follow your menstrual cycle, so you might find they start to get better when you get your period and will usually have disappeared by the time your period is finished. 

Fahmi menyenduk nasi semalam ke dalam pinggan.
“Sejak bila Lia macam ni?” Fahmi menyoal, penasaran.
“Sejak bila?” Aulia berfikir sejenak. “Dah lama. Lia pun tak ingat. Yang Lia ingat, lima tahun lepas Lia kena teruk sangat. Pastu Lia jumpa doktor yang boleh bagi treatment. Alhamdulillah, it's been a lot better.”
Cerita Aulia cuba dihadam.

“Bila kali terakhir Lia pergi jumpa doktor Lia?” Fahmi menyoal lagi.
“Appointment dua kali setahun je. Bulan Mac dengan September.” Aulia menjawab secara tidak langsung.
“Hujung minggu ni Mi nak pergi jumpa doktor Lia boleh?” Fahmi bertanya tegas.
Aulia berkerut dahi. “Kena buat appointment dulu la..”
“Okey.”



Pulang dari kerja, Fahmi melihat Aulia sedang bekerja di dapur. Bahan-bahan masakan sudah disiapkan dan isterinya itu duduk menghadap komputer peribadinya bersama sebuah kamus tebal.
“Lia, susah ke script kali ni?” Fahmi menegur.
“Oh, Mi dah balik? Sorry, Lia tak perasan.” Aulia membalas sapaan suaminya. Dia merenggangkan badannya.
“Dateline bila?” Fahmi bertanya lagi, sekadar berbasa-basi.
“Dua minggu lagi.” Jawab Aulia. “Ayat dalam ni nampak ringkas tapi banyak maksud tersirat, sebab tu Lia susah nak cari perkataan yang sesuai untuk Lia terjemahkan.”
Fahmi mengangguk-angguk.

“Lia…” Fahmi berjeda sebelum meneruskan pertanyaan. “Appointment doktor dah buat ke?”
Lia diam menyudahkan sedikit lagi daripada kerjanya sebelum menutup skrin komputer. Fahmi menunggu penuh sabar.
“Schedule doktor tu dah penuh minggu ni. Jadi dia bagi tarikh minggu depan, tapi Lia rasa Lia sibuk nak mengejar dateline ni. Lia tanya dia kalau-kalau ada tarikh ke depan lagi, and Lia kata Lia akan confirmkan dengan Mi dulu. So, macam mana, tiga minggu lagi okey?”
“Mi okey je. Mi cuma rasa Lia patut jumpa dia dalam masa terdekat ni..”
“Mi… Lia ada tarikh appointment Lia sendiri la.. Lagipun apa yang Mi tengok hari tu tak teruk pun. Takde apa yang perlu Mi bimbangkan. Its still manageable.”

“Tapi Lia…”

“Aduh..” Lia berkerut sambil menekan perutnya.
“Lia? Kenapa?” Fahmi jadi cemas.
“Lia lapar la..” Aulia menyengih. “Mi tak lapar ke? Jom masak..”
Buat drama pulak! Fahmi mengalah. Dia juga kelaparan. Dan mereka juga punya banyak masa untuk berbincang lagi.



Skrin televisyen berwarna-warni memaparkan drama 1 jam 30 minit bertemakan komedi cinta. Melihatkan klimaks cerita di mana hero dan heroin disatukan, Fahmi menggenggam lembut tangan Aulia yang berada di sisinya. Aulia yang sedari tadi menyuap kerepek ke mulut, melabuhkan kepala ke bahu sang suami. Kerepek disuap ke mulut lelaki itu.
“Lia..” seru Fahmi dengan mulut penuh. Fahmi terus mengunyah makanan ringan itu.
“Ya, Mi…”
“I really think we should pay an early visit to your doctor.”
“Mi nak bincang apa dengan doktor Lia?”
“Mi…” Kata-kata Fahmi tergantung.  Banyak persoalan yang memberat di fikirannya. Jauh di sudut hati, dia bimbangkan Aulia.
Aulia tersenyum segaris.

“There must be a lot you want to ask him. Okey lah, kita pergi esok.”
Fahmi membulatkan mata.
“Lia ada call dia secara personal dan beritahu dia tentang Mi. And dia setuju untuk luangkan 2 jam masa rehat dia untuk kita. So we can talk over lunch.”
Bukan tentang masa pertemuan yang membuatkan Fahmi terkejut. Namun, mulutnya terkunci untuk berbahas dengan Aulia.
“Oh, ya.” Aulia mendapatkan henfon Fahmi yang diletakkan bersama henfonnya di atas meja. “Kuota data Mi banyak lagi tak? Doktor pesan kat Lia, he said that I should always let you know when will be my next period. Dan cara paling senang ialah dengan berkongsi account apps ni. Whenever Lia input about my cycle, there will also be an update on your phone too.” Panjang lebar Aulia menerangkan tentang aplikasi yang dimuat turun ke dalam henfon Fahmi. Fahmi pula terus diam terkaku. Hanya mampu memerhati perlakuan Aulia tanpa membantah. “Mi check dua kali seminggu pun dah okey. By the way, my cycle is every 25 days. Just a short one unlike other people.”

“Doktor tu pun kongsi apps ni dengan Lia ke?”
Soalan Fahmi membuatkan Aulia tertawa besar.
“Kenapa Mi fikir macam tu? Takkanlah 100 patients dia semua nak kongsi account dengan dia? Mahunya hang henfon doktor tu nanti.” Aui terus tertawa. “Doktor cuma check during appointment. Plus, dia ada borang lain untuk rujukan dia. Lia simpan rekod kat apps, nanti time appointment Lia isi kat borang..”
Fahmi sekadar diam menerima maklumat itu.
“Youre getting ridiculous lah, Mi…” Aulia masih tertawa.

Fahmi teringat akan pesan ibunya bahawa haid seorang wanita merupakan rahsia rumah tangga. Kitaran haid menceritakan tentang kesuburan seseorang lantas juga menceritakan kemampuan pasangan untuk menghasilkan zuriat. Kerana itulah perihal haid sering dibincangkan secara sembunyi-sembunyi.
'He’s a doctor, Fahmi. Kalau dia tak tahu, macam mana dia nak rawat pesakit.' Fahmi cuba bersikap rasional.

4


**foreface
Im starting to find it weird; calling him mi.
Mi goreng? Mi sup? Mi sarawak? Yum yum

Btw, fahmi cemburu?

Ps; i need to gather material for the doctor's scene, so see ya later


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous