Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
Fahmi segera membuka pintu. Setelah beberapa kali salam tidak bersahut, dia tak lagi menunggu Aulia membukakan pintu untuknya. Memasuki rumah, dia melihat keadaan ruang tamu tidak terurus. Sampah bungkusan makanan ringan dibiarkan begitu sahaja di depan TV. Komputer peribadi isterinya tersadai di meja makan. Meja makan juga tidak dibersihkan.
“Aulia..?” Fahmi mencari kelibat Aulia. Tangannya ligat mengutip sampah sambil dia berjalan ke bilik tidur. Fahmi memasukkan sampah ke dalam bakul sampah berdekatan pintu bilik. Batang tubuh Aulia tak kelihatan. Semena, dia mendengar bunyi kereta di luar rumah.

Tanpa memberi salam, Aulia terus masuk ke rumah dan membersihkan diri.

“Aulia.. okey tak ni?” Soal Fahmi diamuk resah.
Sejak dia balik dari menghantar manuskrip tadi, Fahmi tidak mendengar sepatah perkataan pun keluar dari mulut Aulia. Dia juga sekadar menduga pemergian Aulia itu untuk menghantar kerjanya kerana isterinya membawa pendrive miliknya bersama. Seringkali Aulia menggunakan khidmat cybercafe untuk menghantarkan kerja yang telah disiapkan kepada penerbit supaya tidak membazirkan kuota pelan data peribadi.
Apa yang Fahmi bimbangkan, Aulia juga tidak menjamah makanan yang dia sediakan. Isterinya terus mencicip makanan ringan sahaja.
“Aulia..?”
“Lia penat lah. Lia tidur dulu.”

Fahmi mengerling jam. Masih awal lagi untuk waktu tidur. Fahmi meraup wajah. Dia tidak memahami semua ini. Ternyata dia memandang rendah terhadap perkara yang dibincangkan Aulia tempoh hari.

*
“Lia tak nak Mi terkejut nanti bila tengok betapa teruknya Lia mood swing. Guidebook ni, Mi bacalah. Buku ni memang Lia bincang dengan doktor Lia untuk dijadikan self help. Kitorang kumpul benda-benda yang relatable. Sebab everyone is different.”

Rule #1
Don’t neglect physical need. Eat, drink, sleep, take your shower. Basic care will keep you going.
Rule #2
Don’t isolate. Connect with people. Talk about anything and don’t keep things to yourself.
Rule #3
Don’t ask when it will end. Just go through experience and in the end of the day, youll know youre very strong.

“Lia ada masalah apa, Lia?”
Aulia menyelak ke mukasurat terakhir buku panduan itu. “PMDD”

General Information
Premenstrual dysphoric disorder (PMDD) is a very severe form of premenstrual syndrome (PMS), which can cause many emotional and physical symptoms every month during the week or two before you start your period. It is sometimes referred to as 'severe PMS'.

“PMDD?” Berkerut dahi Fahmi mendengar nama penyakit yang belum pernah didengar seumur hidupnya. Fahmi juga meneliti maklumat doktor yang merawat Aulia seperti ditulis di mukasurat itu.
Aulia diam mengiyakan. “They tried to raise awareness but yeah, life is not as easy.” Ujar Aulia, cuba memberi penjelasan ringkas. “Lia harap Mi boleh banyakkan bersabar dengan Lia. Lia tak teruk sangat pun.  Lepas Lia buat treatment, Lia Cuma kena 2-3 hari je. Biasanya orang kena 1-2 minggu, sepanjang luteal phase diorang. But still, mine is as bad as it is.”

*

“Lia..” Fahmi cuba mengejutkan Aulia.
Aulia tidak membuka mata. Hanya beralih mengiring menghadap Fahmi.
“Lia.. please, wake up. Bangun mandi dan segarkan diri?” Fahmi separuh merayu. Jika Aulia masih berkelakuan seperti semalam, dia rasa tak keruan. Apa-apa sahaja boleh terjadi kepada isterinya ini.
Aulia berkalih semula.
“..please, Aulia?” Fahmi membuka selimut yang menutupi badan Aulia.
Aulia mulai bangun perlahan-lahan menuju ke bilik mandi.

Fahmi meraup wajah. Pagi-pagi lagi dia jadi penat berperang dengan kebimbangan. Malam tadi, tidurnya tak lena. Sempat dia menelaah buku panduan Aulia dari kulit ke kulit.
People with PMDD also experience a range of different mental health symptoms such as depression and suicidal feelings
Fahmi seribu kali bimbang. Dia menjenguk ke bilik air. Bunyi air mengalir membuatnya berasa sedikit lega kerana ia menandakan Aulia sedang mandi dan bukannya menyambung tidur di bilik air. Tetapi dia tak boleh terlalu gembira. Tiada satu tempat pun yang selamat sekiranya seseorang itu suicidal melainkan di sisinya ada yang menemani.
Fahmi memulas tombol pintu.

“Aulia.. pftt..” Fahmi menyembur air yang masuk ke mulut.
“Mi nak apa? Nakal, ya?” Kedengaran Aulia sedikit ceria. Fahmi mengelap muka.
“Bertuah punya isteri..!”
Aulia ketawa besar di balik pintu.

3


***foreface
Too much repeated words. And too much terms and phrases.
Malas nak terangkan, kalau nak tahu boleh google “what is (phrase you don’t understand)”
Dan ya, Aulia memang bertuah. Bukan sekadar kerana dia mengenali Fahmi, tapi kerana dia mengenali erti sebuah kesedaran. Awareness is important, guys.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous