Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darling I need you
Usai solat subuh, Fahmi menjenguk Aulia di dapur. Bau nasi goreng yang dimasak Aulia benar-benar menjemput selera Fahmi. Selalunya dia akan makan roti atau nasi sejuk semalam sahaja untuk sarapan.
“Dah masukkan telur? Hmm..” Fahmi kecur liur melihat lauk yang digoreng bersama. Ada telur, kek ikan dan sayur-sayuran.
Aulia memadam api dapur. Dia menghulur garam kepada Fahmi. “Mi, perasakan.”
Fahmi menabur garam sementara Aulia terus menggaul nasi. Sesekali, Fahmi mengerling wajah isterinya itu. Panggilan Mi terasa asing di telinga biarpun dia lah yang mencadangkannya semalam.

Siap bersarapan bersama, Aulia menghantar Fahmi ke pintu depan. Fahmi sekadar memandang Aulia sambil menyarungkan kasut. Dia masih kekok dengan kehadiran seorang isteri dalam hidupnya.
Semena, Aulia menghulur salam. Fahmi menyambutnya. Apabila tangannya diciumi, Fahmi menelan liur.
Ah, inilah kehidupan lepas kahwin..?

“Mi, kerja elok-elok ya. Lia tunggu Mi balik.”



Setelah beberapa hari mereka bersama, Fahmi berasa senang dengan kehadiran Aulia. Sepertinya memperisterikan Aulia bukanlah suatu kesilapan yang dia akan sesali. Tiada sedikitpun cacat cela pada gadis itu. Solatnya dijaga dan mereka juga membaca AlQuran setiap kali usai solat Maghrib. Rumah dijaga dengan kemas dan sentiasa teratur. Aulia juga tak banyak kerenah. Apa yang dia mahu, dibeli dengan duit hasil kerjanya sendiri. Itupun sekadar makanan, snek dan sedikit alat tulis yang berkaitan dengan kerjanya.
Di hujung minggu pula, Aulia mengajaknya berjalan-jalan di Taman Greenpark. Sesekali dia menganggap Aulia seperti kekasih dan mereka dating seperti tiada tanggungjawab antara mereka.

Sehinggalah suatu hari setelah hampir sebulan mereka bergelar suami isteri.

“Lia..! Bersepahnya makan jajan!” Fahmi menegur Aulia yang ralit menonton TV sambil mengunyah kerepek kentang.
“Alaa.. biar la.. minggu lepas dah kemas. Esok lusa pulak lah baru Lia kemas. Biar je bersepah sekejap, tak mati pun…” Balas isterinya.
Fahmi menggeleng kepala. Sudah masuk lima pek keropok terbiar di meja ruang tamu. Entah apa yang bermain di fikiran Aulia. Mungkinkah dia stres dengan kerjanya? Tapi Fahmi juga sedar, Aulia sudah hampir tiga hari tidak menyentuh komputer peribadinya. Ada masalahkah?
Fahmi mengutip sampah dan membuangkannya bagi pihak Aulia. Kemudian dia duduk di sisi Aulia, menemaninya menonton TV sehingga lewat malam.

“Mi..” Aulia bersuara lewat malam itu. “Esok kan.. Lia tak masak tau. Lia takde mood. Selama ni Lia dah masak sedap-sedap. Sesekali kita makan lah apa yang ada je ek. Atau Mi nak masak sarapan esok?”
“Boleh jugak.” Fahmi bersuara dalam mamai. Matanya sudah begitu kuyu.
“Okey, Mi masak eh.. Bawang potong semalam ada lagi berbaki. Masak lah apa-apa yang Mi nak makan. Lia telan aje.”
“Hm..”
“Mi…” Ujar Aulia lagi. “Mi pergilah tidur kat dalam. Kesian pulak Lia tengok Mi kat sofa ni.”
“Lia tak nak tidur lagi ke?”
“Nanti Lia masuk lah.”



“Lia… Bangun, Lia.. Lia solat kan?”
Aulia merengus buat ke sekian kalinya. Selimut dibuka daripada menutupi kepala.
“Lia.. dah 6.40 dah ni, Lia. Bangun solat?”
Tanpa menjawab, Aulia bangun melangkah ke bilik air. Pintu dihempas kuat.
Fahmi mengerut wajah.

“Lia.. ni Mi dah siapkan sarapan. Lia nak makan tak? Lia okey tak ni?” Fahmi benar-benar risaukan Aulia. Sejak malam tadi, isterinya bukanlah seperti yang dia kenal.
Dengan berat Aulia melangkah ke meja makan. Wajahnya juga terus murung. Dia menarik pinggan berisi nasi goreng kicap yang dimasak Fahmi.
“Lia okey tak ni?”
Semena, air mata Aulia mengalir deras.
“Im sorry, Im sorry…”
Air mata Aulia mengundang resah di hati.

“Im sorry..” Aulia mengelap air mata. “Dah lewat ni, Mi pergilah kerja. Lia okey. I just need a lot of rest.”
“Are you sure?” Fahmi risau.
“Yes. And please, trust me.” Suara Aulia mulai serak.
Fahmi memeluk tubuh isterinya. Dia risau meninggalkan Aulia sendiri. Namun dia harus pergi ke kerja. “Mi pergi dulu, ya. Take care.”

2



***foreface
Erk.. maybe some of you (or most of you) would not agree with things she did during PMS. Just bare in mind that she is sick.
Pls no hate comments. Just let Fahmi handle things, okay.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous