Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Agenda menolak jodoh

“Oit, kau ni bukan dah tunang dengan si Syarmila tu ke?”
“Siapa kata?”
Fadh mengangkat kening, jelak dengan penafian Iman. Satu kolej sudah tahu tentang pertunangan mereka. Lagi mahu tipu?
“Itu mak bapak aku yang nak. Aku tak nak, aku tak suka dia pun..” Iman menjelaskan. “Come on, weh. Aku suka kau. Tak boleh ke kau bagi peluang kat aku?”
Fadh menjulingkan mata ke atas. Baginya itu permintaan paling pentingkan diri. Too selfish. Kemudian matanya menangkap susuk tubuh seorang gadis jauh di belakang Iman. Fadh mengeluh.
“Okay, fine.”
Mata Iman bersinar.
“Bagi sini henfon kau.”
Iman menurut apabila Fadh menghulurkan tangannya. Fadh memasukkan nombor seseorang ke dalam phonebook Iman.
“Ini nombor aku yang lagi satu. Nombor ni sibuk sebab aku guna untuk online business aku. Tapi itu maksudnya aku selalu tengok dan akan balas whatsapp kat situ.”
Hati Iman berbunga. Patutlah selama ini ramai yang mengadu Fadh ni sombong kerana jarang membalas whatsapp rakan-rakan sekuliah. Iman terasa seperti istimewa. Dia melihat nombor yang dimasukkan ke dalam phonebook itu dengan nama Nightmare. Eh, mimpi buruk?

“Fadh!” Iman memanggil.
Fadh yang sudah jauh meninggalkan dirinya berhenti lantas berpaling.
“Boleh tak aku panggil kau Lina?”
Fadh berkerut dahi.
“Fadhlina?” Soal Iman lagi, meminta izinnya.
“Nana.”

Iman bersorak gembira di dalam hati. Kemudian dia menukar nama Nightmare di dalam phonebook menjadi Nana.



“Waalaikumsalam. Ya, awak? Ada apa?”
Iman yang sedari tadi merenung gambar profil Fadh, senyum sampai ke telinga. Biarpun dia sudah tumbuh janggut kerana menunggu balasan whatsapp dari Fadh, panggilan awak itu mengubat hatinya. Aduh.. seganas-ganas gadis kaki besi ini, dalam hatinya masih ada taman.
“Takde apa. Saje..” Dia membalas. “Awak dah makan?”
“Tengah makan ni. Tadi Nana busy, job banyak sangat.”
Iman tersengih lagi. Bantal gebu miliknya menjadi mangsa ditepuk-tepuk gembira. Dia tak dapat menahan perasaan apabila Fadh membahasakan diri sebagai Nana.
“Oh, yeke? Kesian, awak nie..” Iman mencuba mengambil hati gadis berhati keras itu. “Awak jangan la kerja kuat sangat, Nana. Nanti bila kita kahwin, saya tanggung awak okey.”
“Ye lah tu.. ada-ada aje..” Fadh meletakkan emoji angkat kening.
“Betul laa.. Awak tak percaya saya ke?” Iman memujuk, untuk meyakinkan Fadh mengenai dirinya.
“Hmm, okey la.. Nana percaya. Tapi in the mean time, sekarang ni siapa nak tanggung Nana? Duit Nana kerja ni la nak buat makan, make up motor, melaram baju… Haa kalau Nana tak kerja, awak nak bayarkan ke?”
“Eh, boleh je.” Iman meletak emoji mata bintang, meyakinkan Fadh yang dia boleh meletakkan harapan pada Iman.
Fadh menghantar emoji angkat kening sekali lagi.
“Percaya lah.. Iman akan bahagiakan Nana.”
“Eh, awak.. gotta go. See ya later.”
“Eh, sekejapnya rehat?”
“Dah abis makan. Gotta get back to work.”
“Okey, Nana. Jumpa esok. Tidur awal, ye Nana. Take care..”

Fadh merenung skrin henfon. Dia tersengih sendiri. Nana? Sudah begitu lama dia mengharamkan kawan-kawannya memanggilnya begitu.
Tengku Nasrul Iman, lets see how bad your nightmare will haunt you.



“Iman…” Fadh sengaja meleret-leretkan nada suaranya.
Iman berpaling lantas ternganga.
Fadh telah mengubah penampilannya. Daripada menyimpan rambutnya di dalam topi, diikat tocang kuda. Kemeja yang dipakainya ditukar ke warna-warna lembut biarpun masih dipadankan bersama jeans. Yang paling menarik perhatian, gincu oren muda yang dioles pada bibirnya.
“Wow..!”
Iman mengetuk kepala dua orang rakannya yang sama-sama menganga melihat penampilan Fadh. Matanya dijegil kepada mereka berdua.

“Hai, Nana..” Suara Iman bagai terkepit. Dia cuba mengawal air muka. Enggan terlalu ketara perasaannya buat gadis itu.
“Had a good sleep last night?” Soal Fadh bersama lirikan manja.
“Whoaaa..!” Dua rakan Iman menjerit teruja.
Iman mengetuk kepala mereka sekali lagi. “Korang fikir apa, hah?”
“Saya tidur lena je semalam..” Iman menyengih sebaik berpaling melihat Fadh.
“Ohh..” Fadh mencebir bibir. Kemudian tangannya dipanjangkan mengambil batang rokok di tangan salah seorang rakan Iman. “Iman tak mimpikan Nana, eh? Sedih lah macam ni…” Ujarnya sayu sambil menyedut asap rokok dengan selamba.

“Nana!” Iman separuh marah. Dahinya berkerut melihat perbuatan Fadh itu.
“Ooops, sorry. Nana stress.” Fadh menghembus asap dan mengembalikan rokok itu ke tangan pemiliknya.
“Okeylah, Nana ada hal. See you next time.” Fadh terus berlalu pergi.

“Perghhhhhhhh..!” Rakan Iman memuji.
“Hebat sial, rugi aku tak try dia dari dulu..” Sambung rakan yang seorang lagi.
“Diam lah!” Iman tak selesa. “Eh, Pit. Kau padam rokok tu sekarang!”
“Hahahaaaa.. kau tak nak?” Rakannya itu mengusik. “Ada bekas lipstik Fadh kat sini..”
“Bukan Fadh la.. Apa tadi? Nana..!” Mereka terus tertawa mengagumi keberanian Fadh. Tiada mana-mana gadis lain yang pernah memperlakukan sebegitu di depan mana-mana lelaki di kuliah ini. Fadh memang rugged.
“Eee… bak sini rokok tu!” Iman merampasnya dari tangan rakan bernama Pit kemudian dibuabg ke lantai.




“Nana.. apa yang Nana buat siang tadi?”
“Awak tak nak tanya apa yang saya buat malam ni?”
“Kenapa awak hisap rokok?”
“That’s just another side of me that you didn’t know. But now you know.”
“Nana..!”
“Ya, awak..”
Iman menggetus geram melihat balasan selamba dari Fadh.
“Awak sayang saya tak?”
“Hmm.. awak pulak? Betul ke awak sayangkan Nana?”
“Awak tak percayakan saya ke?”
“Dah tu.. biar lah Nana teruskan dengan hidup Nana. Kenapa nak marah-marah?”
“Tapi merokok tu tak baik untuk kesihatan, Nana. Nanti kalau awak mengandung nanti, tak kesian ke kat anak kita?”
Nana berasa mual. Anak?
“Please, Nana. Berhenti, okey. Saya tak nak tengok awak merokok lagi..”
“Then, lets break up.”
Mudahnya bagi seorang Fadh untuk meminta putus begitu saja daripada Iman. Iman tak mahu mengalah.
“Nana…”
“Kita sambung esok. Ada kerja lagi.” Begitu saja Fadh memutuskan perbualan whatsapp.
Iman menggetus geram.



“Nana..!” Iman melaung dari jauh. Fadh terus berjalan seperti dia tidak mendengar Iman memanggilnya.
“Nana!” Iman menarik tangan Fadh. “Kenapa mengelak daripada Iman? Okey, Im sorry about the rokok but Im just worried about you. It is really not good to smoke, so I hope you would stop. If you cant its okay though. Iman sudi terima seadanya. But please jangan buat Iman macam ni, Nana…”

“Siapa Nana?” Fadh menepis tangan Iman. “Kau fikir kau layak ke nak panggil aku Nana, huh?”
Iman terkebil-kebil sendiri. Setelah menerima dirinya, begini dia diperlakukan?
“Kau fikir kau tu bagus sangat ke? Hmph, merokok tidak. Gym tidak. Apa pun tidak.” Fadh menghambur cemuhan. “Kau tu tak sedar diri. Kau dengan aku ni macam langit dengan bumi kau tau tak? Ada hati nak aku jadi girfriend kau? Takde class langsung.”
Iman terus terdiam membisu.
“Hey, aku tak hamak la dengan duit kau tu. Itu semua duit bapak kau je. Kau satu habuk pun tak dak. Mentang-mentang anak tengku, nak berlagak konon. Sugar daddy aku lagi banyak duit daripada kau la..”

Iman terbuntang mendengar pengakuan Fadh. Perkataan sugar daddy menjadi tamparan hebat buat Iman. Perkataan itu terngiang-ngiang di telinga.



“Im…” Syarmila menegur. Sejak awal makan malam, Iman kelihatan jauh termenung sendiri. Di depan ibu bapa mereka pun Iman terus diam tanpa sepatah kata.
“Im.. Jangan lah sedih sangat tentang Fadhlina tu.” Syarmila sebenarnya mengerti apa yang bermain di fikiran Iman. Dia melepas pandang ke arah kolam renang yang ada di laman rumah Tengku Arifuddin. “Ila dah tahu semua. Satu kolej bercakap, Im. Sebelum ayah dan ibu marahkan Im, baik Im lupakan Fadhlina. Fadhlina tu, hidupnya gelap, Im. Dia tak sesuai dengan kita, dan dia sendiri kata dia tak mahu pun duduk sama bumi dengan kita.”
“Syarmila.” Iman berpaling memandang wajah tunang pilihan keluarganya itu. “Apa yang kau dah cakap dengan Fadhlina?”
“Eh?” Syarmila tak senang dituduh melulu. Dia tak pernah melakukan apa-apa kepada gadis kaki besi itu. Sebaliknya, gadis itulah yang telah mendekatinya.
“Mesti kau ada cakap apa-apa kan dengan Nana? Sebab tu dia buat macam tu kat aku.”
“Ila tak buat apa-apa. Sumpah, Im. Ila nak buat apa? Ila tak berani buat apa-apa la dengan kaki besi tu.”
“Kalau kau tipu aku, siap kau.”

Syarmila menggelengkan kepala. Dia teringat saat Fadhlina datang berjumpa dengannya pada malam dia melihat Fadhlina memberikan nombor telefon kepada tunangnya. 

“Aku tahu kau sayangkan dia. Aku minta maaf, tapi izinkan aku bagi satu pelajaran kat dia. Dia takkan sebegitu mudah lepaskan aku walaupun aku tolak dia berkali-kali.”
“Jadi.. apa yang awak nak?”
“Sebab kau tunang dia, jadi aku nak minta izin. Aku nak sakitkan hati dia supaya dia putus asa dengan aku. Jadi, kau kena stay. Kau stay dengan dia, jangan sampai dia buat perkara bodoh. Aku takut bila hati dia terluka, dia buat benda bodoh. Jadi aku minta maaf kat kau. If anything happens kat dia, bagitau aku. Nanti aku tolong kau betulkan balik keadaan.”
“Apa yang awak nak buat?”
“Aku ni tak layak dengan dia, kau pun tahu kan.. Aku ni orang biasa-biasa je. Hidup aku susah, tak sesuai nak berubah jadi hidup senang. Aku lagi selesa kalau hidup aku jadi lebih baik dengan hasil usaha aku sendiri. Dan kau.. aku tahu kau sayangkan dia sangat-sangat.” Syarmila tidak dapat menyangkal tekaan Fadh itu. “Jadi, teruskan jaga dia.. support dia. Walaupun dia mungkin tetap takkan pilih kau.. Dan kau pun, jangan la terus tutup hati kau untuk orang lain.”
Kata-kata Fadh sukar difahami namun terkesan di hati. Sementelah, Fadh beredar apabila dipanggil rakan sekerjanya. Seharian, Syarmila terus memerhatikan kerja Fadh sebagai seorang pengawal di sebuah kelab malam. Benar, dia dan Iman memang seperti langit dan bumi.

Syarmila mengeluh. Cinta yang berbakul untuk Iman, terpaksa dia lupakan. Lelaki itu tak pernah memandangnya biarpun mereka berkawan sedari kecil. Mungkin benar seperti kata Fadh, dia tak seharusnya menutup mata daripada memandang lelaki lain yang lebih mencintainya. Lamaran daripada rakan sekuliahnya seminggu yang lalu, sedikit sebanyak telah mengubah hatinya daripada pujaan hatinya yang seorang ini.



***foreface
This just escalates as fast as it would. I didn’t even care to develop the characters, I just gave you all the drama.
Ini sekadar selingan sebab otak aku tepu nak ejas plot untuk AuliaxFahmi.
And aku ada something else yang aku nak cakap sementara aku duk teringat kat ex aku.

Cerita ni macam separuh siap je enn. Tak senonoh betul aku bagi korang baca cerita macam ni. Actually aku first nak tulis cerita pasal ni je - >“Kau cuma akan berminat dengan benda yang mencabar ego kau aje. Sebab tu kau tak pernah pandang orang yang selalu ada untuk kau.” Tapi entah lah dah terpesong dari niat sebenar haha.
Apahal dengan Fadhlina tu sebenarnya? Dia tak selesa dengan orang kaya, and dia sebenarnya kesian dengan Syarmila. Dia tak nak Syarmila tu taken for granted and dilupakan atau pengorbanan dia, cinta dia untuk Iman jadi sia-sia.
Iman tu, dia takde hati pun kat Syarmila. Biasa laa, kes-kes tunang dari kecik ni. Satu jatuh cinta, satu lagi anggap macam kawan baik atau macam adik sendiri je. Dia betul-betul sukakan Fadh ke tak? Itu aku pun tak pasti hahah. (Kan dah cakap, aku tulis separuh siap je.) Aku macam nak kata yang dia just minat dengan Fadh sebab Fadh tu lain daripada perempuan-perempuan lain yang dia pernah kenal. Just like some distraction daripada dia melihat tulus cinta Syarmila (pft, awat ayat jiwang)
Syarmila pulak hmm, dia jenis yg biarkan diri dia jadi mangasa keadaan. Kalau dibiarkan mungkin dia akan terus cintakan Iman walaupun hati dia terhiris sejuta bilah pisau. But, Fadh sedarkan dia yang mencintai tak semestinya memiliki jadi tak perlu berkorban sampai sendiri yang sakit. Teruskan menyayangi, tapi kalau orang dah tak suka tu terimalah dengan hati terbuka.
Haa, awat dengan nama gadis kaki besi? Haaaaaa.. Aku just takde idea, aku nak gambarkan yang dia tu gangster. Itu je. Nak buat dia pengkid ke gro ke apa ke aku tak tergamak. Tapi sebab nak buat dia ni miskin dan buat kerja yang tak sedap mata memandang, So dia pun jadilah bodyguard dekat kelab entah mana-mana. Dia tak jual diri, tapi dia terlibat dengan shady business (secara tak langsung)
Haa, itu je lah yang aku nak bebelkan. Kalau korang berminat nak suruh aku sambung cerita ni bagitau, okey. Aku mungkin akan cuba, tapi kalau idea tak sampai aku minta maaf awal-awal lah kalau cerita ni tak disambung.

Btw, aku rindu kawan aku nama Syamil. Masa kecik aku ada sorang kawan perempuan nama Syamil. Dia ni comel, aku kenal dia kat tempat aku belajar mengaji. Tapi satu hari tu dia pindah and dia cuma bagi aku nombor nenek dia je. Pernah sekali ke dua kali je telefon nombor tu then lost contact sebab nenek dia pun pindah jugak. :<

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous