Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Racun.
CHAPTER 6
“Terima kasih, Ina. Bagi aku tumpang rumah kau..” Laili membuka bicara saat mereka duduk di depan televisyen. Atas nasihat Kak Pah, Laili membuat keputusan untuk mengunjungi rumah sahabat lamanya. Untuk beberapa hari ini, dia ingin membantu di pusat asuhan yang dijaga oleh Zaiyina.
“Kau okey tak? Kau bagitau mak ayah kau tak yang kau datang sini?” Zaiyina serba tahu alasan Laili datang jauh dari KL ke Melaka untuk menumpang di rumahnya.
“Aku cakap kat diorang yang aku ada kursus..” Balas Laili perlahan. Sedikit serba salah kerana telah menipu ibu dan ayahnya.
“Kenapa sebenarnya dengan kau ni.. Kau kata hari tu kau bertunang, pastu putus.. Kenapa korang putus?” Zaiyina terus kepada topik yang memberatkan kepala Laili. Dia ingin segera menyelesaikan masalah sahabatnya itu sekaligus membantu Laili menenangkan perasaannya.
“Kau tahu kan aku memang pernah ada crush kat Abang Zed tu..” Laili membuka cerita. “Aku fikir semuanya habis kat situ je lah. Habis sekolah, aku takde fikir apa-apa pun pasal dia.. Tapi ibu aku, mak dia.. nak satukan kitorang.. Aku gembira sangat masa diorang datang untuk tunangkan kitorang.. kitorang buat simple-simple je.. memang majlis tunang tu diorang cadang sekalikan aje dengan majlis nikah. So kitorang tunang diam-diam je dulu. Tapi kau tahu tak apa yang Abang Zed cakap masa tu?”
“Abang Zed cakap apa?” Zaiyina ingin tahu.
“Masa hari tunang tu, diorang tinggalkan kitorang berdua kejap.. Lepas tu, Abang Zed kata dia tak setuju pun dengan pertunangan ni cumanya dia tak ada alasan untuk membantah. Maksud dia, dia tak suka aku pun tapi dia ikutkan aje kehendak mak dia. Dia buat semua tu sebab mak dia suruh je.” Laili menggerutu melepaskan geram.
“Eh, jahatnya! Kalau tak suka jangan lah main-main dengan hal kahwin. Tak suka, cakap je lah!” Zaiyina berkerut seribu mengenangkan perlakuan Zed.
“Pastu dia suruh aku yang putuskan kalau aku nak..” Laili bercerita lagi.
“Dia yang tak suka kita pulak yang kena jadi putuskan.. Nanti semua orang ingat kita yang salah pulak..” Zaiyina bertambah geram.
“Pastu aku terlepas cakap yang aku sukakan dia.. then dia kata okey dia nak bagi peluang untuk..” Laili membuang pandang, mencari kata yang sesuai. “Entahlah, mungkin dia fikir cinta tu boleh dipupuk.”
“Macam tu pulak?” Zaiyina terus berkerut dahi.
“Tapi yang aku paling tak suka.. Dia langsung tak ws aku takde, mesej ke apa ke.. Sebulan sekali je dia hantar kata rindu.” Laili mula memeluk tubuh. Bulu romanya naik tiap kali mengingati mesej lewat malam dari Zed. “Seriau aku tengok. Kata tak suka, tetiba rindu.. Geli..!”
“Mana tahu kalau-kalau dia dah mula suka kat kau ke?” Zaiyina cuba bersikap positif.
“Tapi dia tak cakap apa-apa benda lain pun kat aku. Tiba-tiba kata rindu.. Eii..” Laili terus menggosok-gosok lengannya, dia rasa geli-geleman.
“Kau ni fikir yang bukan-bukan..” Zaiyina mulai memahami apa yang terjadi antara sahabatnya ini dengan buah hatinya. “Pastu? Kau buat apa bila dia kata rindu?”
“Kau tahukan, aku tak reti semua ni.. Aku geli.. tiba-tiba nak terus kata rindu.. kut ye pun tanya lah dulu apa khabar.. busy ke..”
“Haah.. Semuanya macam tiba-tiba.. Korang tetiba bertunang, then tetiba suka, then tetiba rindu..” Zaiyina menyatakan pendapatnya. “Kalau dia ada kasi intro borak-borak kosong, okey jugak..”
“Kan, tengah-tengah malam pulak tu…!”
“Kesian kau mesti terkejut..” Zaiyina mengerti perasaan Laili. “Lepas tu, apa jadi?”
“Aku tak suka cara dia.. imej crush aku dengan imej dia yang sebenar tak sama.”
“Expectation kau tinggi ni.. semua orang ada cara masing-masing..” Zaiyina mencelah.
“Aku dah fikir masak-masak weh.” Laili menjawab, dia sedar kesalahannya tapi dia tak mahu  dituduh sembarangan. “Aku tahu aku tak patut anggap dia perfect macam yang aku nak.. tapi at least kalau dia lain dari yang aku fikirkan, dan aku boleh terima, then okeylah. Tapi, no, aku tak suka cara dia tu.”
“Aku faham..”
“Aku rasa sakit kepala bila fikir pasal dia, so aku decide aku minta putus. Biar aku yang putuskan kitorang. Tak ada lah sakit sangat..”
Zaiyina mengangguk.
“Tapi aku tak sangka, sakit tu tetap ada weh..”
“Bersabarlah.. jodoh kau belum sampai.. akan ada yang lebih baik…”
6

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous