Racun.
Petang Jumaat yang mulia itu, keluarga Laili menerima kunjungan daripada keluarga Zed. Kunjungan yang penuh bermakna buat Laili, kerana kunjungan daripada keluarga angkatnya itu adalah untuk menjodohkan dia dengan abang angkatnya itu. Sejak dibangku sekolah lagi, ibu dan bapanya sudah bercadang sebegitu untuk merapatkan lagi silaturrahim dengan sahabat baik mereka.
Setelah selesai perbincangan diatur oleh orang tua, Laili dan Zed ditinggalkan sendirian di ruang tamu sementara yang lain beredar ke dapur untuk membantu menyediakan hidangan. Laili dan Zed berpandangan antara satu sama lain. Kekok.
"Abang tak faham kenapa ibu bapa selalu libatkan anak-anak dalam setiap perancangan diorang?" Zed senyum sinis sambil mengerling ke arah dapur di mana ibu bapanya berada. "Laili setuju ke dengan semua ni?"
"Laili.." Dia berjeda memikirkan jawapan. "..ikut cakap ibu. Pada Laili, cakap ibu itu lah yang terbaik." Laili memilih jawapan mudah sambil cuba menyembunyikan rasa kecewa.
"Yea, in most situations: yes. Tapi hal kahwin ni bukan hal main-main.." Zed merenung ke dalam wajah Laili. "Let me be honest.. Abang anggap Laili tak lebih daripada adik angkat abang je. Tapi sebab abang tak ada pilihan lain, maksud abang: no offense, abang tak ada perempuan lain dalam fikiran abang jadi abang pun terpaksa turutkan saja cakap mak bapak kita. Or else, mak mesti bising tanya apa alasan abang untuk tolak semua ni."
Laili diam sahaja mendengar luahan jujur daripada Zed. Hatinya terasa luruh berkecai.
"Abang ingatkan Laili pun tak setuju dengan cadangan ni.. but if Laili dah decide untuk ikut je kata-kata family kita. Fine then.." Zed mengangkat bahu dan terus berlalu ke dapur.
Laili menghantarnya dengan pandangan ekor mata. Dia terlalu kecewa sehingga hilang kata-kata.
You're my first and only love, Abang..
Seminggu sudah berlalu sejak pertunangan itu terikat. Laili memandang cincin yang melingkari jemari kecilnya. Hatinya berkecamuk keliru.
Patut ke aku beritahu ibu yang Abang Zed tak setuju dengan penjodohan kitorang ni?
"Laili..? Kenapa menung? Cepat sikit siapkan potong bawang tu.. minyak dah panas dah."
"Maaf, ibu. Kejap ye.." Laili terkocoh-kocoh menyambung kerjanya.
"Menung apa? Teringat abang kamu? Tak cukup ke whatsapp hari-hari.." Usik ibunya.
"Mana adalah, ibu.." Laili membawakan bawang yang sudah siap dipotong kepada ibunya. "Mana ada kitorang whatsapp hari-hari.."
"Kenapa pulak?" Ibunya mengangkat kening.
Laili tergagap, dia sedar dia sudah tersilap cakap. "Abang Zed tu sibuk, bu. Lagipun... kekoklah."
"Kekok apanya?" Bunyi minyak panas berdesis apabila bawang dimasukkan ke dalam kuali. "Kamu berdua nanti akan berkahwin, jadi suami isteri.. Apa salahnya luangkan masa berborak kat whatsapp tu sekejap? Tanya jelah apa-apa, sekadar basa-basi.." Ibunya mula membebel memberi nasihat.
"Tak biasa lah, bu. Nanti-nantilah Laili cuba.." Itulah jawapan skema yang akan dia ucapkan setiap kali ibunya menyuruh dia melakukan sesuatu yang baru baginya.
Ibunya sekadar senyum segaris, sudah masak dengan perangai anaknya.
Laili menguis-nguis hujung papan pemotong. "Ibu.."
"Ya, kenapa?" Mata ibunya tak bergerak daripada memandangan ke dalam kuali. Tangan sibuk memasak.
"Kalau Abang Zed tu tak macam yang Laili fikirkan sekarang, macam mana agaknya perkahwinan kitorang?"
"Kahwin tu, Laili.. kena usaha." Ibunya mulai memanjangkan bebelan sambil mengacau nasi di dalam kuali." Walaupun dah sah dan halal untuk satu sama lain, hubungan tu takkan kekal indah tanpa usaha. Yalah, kalau dengan kawan baik pun boleh tiba-tiba bergaduh. Inikan pula suami isteri yang lebih rapat lagi dari kawan, kongsi satu bumbung.. Hari-hari tengok muka yang sama sampaikan rasa muak dah.. Kenalah ada usaha untuk sentiasa perbaiki hubungan, buang rasa bosan tu.."
Laili sekadar diam menunduk.
Kalau orang tu tak sukakan kita, ada kemungkinan ke untuk dia terus mengalah, terus put up dengan kita?
"Kamu dengar tak ni? Kena usaha untuk pupuk keharmonian tu. Harmoni tu tak datang bergolek dengan sendirinya. Kahwin tu bukan yang indah-indah je, faham?"
Laili memandang wajah ibunya. Senyum nakal terbit di bibir. "Ibu selalu bosan ke dengan ayah?"
"Eh, ibu pulak yang disoalnya?" Si ibu sekadar ketawa kecil.
Selesai makan malam, Laili terus berkurung di dalam biliknya seperti selalu. Telefon bimbit segera dicapai, mengintai chat dengan tunangnya. Dia menghempas keluhan kecil.
Selamat pagi. Abang sibuk ke hari ni?
Seen, 18.58.
"Laili apa khabar?" Soal emak Zed di ziarah keluarga pertama mereka sejak mereka bertunang.
"Alhamdulillah, mak..." Laili menelan suku kata terakhir ayatnya. Terasa segan pula sejak mereka sudah berubah status daripada emak dan anak angkat kepada bakal mertua dan menantu. Eh, belum sah jadi mertua pun...
"Zed ni, jarang sebut pasal kamu. Bila mak tanya baru dia jawab. Diam-diam je kamu berdua ni ya?" Emak cuba mengusik.
"Takde apa nak cakap pun, mak." Zed tidak ambil pusing perihal semua ini.
"Segan, mak." Laili memotong percakapan Zed. "Laili kadang-kadang rasa nak sorok muka ni jauh-jauh. Takut orang nampak Laili blushing." Seluruh meja tertawa. Laili sekadar meluahkan kata-kata omongan kosong. Biarlah orang menganggapnya bergurau walaupun dia sebenarnya tak mengerti apa yang dia sendiri cakapkan.
"Yelah tu, segan..!" Celah ibu Laili. "Alasan je semua tu, kan?"
Mereka tertawa lagi.
"Apa kata kita cepatkan tarikh nikah?" Soal emak Zed tiba-tiba. Laili cuba mengawal perasaan. Zed juga turut dam sahaja mendengarnya. "Yalah, kita dah lama kenal kan? Zed dan Laili pun sejak kecil lagi dah selalu main sama-sama.. sekolah sama-sama.."
"Tapi mereka dah sedia ke?" Ayah Laili menyoal pula.
"Yalah, awak ni yang.. Anak kita tu dah cukup ke persiapan - duit, rumah, persiapan mental lagi, ilmu perkahwinan semua.." Bapa Zed menyelit buah fikiran.
"Masing-masing dah pergi kursus kahwin kan?"
Laili memandang Zed. Memang ibunya pernah menyuruh dia mengambil peluang untuk menghadiri kursus perkahwinan yang diadakan di universiti. Dan Zed juga dilihatnya menghadiri kursus yang sama.
Memang inilah rancangan ibu mereka.
"Tapi, mak. Kerja Zed sibuk sangat dua tiga menjak ni." Zed cuba beralasan.
"Alah, kerja tu takkan pernah habis lah.." Emaknya tidak mengendahkan.
Selepas pertemuan itu, Laili tekad menelefon Zed buat kali pertama.
"Abang, sebelum ibu dan mak teruskan dengan pernikahan kita.. baik abang berterus-terang kalau abang tak suka dengan semua ni."
"Apa kata Laili yang putuskan? Cakap dengan ibu Laili, pujuk ibu..?"
"Tak boleh, abang. Laili tak boleh buat macam tu. Lagipun, abang yang tak sukakan Laili. Jadi abang lah yang putuskan kalau abang nak.."
"Mak abang mesti tak izinkan.. abang tak ada sebab yang kukuh untuk minta mak putuskan pertunangan kita."
"Jadi abang nak teruskan dengan perkahwinan kita? Walaupun abang tak setuju dengan semua ni?"
"Kenapa Laili tak cakap je dengan ibu Laili untuk putus?"
"Ibu mesti hairan kalau Laili yang nak putuskan sebab ibu tahu yang Laili sukakan abang."
1
<.....,,.....>
sebab kat tv ada cerita pasal family arranged marriage and i find the preview is quite funny in a way.
and, no. this story doesnt end here. cerita ni akan bersambung. but idk when, sebab sekarang musim final and mood aku pun masih kelaut ni.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment