Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Sasha mencampakkan bungkusan biji bunga matahari itu ke meja. Hatinya sungguh kecewa apabila percubaannya menanam pokok itu tidak berhasil lagi untuk kali kedua. Mujur dia tidak menghabiskan semua biji benih. Masih ada ruang untuk dia belajar lagi bagaimana untuk mendapatkan pokok bunga matahari yang subur. Namun, dia letih. Terasa seperti tidak mungkin untuk dia berjaya menghadiahkan bunga yang cantik untuk jejaka pujaannya.

“Hey, Sha.. kau buat apa ni?”
Terkejut Sasha apabila Shaiful tiba-tiba muncul menyapanya.
“Aku tengok kau dari hari tu nak tanam bunga matahari kan? Bunganya mati lagi?”
Sasha terus terkedu membisu. Bunga tu mati sebab kau la, buat aku naik emotion rollercoaster sampai terlupa nak jenguk pokok ni!
“Aku tolong kau tanam, nak?”

Sasha merenung tepat ke wajah Shaiful. Suatu tawaran yang tak mungkin dia tolak. Lelaki itu ingin bersama-sama menanam pokok ini sehingga kembang mekar. Suatu tawaran yang tak pernah dia mimpikan.



“Aku tengok kat internet yang kita sepatutnya bagi bunga ni menghadap matahari bila dia mula tumbuh daun nanti..”  Ujar Sasha sambil mendekati Shaiful bersama tanaman mereka.
Lelaki itu tersengih. Dan sengihan itu membuatkan Sasha semakin jatuh hati kepadanya.
“Memanglah dia nakkan cahaya matahari, sebab tulah nama dia bunga matahari.” Shaiful terus tersenyum. “Ni, kalau nak dia cepat besar.. Mak aku kata, kau kenalah sayang dia, cakap comel-comel dengan dia, puji dia sama macam kalau kau jaga baby.”
“Oh..” Sasha mengangguk-angguk sambil mengalihkan pandangan ke pokok bunganya. Matanya terasa silau apabila memandang wajah lelaki idamannya tambah berseri-seri penuh karisma. Sasha duduk mencangkung ke tanah, menghadap ke arah pokok yang baru sahaja bercambah.
“Hye, awak.. Awak kecik comel, sila cepat besar ya.. membesar cantik-cantik tau sebab saya nak hadiahkan awak kat orang paling special..” Sasha mula berbicara dengan pokok kecil itu.
“Siapa orang yang special sangat tu?” Soal Shaiful sambil turut mencangkung di sebelah Sasha. “Aku ke?”
Muka Sasha memerah. Dia bingkas bangun.
“Pp..pp.. poyo lah kau!” Marahnya, kemudian terus beredar. “Aku nak baliklah, dah lewat ni.”



Hari demi hari, bunga matahari yang ditanam Sasha bersama Shaiful semakin tumbuh tinggi. Sasha senang melihatnya, saban hari juga dia semakin bersemangat menyiram pokok. Apatah lagi bila si pujaan hati sering menemani setiap petangnya. Semakin seronoklah Sasha menjenguk pokok bunganya setiap hari.
Tapi, kebelakangan ini Shaiful kelihatan sibuk dengan aktiviti kelab. Hmm, biarlah dia dengan koir. Walaupun Sasha tidak memahami muzik, tidak sesekali dia menipu dan memaksa diri untuk mempelajari muzik hanya kerana lelaki. Dan tidak sesekali juga dia akan menghalang Shaiful untuk meluangkan masa dengan kumpulan koirnya. Kerana Shaiful bukanlah Shaiful andai dia tidak melakukan apa yang dia sukai.
Sasha terus menyiram air untuk dua batang pokok yang kian membesar itu.

“Shaiful.. tanya sikit.”
“Hmm?”
“Kenapa kita tanam bunga ni dua kuntum ek? Satu untuk aku, satu untuk kau ke?”
“Bukan.”
“Dah tu..?”
“Rahsia.”
“Apasal nak rahsia-rahsia pulak?”
“Saje.”
“Amboi… kalau macam tu kau tak payah lah tolong aku tengok-tengokkan bunga tu lagi. Nanti bila dia kembang aku nak bawak balik rumah dua-dua kuntum. Biar kau tak payah merasa!”
Shaiful ketawa besar mendengar ugutan Sasha. Sedikitpun dia tidak terkesan dengan kata-kata itu.

“Dear, cik bunga comel, please kembang mekar cantik-cantik sebab saya sayang awak sama macam saya sayangkan Shaiful.” Sasha mengulum senyum simpul. Tidak menyedari, Shaiful yang berada di hujung koridor mendengar kata-katanya.



“Wahhh…!”
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sasha dan Shaiful masing-masing terpaku melihat bunga matahari mulai mekar di tapak semai.
“Cantik laa… Nanti bila dah lagi besar mesti lagi cantik enn..”
Shaiful kelihatan terdiam berfikir.
“Shai, kau okey?”
Semena, Shaiful mencabut kedua-dua pokok bunga matahari yang ditanam. Sasha menjerit histeria.
“Shai, kau buat apa ni?!”
“Im sorry, Sasha. Aku rasa tak patut sangat nak tolong kau macam ni.” Shaiful berkata dengan wajah yang kelam menyembunyikan seribu kekusutan. “Aku tolong kau ni, tak ikhlas. Aku tahu kau suka kat aku, kau nak bagi bunga tu kat aku.. Tapi aku tolong kau tanam ni, sebab aku nak bagi kat crush aku. Dia sangat sukakan bunga. Tapi, bila aku fikir balik kenapa aku nak bagi dia bunga matahari? Sepatutnya aku ajak kau tanam ros.”

“Kau..” Lidah Sasha terkelu mendengar pengakuan itu. Jadi selama ini, dia dipergunakan?

“Im sorry, anggaplah semua ni tak pernah terjadi.” Dan Shaiful melangkah pergi meninggalkan Sasha dengan sepatah kata maaf.

Air mata mengalir. Sasha cuba menumpukan perhatian kepada bunga matahari miliknya. Akarnya masih elok. Sasha meletakkannya ke dalam botol air untuk dibawa pulang. Dipeluknya erat sambil perlahan-lahan dia berjalan pulang ke rumah.

“Sasha.. tak makan ke?”
“Tak lapar, ma!”

Sejak pulang, Sasha tidak lagi keluar dari biliknya. Dia terus leka merenung bunga matahari yang tidak berdosa di atas mejanya. Segala kenangan sejak hari pertama menanam bunga terimbau dalam benak fikiran.
‘Apa salah pokok bunga ni sampai dia sanggup buat macam ni?’ Fikir Sasha sendiri. Dia seperti tidak dapat menerima perbuatan Shairul mencabut pokok-pokok ini petang tadi. Tindakan itu dianggapnya keterlaluan.
Sasha terus memerhati bunga matahari yang masih kecil itu. Mujur akarnya masih kukuh pada batang. Seketika, Sasha tersedar sesuatu.
‘Kalau orang lain, mungkin dah pijak je bunga ni sampai rosak teruk.’

Sasha kemudian tersenyum kelat. Lelaki pujaan hatinya itu terlalu baik untuk didendami. Dan dia tidak menyesali sedikitpun jatuh hati terhadap lelaki itu. Cuma, luka ini, biarlah perlahan-lahan sembuh.


<…>
Selamanya penulisan aku tak kemas. Sekejap bahasa harian, sekejap bahasa standard. ==’’
Tadi petang, aku terbaca satu posting daripada Tarbiah Sentap. Katanya, nak tenang, cuba clash. Mesti akan rasa setenang-tenangnya. Dan betullah.. Dulu, aku takut sangat.. kalau-kalau aku tertulis something yang mengaibkan kitorang. Sebab tu aku semakin pasif dengan blog ni. Well but right then there wasn’t any idea for a good writing pun.. semua aku tulis semua tak jumpa ending. Semua tergantung tanpa tahu hujung pangkal cerita. Gitu..

So, nak ingatkan kat korang walaupun I tend to pour my heart into my wiritng, walaupun kebanyakan yang aku tulis tu berkait rapat dengan diri sendiri tetap ada certain parts yang aku rasa tak sesuai untuk diceritakan atau mungkin aku rasa complicated untuk diceritakan so ada lah ubahsuai dan tokok tambah..

My crush takde ppuan lain, hes just a crusher (of my heart).

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous