Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu

“Belle!” 
Bella melepas straw dari bibirnya. Dia memandang wajah Nelle dengan separuh hati. Hatinya masih lagi terfikirkan hal semalam.
“Kau tahu tak si Shah tu terbang oversea hari ni?”
“Huh?!” Terlopong mulut Bella serba tak percaya. Babe di sisi Nelle juga buat muka tak percaya. “Kau jangan buat cerita, Nelle. Dia takde cakap apa-apa pun kat aku.” Bukan meragui kejujuran Nelle, tetapi berita ini memang sukar untuk dipercayai.
“Betul ni.. Buat apa aku tipu kau? Ni junior aku ada update pasal dia kat fb.” Nelle menunjukkan skrin henfonnya yang memaparkan status beserta gambar Shahrizal di lapangan terbang. Status itu baru sahaja ditulis beberapa minit lalu dengan sepotong kata. 
Have a safe flight~
Bella terus menekan butang screenshot di henfon Nelle. Kemudian dia bergegas pergi.
“Forward kat aku, Nelle. Aku nak pergi cari dia.”

Nelle dan Babe berpandangan sesama sendiri tatkala melihat sahabat mereka itu berpergian. 
“Biar kitorang tolong drive kan kau, Belle!”



Bella terus termenung. Jus lobak merah yang dibuatnya terbiar sepi. Nasi di dalam pinggan juga tidak disentuh.
“Nabilah..” Nisah menegur. “Menung apa? Makan lah dulu..”
“Oh.” Bella tersedar dan cuba untuk menjamah lauk tengah hari yang dia masak bersama teman serumahnya itu. Fikirannya masih melayang-layang memikirkan hal semalam. Seketika, kedengaran suara lelaki memberi salam di luar rumah.
Nisah memandang Bella seolah-olah bertanyakan siapa? Bella sekadar berkerut tanda tidak tahu. Mereka ke pagar depan, menjenguk siapakah tetamu yang datang tanpa diundang.

“Assalamualaikum, Bella.” Shahrizal yang berdiri di luar pagar memberi salam sekali lagi. “Err.. Shah datang nak minta maaf pasal semalam.” Kekok dia berkata-kata.
Bella sekadar diam tak menjawab. Baginya tiada apa yang perlu dimaafkan.
“Kalau Bella, dan kawan Bella, belum makan lagi.. Sudi tak keluar lunch dengan kitorang?” Soal Shahrizal dengan mata terkerdip-kerdip menahan silau matahari yang kian meninggi. Di belakangnya terlihat kelibat Shahira menunggu di dalam kereta.
Bella memandang Nisah.

“Makanan dah terhidang. Kita jemput diorang masuk lah..”
“Cukup ke?”
“Insyaallah..”

“Wah, sayur masak lemak! Ini siapa yang masak? Kak Bella ke Kak Nisah?” Shahira memuji masakan itu sebaik duduk di meja makan dan kemudiannya terus menghujani mereka dengan soalan seperti makcik-makcik tua. “Kitorang datang ni tak menyusahkan ke? Maaflah, datang tak beritahu..”
“Eh, tak ada yang susahnya. Sayur tu Nabilah yang masak. Tunggu sekejap, ya. Saya gorengkan lagi ikannya takut tak cukup pula..” Balas Nisah bersahaja. Kemudian beredar ke dapur.
“Eh, tak apa kak.. Cukup lah apa yang ada ni..” Shahira menolak kebaikan itu, namun Nisah sudahpun hilang dari pandangan. Shahira kemudiannya terus mengekori Nisah ke dapur, ingin membantu tuan rumah.
“Ira..” Bella dan Shahrizal memanggil serentak. Mereka tak ingin ditinggalkan sendiri.
“Abang dengan Kak Bella duduklah berbual. Bincangkan hal korang. Okey?”

Janggal. Bella dan Shahrizal berbalas pandang seketika. Terasa janggal untuk memulakan perbualan. Namun Shahrizal akhirnya bertindak memecahkan tembok antara mereka.
“Pasal semalam.. Shah minta maaf kalau Bella tak suka semua tu, tapi.. Shah ikhlas.”
“Semalam apa? Ikhlas tentang apa?” Bella sengaja bertanya semula.
“Tentang lamaran Shah.”  Jawab Shahrizal.
“Lamaran apa?” Bella bertanya lagi.
Shahrizal menelan liur. Tak mungkinlah Bella tidak mengerti kata-katanya. Jadi mengapa Bella seolah-olah berdalih?

“Lamaran atas pentas, melutut depan orang ramai tapi tak berani pakai mikrofon supaya orang lain semua tak tahu tentang cincin yang terselit dalam bunga tu?” Ayat itu tersusun dengan sinis menikam tepat ke dada Shahrizal. Jadi, Bella ingin menuduhnya pengecut?

“Shah takut Bella tak selesa untuk memberi jawapan di depan orang ramai.”

“Jadi?” Bella cuba menyembunyikan rasa hatinya. “Shah datang hari ni nak tuntut jawapan?”
Shahrizal terkelu seketika. Dalam fikirannya, Bella sudahpun menolak lamaran itu saat dia berlari keluar dewan malam tadi. Dan niatnya datang hari ini, untuk memujuk gadis ini menerimanya. Shahrizal bingung seketika.
Bella menanti jawapan dari mulut Shahrizal. Ya atau tidak? Shahrizal diam tak menjawab. Bella tidak tahu bagaimana untuk meneruskan bicara. Dia juga tidak tahu kenapa dia memilih untuk berdalih dan menyerang Shahrizal dengan soalan-soalan seperti ini. Dia jadi keliru dengan diri sendiri. Bagaimana untuk dia menjawab lamaran lelaki ini?

“Shah, ingat tak tiga tahun lepas? Sewaktu Shah nak naik flight kat airport?” Kenapa tiba-tiba dia mengungkit perkara ini? Dia sendiri tak mengerti. Namun melihatkan wajah bingung Shahrizal, dia ingin terus berteka-teki.
“Pilihan Belle masih sama.”

“Maksudnya?”

Bella tersenyum kelat sebelum bangkit menjenguk Nisah ke dapur. Sempat dia menjeling sinis.
“Youre a jerk.”



“Nabilah..”
Nisah membuka bicara setelah selesai mengemas dapur. Bella mengelap tangan kemudian ikut duduk di ruang tamu dan membuka TV.
“Nisah dengar, dia melamar Nabilah malam tadi?”
Bella mengangkat kening mendengar soalan Nisah.
“Nabilah menolak?”
“Shahira cakap macam tu ke kat Nisah?”
Nisah terus memandang wajah Bella, menanti jawapan darinya.
Bella tersenyum kelat.



“Abang, youre so quiet. Why?” Shahira bertanya setelah beberapa lama kereta meluncur keluar dari kawasan rumah Bella. “She refuses you?” Soalnya. Shahrizal diam, fokus matanya terus ke jalan raya.
“Kenapa tak pujuk dia sungguh-sungguh, abang?”

Shahrizal masih diam. Dia sebenarnya masih memikirkan soalan Bella tadi. Tiga tahun lepas? Di airport? Sepertinya ada sesuatu yang Shahrizal terlupa. Entah apa yang Bella maksudkan, Shahrizal terus cuba mencari.
“Dia jawab dengan soalan. So, Im still thinking.”
“Dia cakap apa?” Shahira mengangkat kening.

“Tiga tahun lepas.. airport..?” Hanya wajah menangis Bella yang menghantarnya ke airport yang muncul dalam ruang ingatan.

“Hah? Apa yang jadi tiga tahun lepas?” Shahira menyoal lagi.

“I.. cant remember.” Shahrizal mengaku.

Shahira diam memikirkan hal itu. “Selalunya kan, bang.. Kalau orang tak suka dia cakap terang-terang. Bukannya berdalih macam ni.”

“You mean?”

“Shes giving you a chance, so you better figure out what happened three years ago.”



<foreface>
I suddenly remembered what i wanted in the ending, but it was a terrible short term memory so even though i wrote the ending already but ill need to revise.
Ada bebera pe perkara yg tak terjawab lagi enn so aku nak cari balik watak dua2 orang ni.
Lagi pun it was very lengthy with ongoing conversations between the two. And that, wasnt suppose to be the ending i wanted =="
Dont worry, i promised to myself to give both of them a happy ending.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous