7 Hari Bersamamu
“Akak tahu tak..” Shahira membuka mulut setelah dia diam untuk beberapa ketika.
Bella memandang tepat ke wajah Shahira terus-menerus. Egonya tak ingin kalah di hadapan gadis yang lebih muda daripadanya ini.
“Abang Shah sampai termenung panjang fikirkan tentang tiga tahun lepas.” Tiba-tiba sahaja Shahira melepas tawa dan akhirnya mengendurkan suasana. “Seriously, kak. Apa yang akak maksudkan dengan tiga tahun lepas? Abang Shah tu otak dia cuma mampu fikir tentang syarikat je. Semua tentang syarikat dan klien syarikat dia hafal, tapi birthday dia sendiri birthday mak dia.. Ira ni ha yang kena tolong ingatkan!”
Bella tetap diam melihat Shahira tersenyum lucu. Soalan yang diajukan Shahira, tak mampu dia jawab kerana sejujur hatinya, dia sendiri tak tahu mengapa soalan itu boleh meluncur keluar dari bibirnya.
“Kak.. Ira tak pernah dengar Abang Shah mention tentang sesiapa pun sejak dari kecil sampai besar.” Suara Shahira berubah serius. “Tapi lepas dia balik oversea, dia asyik bercerita tentang akak je. Jelas sangat akak ni special untuk dia.”
Bella terus diam. Hatinya terus keliru mendengar pengakuan demi pengakuan dituturkan dua sepupu ini. Hakikat yang Shahira merupakan sepupu Shahrizal juga belum dapat dia terima sepenuhnya sehingga ke hari ini.
“Kak, this past month.. Apa yang Abang Shah buat tu memang tak patut. Ira dah cakap dengan dia yang rancangan dia tu takkan menjadi. Ya lah, siapa yang sukadibuli kan? But he feels desperate to fill up that tiga tahun korang berjauhan. Please maafkan lakonan dia yang teruk tu..” Pinta Shahira setelah menjelaskan perlakuan Shahrizal. Namun riak wajah Shahira tak kelihatan seperti meminta dengan ikhlas. Dia nampak terlalu yakin dengan dirinya. “Lagipun, dengarnya dulu pun akak buli dia juga kan? Anggap lah it was his attempt on paying you back.”
“Satu benda yang Bella tak faham..” Luahan Bella menarik perhatian. “Kenapa Ira bersungguh nak tolong satukan kami?”
Ingatan Bella pada perbualan siang tadi terganggu oleh deringan phone miliknya. Melihatkan nama yang tertera di skrin, dia menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan.
“Assalamualaikum,” Entah kenapa, suara lelaki itu kedengaran kekok.
“Waalaikumsalam.” Bella membalas sepatah. Dia tertanya-tanya untuk apa Shahrizal menelefon malam-malam begini.
“Bella..” Kata-kata Shahrizal terhenti.Sepertinya ada sesuatu yang sukar untuk dia ucapkan. Bella diam menunggu penuh sabar.
“You changed so much.”
Bella terus berdiam. Dia ingin terus mendengar luahan lelaki itu yang pastinya jarang-jarang akan dapat didengar.
“You changed.. I don’t know how to face you anymore.” Keluh Shahrizal.
Bella diam lagi. Tidak tahu untuk menjawab apa. Dia biarkan sahaja Shahrizal berbicara. Namun kata-kata Shahrizal juga terhenti setakat itu. Diam mengundang sepi.
“How come you changed so much?” Shahrizal bertanya, mengeluh dalam keliru.
“Shah.. Shah tahu kan Shah yang bawa perubahan ni dalam hidup Belle.” Soalan Shahrizal membuatkan Bella mulai membuka bicara.
“Shah pergi tiga tahun lepas, buatkan Belle jadi tercari-cari. Apatah lagi bila Belle tengok satu-satunya pemberian yang Shah tinggalkan untuk Belle.. I need more than just a hijab.” “Alhamdulillah, Belle jumpa kawan-kawan yang mampu bawa Belle lebih dekat dengan Tuhan. Belle jumpa Nisah; dan Nisah selalu ada untuk nasihatkan Belle. All thanks to you, Shah.”
Shahrizal terdiam mendengar.
“Shah.. Belle bersyukur sangat-sangat dulu Nelle paksa kita untuk berlakon jadi couple.. walaupun hanya untuk seminggu.” Bicara Belle tergantung. Seperti ada yang sengaja disembunyikannya.
“Bella..” Shahrizal cuba mencari kata untuk meneruskan perbualan. “Im sorry. Im really sorry about the terrible things I did in the past month. Shah sendiri tak faham kenapa Shah buat macam tu..”
“Its okay.” Jawab Belle. “It was really terrible and I was mad.”
Shahrizal menelan liur mendengar ayat Bella.
“I thought you’ve seriously changed. I thought you lose yourself while you were oversea. Its okay if you’re sorry. I forgive you.”
Shahrizal lega mendengar Bella sudi memaafkannya. Namun, soalan Bella kemudiannya menjerat rasa.
“But, why though?”
“Shah cuma.. Shah ingat kan..” Shahrizal menelan liur. Tekak terasa kesat mengakui. “I was thinking, I should be playful to make the playful girl fall for me.”
Bella tertawa kecil. Membuatkan Shahrizal tersipu malu sendiri. Dia sedar kesilapannya.
“Shah.. tak sepatutnya Shah buat macam tu. Shah tak patut rendahkan diri Shah ke taraf Belle. Belle tak layak untuk tu. The old Bella.. ” Bella menghempas keluh. “She’s terrible. Far more terrible than the you yang berlakon dengan Ira depan Belle. Jangan jadi macam dia, okey? I love the old you.”
Mata Shahrizal terbuntang mendengar pengakuan Bella. “Which part of me, Bella?” Dia menyoal.
“The you yang Belle kenal, yang tegas tentang agama.” Jawab Bella, jujur. “The you yang berani tegur dan buka mata Belle tentang agama. That’s the you I fell in love with, so much that I changed for your love.”
Shahrizal menelan liur mendengar pengakuan kali kedua.
“Bella…”
“Ya?”
“Bella cakap hari tu pilihan Bella masih sama dengan tiga tahun lepas, kan?”
“Ya, Shah.”
Lama Shahrizal berjeda, berfikir menyusun langkah. Dia cuba meneka langkah terbaik untuk memujuk hati Bella supaya tidak lagi marah padanya dan menerimanya. Bella mengambil langkah selamat dengan terus berdiam menunggu penuh sabar. Dan kata-kata Shahrizal setelah itu, meruntun hatinya.
“Can you give me your father’s number? And can I come to your house later?”
Air mata Bella mengalir keharuan. Saat itu, Nisah muncul di daun pintu. Dia terus menerpa memeluk bahu Bella.
“What for?” Bella mencuba menahan rasa.
“Shah nak berbincang dengan ayah Bella, nak masuk meminang. Boleh?” Keputusan yang berat yang Shahrizal ambil. Namun, semuanya harus diselesaikan hari ini.
Bella terus menangis lega.
“Okey.” Ujarnya sepatah. Suara mulai kedengaran serak. Dia mengesat air matanya. Nisah di sisi menggosok-gosok bahunya, memberi sokongan.
“Jangan nangis.. Nanti Shah susah hati..”
Bella tertawa kecil, kemudian mengejek lelaki itu. “You kept me waiting for three years, you jerk! Have you ever consider my feelings?!”
Shahrizal hanya diam mengangguk mengakui silapnya biarpun anggukan itu tak kelihatan melalui talian.
“Shah..” Bella menyebut namanya lembut. “Thank you.”
Shahrizal tersenyum nipis. “I love you, see you later.”
“I love you too, goodnight.” Talian diputuskan. Bella memeluk Nisah di sisinya. Teringat perbualannya dengan Shahira.
“Sebanyak mana akak pendam rasa suka akak untuk Abang Shah, sebanyak itulah Abang Shah pendam perasaan dia untuk akak. Dan Ira tahu, you guys suited well.”
“Kenapa ni?” Nisah menyoal kehairanan.
Bella terus memeluk Nisah erat. Air mata tak henti-henti mengalir. Dia bersyukur penantiannya tidak menjadi sia-sia. Alhamdulillah, alhamdulillah, tsummalhamdulillah.
<…>
Guys, I feel like I was irresponsible for leaving them just like this. But I did give a happy ending and a decent ending(?), I guess.
Berat rasa nak lepaskan scene ni, berat lagi untuk menyambungnya. Terasa macam terawang-awang je menulis semua ni. Huhui.
Best regards, your sadIstic_Author.
(lepas ni aku nak start buat cerita sad ending plak ah.. haha, dah lama tak main bunuh2 XD)
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
I like the ending tho :DDD
Post a Comment