Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu
Seminggu lebih Shahrizal memikirkan tentang soalan Bella. Tiga tahun lepas, yang dia ingat waktu itu mereka baru berkenalan. Dan perkenalan singkat itu, berjaya mengikat hatinya untuk mencintai dan terus menyayangi gadis itu biarpun pada awalnya mereka bagai langit dengan bumi.
Bella yang dia kenal waktu itu, seorang yang suka bersosial sedangkan dirinya, hanya memikirkan tentang syarikat dan tak pernah berfikir tentang sosial. Lingkungan pergaulannya hanya setiausaha syarikat yang juga bertanggungjawab sebagai penyelianya, serta rakan-rakan bisnes yang sebaya dengan ayahnya. Bella yang dia kenal dulu, bersikap liar dan biadap. Sedikitpun tidak mengendahkan batas pergaulan yang dituntut agama. Lantang dalam berkata-kata, penggoda dan sedikit bongkak.
Shahrizal merenung perubahan Bella yang sekarang.
Sejak mereka bersama untuk tujuh hari yang singkat itu, dia sedar Bella mula berubah. Dan dia bersyukur Bella berubah mengenali agama. Tak sia-sia mereka dipaksa Naili untuk berpasangan, suatu dakwah yang membuatkan Shahrizal bangga dengan diri sendiri.
Tiba-tiba, terasa seperti mukanya ditampar dengan ingatan sendiri.
Dulu, dialah yang mengajar Bella untuk tidak sesuka hati bersentuhan dengan lelaki. Tetapi dia jugalah yang kembali dengan menunjukkan lagak manja dan berpura-pura sebagai seorang penggoda dengan Shahira. Memang benar Shahira itu saudaranya sendiri, tetapi tetap tidak manis dipandang dan boleh menimbulkan fitnah.
Shahrizal meraup wajah. Tersedar betapa bodohnya rancangan memikat Bella yang dia aturkan. Terlalu bodoh sehingga membuatkan kedua-dua Bella dan Shahira memberontak dan sakit hati dengannya.Teringat bagaimana mereka marah dengannya dulu. Dia terima yang dia memang layak dimarahi dan dibenci.



“Shahrizal!!”
Mengah gadis itu berlari mendapatkan Shahrizal. Kedua lengannya terus diterkam kejap supaya mereka dapat bercakap secara berdepan. 
“Kau nak pergi mana, tak bagitahu aku pun?!”

“Aku kena pergi. Demi masa depan company ayah aku.” Ringkas jawapan diberi.

“Ya lah, tapi kenapa tak bagitahu? Kenapa tiba-tiba?!” Bella seperti ingin mengamuk. Dia perlukan penjelasan.

Shahrizal hanya tersenyum nipis. “Im sorry.”

Air mata Bella mengalir tanpa dapat ditahan. “Kalau kau pergi aku macam mana? Aku perlukan kau, Shah. Kau je yang berani ubah aku, sedarkan aku yang semua yang aku buat selama ni salah. Tunjukkan yang hidup ni ada yang lebih manis lagi berbanding jadi playgirl. Kalau kau pergi, aku macam mana..?” Berjuraian air jernih membasahi wajahnya. Sebak memenuhi ruang hati.
“Bella, aku bukan sesiapa untuk kau. Keluarga aku lebih penting.”
“Jangan pergi, Shah.. Aku perlukan kau.. Aku sayang kau…” Bella merayu.

“Bella, dengar ni.” Shahrizal melerai pegangan kejap Bella atas lengannya. Bahu Bella dipegang sebagai sokongan moral. Mata bertentang mata. “Aku mungkin dah tunjukkan kau jalan, tapi yang perlu mengharung jalan tu, tak lain tak bukan, diri kau sendiri. Aku tak mungkin selamanya ada untuk kau. Tapi jalan yang baik ni, milik kau, hak kau selamanya. Memang manusia, semuanya ingin ke syurga, kan?” Ujar Shahrizal menenangkan Bella dan memujuknya supaya kekal kuat. Dia mengerling Nelle dan Babe yang baru tiba di belakang Bella. Tercungap-cungap mereka berlari.
 “Aku bukan sesiapa untuk kau, Bella. Kau ada kawan yang lebih baik berbanding aku yang selfish ni.”

“Tapi aku sayangkan kau…”  Bella terus menangis.

Shahrizal tersenyum nipis. “Aku kena pergi. Jangan tunggu aku. Teruskan hidup kau macam biasa.” Pegangan di bahu dilepas. Shahrizal melangkah perlahan untuk menaiki pesawat, meninggalkan Bella yang teresak sendiri menahan sendu. Nelle dan Babe mendekat, memeluk bahu Bella cuba memberi semangat.

“Aku tak peduli, Shah! Aku akan tunggu kau! Aku tunggu sampai kau balik Malaysia semula!” 

Shahrizal tersentak. Melanjutkan pelajaran ke luar negara, memang pilihannya sendiri di samping menggalas tanggungjawab sebagai pewaris perniagaan bapanya. Namun, untuk membiarkan seorang gadis menunggu dan berharap padanya untuk tiga tahun itu, dia tak sekejam itu. Malangnya, Bella telah memilih untuk dirinya sendiri.



Pintu pejabat diketuk menyedarkan Shahrizal.
“Abang..?” ..” Shahira tersenyum sinis di hadapannya. “Serius sangat berfikir sampai tertidur? Stres fikir pasal Kak Bella la tu.”
“Berapa lama abang tertidur?” Shahrizal meraup wajah.
“Sampai dah petang.”
“Hah?” Shahrizal berpaling melihat keluar tingkap. Langit masih cerah. Shahira mentertawakannya.
“Adalah dalam setengah jam.” Ujar Shahira, masih tersenyum nakal. “Jom lunch.”
“Macam mana aku boleh terlupa tentang tu?” Shahrizal menggumam sendiri sambil dia bangkit dari tempat duduk.
“Abang cakap apa?” Shahira menyoal. Entah dia berpura-pura tidak mendengar atau sengaja bertanya.
“Takde apa-apa. Jomlah!”



Petang itu, Bella sedikit terkejut dengan kunjungan Shahira ke kedai tempat dia bekerja. Saat Shahira meminta untuk berjumpa dengan Bella, Naili bersikap melindungi (protective) dan mula menghalau Shahira secara halus.
“Bella sibuk. Yang kau nak jumpa dia lagi buat apa? Tak puas lagi nak membuli?”
Shahira sekadar tersenyum mendengar amarah yang dihambur wanita itu.

“Saya nak jumpa dengan Kak Bella. Bukan dengan Kak Nelle.. Saya tak berminat dengan Kak Nelle.”

“Eh, budak ni…!” Naili jadi geram. Bersahaja sungguh Shahira memanggilnya dengan gelaran kakak sedangkan mereka bukanlah kenalan rapat. Dan apa kaitan pula dengan minat? Mesti Shahrizal pernah bercerita tentang kisahnya yang ramai peminat dahulu. Naili berasa sangat geram.

“Nelle. Cukuplah, masuk dalam.” Babe cuba meredakan keadaan. “Ya, ada apa awak ni nak berjumpa dengan Bella?”

“Ada hal penting nak dibincangkan.” Ringkas jawapan Shahira menyembunyikan sebab dan alasan.

“Tentang Shahrizal?” Soal Babe.

“Kenapa mesti tentang dia? Dan kalau betul tentang dia pun, apa salahnya?” Shahira menempelak soalan yang dianggap begitu ketara jawapannya itu.

“Mesti lah salah! Jantan tu dah buat macam-macam kat Bella. Tinggalkan dia macam tu je, pastu datang balik cari pasal. Kalau aku dapat jantan tu, eeee aku kerjakan cukup-cukup!!” Naili mencelah menghambur amarah dengan kasar sekali.

“Nelle!” Babe mula bertegas. “Kalau you nak emo sangat, you pergi masuk dalam! I tak sukalah you emo macam ni! Nanti terbawa-bawa kat anak dalam kandungan you tu!!”

“Baiklah, encik tuan Habibullah..” Naili akur dalam nada memerli. “Cakap orang,tapi tak sedar dia pun ikut emo juga..”

Shahira sekadar diam membiarkan suami isteri itu bertengkar. Pada pandangannya, mereka sekadar gaduh-gaduh kecil.

“Babe, tak perlulah nak bising-bising.” Bella membuka mulut. Dia mendepani Shahira dengan watak professional. “Ya, cik. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan event hari tu? Saya rasa payment semua pun dah settle, jadi ada apa-apa lagi ke?”

“Saya perlu bercakap dengan akak, personally.” Tegas Shahira.

“Kita bercakap di situ..” Bella mengalah dan mengajaknya ke ruang meja yang sering digunakan untuk berbincang dengan klien.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous