Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Teddy bear ini.

“Teddy bear ni, awak ambiklah balik.” Si gadis menyerah semula hadiah yang menyimpan beribu kenangan itu. “Lepas ni, kita dah tak ada apa-apa lagi.”
Sang jejaka menerima baik hadiah itu. Biarpun dia sendiri tak pasti apa yang patut dibuat lagi dengan hadiah itu.
Mengapa dipulangkan semula? Dia cuba menerka hati gadis yang kecewa itu.

Kenapa kita pulang balik hadiah kat diberi orang tersayang lepas dia sakitkan hati kita? Bukan ke itu cuma menyusahkan aje? Dia akan buang hadiah tu, percayalah. Ada baiknya kita sendiri yang buang terus hadiah tu, lagi mudah.
Tapi kawan, itu stereotaip dan klise. Kebanyakan lelaki akan buang hadiah tu kalau dia dah tak sayang. Tapi tak semua orang akan merasakan yang sama.

‘Aku nak buat apa dengan hadiah ni?’ Sang jejaka berfikir sendiri. Hatinya perit. Bukan perempuan saja yang punya perasaan, dia juga manusia yang tahu erti sakit apabila putus cinta. ‘Dia dah tak nak hadiah ni.. Dia dah tak sayang lagi dah..’
Tong sampah di tepi meja direnung kosong. Hadiah ini bukan sembarangan harganya. Masih dia ingat, betapa dia bersungguh mengikat perut untuk memastikan dia dapat membeli hadiah ini. Juga dia ingat, betapa sukarnya memilih perkataan untuk diucapkan sewaktu memberi hadiah kepada si gadis. Pandangan dilepas ke luar jendela.
“Abang! Oit, kau buat apa tak keluar-keluar dari bilik ni? Makan pun tidak..?” Adiknya memecah masuk ke dalam bilik. ??
Dia diam tidak menjawab. Lebih mudah baginya untuk berdiam daripada bercerita.
“Eh, comelnya bear ni! Kau nak bagi girlfriend eh? Sejak bila kau ada girlfriend ni..?”
Terbuntang mata si adik melihat patung beruang itu di meja abangnya yang selama ini dianggap serius dan pemalu orangnya. Tak menyangka pula si abang berani untuk berpacaran?
Sang jejaka mengeluh halus. Matanya jatuh pada patung beruang berwarna kuning itu.
“Aku nak buang bear ni.”
“Eh, kenapa? Dia reject kau?”
“Kalau kau nak, ambik lah. Kalau tak nak, aku buang je.”

Lihat, bukan semua orang senang-senang boleh melupakan. Dan hidup ini bukan hanya tertakluk pada satu atau dua pilihan sahaja. Banyak lagi senario lain berkaitan hadiah yang tak lagi dihargai.

“Weh..”
Si gadis mengerling wajah sahabatnya yang terkenal dengan sikap kasar dan selamba itu.
“Happy birthday. Kau suka Rillakuma kan?” Ujarnya bersahaja sebelum mengeluarkan sebuah patung daripada begnya. “Ini untuk kau.”
Terkejut si gadis melihatnya. Patung itu sama mirip dengan patung yang diberi bekas kekasihnya. Diam-diam dia memeriksa kaki  patung itu untuk memastikan tiada kesan jahitan semula.
Negatif.
Jahitan benang kuning itu memang ada di situ. Dia memandang wajah sahabatnya. Memang dia silap kerana jatuh hati dengan abang kepada kawannya sendiri. Dia akui itu.
“Aku tak boleh terima ni. Hadiah ni terlalu mahal.”
“Laaahh.. ambik je lah. Orang dah bagi free kot. Kau kan suka Rillakuma?”
“Kau bagi orang lain lah.” Ujar si gadis sambil menggeleng. “Aku suka tengok je gambar Rillakuma tu. Tapi tak berminat nak beli satu. Mak ayah aku kata kalau simpan patung dalam rumah, kan malaikat tak masuk…”
Sahabatnya bermuram. Kecewa kerana hadiahnya ditolak. “Hmm, oklah. Nanti aku belanja kau aiskrim, macam selalu.”
Si gadis senyum nipis. Memang aiskrim menjadi cara untuk dia menyambut hari lahir. Tak betah kalau ramai orang memberi hadiah yang tak bermakna buatnya.
Seketika, dia jadi tertanya sendiri. Mengapa sang jejaka tidak membuang sahaja patung ini kalau ia tidak lagi memberi apa-apa makna? Pada asalnya, dia berniat untuk menyuruh sang jejaka menghadiahkannya kepada perempuan lain yang lebih layak darinya.
“Ceh..” Si gadis mengutuk diri sendiri. Dia tersedar hakikat bahawa tidak patut bagi seseorang itu untuk memberi hadiah yang pernah diberikan kepada kekasih lama kepada kekasih barunya.

Benar, untuk memberi hadiah terbuang kepada orang lain merupakan satu pilihan. Tapi seandainya dia tahu tentang status ‘terbuang’ itu, bukankah itu menyakiti hatinya?
Pilihlah sesorang yang jauh dari kita untuk diberikan hadiah itu. Pastikan tiada sesiapa selain si gadis dan sang jejaka yang tahu tentang status buruk itu. Kalau ada yang tahu pun, usahlah diungkit. Biarkan saja kenangan itu.

“Kenapa dia tak nak Rillakuma ni, eh? Kan comel Rillakuma ni?”
Dia terus merenung anak patung yang dibeli abangnya itu. Terfikir-fikir siapakah gerangan gadis yang menolak perasaan abangnya. Siapakah yang sangat beruntung kerana dapat mencuri hati abangnya itu? Dan mengapa pula dia menolak?
Seketika, dia tersengih sendiri. Soal hati dan perasaan, memang aneh. Apa sahaja ceritanya, tak mungkin dapat diubah orang lain jika hati sudah bulat tekad. Tak dapat dipaksa untuk menerima atau menolak.
Laci meja ditarik terbuka. Rantai tangan yang pernah dihadiahi salah seorang rakannya dibelek penuh makna.
Rantai itu begitu cantik. Tetapi tak kena dengan sikap dan penampilannya.
“Ada ke bagi bracelet macam ni kat aku yang tomboy ni?” Dia tertawa kecil.
Teringat juga luahan perasaan rakannya itu kepadanya saat menghadiahkannya rantai tangan ini. Sebuah pengakuan yang terpaksa dia balas dengan penolakan. Hatinya belum terbuka untuk cinta. Jadi, terasa kejam untuk memberi harapan palsu kepada rakannya itu.
Dia juga berniat menolak pemberian hadiah itu. Tetapi rakannya berkeras ingin dia menerimanya, atau setidaknya diberikan kepada orang lain atau dibuang sahaja. Asalkan tidak dipulangkan.
Mana mungkin dia akan membuang hadiah yang begitu indah. Terus, dia menyimpan hadiah itu bersama kenangan kali pertama menerima luahan perasaan daripada seseorang.

Hidup ini tidak terhad dengan satu atau dua pilihan sahaja. Terlalu banyak pilihan yang ada. Percayakan gerak hati dan perasaan sendiri. Dalam memilih, bukan hanya kebikan dan keburukan sesuatu itu yang perlu diambil kira. Tetapi juga perasaan kita dengan sesuatu itu.
Kalau beg itu cantik tetapi kita tahu kita tak akan pakai kerana terasa terlalu menyerlah, maka jangan beli. Tapi kalau terasa rugi dan menyesal kalau tak beli, maka belilah. Intuisi, bukan ilusi. Dan aku di sini ingin mengajarkan agar kita belajar tentang hati kita dan percayakan hati kita.
Percaya pada gerak hati dan sandarkan pada ilmu. Jangan bertindak melulu bahkan pohonkan petunjuk dari Tuhanmu.

<foreface>
Hyep, isu kat sini sebenarnya nak cakap pasal perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan hadiah dari ex(atau dari sesiapa je la). Sebab aku baru lepas tengok introverted boss, and aku sedih tengok hadiah kasut ji hye tu. Perasaan yang tak terluah dari pelbagai pihak. Dan akhirnya semua menyalahkan diri dan suffer sendiri. Bodoh, sebab tak sepatutnya suffer lama-lama macam tu. Tiga tahun… fuhhh.. Move on la weyyy!
**padahal nak move on tu bukan senang, aku tahu ==’’’
Bukan mudah untuk tahu kenapa seseorang tu bagi hadiah atau pulangkan hadiah atau buang hadiah. Kalaupun seseorang tu beritahu kenapa, kita tetap tak tahu dia jujur atau tipu. Terserah pada diri sendiri untuk bersangka baik atau tidak. Soal hati kan, serah je pada Ilahi.
**fuhh kalau nak cakap pasal hati dan perasaan ni . sampai hilang suara pun tak cukup untuk convey pelbagai possibilities yang included dalam opinion aku. haha, berhenti jelaa
So, aku harap watak tanpa nama di sini tak mengganggu imaginasi korang. Dan, opinion yang last tu sebab aku memang jenis yang suka ikut gerak hati. Kalau korang ada cara korang sendiri, ikutlah mana yang selesa. Jangan cepat terpengaruh dengan cara orang.

#attentionseekeronboard

PPS : citer ni aku tulis time bulan 6 ritu. aku tak post sbb rasa mcm pelik x sesuai. tapi now im heartbroken, this seems relatable (?)

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous