Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu
“Nisah.. okey tak baju ni?”
Nisah berkalih pandang kepada Bella yang sudah bersiap untuk keluar. Televisyen yang terpasang diendahkan seketika. Bella menggayakan bajunya di hadapan Nisah.
“Okey je. Kan memang dah biasa pakai baju ni.” Ujar Nisah, mendapati baju itu merupakan blaus yang selalu dipakai Bella apabila ada pembentangan atau sesuatu terasa mencabar baginya.
“Nisah.. Bella rasa tak sedap hati lah. Nervous semacam je.” Luah Bella, menyatakan rasa hatinya
“Kenapa? Kalau rasa tak nak pergi, tak payah lah pergi.” Soal Nisah sambil memberi pendapat.
“Eh, tak boleh macam tu. Sebab Bella dah janji dengan Ira..” Bella tarik muka. Sungguh, hatinya berbelah bahagi untuk menghadiri acara malam ini biarpun ini bukanlah acara yang pertama buatnya.
“Nak Nisah temankan ke sana?” Nisah menawarkan diri.
“Takpelah, Nisah.” Serta-merta Bella menolak. Dia tahu rakannya ini bukannya suka keluar malam. Apatah lagi untuk ke majlis-majlis. “Naili ada, semua team Bella pun pergi sekali nanti. Sebab Ira memang jemput kitorang sekali.”
“Oh, okey lah macam tu.” Ujar Nisah.
Bella tetap kelihatan gelisah.

“Nabilah, ingat ni.” Nisah mendekati dan menarik kedua tangan Nabilah, memberi pesanan. “Perasaan tu semua Allah yang bagi. Semuanya milik Allah. Jadi doa kat Dia, supaya perasaan tu dapat dikawal dengan baik.” Pesannya. “Mungkin juga perasaan ni salah satu intuisi yang Alah bagi kat Nabilah, percayakan hati tu dan bersedialah untuk apa-apa yang akan berlaku nanti.”
Intuisi? Bella teringatkan bacaan artikel Building Your Self yang ditulis oleh pakar-pakar motivasi Barat yang juga banyak menekankan tentang mempercayai gerak hati. Bella mengangguk setuju. Seharusnya dia mempercayai diri sendiri dan kemudiannya menyerahkan segala hal kepada takdir Allah Yang Maha Berkuasa.
“Okey, Nisah. Insyaallah.”
“Banyakkan istighfar, zikir.. Allah ada untuk Nabilah.” Titip teman serumahnya itu lagi. Bella mengangguk. Seketika kemudian, terdengar bunyi hon di luar rumah.
“Hmm, Naili dah sampai tu. Bella pergi dulu ya. Jaga diri, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, kalau ada masalah call ya bagitau Nisah. Baik-baik jalan..!”



Sebaik sahaja Bella memasuki ruang dewan itu, mata Shahrizal terpaku pada gadis yang memakai blaus hitam bersama skirt merah itu. Yang membuatkan matanya tak lepas daripada memandang gadis itu bukanlah kecantikan wajah atau tubuhnya. Shahrizal tetap memandang Bella tanpa berkelip. Tudung dengan corak rama-rama yang dipakai Bella menjadi tumpuannya yang sebenar, kerana tudung itu merupakan hadiahnya buat gadis itu suatu waktu dulu.

“Ehem..” Shahira menegur abang saudaranya yang terlopong sendiri. “Abang Shah jangan buat hal pulak. Jangan sampai terlupa skrip ke, tergagap ke apa ke.. Malu Ira nanti, siap abang..” Dia memberi amaran.
Shahrizal menutup mulutnya. Dia bersiap-siap dengan pakaiannya untuk naik ke pentas.

Bella mengagumi kepetahan dan keramahan Shahira dan Shahrizal dalam menghidupkan majlis pada malam itu. Sering sahaja Shahrizal memetik nama pekerjanya dan bergurau senda sebagai selingan kepada acara yang telah dijadualkan. Menu pilihan untuk majlis juga begitu baik sekali menurut Nelle dan Babe.

Malam semakin larut, majlis jugasemakin hampir ke penghujungnya.  Bella menerima sebuah mesej ringkas daripada Nisah.
“Majlis lama lagi ke? Mesti seronok kan? Enjoy..”
“Thanks. Nisah dah nak tido ke?”
“Yer, nanti kunci pintu elok-elok tau. And don’t forget your witir before going to sleep :) ”
“Okey nisah. Nisah pun. Jangan lupa baca doa XD”

“Now, we would like to invite Miss Nabilla on to the stage for appreciation on organizing this event.”
Bella dan Nelle berpandangan. Sedikit hairan dengan jemputan itu. Ini tiada dalam perancangan. Dan sedikitpun acara memberi hadiah kepada pihak pengatur cara majlis tidak memberi apa-apa kebaikan kepada penganjur. ‘Oh, well. Jaga imej syarikat. Lagipun, takkan nak menolak?’
Bella melangkah perlahan ke ruang pentas. Semena, Shahrizal berlutut di hadapannya dan menghulurkan sejambak bunga. Di dalamnya ada sebuah kotak baldu yang amat di ketahui apa isinya. Bella ternganga.

“Apa ni?”
“Bella, Shah nak minta maaf sebab dah susahkan Bella sepanjang bulan ni dengan event ni, dengan perangai Shah. I just don’t understand anymore why Shah dengan bodohnya plan semua benda teruk tu..”
Mata masih tertumpu pada kotak merah yg ada bersama jambangan bunga ros merah itu.
“I apologize for everything but I did this to see how much you.. uh, we.. still love each other. I know I wronged you, ive been a jerk for the past months but Belle… Will you marry me?”
“Whaaa..?”
“And seriously tak bohong, Ira Cuma sedara Shah. Kitorang kerja sama-sama and Shah minta tolong dia dalam hal ni, itu je. “
Bella menekup mulut.
“Bella?”
Bella berlari ke luar pentas. Cepat-cepat dia mendapatkan begnya dan dibawa keluar dewan.

Nelle dan Babe terpinga-pinga namun mereka segera menangkap apa yang terjadi apabila melihat Shahrizal mengejar rakan mereka. Babe menghentikan Shahrizal.
“Apa kau dah buat kat Bella?”
“Im sorry.. Tolonglah bagi aku peluang kedua..” Shahrizal merayu.
Babe sudah bercekak pinggang. Nelle menjeling marah dan terus beredar membuntuti Bella.
“Jom, Babe. Bella kan datang dengan kita..”

“Bella.. Shah buat apa kat kau?” Nelle bertanya lagi sebaik mereka mendekati kawasan rumah Bella. Dia tidak mahu ketinggalan apa-apa mengenai sahabat baiknya ini. “Kau ni diam aje dari tadi.. Kau buat aku risau, kau tahu tak?”
Bella merenung tudung bawal yang dipakainya.

“Bella..”
“Hmm?” Bella mengerling wajah Shahrizal. Kelihatan lelaki itu seperti terkebil-kebil mencari kata.
“Untuk seminggu ni, walaupun pada asalnya kita macam dipaksa dan terpaksa tapi..” Ayatnya terjeda beberapa lama seperti ditelan gelap malam. Bella hanya menunggu, kekok dan terus berhati-hati dalam mendepani lelaki ini. “Aku appreciate semua yang kita experience. Semua ni first time untuk aku. Walaupun, aku tak suka perangai kau tapi kau berubah. Kau terima baik setiap nasihat aku tentang agama.”
“Kau kenapa? Kan kita masih ada esok. Belum cukup 7 hari okey, kita date!”
“Aku.. aku tak nak perubahan tu sekadar seminggu ni je. Jadi, ambiklah ni. Hadiah dari aku.” Shahrizal menghulur sebuah beg kertas dari tempat duduk belakang. “Dan lepas ni, tak perlulah kita berjumpa lagi.”
“What, no! Esok hari last kita, bukan hari ni. Kita kena berjumpa esok. Please laahh..”
“Esok ke?” Shahrizal menggaru pipi.
“Haah, esok baru last. Kau ni jangan buat-buat tak reti kira pulak.”
Shahrizal sekadar tersenyum kelat.
“Hmm, okey aku masuk dulu. Esok aku jumpa kau tau. Kalau kau sibuk sekali pun, kau kena datang jumpa aku.” Pesan Bella.

“Kau jangan bagi mukalah dekat dia tu. Kau tunggu dia tiga tahun, tapi jantan tu balas apa kat kau?” Nelle mula membebel.
Babe menghentikan kereta betul-betul di depan rumah Bella. Bella terus membuka pintu.
“Nelle..” Perlahan Bella menegur. “Kau jangan panggil dia macam tu. Aku masih sayangkan dia.”

8

[-----]
sorry, hari tu aku janji after habis final, after eid.. now dah masuk sem, dah masuk tahun baru (salam 1 muharram) baru aku post eps baru. kuang kuang kuang
aku xtau bila aku akan sambung eps 9 sbb hr tu aku ade tulis draf tapi tertinggal kat rumah kat kl. and aku takkan sambung selagi aku tak ingat ape yg aku tulis tu.
(Infinite sorry if that ever happens)
Btw, suggest skit ape ending yg seronok skit nak baca and tak  cliche.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous