Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Hati Wanita Ini

“Sekarang kau pilih! Aku atau dia?!” Asyila bertanya, waras dalam amuk.
Amri terdiam bingung.
“Kau tak boleh pilih!?” Marah Asyila. “Aku bagi kau pilihan lagi, the both of us or none of us?”
Amri masih terkelu. Soalan Asyila amat menghairankan. Mata wanita itu yang merah menyala dengan api kemarahan membuatkan otak Amri terbejat tanpa mampu berkata-kata.
“Fikirlah!” Asyila menumbuk bahu suaminya berkali-kali. “You.. are.. such a bad man!!” Jeritnya sebelum melarikan diri ke dalam bilik. Pintu dihempas sehingga terasa bergegar.
“Syila!” Amri mengetuk pintu bilik. Tombol pintu cuba dipulas tetapi tidak pula terbuka. “Asyila, let me explain..!”
Tiada balasan. Amri mengeluh. Tangan meraup wajah, dia terduduk lelah.

KCAKK.
Amri terjaga apabila tubuhnya terdorong ke belakang saat pintu tempat dia bersandar dikuak.
“Syila..” Amri terkejut melihat keadaan Asyila, apatah ketika itu Amri masih dalam keadaan mamai.
“Im sorry, Am. I cant think straight. Let me go.” Ujar wanita itu perlahan, sambil tangannya mengangkat bagasi ke ruang tamu.
“But…”
Asyila berhenti duduk di sofa. Dia mengambil nafas dalam-dalam. Amri mendekat dan terus berdiri di sisi isterinya. Wajah Amri jelas kebingungan.

“Sit and talk.”

Wajah Amri bercahaya sedikit. Dia yakin isterinya bukan seorang yang suka membuat keputusan terburu-buru. Dia tahu isterinya cuba untuk kekal waras dalam pada amarah dan cemburu merasuk hati wanitanya.
“Actually..” Amri menjelaskan betapa semua yang dilihatnya itu adalah salah faham. Tidak sekali-kali dia akan mencurangi cinta hatinya dan mencari, mahupun melihat wanita lain. Dia bukan lelaki seperti itu yang tidak tahu erti jujur dan setia. Apa yang berlaku tengah hari tadi hanyalah seorang teman sekerja membantu rakannya yang hampir terjatuh dari tangga yang tinggi. Begitu ngeri sekali andai rakan wanitanya itu jatuh tergolek di situ. Mungkin saja mengakibatkan kematian atau setidaknya perlu dikejarkan ke hospital. Amri cuba meyakinkan Asyila yang dia tidak berlaku curang dan segala yang berlaku hanyalah salah faham semata-mata.
“Shes just a friend.”

“We started as FRIEND.” Tajam bicara Asyila membuatkan Amri hilang kata-kata. Entah apa yang boleh dia lakukan untuk menenangkan amukan isterinya ini.
“Am.. izinkan Asyila balik ke rumah ibu." Keluh si isteri. "Syila tak dapat nak think straight sekarang ni. Syila just… cant.. I need time.”

“Kalau itu saja caranya untuk Syila percayakan Am balik. Am izinkan. Syila baliklah, dan fikirkan elok-elok. Am sayangkan Syila sorang je.” Amri mengalah. Tak mungkin untuk dia menidakkan ruang privasi yang diminta isterinya ini.
“Biar Am hantar Syila..”



Tiga hari. Sudah tiga hari Asyila duduk di rumah ibunya. Dia terus berfikir tentang suaminya. Sebahagian hatinya merindui lelaki itu. Sebahagian lagi menyesali dan berasa bersalah kepada sang suami. Ada juga bahagian yang tetap meragui kejujuran lelaki itu.
“Dah tiga hari.. tapi dia sikitpun tak pujuk aku.” Keluhnya, kecewa apabila henfon miliknya sunyi daripada sebarang panggilan atau mesej dari Amri.
Asyila terus mengeluh. Hatinya berat untuk melalui semua ini. Otaknya terbejat untuk membuat keputusan samada untuk memaafkan atau terus menyalahkan.

“Assalamualaikum..!”

Asyila terpempan. Suara itu sangat dia kenali. Suara itulah yang dia rindui selama tiga hari ini.
“Ibu, Am dah datang ni.”

“Syila..! Pergi bukakan pintu tu! Menantu ibu dah datang. Elok-elok je makanan dah siap ni..!” Ibunya melaung dari dapur.
Asyila bergegas ke muka pintu. Riak wajahnya dikawal dengan baik.

“Hai, Syila.” Amri tersenyum bersahaja. Asyila tidak membalas. Dia spontan menyambut salam yang dihulur suaminya biarpun tanpa rela atau manis muka. Amri mengusap kepala isteri kesayangannya itu.
Melihat wajah Amri, air mata Asyila tumpah.
“Eh, kenapa ni?”

“This is all your fault!” Deras linangan air mata itu. “Am tak pujuk Syila pun.. Kenapa? Kenapa tiba-tiba datang? Nak buat Syila heartbreak dulu, nak tunggu Syila benci?!”
“Syila.. Syila yang minta Am beri masa untuk Syila. Syila tak nak diganggu kan? Am pun tak nak ganggu Syila..” Lembut Amri menarik isterinya ke dalam pelukan.
“Sikit pun Am tak cuba pujuk Syila! Sampai hati Am!” Syila masih menyerang Amri dengan kata-kata biarkan dia membiarkan sahaja Amri memeluknya
“Im here, kan? Am dah datang ni, nak pujuk Syila balik rumah kita.”
“Kenapa lepas tiga hari..?”
“One is too short. Two would suffice, but three is sunnah.”


Usai makan malam bersama ibu bapa Asyila, mereka duduk di bilik menyambung bicara, melunas rindu. Sedang Asyila sibuk mengemaskan semula pakaiannya untuk dibawa pulang, Amri bertanya soalan cepumas.
“Asyila.. time Syila bagi pilihan untuk Am samada both of you or none of you.. Ikhlas ke Syila izinkan kalau suatu hari nanti Am ada perempuan lain?”
“Am.. hati tu milik Allah. Perasaan tu bila-bila je Allah nak bagi atau ambil balik." Tenang Asyila menjawab. "Kalau benar rezeki Am untuk punyai lebih dari seorang, apa hak Syila untuk menolaknya? Yang penting Am jujur dan tak berlaku curang. Kalau Am jatuh hati kat mana-mana perempuan, bagitahu je kat Syila. Jangan biar Syila tahu sendiri, nanti Syila marah macam ni lagi. Syila akan doakan Am mampu untuk melawan nafsu andai itu hanya ujian. Dan Syila doakan Am mampu untuk berlaku adil andai itu rezeki Am.”
“Syila tak kisah..?”


“Asalkan Syila tahu Syila masih ada dalam hati Am, Syila redha.”

aku lebih appreciate kalau nanti kesayangan aku panggil nama penuh aku like 'Asyila' instead of 'Syila'
it feels more special and comforting even though dia mungkin akan rasa its too formal 
because the only ones yang panggil aku macam tu mak aku, and kak long aku je.
bila kawan2 perempuan panggil, aku rasa distant. (unless she is a close friend yg mmg pangil aku dgn macam2 panggilan) bila kawan2 lelaki panggil, aku rasa awkward. like 'please stick to the nickname i introduced myself with'.
sejak bila ek? sejak form 5 rasanya, bila lelaki panggil nama aku, aku ada this special feeling yang buat aku jadi tak nak bagi diorang panggil aku macam tu. 
for formalities is different laa

but please, sebelum kita halal ni.. baik stick to aku-kau je. lebih menjaga. dan kalau 'kita' tak menjadi, tak terasa bazir semua kemanisan tu kat orang selain yang halal. betul tak?

ps; please jangan biarkan seseorang tu merajuk lebih tiga hari. cukup je untuk biar dia cool off selama satu hari sahaja. (tapi kena perhatikan jugak lah mood dia macam mana, korang lebih kenal pasangan korang) kalau putus silaturrahim lebih daripada tiga hari, berdosa tauuu

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous