Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu
Jam di dinding terus berdetik. Shahira cuba memendam resah. Hatinya terasa ingin menjerit ke muka Shahrizal.
Teringat perbualannya dengan Bella melalui telefon sekejap tadi.

“Akak, please jadi emcee untuk event tu.. Ira harap sangat kat akak. Ira tahu berdasarkan apa yang akak dah plan sekarang, akak takkan hampakan expectation Ira dengan Abang Shah untuk malam tu nanti.”
Keluhan terdengar dari corong telefon.
“Kerja saya cuma planning event saja, Cik Shahira. Saya bukan pandai bercakap, tak layak untuk jadi emcee.” Seboleh-bolehnya, Bella ingin menolak
“Jangan tipu, kak. Ira tahu dari cerita-cerita abang.. Akak seorang yang outgoing, tak mungkinlah akak tak boleh handle untuk malam tu? Ira dah imagine dah akak dengan abang berbual selamba kat depan.. Ira tahu korang boleh wujudkan mood selamba tu..” Shahira cuba memujuk. Atau mungkin lebih tepat lagi, mendesak.
“Eh, saya dengan Shahrizal? Emcee sama-sama?” Bella berkerut mendengar ayat itu.
“Iya lah.. Bolehlah, kak.. Jangan gaduh dengan Abang Shah lagi..” Shahira memujuk lagi. Dan dia menerka ada masalah antara dua orang ini.
“Cik Shahira.. saya tak faham.” Bella terus berkerut seribu. Kata-kata Shahira sukar untuk diterima dek akalnya. “Cik Shahira maksudkan cik izinkan saya dekat dengan tunang cik? Kenapa bukan cik je yang emcee dengan dia? Rasanya, cik lebih kenal dengan dia berbanding saya. Sepatutnya cik yang temankan dia naik ke pentas tu, kalau betul dia yang akan emcee nanti.”
Shahira menggigit bibir. “Akak dah silap!” Marahnya. “Semua ni bukan pasal saya dengan abang, tapi pasal abang dengan akak. FYI, saya takkan sesekali panggil kesayangan saya dengan panggilan abang. Cukuplah saya dah ada ramai abang.” Gagang telefon terus diletakkan. Daripada kononnya ingin memujuk, hatinya rasa terbakar.

Shahira geram. Geram sungguh dengan perangai Shahrizal. Penat dia membantu lelaki itu untuk mendapatkan semula kekasih hatinya, tapi dia pula tak berterus terang dan terus-terusan membuli gadis itu. Sudah dia katakan plan seperti ini takkan menjadi. Tengoklah sekarang apa dah jadi.
Planner di meja diconteng penuh. Biar dibazir sehelai dua mukasurat, sepuluh mukasurat pun takpe. Kalau majikannya itu tak muncul dalam sepuluh minit lagi, dia akan pastikan Shahrizal menyesal.

“Abang!”
Shahira terus menerpa ke arah Shahrizal yang baru pulang ke pejabat.
“Apa dia, Ira? Abang penat ni.. Tan Sri tu tadi, macam-macam hal!”
“Ira peduli apa! Ira tak peduli dengan kerja abang! Sekarang ni, Ira nak abang pergi berbaik dengan Kak Bella!! Sampai hati abang tak nak ajak dia jadi emcee. Kan kita dah plan sama-sama. Abang dengan Kak Bella mesti jadi emcee untuk malam tu!”
“Shahira.” Shahrizal berkerut marah, namun nadanya seperti kesal dan putus asa. “Semuanya dah takde makna lagi. Mission abort, okay?”
“Mana boleh! Ira tak setuju!!”

Shahrizal diam tak endah.

“Kenapa, abang? Apa yang abang marah sangat dengan Kak Bella tu? Semua ni silap abang sendiri tau tak? Siapa suruh abang tunjuk rapat dengan Ira depan dia. Kalau Ira jadi dia pun Ira sakit hati dengan abang! Kalaupun Ira masih simpan perasaan kat abang, Ira akan fed up kalau abang buat macam tu kat Ira.” Amuk gadis sekretari itu. “Sekarang ni, dua-dua orang pun dah salah faham. Dua-dua orang pun dah makan hati. Hubungan korang akan putus kat sini je nanti. Kalau korang dua-dua pun jadi bujang terlajak, Ira ucapkan padan muka!!!”
Shahrizal terpana.

“Apa..? Dia ada cakap yang dia masih sukakan abang ke?”

“Abang ni buta!” Marah Shahira lagi. “Abang terlalu engrossed dengan plan sendiri sampai abang sedikitpun tak sedar cara dia pandang abang, cara dia pandang Ira.. Abang langsung tak sedar dia cemburukan kita?”

“Dah lah. Ira berhenti!!”

Shahira terus berlalu keluar dan mendapatkan begnya. Dia tekad untuk meninggalkan kerjanya. Suzana yang sarat mengandung di meja berdekatannya hanya mampu memandang. Seluruh pejabat terkejut dengan pergaduhan antara dua sepupu itu.

Day 5
Bella menghirup minuman melalui straw. Diam-diam sahaja dia menikmati makan tengah hari ini. Dia merenung jauh.

“Hey!”

Bella berpaling apabila mendengar sapaan itu. Alangkah terkejutnya dia melihat Shahrizal datang membawa makanan untuk dijamu di mejanya.
“Semalam kau kata kau sibuk lagi hari ni?” Soal Bella merujuk kepada balasan mesej yang dihantar kepadanya pagi tadi.
“Memang aku sibuk hari ni. Tapi kita still boleh jumpa.” Shahrizal mengambil tempat di hadapan Bella. “Mana Naili dengan kawan korang yang lembut tu?”
“Diorang pergi dating. Nelle ada game pagi tadi, macam biasa Babe akan belanja dia sebagai reward tak kira apapun keputusan game tu.” Balas Bella bersahaja. Cuba ditahan sedikit teruja, enggan Shahrizal menganggapnya gadis murahan.

“Oh, kau tak join diorang sekali?” Shahrizal berbasa-basi.

“Tak naklah. Kan diorang tu tengah dating. Tak kuasa nak tengok diorang sweet-sweet berdua. Diorang tak nak aku kacau diorang pun, diorang nak halau peminat Nelle yang lain.” Jawab Bella.
Shahrizal mengangguk sahaja.

“So, semalam macam mana? Okey ke?” Soal Bella pula merujuk kepada pembentangan Shahrizal semalam.
Shahrizal mengangguk kecil.
“Mesti okey punya! Kau kan genius, tak mungkin lah rancangan kau fail kan?”
Shahrizal diam sahaja. Dia tak gemar mendengar pujian melambung seperti itu. Teringat pepatah Inggeris yang menyebut, ‘the wisest man err’. Sehebat mana pun seseorang itu, pasti ada kelemahannya tersendiri. Dan seteruk mana pun seseorang tu, pasti ada kelebihan yang tersembunyi.
Seketika, diam mengisi ruang antara mereka. Shahrizal menunggu Bella membuka mulut seperti biasa tetapi Bella pula jadi serba berhati-hati di hadapan Shahrizal.

“Kau sibuk tak malam esok?” Soal Shahrizal tiba-tiba. Serentak itu, notifikasi WhatsApp berbunyi di henfon Bella.
“Kenapa?” Bella sedikit terkejut. Shahrizal tersenyum kecil melihat mata gadis itu bercahaya.
“Kalau kau tak sibuk, datanglah tempat tu.”
“Serious? Kenapa tiba-tiba..?”
“Saje lah, nak belanja kau makan.”
Bella melihat nama restoran yang tertera di alamat yang dihantarkan Shahrizal kepadanya. Nampak gayanya seperti bukan restoran biasa-biasa.
“Malam ni aku ada hal lain, sebab tu lah aku ajak kau dinner esok. So, aku tunggu kau kat sana nanti okey?”
~~~

Shahrizal menyesali semuanya. Dia teringat tangisan di wajah Bella saat terakhir kali dia melihat wajah gadis itu sebelum mereka terpisah.

gaduh. aku pun tak tau la kenapa aku emo sangat waktu mendalami dialog si ira tu. maybe sebab aku pun teringin nak buat party goth loli kot.. haha.

bersempena projek bellaxshah ni aku try untuk buat setiap episod tu dalam 1000 patah perkataan. tak sangka pulak 1000 patah tu actually 4 muka surat je (mengikut font yang aku guna.) projek ni buat aku tertanya-tanya berapa agaknya word count untuk post2 aku yg sebelum ni ? haha, tapi aku banyak spacekan ke bawah enn sebab tu scroll count dia lebih kurang je.

cerita ni terpaksa aku lupakan seketika untuk bagi ruang kat final exam. and lagipun otak aku masih mencari idea. so will be continued after eid. stay tune <3

oh, korang ingat lagi tak dekat suzana dari kontrak cinta kita? saja selit nama dia kat sini hihi

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous