Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu

Pagi itu, Bella ke tempat kerja seperti biasa. Senyumnya melebar menjangkiti rakan-rakannya yang lain.
“Senang hati, Belle..?” Sapa Nelle.
“Selamat pagi, Nelle.. Babe..” Balasnya, serta-merta mengubah topik.
Babe mengangkat kening kepada Nelle. Isterinya itu membalas. Babe mendekati meja Bella. “Ada apa-apa ke hari ni?”
“Hmm, takde..?” Bella berfikir sebelum menjawabnya. Planner di atas meja dikerling. “Hari ni cuma ada satu appointment dengan JS Holding.” Ujarnya, masih tersenyum.
“Oh, so hari ni tak perlu jumpa mamat tu la kan?” Babe mengulas.
Bella berkerut dahi, namun senyumnya masih belum padam. “Mamat mana pulak..?”

“Cik Bella.. yang ni kan.. kalau klien kata nak ubah macam mana? Saya dah buat elok-elok ni, frust pulak kalau dia minta ubah.” Farid yang sedikit muda berbanding mereka bertiga datang bersama proposal di tangan.
“Farid, klien pasti akan ada pandangan sendiri. Kita kena sentiasa bersedia dengan kemungkinan tu. Memang event ni kita yang handle, tapi tetap bukan event kita. Sebab tu lah kita still kena ikut kehendak klien.” Bella menasihati juniornya itu. “Tapi yang paling penting dalam planning is always..?”
“Budget.” Jawab Farid.
“Betul, kalau budget tak kena.. tak bolehlah kita ikutkan juga permintaan yang tak masuk akal dari klien. Tapi kalau Farid memang dah penat, jadi kenalah gunakan otak untuk yakinkan klien. Soft talk ke, sweet talk ke.. Pujuk dia supaya terima cadangan kita, tapi jangan terlebih pujuk pulak.. Buruk padahnya nanti.”
“Eh, Cik Bella ni.. ke situ pulak dia..!” Farid tersipu malu.
“Yalah, dah soft talk.. sweet talk.. pastu sweet-sweet ke pelamin pulak. Kalau orang tu single takpe la. Kalau dia tengah plan majlis tunang..? Majlis nikah..? Kan haru-biru jadinya nanti..!”
Nelle dan Babe ikut ketawa.

Shahrizal memasuki ruangan kedai itu. Matanya terus tertumpu kepada susuk tubuh Bella yang dapat dilihat dari kejauhan. Pelayan di kaunter menghampiri.
“Ya, encik ada appointment ke?”
“Tak..” Shahrizal menggeleng. Matanya terus merenung ke arah Bella. “Saya sengaja datang untuk tengok baju. Tapi nampaknya saya ada hal lain pula. Lain kalilah ya.” Ujarnya sambil berpura-pura mengerling skrin henfon dan bergegas pergi.



“Oh? Abang Shah tak datang jumpa Kak Bella??”  Kedengaran suara Shahira di hujung talian seperti terkejut kehairanan. Bella mengerutkan dahi. ‘Bila masa pulak lelaki tu datang jumpa aku?’
“Tak ada, Cik Shahira. Kenapa ya? Ada apa-apa masalah ke? Any changes you want to make?”
“Tak.. just nak inform yang kita masih belum ada emcee, jadi fitting and all those relateds kita belum boleh buat lagi.”
“Oh, tak apa.. Masih ada masa untuk itu. Tapi inform ASAP lah ye, bila dah ada orangnya.”
“Okay.. And satu lagi, akak free ke malam ni? Boleh meet for dinner?”
“Boleh, kalau Shahira ada.”
“So, its set. Tempat dan masa sama macam hari tu.”

Bella menggigit bibir. Kata-kata Shahira sedikitpun tak boleh pakai. Ini kali kedua dia ditipu dan dipaksa makan malam bersama dengan Shahrizal seorang. Tapi kali ini lebih teruk, dia tak menyangka ini semua akan terjadi dan dia datang sendirian tanpa ditemani Nelle.
Suasana tegang. Bella tak tahu bagaimana dia harus memulakan perbualan, sedang Shahrizal pula diam membisu. Wajah Shahrizal nampak garang. Seperti ada sesuatu yang menyebabkan amarah lelaki itu. Patutkah Bella mula berbicara tentang kerja?

“Em.. Encik Shah…” Bella teragak-agak.
“Siapa lelaki tu?” Keras Shahrizal bersuara biarpun nada suaranya ditahan.
Lelaki? Lelaki mana? Bella berkerut dahi.
“Bukan main mesra lagi. Gelak-gelak.. Fikirkan kau pakai macam ni, dah berubah. Tapi sama je. Kalau dah playgirl tu playgirl jugak!”
Cemuhan Shahrizal tidak berasas. Bella sakit hati. Diam lebih baik daripada berbalah. Hati yang membara hanya akan menimbulkan kata-kata yang menyakitkan. Biarlah apa yang difikirkan orang, kebenaran akan muncul jua.

Terus tegang. Tiada sepatah kata pun yang muncul dari bibir masing-masing. Mereka terus hanyut dalam perasaan masing-masing.
Shahrizal dengan amarah dan cemburunya. Bella dengan amarah dan rasa terluka.

“Masuk selekoh tu.”
Kereta meluncur masuk dan kemudian berhenti di hadapan sebuah rumah teres berpagar merah. Bella turun dari kereta dengan perasaan berkecamuk.
“Encik Shah, saya harap perancangan event tu nanti tak terjejas apa-apa. Kalaupun encik marahkan saya, be professional about business.” Pesan Bella sebelum dia masuk ke rumah.
Shahrizal diam sahaja. Wajahnya tetap tanpa perasaan. Kereta berlalu pergi.
Kau siapa nak marah-marah macam ni?! Jerit hati Bella.



“Abang!” Shahira menegur Shahrizal setelah selesai membaca jadual seharian majikannya itu. Shahrizal hanya membalas dengan mengangkat kening bertanyakan mengapa. Matanya ralit memandang dokumen pada skrin monitor. “Abang dah tanya Kak Bella ke belum? Dia sudi tak? Kalau dia nak, boleh Ira ajak bincang pasal skrip apa semua dengan dia.. Kalau dia tak nak, Ira cari orang lain..”
Shahrizal menjeling tajam. Sensitif pula bila disebutkan nama itu.
“Nantilah, abang cari orang lain.”

“La… Kak Bella tak nak ke?” Shahira kecewa. Shahrizal berpura-pura sibuk dan tidak peduli. “Ke actually, abang tak tanya pun..? Abang gaduh dengan Kak Bella ke?”
Shahrizal tak menjawab. Shahira mengeluh panjang. Dia kemudiannya kembali ke meja sendiri. Meja sahabat baiknya dikerling. Hendak mengadu, orangnya tak datang pula. Lagipun, dia memang tak sepatutnya menceritakan perihal peribadi kepada pekerja. Jatuhlah saham Shahrizal nanti. Dan Suzana bukanlah rapat betul dengan dirinya. Hanya dia yang suka mengusik teman sekerjanya itu.
Shahira mengeluh lagi. Penatlah macam ni, takde siapa faham perasaan aku.

Day 4
Letih. Pembentangan untuk pertemuan kali ini memang meletihkan. Tekanan yang dihadapi saat berdepan dengan semua elit dari pelbagai jabatan dalam syarikat cukup berat bagi Shahrizal.
Bukanlah kerana dia meragui kemampuannya. Namun, expectation daripada setiap pihak harus diambil berat. Dia seharusnya melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada sebelum ini untuk membuktikan yang dia layak sebagai pewaris syarikat.
Shahrizal bersandar pada pintu kaca bilik pejabatnya. Keluhan dihempas. Mengingati gemuruh tepukan yang dihadiahkan warga sidang mesyuarat, dia berpuas hati. Sekurang-kurangnya, ramai yang mengakui kelebihannya dan memberi sokongan. Hanya pak ciknya yang seorang itu sahaja yang perlu dibimbangi.

Shahrizal bergerak ke meja kerja. Henfon yang disimpan di dalam laci meja dihidupkan semula. Sembilan mesej notikasi. Applikasi Messenger dibuka. Nyata, semua mesej itu datang dari penghantar yang sama. Bella the Playful Bunny. Sesuai sahaja nama profil itu dengan pemilik akaun media sosial tersebut.

“Esok kita jumpa kan?”
“Kau kata kau sibuk tiga hari je kan..?”
“Hello, kerja kau belum siap lagi ke?”
“Fighting~~”
“Heyy… kenapa tak reply?”
“Kalau sibuk pun, please la reply…..”
“Kau dah janji nak jumpa aku. Jangan tak jadi pulak.”
“Janji untuk ditepati, bukan untuk dicurangi.”
“K, fine. Tak nak reply takpe. See you tomorrow.”

Shahrizal tersenyum sendiri. Ulah Bella mengusik hati.
~~~

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous