Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe


Mesej perbualan diulang baca buat kesekian kalinya.
Hati tersenyum senang. Setelah bertahun lama menunggu saat ini, akhirnya bahagia menyinggah.

No reply.
Hati resah menunggu. Sepatah 'good morning' sahaja pun, besar pengaruhnya buat menemani hari.
Tersenyum sendiri tatkala membaca semula kata-katanya. Hati terasa bahagia, bunga-bunga memenuhi segenap ruang hati.
Sejenak, lagu Ada Cinta nyanyian Acha Septriasa terngiang di dalam fikiran. Lagu lama itu menjadi peneman rindu, saat menunggu balasan mesej darinya.
Benar kata sahabat baiknya, bila lebih dekat lebih rindu berbanding ketika berjauhan.
"Mengapa sukar mangaku cinta, padahal ia ada.."
-Cukuplah.. biar kata-kata itu menjadi mahal. Lebih dihargai, tidaklah terasa hambar jika disebut saban hari. Biar ada tabir, sehingga tiba waktunya nanti.

Malam itu terasa sepi.
-Cukuplah hati. Tahan diri.. Fokus pelajaran dulu.. Dia pun sibuk, tak mungkinlah nak menghadap wasap 24 jam. Kau sorang je yang buat macam tu...
Hati mengeluh. Kelam menyelubungi. Pelbagai persoalan hinggap di ruang fikiran. Bait-bait lagu Ada Cinta terus bermain di telinga.
"Sebab kumeragu pada dirimu.."
Kertas nota disimpan. Sikitpun tak fokus, padahal esok ada test.
Tubuh dibawa berlabuh ke katil. Selimut ditarik sehingga ke kepala. Biarkan je lah, otak ni tak mampu berfikir selain masalah personal. TTTT

Benarkah bahagia ini? Katanya, dia cuba. Maknanya, dia belum sepenuh hati?
Saat diri ini sudahpun rela dinafikan perasaannya. Saat diri ini mengalah untuk terus mencuba. Saat diri ini bersedia untuk menerima andai akan datang yang lain.. Dia pula kembali dengan berita gembira ini.

Cuba dibuang segala perasaan. Pesan sahabatnya, jangan terlalu difikirkan.



"Bila kita boleh jumpa eh?" Terngiang-ngiang sebaris soalan itu.

Kali terakhir mereka bertemu muka, setahun yang lalu. Itupun sekadar terserempak di sebuah majlis. Tak sempat berbual panjang pun.
Huh, dia nak datang ke rumah ke? Untuk apa?

Berbolak-balik perasaan antara senang dan gelisah.

Kalau benar-benar semuanya benar, berilah sesuatu sebagai tanda.

<Sebab ku meragu..> //act, ragu tu dah mula pudar. cuma ikhlas tu,, harus dibina semula.

~~~
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tapi tak berbalas
Serahkan cintamu pada yang punya cinta

>perasan tak semuanya lagu lama-lama. haha<

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous