Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

Latest List
Full List

11 Aug; Darling, I Need You 19 06 Aug; Darling, I Need You 18 05 Aug; Darling, I Need You 17 02 Aug; Darling, I Need You 16 21 Jul; Darling, I Need You 15 12 Jul; Darling, I Need You 14 03 Jul; Darling, I Need You 13 12 Jun; Darling, I Need You 12 10 Jun; Darling, I Need You 11 07 Jun; Darling, I Need You 10 05 Jun; Darling, I Need You 9 01 Jun; Darling, I Need You 8 09 May; Darling, I Need You 7 07 May; Darling, I Need You 6 18 Apr; Darling, I Need You 5 12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Background by : NJOE
Be mine?

Adilah menutup muka dengan bantal. Dia merajuk dengan seluruh keluarganya. Sungguh dia tak menyangka ibunya akan membuat rancangan seperti ini. Dia jadi malu.
Teringat wajah ibu mertuanya saat menyarungkan cincin tunang pagi tadi. Dia tahu wanita itu cuba berlagak tenang dengan senyuman palsu dibibir. Berat rasanya kesalahan dia menghalau Puan Zakiah sewaktu mereka berkunjung menghulur pinangan dengan baik. Adilah serta merta meminta maaf dengan ibu mertuanya itu sewaktu bersalaman setelah cincin disarungkan.

Cincin yang melingkari jari manisnya terasa ketat. Adilah teringatkan majlis akad nikah tengah hari itu.
Sungguh dia tak menyangka emaknya menipunya tentang pinangan ini. Bukanlah pinangan daripada lelaki yang tidak dia kenali yang emaknya terima tetapi pinangan daripada Khairul yang telah lama melamar hatinya sejak dua tahun lalu.

Adilah menggigit bibir. Masih terasa merah di pipi saat Khairil mencuri pandang ke arahnya. Jamuan kecil-kecilan untuk merai kedatangan keluarga pengantin lelaki itu jadi kenangan paling menyentuh hati. Banyak pesanan diberikan ibu mertuanya juga daripada ayah mertuanya supaya dia menjaga hati dan perasaan sendiri dan bertindak dengan bijak. Kata mereka, jujur dan berterus terang lebih baik daripada terus bergaduh tanpa asas. Dia sedar itu.
"Cik Laa..." Paling menyentuh hatinya lagi, Syila anak kakaknya sudah pandai menyebut namanya. Sungguh dia takkan melupakan hari bahagia ini.

Eh, tapi masih terlalu awal. Masih ada majlis resepsi menunggu untuk memalukannya hujung tahun nanti. Tak tahulah apa reaksi rakan-rakan dan kenalan yang lain saat kenduri itu nanti. Pasti merah padam mendengar usikan mereka nanti.

Pintu diketuk. Bantal terjatuh. Ah, lambat. Khairul sudahpun membuka pintu jadi Adilah terus berpura-pura tidur.

"Assalamualaikum.." Salam dari suaminya disambut di dalam hati.
Khairul membelai rambut Adilah dan menyelanya ke belakang. Supaya isterinya lebih selesa untuk tidur. Kemudian dia berbisik "Im sorry for everything.  Its been a long day. Tidurlah..."

Adilah terkejut. Khairul terus menarik selimut untuknya dan mereka tidur bersebelahan.



Pagi itu, ada suatu kelainan dalam hidup Adilah. Buat pertama kali setelah tamat sekolah menengah, dia solat Subuh berjemaah. Dahulu, dia solat bersama rakan-rakan seasrama. Kini, dia solat bersama suami pula. Wajahnya memerah.

Di meja makan, Adilah duduk di sebelah emaknya dan membantu menghidangkan air. Emaknya hanya menjeling. Khairul datang setelah dipanggil oleh Hakim. Dia memilih untuk duduk bertentangan dengan Adilah. Hakim menegur Adilah dengan isyarat tangan untuk membuka purdahnya.
Adilah menggeleng kecil.

"Ayah.. Mak.. Sekejap lagi kami nak keluar boleh?"
"Bukan ayah la, bapak." Hakim membetulkan.
"Hmm, bapak.."

"Pergilah.. Tak perlu minta izin kami pun.."

"Tapi aku penat laa. Pinggan semalam ada lagi yang tak berbasuh kan.." Adilah memberi alasan.
"Kita keluar tengahari? Lepas zuhur." Pujuk Khairul.
Adilah membuat muka, tapi tak siapa yang melihatnya.



"Jangan kacau laa.. Duduk je kat depan tak boleh ke?" Marah Adilah apabila Khairul ingin menghulurkan bantuannya membasuh pinggan di dapur. Dia tak selesa menyelak lengan atau membuka purdah di hadapan lelaki itu.

"Khai.. Tolong ni sekali.." Hakim meletakkan mangkuk bekas magginya di tepi sinki.
"Oii, dah makan basuh la sendiri! Dah la tak ajak aku..!" Adilah memukul bahu Hakim.
"Orang dah kahwin mana boleh makan maggi! Nanti efek kat kesuburan." Hakim mengusik. Pinggang Adilah dicuit.
"Ngek, dari muda lah kena jaga kesihatan kalau tak nak mandul!!"
Adilah menempelak usikan adiknya.

"Dilah.." Khairul menegur sewaktu asyik menggosok pinggan.
"Hm?"
"Thanks."
"Sebab?"
"Sebab terima aku, sebab dah minta maaf kat ibu aku.."
"Bukan aku yang terima kau. Mak yang paksa aku." Balas Adilah, bernada tegas. "And mak kau pandang aku macam tak rela je.. Tau la dia sakit hati dengan aku.."
"Tapi kau boleh je menolak sebelum majlis akad."
"Kau nak aku buat macam tu ke?"
Khairul diam.

"Tengah hari ni jadi tau. Jangan bagi alasan pulak."
"Kau nak bawak aku pergi mana?"
"Jalan-jalan.."
"Pakai T-shirt je boleh kan?"
"Pakai lah apa pun tetap cantik.."
"Ceh.." Adilah menyudahkan basuhan. "Dah lah, pergi jauh-jauh.."



Khairul masuk ke dalam bilik. Setelah beberapa lama ditinggalkan menonton TV sendirian, dia jadi bosan. Adilah yang masuk ke bilik setelah habis rancangan masak-masak tadi dijenguk.
Bantal yang menutupi wajahnya dialih. Sudah beberapa tahun dia merindui wajah itu. Kali terakhir dia melihatnya, saat berlari keluar dari rumah Tok Aki. Dengarnya, datuk isterinya itu telah dijemput Ilahi pada awal tahun. Tak sempat untuk dia meminta maaf daripada orang tua itu.
Wajah Adilah dibelek tanpa lepas. Malam tadi, hanya seketika dia merenung wajah itu. Enggan tidur isterinya terganggu padahal dia tahu Adilah hanya berpura-pura. Biarlah, dia juga sudah letih ketika itu.

"Hm..?" Adilah bangkit perlahan-lahan. Dia memeriksa jam di skrin henfon. Nampaknya dia sudah menetapkan pemasa untuk mengejutkannya.
Dua minit lagi, adakah aku mengganggu? Soal Khairul di dalam hati.

"Kau dah mandi ke?" Adilah bertanya dalam mamai.
Khairul tidak menjawab. Matanya ralit.
Adilah meraup wajah. Dia kemudiannya turun dari katil mencapai tuala dan sepasang baju ganti. T-shirt muslimah oren kegemarannya.
Mengapa aku tak pernah perasan baju ni di kolej dulu? Khairul seperti menyesali dirinya.

Beberapa minit kemudian, Adilah kembali ke bilik. Tuala masih bergantung di leher. Ikatan rambutnya dibetulkan. Dia membuka laci di sebelah katil dan menyarung choker miliknya.
"Keluar lepas zuhur kan? Kau dah siap? Bersiaplah, teman bapak solat kat surau." Adilah membebel sendiri. Khairul diam tak menjawab.
"Khairul..?"

"Dilah.. Sini jap." Khairul mengajak Adilah duduk di sisinya.

"Aku dah ambik air semayang." Balas Adilah, keberatan.

"Sinilah.."

Tiada gunanya berkeras. Adilah menyimpang tuala melilit leher. Kemudian dia duduk di birai, mengambil sedikit jarak dari Khairul.

Tuala yang menutupi lehwr Adilah disingkap.

"Cantik.."
"Puji diri sendiri la tu.. Memang kau pilih yang cantik pun." Adilah tersenyum sinis.
"Kenapa dua tahun ni kau tak pakai?" Soalan itu membuatkan senyuman Adilah mati. "Kenapa bagi Rilakkuma tu pakai?"

Adilah menunduk. Ini mesti Hakim yang bagitau.. Desis hatinya.
"Adilah..?" Khairul menarik dagunya. Matanya basah dengan genangan air mata. "Kenapa menangis? Sorry, aku tak tanya dah.."

"Semua tu salah kau tau tak?" Adilah mengesat air matanya sambil bersuara serak. "Please, Khairul. Jangan tanya lagi tentang dua tahun yang menyeksakan tu. Just forget about it. We're here now."

Serentak itu azan berkumandang.

"Dah, pergilah ambik air semayang. Nanti kalau keluar lambat-lambat, balik pun lambat.."
"Okey."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>