Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?
"Assalamualaikum, Dilah.."
"Siapa ni?" Adilah terkejut mendengar suara itu dari hujung talian. Dia memeriksa nama yang tertera di skrin telefon. Budak ni laa..!
"Hakim mana? Korang buat apa ni?!"

"Dilah.. Dengar aku nak cakap ni, please.." Pujuk Khairul. Dia tahu salah untuk mempergunakan adik Adilah untuk mendekatinya (approach). "Dilah.. Aku minta maaf sebab tiba-tiba je datang rumah kau tak bagitau dulu. Memang silap aku sebab tak make sure betul-betul message tu dah hantar."

"Kau sepatutnya dapatkan reply sebelum kau datang." Sinis Adilah menegur.

"Yea, but.." Khairul mengakui kesalahannya. "Dilah, all these two years.. bukan aku tak nak contact kau langsung. Tapi aku dah cari kau.. aku tunggu kau setiap hari dekat library, tapi kau tak ada. Kau tak datang library.. aku whatsApp kau tak balas pun.. aku mesej, aku call, tapi kau block aku.. Kau cakap dengan aku macam mana aku nak contact kau kalau macam tu?"

"Memang aku cuti lama duduk rumah aku, sebab tu kau tak nampak aku dekat library.. Tapi lepas tu, setiap kali aku tunggu kelas petang, aku still duduk library cuma kau je yang tak cam aku.."

"Kau dah pakai purdah. Aku tak tahu kau pakai purdah.." Keluh Khairul. "Kenapa kau block number aku?"

Adilah diam. Memang dia delete nombor telefon Khairul dari henfonnya menyebabkan nombor lelaki itu di block bersama nombor-nombor lain yang tiada dalam senarai henfonnya. Dia tak betah menyimpan nombor lelaki itu. Hatinya pedih.
"Kenapa kau tak datang cari aku dekat rumah je terus?"

"Aku pergi rumah kau.. Tapi masa tu kau tak ada. And mak kau pula cakap kat aku tunggu sampai kau dah reda.. Jadi aku tunggu kau reply WhatsApp aku, mesej aku, aku tahu kau takkan call.. tapi kau tak reply satu apa pun.." Khairul melepas keluhan. "Dan bila aku langsung tak nampak kau kat kolej, aku ingat kau dah pindah..."
"Aku ingat kau dah pindah kolej dan langsung tak nak jumpa aku dah.. aku tak sangka kau still ada dekat U kita.."

"Dua tahun, Khairul. Takkan kau langsung tak sedar. Course kau dengan course aku di bawah satu fakulti. Apa-apa aktiviti semua buat sekali. Dan kau kata kau cuma sedar lepas grad?" Tempelak Adilah berbaur sinis. "Kau bohong.."

"Aku tak bohong, Dilah. Im so sorry aku tak sedar kau still ada kat kolej kita. Sejak kau mengelak jumpa aku, hidup aku jadi kosong.." Suara Khairul bertukar perlahan. "Its different without you.."

Adilah memutuskan talian. Pelbagai perasaan bercampur baur.
Masih dia ingat, waktu itu ketua kumpulannya bersama dua orang wakil menyampaikan pembentangan. Matanya tak lepas memerhatikan Khairul dari belakang. Dia bimbang Khairul akan menyedari namanya dalam senarai ahli kumpulan dan kemudiannya akan menghubunginya atau lebih teruk, datang ke rumahnya. Dia belum bersedia untuk bertemu kembali dengan lelaki itu. Dalam masa yang sama, sebahagian dari dirinya ingin sekali berjumpa dan berbual dengan lelaki itu. Tidak. Tidak selagi dia belum berubah.
"Hipokrit!"



"Dia cakap apa?" Hakim menyoal bakal abang iparnya itu.
Khairul sekadar menggeleng. Dia tak tahu bagaimana untuk menyatakannya semula. Apa yang dia tahu, Adilah tetap enggan menerimanya semula.

"Janganlah sedih sangat. Kalau kau nak tahu, choker yang kau bagi dia dulu dia masih simpan."
Wajah Khairul bercahaya.
"And lately, lepas kau datang lepas graduation day korang hari tu.. Dia tak pernah tanggalkan choker tu kecuali  untuk mandi. Bayangkan pakai choker tu dalam rumah sepanjang hari? Padahal selama dua tahun ni dia pakaikan kat teddy bear dia je.."

"Dia ada teddy bear?"

"Teddy bear tu dia letak jadi hiasan meja. Memanglah dia bukan jenis tidur peluk teddy bear.. Tapi sesekali ada jugak, ikut mood dia."
Satay diatas meja diambil sebatang.
"Oh ya, selain nak tolong kau pujuk kakak aku.. Mak aku pesan suruh bagitau kau sesuatu."

Lamunan Khairil terhadap kenangan choker itu terhapus. Perhatian diberikan kepada kata-kata Hakim.

"Tak apa ke kita buat macam tu? Bukan ke itu menipu namanya?" Berkerut dahi Khairul mendengar rancangan itu.
"Well, itu rancangan mak aku. And dia lebih tahu tentang anak dia. Terserah kau nak follow atau tak. Kalau kau tak nak aku bagitau mak kau tak setuju." Hakim masih menikmati satay yang dipesan sambil bersandar selamba di kerusi.
Khairul berfikir panjang. Buruk padahnya andai Adilah membencinya kerana rancangan ini nanti. Tapi dia yakin, gadis itu masih ada perasaan untuknya.
"Aku setuju."



"Abang.. Abang serius ke tetap nak teruskan dengan pinangan ni?"
"Ibu.. Dia satu-satunya perempuan yang ada dalam hati abang. Abang tahu dia pun sama. Pinangan yang hari tu, ibu dia dah tolakkan untuk abang. Ibu dia pun tahu dia masih sayangkan abang."
"Tapi layanan dia hari tu.." Puan Zakiah masih terasa hati dengan cara Adilah melayan mereka sebagai tetamu beberapa hari lepas.
"Ibu.. Abang yang buat salah dengan dia. Maafkan abang sebab ibu dan ayah yang kena tempias. Abang akan pastikan, dia menantu yang baik untuk ibu dan ayah."
Puan Zakiah melepas pandang.



"Mak..! Kan Dilah dah kata Dilah tak ada apa-apa perasaan kat dia!" Adilah kecewa apabila diberitahu emaknya menerima pinangan kelmarin sedangkan dia sudah memberitahu yang dia ingin memfokuskan kerjanya dahulu. "Dilah tak kisah dia tu anak saudara dua pupu bapak ke, anak kawan mak ke.. Dilah tak kenal dia! Tak ada sebab untuk Dilah terima pinangan dia..! Lagipun, dia tu stalker! Macam mana dia boleh tahu semuanya yang ada dalam facebook Dilah? Mak bagitau dia ya? Atau Hakim yang punya kerja??"

"Mak tak kira. Mak dah istikharah dan mak tahu ini yang terbaik untuk Dilah. Dilah terima okey? Kalau ada masalah lepas kahwin, beritahu mak.. Mak akan cuba settle kan secara baik dengan dia. Mak tahu kamu boleh..."

Adilah terharu mendengar perkataan istikharah dari mulut emaknya. 'Mak buat solat istikharah untuk aku? Sedangkan aku tak...?'
"Yalah.." Adilah mengalah.
aku rasa tajuk cerita ni dah tak sesuai...

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous