Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Latest List
Full List

12 Apr; Darling, I Need You 4 10 Apr; Darling, I Need You 3 08 Apr; Darling, I Need You 2 07 Apr; Darling, I Need You 1 24 Jan; Racun: Sidestory 21 Jan; Racun 7 17 Jan; Racun 6 14 Jan; Racun 5 10 Jan; Racun 4 05 Jan; Racun 3 03 Jan; Racun 2 27 Dis; Racun. 05 Nov; Teddy bear ini.. 05 Nov; The Sunflower 30 Oct; 7 Hari Bersamamu
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
Be mine?
Sedang mereka hangat berbincang, kedengaran suara anak kecil menangis di dalam rumah.
"Dilah.. Dah beberapa kali dia terjaga. Aku tak tahu nak buat apa dah.." Muncul wajah Hakim dari balik pintu. Adilah segera menyambut anak kecil itu dan membawanya ke dalam semula.
"Baliklah, Khairul." Pesan Adilah sepatah.
Khairul kelihatan tergamam.

"Dilah suruh kau balik.." Hakim segera mencantas saat Khairul ingin memanggil Adilah semula. "Kau dah habis minum? Jangan cakap kitorang tak layan tetamu pulak.." Dingin kata-kata Hakim sebelum dia menarik bahu Khairul dan melangkah bersama ke kereta.

Khairul meraup wajah. Dia tak menyangka ada kisah yang tidak diketahuinya sepanjang dua tahun ini.
Apa yang diberitahu Hakim begitu mengejutkan. Benar-benar tak terlintas di fikirannya.

Khairul nekad. Dia ingin membawa ibu bapanya berbincang dengan keluarga Adilah.



"Maaflah, rumah berselerak sikit. Maklumlah, jaga baby.." Adilah memohon maaf sambil merujuk kepada onar selerak yang dilakukan anak kecil yang duduk bermain di suatu sudut. Habis bersepah seluruh ruangan dengan mainan anak kecil itu.
"Ada apa pakcik makcik datang tiba-tiba ni? Mak keluar beli barang sikit.. Tak ada pulak dia pesan kalau-kalau dia menunggu tetamu."

Puan Zakiah dan suaminya tercengang. Kedua-duanya memandang ke arah Khairul. Eh, budak ni tak bagitau dulu ke sebelum datang sini? Main terjah aje, tak eloklah..!

Khairul kalut dengan pandangan ibu bapanya. Dia segera mengeluarkan henfonnya dan membuka aplikasi WhatsApp. "Eh, tadi kan dah.. Astaghfirullahalazim!" Khairul menepuk dahi. "Aku lupa tekan sendlah, Adilah! Sorry.."

Adilah sekadar mengangguk sebagai menyatakan kata tak mengapa.
"Jadi, ada urusan apa ya datang ke sini? Makcik.. pakcik.."

"Ehm.. Besar hajat kami datang ke mari. Kalau boleh nak berbincang dengan orang tua kamu.. Tapi kalau mereka tak free, tak salah rasanya kalau kami terus bercakap dengan tuan punya badan.."

Adilah mengetap bibir di balik purdah. Daripada mukadimah itu, dia tahu apa hajat Khairul dan ibu bapanya ke mari.
"Sebelum tu, boleh tak kalau saya bercakap sekejap dengan Khairul?" Pintanya, mengajak Khairul keluar meninggalkan ruang tamu.

"Kan aku dah kata aku tak nak fikir lagi tentang ni! Antara kita dah tak ada apa-apa.. Sudahlah..!" Khairul dihambur dengan suara tertahan. Bimbang menyinggung perasaan orang tua yang terpinga-pinga di depan kaca televisyen. Pasti mereka malu andai Adilah menolak pinangan dengan kasar. Tindakan sebegitu juga akan memalukan keluarganya sendiri juga..

"Adilah.. Hakim dah cerita semuanya kat aku.."
Adilah menjegilkan matanya. Dia tak menyangka adiknya akan membelakangkan dirinya dan memberitahu kepada lelaki ini.
"Dilah.."
"Dont touch me!" Adilah menelak sebelum Khairul mencapai lengannya.

"Dilah!" Hakim tiba di depan rumah. "Ada apa ni?"
"Semua ni salah kau lah..!" Adilah membentak sebelum masuk semula terus ke dapur.

"Kau nak buat apa dengan kakak aku?" Hakim mendekati Khairul bersama suatu aura memberi amaran kepada lelaki itu.
Khairul menunduk, mengerling kepada ibu bapanya yang masih di dalam rumah.
Hakim sedar kini, Khairul bukan berdua-duaan dengan kakaknya.

Kek pisang yang sudah dipotong diletakkan di atas meja. Sedikit kasar bunyinya.
Adilah menjemput tetamunya makan.
"Maaflah, mak ayah saya tak ada. Jadi saya tak tahu nak bincangkan apa. Makanlah dulu sebelum balik." Dia mengatur ayat menyuruh mereka pulang secara berkias.

Puan Zakiah dan suaminya memandang Khairul.

"Adilah.. Tak boleh ke bukak ruang dalam hati kau dan beri peluang kat aku?"

"Makcik.. Pakcik.. Keputusan saya muktamad. Tak ada apa lagi nak dibincangkan, Khairul."

Semena, si kecil mengamuk bersama tangisan. Adilah mengerling jam di dinding. "Maaf, ya. Boleh balik sekarang.."

Adilah mendapatkan si kecil dan mengendongnya ke dapur.

"Dilah.. Biar aku buatkan susunya.." Hakim menawarkan bantuan tetapi Adilah tidak mengendahkan.

"Dilah..." Khairul memanggil, meminta sedikit belas untuk meneruskan perbincangan.
Adilah tetap melangkah ke dapur.

"Abang.." Puan Zakiah menggamit perhatian anak tunggalnya. "Kenapa tak bincang dulu betul-betul sebelum bawak ibu dan ayah datang sini?"
Khairul mengemam bibir. Tak punya sebarang alasan untuk menyorok malunya.
"Kalau dia dah menolak, tak perlulah dikejar lagi.. Orang tak sudi  jangan dipaksa.. Ramai lagi pilihan kat luar sana.."

"Assalamualaikum.." Suara Puan Sakinah memberi salam. "Adilah.. Hakim.. Ada siapa yang datang ni?" Soalnya merujuk kepada kereta yang diparkir di luar rumah.
"Oh, Khairul..!" Puan Sakinah senang menerima kunjungan itu. Dia bersalaman dengan Puan Zakiah. "Ini ibu dan ayah ke?"

"Alhamdulillah... Mak cik ingatkan kamu berdua tak putus terus. Tak sangka kamu berbaik semula, ya.." Ujarnya sambil menyerahkan barang-barang yang dibeli kepada Hakim. "Dilah mana?"

"Dia tidurkan Syila."

"Oh.." Puan Sakinah mengangguk kemudian beralih memandang Khaitul dan keluarganya. "Jadi, datang nak bincangkan tarikh ya? Bertunang dulu atau terus je..?"

"Err..."

"Mak.." Hakim membisik sesuatu ke telinga ibunya. Riak wajah Puan Sakinah berubah.

"Hmm.. Mak cik tahu Adilah berdegil sikit sekarang ni.. Tapi mak cik yakin dia akan maafkan Khairul kalau Khairul pujuk dia elok-elok." Puan Sakinah menasihati di depan bakal besannya. "Tapi, Khairul tak ada banyak masa sebelum pinangan yang hari tu datang semula untuk dapatkan jawapan mereka..."

Tiba-tiba je ada part 6. Sebabnya kawan aku nakkan happy ending. So aku pun saje la nak buang masa untuk menulis. (Assignment tak sentuh lagi haha)
Aku suka kalau dapat feedback dari orang. Their suggestions give me more ideas for a story. But i rarely go with the suggestions. Most of the time i go against.
So, enjoy the story as it gets all worse. Jk 😉

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>