Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?

Pulang dari solat Maghrib di surau, Khairul melihat Adilah menunggunya di meja makan bersama purdah menutup wajah. Dia tersenyum sahaja.
"Ehem.." Hakim menyenggol lengannya. Pandangan mata Hakim mengusik Khairul. Yalah, siapa yang tak perasan aura merah jambu pengantin baru!

Selesai mencuci pinggan, Adilah terus masuk ke bilik dan mengunci Khairul di luar. Disuruhnya Khairul bersabar seketika.
Slot berita di TV begitu membosankan. Tiada berita yang menarik perhatian pun. Khairul asyik mengerling jam, menunggu dipanggil oleh isterinya.
Seketika, henfon miliknya berbunyi.
“Khairul, phone..!” Si isteri melaung.
“Tolonglah angkat kejap..” Dia berasa malas. Kebosanan telah membelenggu dirinya.
“Mana boleh..!” Adilah cemberut. “Aku.. sibuk gosok baju!”
“Gosok baju?” Khairul dan Hakim berpandangan.
“Untunglah keluar lagi esok..” Hakim memerli.
“Mana ada laa..” Khairul berkerut dahi. Ke mana pula menggosok baju?
“Cepatlah, Khairul..!” Adilah menggesa.
Khairul melangkah ke bilik. Entah siapa pula yang membuat panggilan malam-malam sebegini. Pintu bilik dibuka, tetapi dia tidak melihat Adilah mahupun henfonnya.
“Dilah..?”

Pintu bilik ditutup. Henfon berhenti berbunyi. Adilah keluar dari belakang pintu lantas berpusing menggayakan jubahnya.
“Cantik tak?” Soalnya sambil menayangkan leher yang dipakaikan rantai berloket bentuk hati tadi.
Khairul menganga.
“Shh..” Adilah cepat menegur. Bimbang Khairul menjerit sehingga seluruh rumah mendengar. Dia tersenyum lebar melihat Khairul kehilangan kata. “Lawa kan? Sini..” Adilah membawanya duduk di sudut bilik.
“Kau dah solat Isyak?”
Khairul mengerutkan dahi.  Serentak, azan berkumandang.
“Saje tanya. Aku pun belum..”

“Sekarang ni.. aku nak ajak kau buat tutorial.” Ujar Adilah sambil memilih-milih barang mekap di mejanya. Kemudian dia menunjukkan kamera yang dipasang di tepi meja. “Nampak tak kamera ni? We’re recording.”
Khairul ternganga.
“No, not for youtube. That’s out of question. Ini saja-saja je. Kita-kita..”
Khairul mengangguk.
“Tapi kalau kau nak, boleh je nak tayang time kenduri ke apa ke..? Ikutlah..” Adilah mengikat purdah pada wajahnya. “So, here’s the plan. Aku mekapkan kau, kau buatkan tudung aku. Okey?”
Khairul kelihatan melopong.
“Aku buat natural make up je. Kau pulak nanti aku tunjukkan tutorial youtube, kau pilihlah mana yang kau nak buatkan..” Adilah menyambung. “Tapi jangan rambang mata pulak ushar awek..”
“Eh, kau ni.. Tak percayakan aku ke?” Khairul berhenti melopong apabila diusik dengan tuduhan sebegitu.
“Tak!” Adilah tertawa. Khairul tahu dia sekadar bergurau.

“Ready? Pakai moisturizer dulu. Moisturizer ni..” Adilah menunjukkan barang kosmetik tersebut pada kamera. “Ini produk tempatan. Bahan utama dia pokok lidah buaya. Which part, most probably the leaves laa. Tak kan nak ambik akar pulak? Tak pernah dibuat orang rasanya..”  Kemudian dia meratakannya ke muka Khairul. “So, sambil kita tepek semua bahan kimia ni kat muka kau.. Apa kata kita main game heart to heart? Simple je, aku tanya soalan then kau jawab. Nanti kau buat tutorial kat aku, kau tanya pulak aku jawabla..”
Khairul mengangkat bahu. “Why not?”
“Okey, first off.  Aku jujur kau pun jujur eh..” Adilah berpesan sambil dia mengurut muka Khairul supaya menyerap pelembap dengan lebih berkesan. Khairul mengangguk.
“At first kan aku yang ajak kau couple kan? So macam mana pulak kau boleh sangkut kat aku? Like, masa bila kau start suka kat aku?”

“Ingat tak time kau ajak aku shopping dengan kau? Sekali dengan Hakim?” Khairul memulakan mukadimah jawapannya. Sepertinya jawpan itu akan berjela-jela sehingga dua muka surat pula.
“Haah. Time tu ke? I know it’s a good move.”  Tangan mencapai bedak asas. “Cakap pasal move, now we move on to foundation. Pixy! Pakai bedak je sebab tak reti nak bagi smooth effect kalau guna liquid.”
“Bukan..” Khairul tertawa kecil melihat ulah si isteri. “Masa tu kau ada beli sehelai baju ni. Warna pink, tapi pink lembut gitu..”
“Aah, baju raglan Osaka 9 kan?” Celah Adilah sambil tangannya sibuk menyapu bedak ke muka Khairul. Kedengaran dia memberi tutorial. “Kita dab-dab-dab..”
“Haah, ya kot.. Then kau padankan dengan shawl tebal yang ada corak pink tapi background dia putih gitu.. Start dari tu aku tak dapat anggap kau kawan lagi dah. Hehe.”
“Material betul...” Adilah buat muka. “Semata-mata sebab baju lawa? Kalau bukan baju?”
Bedak asas ditenyeh geram ke muka Khairul.
“Adoii..!” Khairul menarik tangan Adilah sehingga tubuhnya terdorong rapat ke depan.
Masing-masing jadi merah muka.
“Sikit lagi, ada yang tak kena bedak.” Adilah mengawal perasaan. “Lepas tu, apa yang kau suka kat aku?”
“Ini, rahsia.. tapi aku suka tengok bila kau senyum, pastu ada garis-garis macam kucing kat bawah mata kau..” Jawab Khairul.
 “Pandang atas. Pakai celak sikit.” Adilah menyorok hidung yang mulai kembang. “ Celak ni sunnah tau.. Tapi kalau keluar rumah, janganlah pakai tebal-tebal.. nanti tak jadi orang, jadi panda pulak!” Dia berkata sambil memandang kamera.
“Jap, kau memang nak full make up ke?” Khairul menyoal. Pelik dengan kerenah Adilah. Mungkinkah terkena gelombang doing make up with boyfriend/husband yang menular di media YouTube?
“Yelah, dah jangan kacau. Diam-diam jawab soalan..” Adilah menjawab kasar. Marah kerana Khairul seperti tidak mempercayai kata-katanya.
“Kau nak buat sama macam mata kau ke?”  Khairul belum berhenti menyoal.
“Eh, tak lah! Kan aku dah kata natural look. Make up gaya lelaki laa. Fikir lelaki korea tu muka flawless takde make up langsung ke?” Adilah merungut geram. “Dah, diam. Pandangan atas.”

“Next question.. Kalau kawan perempuan kau demam, memang kau akan check temperature dia ke? Memang kau ke yang akan demah dia?”
Khairul terdiam. Soalan ni tak lain tak bukan merujuk kepada sewaktu Adilah demam panas dua tahun lepas.
“Tak..” Khairul menggeleng namun Adilah memegang kepalanya.
“Diam, nanti tercucuk mata tu..!”
“Kau sorang je, Dilah. Sumpah aku tak pernah buat kat orang lain dan aku takkan buat.” Khairul berjanji.
“Yalah tu.. Kalau anak kau demam?” Adilah tak mahu memakan janji manis sebegitu.
“Soalan kau tadi cakap pasal kawan..” Khairul membalas.
“Okay, fine.. Aku kalah..”

“Kawan-kawan sekarang ni kita nak fill eyebrow. Sebab tadikan dah tertutup bedak enn.. So kita colourkan balik lah.. bagi nampak ada kening tu..” Adilah bercakap dengan kamera lagi. “Guna je pensel celak tadi and lightly, very lightly… Bagi nampak colour tapi jangan tebal macam Shin Chan.”

“Next question?” Tawa Khairul pecah lagi.
“Hmm..” Adilah memikirkan soalan. “Idea siapa suruh tipu pasal pinangan hari tu. Idea kau ke Hakim? Aku fikirkan aku kena kahwin dengan mamat stalker yang entah dari ceruk mana entah tu..”
“Kalau aku cakap, kau jangan tak percaya pulak..” Khairul masih menadah mukanya untuk diconteng. Matanya tak selesa bercelak.
“Cakap je lah..” Luah Adilah.
“Idea mak.” Ujar Khairul laju-laju kemudian menutup mulutnya.
“Mak aku?” Tangan Adilah terhenti. Dia ingin memastikan apa yang didengarnya.
Khairul mengangguk.

“Makk..!! Sampai hati!!!” Sengaja dia menjerit kuat.
“Apa dia..?” Puan Sakinah menyahut.
“Takde apa..” Terlupa pula yang mereka tak ingin diganggu.
Kedengaran tombol pintu dipulas. “Takde apa, mak. Esok je..”
Puan Sakinah menggeleng. Entah apa yang dibuat anak menantunya berdua itu. Sudahlah, pengantin baru  jangan diganggu.

“Tutup mata.” Adilah menyuruh.
 “A bit of eyeshadow. Eyeshadow ni kawan-kawan, jangan lah guna warna yang gelap sangat. Ingat ya, natural..” Adilah menunjukkan kepada kamera bagaimana dia menyapu eyeshadow yang hanya satu atau dua tona gelap sedikit berbanding warna kulit. “There, dekat hujung je.. cukuplah. Konon-konon cahaya tak kena lekuk.”
“Dah ke?” Soal Khairul. Lehernya terasa lenguh.
“Lama lagi, sayang..” Potong Adilah, spontan. Khairul tediam bahagia. “Nak contour dulu, bagi nampak bentuk sikit. Kalau tak orang kata apa.. Fla?. Menda ntah, aku pun tak faham. Tapi dalam tutorial omputih tu sebut macam tu la.” Bebelnya sambil melukis menggunakan contour stick pada muka Khairul.
“So, kau menyesal tak tinggalkan aku macam tu je dekat rumah Tok Aki?” Soalan diajukan lagi.
Khairul berjeda sebelum mengangguk lemah.
“Kau tau tak…” Adilah ketawa kecil, menghalau rasa hati. “Tok Aki marah betul kau lari macam tu je.. Dia ingatkan kau nak terus melamar kalau kita dah settlekan masalah kita time tu.”
“Tu lah.. Sayangnya, dia dah takde..”
Adilah meneguk liur. Jadi dia memang nak melamar aku ke time tu? Adilah bersyukur di dalam hati.
“Agak-agak kita kahwin ni, berkat doa dia kot..”
“Mungkin.” Balas Khairul sepatah. “Kau rapat dengan Tok Aki ke?” Dia menyambung dengan soalan. Sekadar penasaran.
“Tak sangat.” Balas Adilah sambil tangannya meratakan mekap dengan sponge khas. “ Aku lebih rapat dengan Tok Wan la.. Tapi Tok Wan tu semua benda dia cerita kat Tok Aki..  Nama pun laki bini.”

“Jadi bila kau nak ceritakan semuanya kat suami kau?” Soalan hangat itu meluncur spontan di bibir Khairul.

“Kau nak tahu apa? Kau tanya, nanti aku bagitau la..” Sedikit tersentak dengan soalan itu, tangan Adilah masih meratakan mekap di muka Khairul. “Tapi nantilah kau tanya. Sekarang ni masih turn aku bertanya. Lain kali, kalau nak tanya terus je tanya on the spot. Tak payah nak simpan-simpan sangat lah..”

“Hm.. Cepat lah siapkan ni..”
“Amboi tak sabar ya nak tanya aku..”
“Apa yang membuatkan kau datang balik cari aku..? Setelah dua tahun kita menyepi..?” Adilah menyambung permainan soalannya.
“Sebab aku ada satu sense dalam diri aku ni yang kata this is my chance. Shes the only one, go for it.”
Adilah terdiam.
“Kau serius ke nak cakap macam tu depan semua orang?”
“Eh, betul-betul nak tayang time kenduri ke?” Khairul sedikit kalut mendengar solan itu.
“Tengok lah, kalau videonya cantik.. Apa salahnya..” Balas Adilah selamba. “Kalau kau malu, kita boleh cut je.. Bukan susah pun nak edit.”
“Biarlah, kenapa nak malu.”
“Okey..” Tapi aku malu! Desis hati Adilah.
“Kau malu ke?” Khairul meneka.
Adilah mengemam bibir. “Shh.. Sekarang nak sapu lipstick pulak.”
“Perlu ke?” Lelaki itu sudah betul-betul lenguh.
“Lipstik ni ikut warna darah. Aku sapu nipis je..”

“Pergh.. Hahahaha! Merah gilaa!” Terkejut mereka melihat hasilnya di dalam cermin.

“Hakim! Oh, Hakim!!” Adilah mencapai henfonnya. Sepotong gambar di ambil, kemudian di tunjukkan kepada adiknya yang datang berdiri di luar pintu. “Cuba tengok.” Bibir menahan tawa.
“Korang buat apa? Kenapa dengan matakau?” Hakim memberi komen tentang mekap yang mewarnai mata kakaknya sebelum pandangannya jatuh ke skrin henfon. “Eh, siapa ni?”
Puan Sakinah datang menyibuk. Ingin tahu juga apa yang dilakukan anaknya yang seorang itu.
“Abang kau ni laa!” Adilah masih tertawa di balik purdah. “Okey, bye.” Dia mengunci pintu semula.

“Kau ni tak adil la, Dilah!” Khairul masih berusaha memudar merah di bibir dengan tisu basah. “Muka aku semua orang nampak.. Muka kau?”
“Kau nak orang tengok muka aku ke? Kan video ni nak tayang nanti?”
“Tak payah tayang kat orang lah..!”
“Okey, okey.. Apa je lah.”  Adilah menarik kain tudung di atas katil. “Sekarang turn kau pulak. Nak bawal ke shawl? Bawal lagi senang tapi lagi sekejap la masa dia. Lagi sekejap, lagi sikit lah soalan kau boleh tanya.”
“Hai kawan-kawan. Sekarang kitorang nak buat shawl gaya Eliza Elmy.” Adilah menetapkan kamera sambil menggayakan tudung beserta purdah. “Ini kita dah pin kat belakang, sebelah panjang sebelah pendek ya..”
“Susah la wey, aku tak ingat.” Khairul merungut.
“Buat sambil tengok. Meh, aku tolong..” Henfon beralih tangan.

“Mula soalan dulu.” Ujar Adilah sementara Khairul masih memikirkan apa yang patut dia lakukan.
“Soalan?” Kain yang panjang diletak ke atas kepala isterinya.
“Ye lah, soalan.” Adilah tertawa. Lekas dia turunkan kain itu dan dibawa ke tempat yang sepatutnya.

“Ah, pening!” Khairul bermain-main dengan kain yang berjurai itu. Masih berfikir apakah langkah yang seterusnya. Dia berasa geram. “Okey.. First sekali, kenapa kita kena buat macam ni malam ni? Aku tak faham apa motif kau..”
“Motif?” Adilah tertawa. “Saja-saja nak main mekap dengan kau. Mana lah tahu satu hari nanti kita accident, aku lupa ingatan, kau pulak muka rosak. Nauzubillah.” Adilah berbasa-basi. “ Time tu kau dah tahu apa patut buat kan..? Lagipun kata orang putih, bonding..”
“Macam-macamlah kau ni..” Khairul menggeleng.
“Betullah..” Adilah membela diri. “Hati-hati sikit, terbukak pulak ikatan purdah ni nanti.”
“Okey, soalan kedua. Kenapa kau tiba-tiba pakai purdah?” Khairul cuba menyemat kain shawl dengan jarum peniti.
“Bukanlah tiba-tiba pun.. Adoi!” Jarum terkena kulit. “Hati-hati sikit, tarik kain tu.. bagi jarum kena kain je..” Dia mengajar. “Balik dari rumah Tok Aki, aku join usrah. Tengok ramai juga kat kolej kita yang berpurdah. Seronok tengok diorang, aku pun ikut seklai pakai purdah.” Adilah membantu memperkemas lilitan shawlnya.
“Sebab seronok?”
“Yeah.. dan rasa lebih dekat dengan Ilahi, lebih dekat dengan diri sendiri.” Sambungnya. “Dan purdah ni yang beri kekuatan untuk berhenti contact kau terus. Walaupun tak lah kuat sangat…” Adilah menggumam di hujung ayat. Namun, Khairul masih dapat menangkap apa yang diperkatakannya.
“So, dua tahun tanpa aku.. Kau okey je?”
“Tipu say, tipu sangat kalau aku kata aku okey je. Setiap hari aku rindukan kau.” Jawapan Adilah membuatkan Khairul terhenti. “Tu Rilakkuma tu. Aku anggap kau tau, buat teman aku dua tahun ni..”
“Hei, jangan lah jatuhkan jarum tu! Bahaya!!”

Saat Adilah mengutip jarum, dia terlanggar kamera sehingga kamera kecil itu terjatuh.

“Aww..!”

Di skrin tertera, ayat-ayat maaf. Para tetamu rancak berbual sesama sendiri.
"Kamera terganggu setelah jatuh, maka kami hanya akan tunjukkan hasilnya selepas itu."


Khairul memandang isterinya di sisi. Adilah senyum senang mengingati semuanya sudah selesai di malam itu. Tiada lagi soalan, tiada lagi masalah tentang dua tahun yang menyeksakan itu.


“Kau menangis setiap hari, berkurung dalam bilik ni sebab rindukan aku?” Khairul serba tak percaya.
“Mesti Hakim yang beritahu kau kan?”
Khairul kaku. Dia terkejut besar mendengar pengakuan Adilah. Adilah mengeluh berat, jarum diletakkan ke dalam bekasnya.
“Sebab tu aku dah kata, jangan sebut lagi tentang dua tahun tu.. Malam ni, last kita borak pasal ni okey?”
“Apa yang ada kat aku yang kau suka sangat sampaikan..?”
“Semuanya.” Pandangan Adilah meredup. “Daripada sikap selamba tapi sopan yang kau tunjukkan kau semua orang baik sesama kawan atau dengan cikgu-cikgu, lecturer.. sampailah kepada karisma yang wujud bila kau kata kau bercita-cita nak jadi daie.”
“Jadi kenapa kau tiba-tiba cut off semua contact antara kita?”
“Ingat tak, waktu aku ajak kau couple aku cakap apa? Aku kata kita tak perlu buat amcam yang couple lain buat. Kita couple syarie.” Air mata mulai mengalir ke pipi Adilah. “Tapi lepas tu apa yang aku buat? Aku ajak kau dating, biarpun bertemankan mahram. Tapi shopping barang perempuan, adik aku sendiri tak patut ada kat situ.. sepatutnya aku ajak kawan-kawan perempuan! Dan lepas tu, masa aku demam.. Kau demah dahi aku, kau mesej aku tanya dah okey ke belum..” Air mata laju semakin deras menrosakkan celaknya. “Aku tahu kau tak salah 100%. Itu force of nature. Aku tahu kau dah mula sayang kat aku sebab tu kau jadi macam tu… Tapi yang salahnya, aku biarkan saja dan kau pulak tak sedar pun apa yang kau buat tu.. Sedangkan semua tu salah. Masa tu kita belum halal.. Ingat tak?”
Khairul menarik  Adilah ke dalam pelukan.
“Im sorry.. sorry..” Itu sahaja yang boleh dilakukannya. Mendengar teguran itu dari mulut Adilah, terasa terlalu berat untuk dia menyesali perbuatan lalu. “Im here now, arent I? Perkara yang lepas takkan terjadi lagi.. I promise.”

“Macam mana kau boleh begitu pasti sedangkan takdir itu milik Allah?”

“Kita sama-sama berdoa. Dan berusaha untuk tingkat iman dan ilmu. Supaya diri kita lebih terjaga dan menjaga.” Bahu isterinya dielus lembut, cuba memujuk dan menghentikan tangisan. “Doa senjata mukmin, kan?”

“Dan anak-anak kita?” Adilah melepas pelukan. Dia bimbang kerana bagaimana ibu bapa di waktu dahulu, begitulah anak-anak bahkan mungkin lebih teruk lagi. Begitulah Allah menguji hamba-hambanya.

“Kita akan doakan mereka. Dan kita ajarkan mereka. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai-Nya.” Khairul memberi penyelesaian. Sambil dia menyeka air mata dari pipi Adilah.

“Dan bukan tergolong dalam golongan yang dimurkai-Nya.” Adilah menyambung bait-bait dari Surah Al-Fatihah. Kemudian dia mencapai tisu dan menghembus hingus yang mengalir.

MasyaAllah! Khairul senyum sahaja.

“Jomlah selfie.” Adilah sudah mampu tersenyum. Henfonnya dia capai. Khairul menariknya duduk di riba. Mujur merah di mukanya dilindung kain purdah.


"Boleh tak janji dengan aku satu perkara?"
"Apa dia?"
"Walaupun cinta kita syarie.. It doesn't mean it should be boring and liveless."
Mata Khairul terkelip-kelip..
"Always cari cara untuk buat kerja gila macam ni. Tak kisah lah nak ajak main trampolin ke? Karok tak hingat ke? Parody ke? Asalkan tetap terkawal oleh syarie, kita have fun together okay?"
"Macam mana nak buat macam tu? I mean, buat kerja gila.. Syarie tak mungkin boleh jadi gila.." Khairul berkerut dahi.
"Simple.. di luar kita banyakkan berdiam. Kerana mulut itu yang banyak mengundang dosa. Di luar, kita sahabat. Kita sama-sama menjaga aurat dan adab, kerana itu perkara pertama yang masyarakat akan nilai.
Di rumah, kita sahabat baik. Semuanya dikongsi bersama. Makan pakai, tengok drama ketawa tak ingat. Main game kat phone satu sama lain.. Fashion show.. Apa lagi? Buat kubu kusyen macam budak kecik? Lepas saja.." Kening terangkat sambil mengusul cadangan.
Khairul mengangguk setuju.

Dan night-in mereka (as opposed to night-out) berakhir dengan membersihkan mekap antara satu sama lain dan solat Isyak berjemaah berdua.

"Selfie one two three..!"

maaf kalau panjang berjela tetapi tak cukup naratif. this episod sangat lovely kalau otak korang boleh imagin sebiji macam lakonan. stay cool~~ ;p
images credit to wayne goss & nughsha  . dont search on their youtube channel , practice anonimity .
(cool benda, assignment tak sentuh lagi padahal esok balik kolej!! asdfghjkl)

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous