Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?

Sejak pertemuan itu, Khairul tidak lagi bertemu dengan Adilah. Bahkan batang hidungnya juga tidak kelihatan di mana-mana. Mungkin, Adilah sudah berpindah dan meneruskan pengajian di universiti lain.

"Abang.. Tentang girlfriend abang hari tu, apa cerita? Kata nak pergi meminang dia, bila??" Soal Puan Zakiah kepada anak tunggalnya itu.
"Kami dah putus, ibu."
"Putus?!" Puan Zakiah terkejut mendengarnya. "Tapi dia lah satu-satunya perempuan yang abang pernah sebutkan.. Kenapa pula hubungan kamu berdua tak menjadi? Dia ada pilihan lain..?" Puan Zakiah sekadar menduga.
"Entahlah, ibu.." Khairul enggan membincang perihal ini lagi.

Puan Zakiah menepuk bahu anaknya.
"Biarpun hubungan pertama ni tak menjadi, jangan anggap semua hubungan akan berakhir dengan cara yang sama saja.. Abang kena kuatkan hati, ibu tahu abang kecewa. Tapi jadikan lah kekecewaan ni sebagai wadah untuk me cari lebih kekuatan."

Khairul diam sahaja. Nasihat ibunya dianggap seperti angin lalu.

Dua tahun kemudian.

Tepukan gemuruh memeriahkan suasana. Parti yang diadakan untuk menyambut graduasi menjadi acara terakhir mereka sebelum mengucapkan perpisahan.
Mata Khairul tertancap di suatu sudut meja. Perempuan berpurdah itu menjadi tumpuannya. Mengapa sepanjang dua tahun ini dia tidak mengenali perempuan ini?

Adilah dicuit rakan di sebelahnya.
"Dilah, dia asyik pandang kau je.."
"Siapa?"
"Tu.. Budak course sebelah. Eh, seingat aku dia dulu kawan sekolah kau kan, Dilah?"
Adilah mengerling.
"Biarkan aje dia."

"Hoi, sampai tak berkelip mata. Pandang siapa?"
Khairul disenggol rakan sebelah.
"Takde siapa.." Dia menggeleng.
"Yang pakai purdah tu, ex-girlfriend kau kan? Apa jadi dekat korang eh? Dulu bukan main rapat, selalu study sama-sama.. Pastu tiba-tiba je diam." Rakan di sebelah lainnya mencelah.
"Eh? Bila kau mention baru aku teringat.. Time tu kan..? Time Khai tiba-tiba jadi diam.. moody.. Rasanya time tu jugak lah dia tu pakai purdah? Siapa nama dia... Adilah?" Balas rakan yang tadi.
"Kau kenal dia?"
"Sama lecture dengan Dr Nafisah dulu.."
Mereka mengangguk-angguk. Khairul sedikit sebal kerana tidak mengecam kekasih hatinya itu sehinggalah namanya disebutkan di pentas ketika graduasi tadi. Sedikitpun dia tidak menyangka Adilah berubah sebegitu.
"So, korang berdua apa cerita?"
Khairul diam sahaja. Seketika, dia berganjak dari meja makan. Mengelak daripada disoal lebih lanjut.

.
.
.

"Adilah.. Im very sorry about last time. The last two years... Im sorry, but I couldn't take you off my mind.."
Adilah sekadar melepas pandang. Riak mukanya di balik purdah tak dapat diteka oleh Khairul.
"Adilah, aku masih tak dapat lupakan kau.. Boleh tak kita start over? Atau aku boleh terus bawa parents aku ke sini?"

"Khairul.." Adilah mengangkat muka, memandang Khairul. "Sepanjang dua tahun ni.. betul ke kau langsung tak dapat lupakan aku? memang sungguh ke kau tak dapat buang aku daripada fikiran kau?"
Khairul meneguk liur. Madah bicara memakan diri. Dia berfikir kembali tentang perkataan yang digunakannya tadi.
"Lepas kau keluar dari rumah Tok Aki waktu tu.. Aku tunggu kau, kau tahu tak? Aku tunggu berbulan-bulan.. Kau pergi dengan hanya meninggalkan sepotong kata maaf.. Aku tak tahu sama ada kau masih sukakan aku atau tak.." Suara Adilah bergetar.
"Aku tunggu.. Mungkin kau tetap berdegil dan hantar juga rombongan meminang aku ke rumah ni.. Mungkin kau akan jumpa aku dan kata its not over yet.. Mungkin kau akan mesej aku, kata yang kau akan tunggu aku.." Pandangan Adilah meredup.
"Tapi tak ada. Tak ada satu pun hint daripada kau yang kau masih nak kan aku.."

"Tapi, Adilah.. Kau pun buat aku menunggu juga! Kau yang kata dulu kau sayangkan aku.. Dan kau jugak yang tiba-tiba menghilang, bukan aku tak cuba pujuk.."

"Jadi bila kita kahwin nanti, kalau aku merajuk kata aku dah tak sukakan kau.. Dah tak tahan dengan kau.. Kau cuma akan datang rumah mak aku sekali je untuk pujuk aku dan kalau aku tetap berdegil kau akan mengalah jugak? Tunggu sampai semuanya dah terlambat macam ni?"
Khairul terdiam. Dia kehilangan hujah untuk membela diri.
"Aku ni perempuan, Khairul.. Kalaupun aku ni perigi cari timba, takkanlah aku nak tebalkan muka aku ni terhegeh-hegeh dekat orang yang tak tunjuk minat dekat aku? Sedangkan kau tak sedikitpun ingat aku, kecuali atas usaha aku sendiri untuk memaksa kau ingat aku..?"
Air matanya tumpah.
"Cukuplah aku menunggu kau berbulan-bulan lamanya. You, not giving me any calls nor messages, proves that you dont love me enough. Kau cuma selesa dengan aku, sebab aku buat kau selesa. But its not true love.."

"Adilah.." Khairul memujuk.

"Enough is enough, Khairul.. Aku dah lupakan kau, aku dah lupakan kita."

Begitu tekad sekali Adilah membuat keputusan.

asdfghjkl
their last conversations with each other keeps on dragging until aku tak tahu dah nak stop kat mana so i just cut ikut scroll count. (selalunya aku buat 4kali skrol down setiap entry.)
sumpah, ending cerita ni sangat sukar untuk aku gambarkan, untuk aku imagine. serves me right sebab guna nama sebenar yang mana kisah ni belum habis lagi irl.. aku tak sanggup nak bayangkan ending cerita ni macam mana.
if theyre with someone else, ill feel sad. if theyre together it feels too much, ill be over the moon. so ending dia sedikit sebanyak tiru balik ending untuk AdiffAdyra. gantung saja, terserah pembaca nak buat ending apa lagi..
cukuplah segala kebaikan yang aku bayangkan dari dia untuk aku. tiba masanya takdir akan membongkar whatever it holds for a person.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous