Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu

Malam itu, Bella ke restoran yang telah dipilih oleh Shahira untuk tasting sampel makanan yang akan menjadi menu ketika event nanti. Shahira mungkir janji. Katanya dia akan datang bersama Shahrizal, tetapi yang muncul hanya Shahrizal seorang. Mujur dia percayakan nalurinya (instinct) untuk mengajak Nelle menemaninya sebagai rakan sekerja. Lagipula, Nelle lebih arif dalam hal-hal memilih makanan sebagai menu majlis. Shahrizal pula buat muka cemberut, seperti tidak suka dengan kehadiran Nelle.
Bella pusing kepala. Dia hairan dengan maksud Shahira. Perempuan manakah yang akan membiarkan suaminya berdua-duaan dengan perempuan lain? Eh, tapi kata Shahira hubungan mereka bukan seperti itu. Jadi apa hubungan mereka berdua sehingga begitu mesra sekali? Bella buntu.
Lebih buntu lagi apabila Shahrizal diam membisu tanpa memberi komen apa-apa tentang sampel makanan yang terhidang di meja.

“So, menu yang mana yang paling menarik perhatian encik untuk event tu?” Soal Nelle, cuba mewujudkan suasana.
“Saya serahkan kepada Cik Bella. Saya yakin pilihan Cik Bella takkan salah.” Balas Shahrizal selamba.
“Tapi kami perlukan pandangan pelanggan untuk tempahan yang baik.” Nelle menyanggah kata-kata itu.
“Pandangan saya sama dengan Cik Bella.” Balas Shahrizal lagi.
Bella tarik muka. Dia tak tahu bagaimana untuk memilih sedangkan dia tidak mahir dengan hidangan bertaraf lima bintang seperti itu.
“Saya cadangkan menu D ni. Appetizer dia tak terlalu …’ Nelle tidak sempat menghabiskan ayatnya ketika Shahrizal mencelah.
“Saya nak pandangan Cik Bella.” Tegas Shahrizal. Nelle memandang Bella. Bella jadi kalut.
“Saya rasa..” Hidangan di atas meja dipandang penuh rasa*** “Saya tak reti makan makanan seafood yang macam ni…”
“Encik Shahrizal, ini bukan tentang Bella. Ini tentang event encik. Tetamu encik, taste encik..” Nelle memprovok Shahrizal untuk memberi kerjasama.
“Taste tetamu saya sama dengan Cik Bella.” Shahrizal enggan mengalah.
Bella berasa tak selesa apabila Shahrizal memandangnya dengan begitu tekun.
“Look, Shah.” Nelle tidak betah melayan sikap Shahrizal. Dia kasihankan Bella yang stres dengan projek event ini. “Set the project aside. Stop teasing Bella. Yes, we wronged you. But its all in the past, right? Kau tak boleh sesuka hati layan Bella macam ni. This is an assault.”
Shahrizal tidak menunjukkan sebarang riak.
“Kalau kau berdendam, selesaikan di luar hal kerja. And plus, kau dah ada sekretari kau yang cantik tu. Aku tahu hubungan au dengan dia bukan sekadar sekretari. Be faithful, and stop this at once!”
Shahrizal mengangkat kening sebelah.
“I suppose, we continue this at another meeting.” Shahrizal bangkit meninggalkan kerusinya. “Ill see you next time, Cik Bella.”
“Kau dah banyak berubah, Shah.” Nelle mengkritik sikap Shahrizal itu.

“Dia dah melampau! Dia tak boleh buat kau macam ni..! Dia merosakkan prestasi kerja kau, Bella!” Nelle marah-marah sambil dia memandu untuk menghantar Bella pulang. “Bella, kau speak up lah.. Takkan kau nak biar je Shah buat kau macam ni? Kalau kau complain dengan Encik Syahmi, mesti dia faham punya. Dia pun tak nak kehilangan pekerja sebagus kau, Bella.”
Bella diam seribu bahasa.
“Bella?”
“Aku..” Bella teringatkan senyuman manis Shahira saat dia membelek bunga kekwa di kedai Nisah. “Aku nak tolong Shahira.”
“Huh?!”
“Kau tak faham, Nelle. Aku pun tak faham jugak. Tapi ada something dekat sekretari Shah tu yang buatkan aku bersemangat nak handle event ni.”
“Kau nak buat ni untuk budak tu? Mana budak tu time dia sepatutnya tasting sekali dengan kau? Yang kau nak ikutkan sangat budak tu kenapa?”
Bella terdiam. Dia sendiri tak pasti.

Day 3
“Aku bawak kau datang sini sebab aku stres, itu je. Dan jugak disebabkan aku dah guna nama kau untuk lari daripada semua kerja aku.”
“Wehh..!” Bella teruja melihat Eye on Malaysia jauh daripada tempat parkir Taman Titiwangsa. “Seriuslah kau nak bawak aku pergi main kat sini?”
“Yes, aku bayar semua. Yang ni, aku boleh belanja. Tapi bukan semua baju, alat mekap yang kau dok melaram tu.” Balas Shahrizal selamba. Dia memakai topinya dan membuka pintu kereta. “Cepatlah, aku malas nak tunggu lama-lama.”

Aaaaaaaaahhhhhhhhh…….!!
Shahrizal menahan senyum.
“Fuh, splurtz!!” Luah Bella, melepaskan adrenalina yang memuncak.
“Splurtz? What the heck are you splurting out?” Shahrizal mengerut dahi mendengar jeritan itu.
“Nothing. Just an exclaimation.” Balas Bella, masih dalam keadaan teruja. “Apasal kau tak naik sekali? Best laa.. Ke kau takut?”
Shahrizal menggeleng sinis. “Aku tak perlu semua benda ni. Tengok orang happy je, dah cukup untuk buat aku happy. Kalau aku naik, aku lupa dunia. Aku lupa segala planning, proposal semua.”
“Kau try la sekali..” Bella memeluk lengan lelaki itu. Shahrizal menjeling.

“Oops, my bad.” Bella menarik tangan Shahrizal dan membawanya ke carousel. “This one, slow je.. Tak perlu risau.”
“So girlish..” Shahrizal mengkritik. “Ill pass.”

“The giant cup.”
Shahrizal menutup matanya saat duduk di dalam permainan cawan gergasi itu. Badannya digoyang-goyangkan.
Bella tersenyum sendiri. Sekurang-kurangnya, Shahrizal mula menyertai dia bermain bersama. Tidaklah terasa seperti dia sendiri di taman tema ini.

“Ferris wheel.”
Mata Bella tertumpu ke bawah. Dia asyik meneliti pemandangan dari Eye on Malaysia itu. Lagaknya seperti kanak-kanak kecil yang bermain bersama ibu bapanya.
Shahrizal tersengih. Perempuan, selamanya kanak-kanak. Tak matang!
Pusingan terhenti. Bella jadi resah. “Memang ferris wheel ni jenis berhenti macam ni ke, atau ada problem ni?”
“Para pelanggan yang dikasihi, kita mengalami sedikit gangguan pada waktu ini. Bawa bertenang, kami akan uruskan seketika. Segala masalah, amatlah dikesali.”
Mereka berpandangan mendengar pengumuman itu.
“Heh,” Shahrizal menyengih. “Kau cakap kau nak ajar aku dating kan? Macam mana date hari ni? Lima bintang?”
Bella merenung terus ke dalam anak mata itu. Sekalipun Bella tidak menyangka, pelajar contoh yang digelar nerd ini mempunyai personaliti yang disimpan untuk dunia luar. Bukan untuk ditunjukkan kepada pelajar universiti yang bersikap tidak matang. Di sekejapan itu, karisma dan pesona lelaki terserlah di wajah lelaki itu.

Henfon berbunyi.

“Ya?”
“Kan Shah dah kata, Shah postpone dua hari lagi.”
“Shah dah bagitahu!”

Lelaki itu marah-marah sendiri kepada pemanggil. Kata-katanya berlapis dan ditahan suaranya perlahan sehingga Bella tidak memahami apa yang dibincangkannya dengan si pemanggil. Seketika kemudian, ferris whhel kebali berputar dan mereka sampai ke bawah semula.
“Sebab tu lah Shah kata..!” Shahrizal membawa dirinya ke arah bertentangan dengan tempat keluar.
Bella memegang pipinya. “Apa yang aku fikirkan ni?”

“Bella..! Jom balik!!” Shahrizal melaung dari kejauhan. Bella menurut.
~~~

Bella tersenyum panjang. Dia bangkit dari tidurnya. Tak menyangka kenangan lalu akan muncul menemani tidurnya. Dia meraup muka.
“Hei, Bella. Itu semua cerita dulu. Kau dah berubah, dia pun sama.”

“Nabilah? Cakap apa tu sorang-sorang? Mimpi?” Tegur Nisah.
Bella berpaling. Dia menghulur senyuman lebar.

Aku harap korang enjoy scene kat theme park tu. Aku masih berfikir lagi ttg dua orang ni.. Sekarang tgh nak siap kan episode 6.
Tapi tak dapat nak fikir dgn jelas.
Ade dua assignment kena submit 4 hb ni, and im feeling so overwhelmed. If , just if , korang dapat dengar segala kekecohan yg ada dalam diri aku.
And guess kaki siapa termasuk bawah tayar kereta  petang tadi. Erkk

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous