Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu

“Jadi, saya dah sediakan padanan warna untuk decoration malam tu nanti. Cik Shahira boleh pilih daripada gambar-gambar ni.” Tenang Bella mempersembah (present) bahan yang dicarinya sampai bersengkang mata untuk memahami konsep goth-loli. Dia bersyukur kerana Shahrizal tak dapat menghadiri meeting kali ini dan hanya diwakili oleh Shahira.

“Wah… lawanya!!” Shahira rambang mata melihat gambar contoh yang terdiri daripada gambar fesyen cosplayer harajuku. Satu persatu dibeleknya dengan teliti.
“Kalau emcee pakai baju ni boleh kan? Like, kita cari dress yang sopan tapi ikut warna gothic dan padankan dengan tudung yang sesuai.”

Bella memandang perempuan di hadapannya dari atas hingga ke bawah. Memang Shahira nampak jauh lebih muda daripada dia dan Shahrizal. Mungkin lima hingga tujuh tahun lebih muda. Bella tak menyangka wujud perempuan bertudung litup yang meminati fesyen seperti ini.
‘Peliklah taste bini si Shah ni..’



“Kak Bella, Ira dah lama teringin nak pakai macam ni. Tapi kalau bukan Ira yang pakai, tengok orang pakai pun dah puas dah. Kalau event ni jadi ikut tema ni, besar kemungkinan impian Ira untuk pakai baju goth-loli boleh tercapai. Thanks, akak.”
Bella terkedu apabila kliennya itu tiba-tiba sahaja berubah nada percakapan mesra dengannya. Padahal sebelum ini dia begitu kasar dan tegas dalam mesyuarat bersama Shahrizal. Adakah ini semua hanya lakonan?
“Ira puas hati dengan pilihan akak ni. So, Ira serahkan semua decision pada akak. Asalkan tema ni digunakan, Ira setuju semuanya.”
Bella tak menyangka. Urusannya bukan sekadar dipermudah bahkan ini kali pertama dia diberikan sepenuh kepercayaan untuk memutuskan semua hal berkaitan majlis.

“Decoration untuk meja kan.. How about kita letak decoration bunga di setiap meja makan? Or at least di meja VIP? I think chrysanthemums would fit the theme.” Ira mengusulkan cadangan baru.

“Chrysanthemum?” Bunga kekwa untuk hiasan? Hm, cantik. “Okey. Bagus juga cadangan tu.” Bella mengangguk-angguk sendiri. “Kebetulan, saya ada kenal dengan satu florist ni. Jadi gubahan macam mana yang Cik Shahira nak?”
“Gubahan? Hm, Ira tak reti pasal gubahan ni semua.”
“Jadi, saya cuba sediakan contoh lah nanti. Atau cik nak pergi survey ke kedai tu dan tengok sendiri?”
“Eh, boleh ke?”
“Why not? Kalau cik ada masa.. Saya akan cuba buat appointment hari yang sesuai. Kedai tu tak jauh pun daripada office ni.”
“Hmm, kena confirmkan dengan Abang Shah dulu.”
“Then, later cik confirmkan dengan saya lah.”



Hari minggu itu, Bella membawa Shahira dan Shahrizal ke kedai bunga Nisah. Biarpun dia hanya berjanji dengan Shahira, namun dia sudah mengagak Shahrizal akan ikut serta. Pun begitu, dia masih tidak bersedia untuk menerima usikan daripada lelaki ini lagi. Dikerling dari ekor mata, lelaki itu tetap membawa aura nakalnya seperti playboy. Lebih-lebih lagi dengan memakai t-shirt polos dan kaca mata hitam.
Memasuki kedai bunga itu, mata Shahira tampak bercahaya. Dan seperti kanak-kanak kecil, Shahira membelek setiap bunga yang ada satu persatu. Kelihatan Shahrizal mengusik pembantu peribadinya itu dengan menyelitkan sebatang bunga di kepalanya. Shahira mengelak. Bahu Shahrizal ditamparnya sambil dia marah-marah manja.
Nisah menghampiri menyambut kedatangan mereka. Kemudian mereka mula berbincang tentang tempahan dan gubahan.

Sejak awal lagi, Bella tak dapat menumpukan perhatian. Dia cuba berpura-pura memfokuskan pandangan ke arah katalog bunga yang ditunjukkan Nisah. Namun fikirannya melayang kepada adegan manja dua sejoli ini tadi. Teringat layanan  dingin lelaki itu kepadanya suatu ketika dulu.

Day 2
Library date? Nerd gila, mamat ni! Like, seriously dia bawak aku masuk library ni untuk dating?
Bella memandang Shah yang duduk fokus membaca buku rujukan di hadapannya. Bella geram. Dia ingin mengusik Shah.
Shah melarikan kakinya rapat ke kerusi. Terasa geli apabila Bella melalukan hujung kakinya di betis Shah. Darah menyerbu muka, Bella meneka dia tak pernah menyangka seorang wanita akan memperlakukannya sebegitu.
“Aku dengar kau fail subjek Statistics eh, sem lepas?” Shah bersuara tiba-tiba. Bella jadi malu, pandai lelaki ni mencari kelemahannya. “Nah, ni buku rujukan terbaik untuk subjek Statistics. Mana yang kau tak faham, aku ajarkan.” 
Bella terkedu. Dia memang dah niat dari awal nak mengajar aku Statistics ke yang dia bawak aku ke sini?
“Aku tak faham semua.” Bella buat perangai.
“Serius la..”
“Tak serius, tapi aku dah tak ingat. Aku nak kau ajar aku semua.”
“Hmm, patut lah kau kena ulang subjek ni..”
Shah mengeluarkan buku notanya. Penuh dengan formula dan ringkasan untuk memahami subjek Statistics. Hanya sesekali mereka merujuk kepada buju rujukan yang ada di perpustakaan, selebihnya mereka banyak berbincang menggunakan buku nota Shahrizal sahaja.

“Eh, baguslah nota kau ni. Aku nak pinjam boleh tak? Nak photostat mana yang patut.” Pinta Bella sebaik habis penerangan Shahrizal.
“Tapi aku nak guna nota ni esok.” Balas Shahrizal, ralat untuk meminjamkan buku nota itu. “Nanti aku photostat kan untuk kau lah.”
“Serius? Tak payah bayar kan?” Shahrizal mengikut sahaja. Apalah sangat lima page kertas yang akan digunaka untuk membuat salinan notanya ini. “Thanks, Shah!” 
Bella memeluknya. Shahrizal jadi tak selesa.
“Bella, berdosa lah macam ni!” Shahrizal menolak tubuh Bella. “Jangan sentuh sesuka hati la.. Malu sikit, kita ni muslim. Open-minded ke, liberal ke, apa ke.. Kita masih ada syariat yang jelas perlu dipatuhi. Ingat tu!”
Bella terdiam mendengar teguran Shahrizal. Pelik betul dia ni, commonlah zaman sekarang ni nak rapat macam ni.. dia ni lahir zaman Tok Janggut ke apa?

“Esok aku sibuk. Jadi kita tak boleh jumpa.”
~~~

Bella meraup wajah. Mengingati betapa buruk perangainya sewaktu di zaman kolej, dia beristighfar panjang. Wajah Nisah di sisi yang sedang ralit menerangkan tentang bunga-bungaannya kepada Shahira dikerling. Dia bersyukur dipertemukan dengan rakan sebaik Nisah saat hidupnya jadi terumbang-ambing, hanya kerana lelaki.
Tanpa dia sedari, Shahrizal mencuri pandang wajahnya.

waktu kecik2 dulu ada baca satu manga ni pasal sorang lolita jumpa dengan sorang yankee. best jer cerita tu.. try baca, kalau tak silap tajuknya kamikaze girls. ps; dua2 orang tu perempuan, diorang berkawan
pics from google image.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous