Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
7 Hari Bersamamu

“Jadi, awak nak buat plan macam tu? Kenapa mesti macam tu? Terangkan, saya tak faham.”
Bella naik jemu untuk mengulang penerangannya. Dari awal perbincangan lagi dia sudah menyatakan dengan jelas bahawa rancangan Shahrizal tidak sepadan dengan bajet yang mereka peruntukkan.
“Abang.. dia kata kita tak cukup duit untuk buat se-grand yang abang cakapkan tu. Abang ni jangan degil sangat boleh tak? Buang masa la…” Lantang Shahira menegur majikannya.
Bella masih menduga hubungan dua orang ini. Banyak kali sekretarinya meluahkan pendapat secara keras dan lantang, tetapi Shahrizal hanya mengiyakan dan mengikut semua kata-kata perempuan itu. Cuma, ada beberapa perkara yang akan Shahrizal sebutkan dulu sebagai dasar kepada perancangannya untuk menganjurkan event ini.
“Okay, Ira..” Jawab Shahrizal manja, sambil memeluk bahu sekretarinya itu. Jelas, perempuan itu tidak selesa dengan perbuatan Shahrizal. Bella cuba mengawal rasa menyampah kepada Shahrizal. Dia tak menyangka lelaki ini berubah menjadi womanizer. Harapnya bukan tahap playboy buaya darat seperti dia yang dahulu.

Bella menggeleng-gelengkan kepala. Aku dah berubah, jangan biarkan orang lain mempengaruhi perubahan dan perjalanan aku!

“Ya, apa yang tak kena Cik Bella sayang?” Usik Shahrizal.
“Uh.. lalat kacau saya.” Laju dia berbohong, menyembunyikan keterlanjurannya. “So, untuk event ni saya cadangkan kita buat macam event yang kami pernah uruskan ni. Walaupun decorationnya nampak simple, dengan tema yang sesuai event pihak encik akan jadi rare dan memorable.” Dengan kelajuan bicara yang sama, Bella memujuk kliennya itu untuk mengikut proposal asal. Sebagai event planner, rancangannya tak boleh diganggu atau semuanya akan terbejat.
“Okey, saya setuju.” Mudah Shahrizal menyatakan persetujuan. Seperti ada jerat di belakangnya. “Ira, hari tu kata nak try tema gothic kan?”
Shahira memandang majikannya dengan penuh rasa tak percaya. Seperti ingin meminta kepastian andai benar dia boleh meneruskan perancangan itu.
“Haah. Kami nak tema goth-loli. Disebabkan event tu pun malam, jadi tak peliklah kalau decoration hitam..” Shahira menerangkan asas tema yang dipilihnya. Bella cuba memberi perhatian walaupun dia tahu tema tersebut tidak sesuai untuk majlis formal. Walaupun dia cuba membayangkan majlis tersebut, terasa mustahil untuk mengikut cadangan seperti ini.
“Oh, masa mencemburui kita. Saya ada appointment lain pula lepas ni. Jadi, kita bincang lagi next meeting boleh?” Ujar Shahrizal dengan senyuman sinis sebelum berlalu pergi.
Sengaja. Bella tahu Shahrizal sengaja membiarkan dia dengan satu masalah sebelum dia meninggalkan meja mesyuarat. Hati Bella membara dengan rasa jengkel.(annoyance)

BAM !
Nelle dan Babe terkejut apabila Bella menghempas segala dokumen proposal ke meja.
“Kau okey tak, Bella?”
“Dia ingat dia tu siapa? Saja nak menyusahkan aku!” Rungut Bella sambil membuka PC dan terus mencari bahan sebagai rujukan. “Goth-loli? Dia ingat ini party halloween.?”
Nelle dan Babe berpandangan.
‘Baik jangan campur. Biar dia selesaikan dulu.’
‘Okay, kalau dia tak boleh handle mesti dia mengadu nanti..’
Pasangan suami isteri itu memutuskan.

Day 1
“So, sekarang kita official. Kau nak bawak aku pergi mana?”
“Huh?” Shahrizal seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa.
“So, it seems this is your first time being a couple. Meh, aku ajar kau asas date yang akan memikat hati perempuan.”
Bella membawa Shah ke pusat membeli belah ternama. Bella banyak menghabiskan masa di bahagian baju dan mekap. Dan kebanyakan barang yang dibeli pula adalah menggunakan duit Shahrizal.
“Kalau nak romantik, bayarkan untuk mereka walaupun mereka ada kata nak bayar sendiri.” Ujar Bella, mengajar Shah.

Shah berasa jengkel tetapi dia akur. Saat Bella meminta pendapat dengan menggayakan baju-baju di hadapannya, dia hanya memandang ke arah lain. Malu untuk memandang Bella memakai baju-baju yang seksi pada pandangan Shahrizal.
‘Habislah bakal suami dia nanti…’

“Okey, disebabkan kau dah teman aku shopping, aku nak belanja kau tengok wayang.” Bella mengajaknya masuk ke panggung. Shahrizal ingin menolak tetapi Bella sudahpun menarik tangannya.
Fikir Shahrizal, Bella benar-benar ingin membelikan tiket wayang untuknya tetapi dia silap.
‘First rule tadi apa? Always pay for the girl.”

Sepanjang wayang berlangsung, tak sedikitpun Shahrizal fokus kepada cerita yang ditayangkan. Dia tak selesa dengan Bella yang tidak melepaskan pelukan pada lengannya bahkan pula semakin merapat setiap minit.

“Aaahhh!”
Jeritan Bella memekakkan telinga. Shahrizal tidak betah untuk terus menonton cerita seram ini bersama Bella. Sesungguhnya ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang, dan dia menyesali pengalaman ini.
Shahrizal merungkai pelukan Bella dari lengannya kemudian bangkit melangkah ke luar panggung.
Bella yang sedang asyik menonton jadi haru. Dia tidak ingin ditinggalkan sendirian.

“Please, Bella. Aku buat semua sebab Naili yang suruh. Aku ni sibuk, lebih-lebih lagi sekarang ni aku terlibat dengan hal syarikat bapak aku.” Marah Shahrizal. “Semua orang pandang aku nerd, tapi itu cuma sisi yang aku tunjuk dekat universiti. Kalau kau betul nak ajar aku date, lepas ni biar aku yang tentukan apa patut kita buat. And bear in mind, aku tak pernah terfikir untuk jadi seorang yang romantik. Im not that kind of a person.”
Bella terkedu seketika. Oh, interesting…
~~~

“Nisah, Bella rasa ini kifarah untuk Bella..”
Bella mengadu kepada rakan serumahnya. Suaranya sayu seperti ingin menangisi kesilapan lalu.
“Kenapa, Nabilah?” Soal gadis itu dengan raut wajahnya yang sentiasa mempamerkan ketenangan. Mungkin itu kelebihan untuknya yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir dan tilawah Al-Quran.
“Lelaki tu dah balik. Dan sekarang dia macam nak balas dendam dengan Bella. Bella tak tahu apa niat sebenar dia tapi dia asyik menyusahkan Bella je.” Bella mengadu tentang Shahrizal yang tidak memberi muka kepadanya ketika berbincang tentang projek mereka.
“Lelaki yang dalam hati Nabilah tu?” Soal Nisah, mengingati lelaki yang ditunggu Bella sejak beberapa tahun lalu.
Bella mengangguk.
“Dia approach Nabilah? Kenapa Nabilah tak ignore je?” Usul Nisah ringkas.
“Dia klien Bella, tak mungkinlah Bella nak decline permintaan dia. Rosak reputasi syarikat nanti..” Bella menerangkan kedudukan mereka sebagai klien.

“Oh, dia minta Nabilah jadi event planner untuk dia?” Nisah mengaitkan maklumat. Bela mengangguk-angguk.  “Tak boleh serah projek tu dekat orang lain ke? Cuba bincang elok-elok dengan bos Nabilah. Mesti dia faham.”

“Tapi, Nisah.. Orang macam tu banyak kerenahnya. Mesti dia complain nanti kalau tiba-tiba tukar planner..”
“Nabilah.. husnuzzhan.” Nisah mengingatkannya. “Pasti ada jalan keluarnya. Kalaupun Nabilah terikat dengan dia, pasti ada takdir yang akan membawa hikmah ke dalam hidup Nabilah. Redha dan tawakal, Allah tak memberati hambanya lebih daripada kemampuan.”
Bella hampir menangis mendengar pesanan itu. Dia berasa tak kuat untuk mendepani Shahrizal walaupun untuk satu pertemuan lagi. Namun dia sedar. Kekuatan itu milik Allah, dan kepada Allah dia memohon kekuatan

this is the story of a hard headed couple. both are egoist.. :'

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous