Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?
Adilah tetap menghadiri kelas biarpun dia masih batuk-batuk dan belum sihat sepenuhnya. Cukuplah dua hari terbaring lemah, dia tak mahu ketinggalan terlalu banyak kuliah.

"Adilah.. Kau dah okey?"
"Hmm, boleh lah.."
Khairul meneliti wajah Adilah.
"Kelas kau habis pukul berapa? Nanti aku hantar kau baliklah."
"Eh?"
"Pagi tadi pun mak yang hantar kau kan..?"
Belum sempat Adilah menolak, Khairul sudahpun beredar.
"Aku ada meeting ni, kau tunggu aku kat sini tau nanti."

"Kau ni.. Lain kali kalau belum sihat betul, jangan datang kelas. Dah elok betul baru lah datang.."
Khairul membebel sendiri sambil dia memandu. Adilah merenung ke luar tingkap.
'Aku rasa sihat lepas kau hantar mesej good morning pagi tadi.' Balasnya di dalam hati. Untuk diluahkan? Tunggu sepuluh tahun lagi! Haha!

"Assalamualaikum, mak. Dilah dah balik.."
"Waalaikumsalam.. Haa, Khairul yang hantar ya.. Meh, jemput dia masuk."
"Mak...!" Adilah mengeluh perlahan. Sejak bila pula emaknya rapat dengan lelaki ini? Dia berasa segan. Terus dia masuk ke biliknya.

"Dilah... Ni tolong mak hidang air ni..?" Puan Sakinah membuka pintu bilik anaknya hanya untuk melihat anaknya sudahpun tertidur tanpa membuka tudungnya. Puan Sakinah menggelengkan kepala.
"Maaflah ya, Khairul. Tertidur pulak budak bertuah ni."

"Takpe, mak. Dia belum sihat betul lagi tu. Nanti kalau dia dengar, talut makin sakit pulak.." Khairul berseloroh.
Puan Sakinaj tertawa. Ada betulnya juga cakap bakal menantunya ini.

"Jadi, agak-agak bila keluarga kamu nak datang? "

"Cadangnya nak datang dalam masa terdekat ni. Tapi saya nak bincang dulu dengan Adilah. Tak nak dia terkejut pulak."

"Lepas tu?"

Khairul sedikit tersipu.
"Saya cadang nak buat majlisnya lepas final ni. Memandangkan ada lagi dua bulan lebih, sempat lah nak buat persiapan.. Boleh ke mak?"

Puan Sakinah berfikir sejenak.

"Tapi, kalau ikutkan kakak-abang dia dulu.. Tunang pagi  lepas tu terus nikah. Kamu maksudkan majlis tu, majlis tunang ke majlis nikah?"
"Ermm.. Bertunang dulu.. Tunggu habis belajar baru nikah.."
"Majlis bertunang tak perlulah persiapan banyak sangat.. Ke kamu nak jemput saudara-mara kamu? Kalau betul nak buat majlis, bincanglah betul-betul. Berapa ramai tetamunya.. Bertunang ni, tak elok kalau datang ramai-ramai.. Better simple je. Takut nanti orang banding-bandingkan pulak majlis tunang dengan majlis nikahnya.."

Khairul mengangguk-angguk sambil berfikir.

Uwekk!
Kelihatan Adilah berlari ke tandas. Khairul dan Puan Sakinah berpandangan.
"Kamu balik dulu lah. Tak manis pulak rasanya. Ayahnya denfan Hakim dua-dua tak ada kat rumah. Nanti lepas kamu berdua dah berbincang betul-betul, bawak keluarga kamu datang sini ya.. Kita bincang lagi."



Sudah tiga hari Khairul tidak melihat Adilah. Sebarang mesej Whatsapp dan personal juga tidak berjawab. Khairul jadi risau. Entah apa yang terjadi kepada teman wanitanya itu.
'Entah-entah dia sengaja mengelak jumpa aku sebab dia terdengar perbincangan hari tu?'

Khairul membuat keputusan untuk menjenguk Adilah di rumahnya. Pintu rumah berkunci dan tidak kelihatan kelibat sesiapapun di dalam rumah.
"Takkanlah terus berpindah kot?"

Semena, Hakim pulang dengan motornya.
"Hakim, dari mana? Takde orang kat rumah? Adilah..?"
Hakim menjeling tajam. Dia memasukkan motornya ke dalam rumah tanpa menjemput Khairul masuk.
"Kau buat apa hah dekat kakak aku?!"
Khairul termangu seketika. Apa salah aku?
"Aku tak sangka kau jenis macam ni!"

"Benda boleh bawak berbincang.. Adilah mana?" Khairul bersikap tenang, cuba memujuk amarah Hakim.

"Nak bincang apa lagi?!!" Jerkah Hakim membuatkan Khairul jadi kecut perut. "Sekarang ni, kau pergi minta maaf kat dia..!"

"Dia kat mana? " Fikiran Khairul dipenuhi tanda tanya.

"Dilah balik kampung. Mak temankan dia kat sana."

"Kampung kat mana?"

"Kampung pun tak tahu kat mana!!"

Hakim menghantar location ke henfon Khairul.

"Pastikan kau minta maaf!"

Khairul bingung. Apa salah aku, Adilah..?


Apa yang dah jadi? Kenapa Adilah sampai bawa diri balik kampung..?Stay tuned. Hihihi
Nampaknya projek BellaxShah ditunda lagi untuk memberi peluang kepada projek meraban ni...

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous