"Weyh, kau ada girlfriend tak?" Soal Adilah secara tiba-tiba.
"Ehh, apa girlfriend-girlfriend pulak ni..! Kan kapel tu haram..." Khairul mengerutkan wajah. "Takdelah, aku takde girlfriend."
"Oh, aku pun takde boyfriend. Jom kapel." Selamba perempuan itu mengajak, membuatkan Khairul jadi bingung. "I mean, aku sukakan kau. Boleh tak kita at least berjanji antara satu sama lain. Kinda like tunang, but no ceremony of sort and kita tak perlu pun dating macam orang lain kapel.."
Khairul masih ternganga. Dia sedar Adilah tidak bergurau.
"Aku... tak pernah terfikir pulak soal hati ni." Khairul cuba mencari jawapan yang sesuai untuk ajakan Adilah. "Aku datang sini untuk belajar je. Tak terfikir hal lain."
"Selama kita berkawan ni, tak terdetik sikit pun ke rasa sayang kat aku?" Soal Adilah seperti menagih kasih.
"Sayang... sebagai kawan."
"Selain tu takde eh?" Adilah tersenyum pahit apabila Khairul menggeleng.
Pandangan dilepaskan ke sekitar. "Macam ni lah. Lets have a period where we act like a couple, and you decide after that period if kau betul-betul takde perasaan untuk aku."
Khairul berkerut seribu. 'Kan dah cakap tadi, kapel tu haram.'
"Kita bukan kapel macam orang lain. Just ikat janji, and bit by bit reveal our true self yang kita nak kongsi sampai mati. My goal is to marry, not just simply berpoya-poya. Aku bukan macam tu, okay?"
Khairul masih berdiam dalam keliru.
"Please, aku nak kau give me a chance to show you how much Ive been loving you. Boleh?"
"O..kay..?"
Adilah tersenyum penuh makna.
"Kau tahu tak aku suka merah?" Soal Adilah tiba-tiba saat mereka menutup perbincangan tentang Prinsip Kenegaraan.
"Bukan kau suka purple? Aku tengok kau selalu pakai baju purple?" Balas Khairul.
"No, purple pun aku suka gak. Tapi aku lebih suka merah. Cuma merah tu terlalu striking pulak kalau pakai. Lagipun, kalau asyik tengok semua benda merah je.. Nanti bosan pulak, stress jadinya."
"Ohh, kau ni benda kecik pun nak stres."
Adilah senyum segaris. Dia sedar akan sikapnya itu. Tapi untuk diubah? Dia sendiri tak tahu bagaimana..
"Kau pulak suka biru enn? Like, casing phone kau, laptop kau, semua biru. Kereta pun biru."
"Eh, haha.. Mana kau tahu?"
"Lelaki, kan suka simple-simple je. Lagipun phone, dan kereta tu lebih penting kan berbanding baju yang hari-hari tukar.
Khairul mengangguk-angguk. Bagus pemerhatian Adilah ini.
" Jadi sebab tu kau bawak kereta merah? " Soal Khairul pula.
Adilah senyum sahaja.
"Apa? Pergi Midvalley nak buat apa?" Khairul jadi meragui niat Adilah.
"Alah, please... Temankan aku shopping. Kawan lain semua busy.." Bohong Adilah, dia begitu ingin untuk keluar dengan kekasihnya ini walau hanya sekali seumur hidupnya.
"Tak nak lah.." Khairul sedikit ralat (reluctant) menerima ajakan itu.
"Sekali ni je, please..." Adilah memujuk.
Adilah turun dari tren LRT bersama seorang lelaki di sisinya. Dia mendekati Khairul yang sudah menunggu sejak lima minit yang lalu.
"Assalamualaikum.. Khairul, kau ingat lagi adik aku, Hakim? "
Khairul bersalaman dengan Hakim. Kemudian dia mengerling penampilan Adilah. Adilah nampak sopan dengan blouse merah separas paha yang digayakan bersama skirt maxi labuh. Mekap yang dikenakan juga sekadar bedak alas. Khairul melihat sisi lain Adilah yang tidak ditunjukkan di kampus.
"Choker..!" Matanya bersinar melihat perhiasan leher yang dipamer di ruang kedai itu.
"Dilah.. Tak habis-habis dengan choker! Lupakan je lah.. Takkan jumpa yang sesuai pun.." Marah Hakim, penat dengan impian kakaknya yang ingin memakai choker sejak beberapa bulan yang lalu. Entah nak ditunjukkan kepada siapa pun tak tahulah. Bila ditanya, katanya self-satisfaction...
"Kau menyumpah aku ya, Kim!" Marah Adilah kepada adiknya. "Terus tak jumpa mana-mana yang aku minat. Dah lah, jom..!" Dia menarik lengan adiknya beredar dari situ.
Khairul berfikir sendiri. Choker tu bukan rantai yang cekik leher tu ke? 'She has a taste like that? Hmm, how unexpected..'
"Lepas ni nak buat apa?" Adilah bertanya kepada Hakim. Sambil itu, dia memandang Khairul yang berjalan sedikit jauh di belakang.
"Entahlah, kau. Kau yang ajak aku keluar.." Rungut Hakim, seperti separuh rela menemani kakaknya keluar berjalan.
"Aku dah cukup dah benda yang aku cari. Ice blog pun dah dapat." Ujar Adilah sambil menghirup ais kisar (ice blend) yang dibelinya tadi. "Kalau kau takde nak apa-apa, kita balik.." Ujarnya.
"Khairul, anything else? "
"Huh?" Khairul menggeleng. "Kau tak penat ke bawak semua tu? Tak sakit tangan?" Soal Khairul merujuk kepada beg plastik yang dibawa Adilah.
Adilah melihat barang-barang yang dibelinya. "Haahlah, nak tercabut kaki aku bawak berat-berat ni! Hakim, ambik separuh!"
"Mengadalah kau! Kata pergi dating, mintaklah boyfriend kau yang bawakkan!" Marah adiknya, annoyed.
Adilah memandang Khairul.
"Takpelah." Katanya sepatah, kemudian menukar topik. "Cepatlah decide! Kau kata hari tu nak tengok wayang cerita The Ring yang baru tu.. Jomlah!"
"Cerita tu belum keluarlah!" Marah Hakim. Kakaknya ini sengaja buat perangai. Kalau nak tengok wayang dengan boyfriend, decide lah berdua. Libatkan aku pulak!
"Adilah.." Khairul memanggil. "Kalau korang berdua nak tengok wayang, aku balik dululah.. Tak sesuai pulak rasanya..."
Adilah mencebir bibir.
"Hmm, okeylah. Jom balik." Suaranya mengendur.
Di dalam LRT, Adilah terduduk sendiri di hujung tempat duduk sementara Hakim bersandar pada dinding kaca di antara ruang tempat duduk dan pintu keluar masuk.
Khairul berdiri di sisi Hakim, janggal.
"Lama dah ke, korang couple ni?" Soal Hakim memecah sunyi. Khairul sedikit terkejut apabila disoal begitu. Adilah pula tenggelam dengan playlist di dalam phone miliknya.
"Kitorang bukanlah kapel pun.."
"Ya, tahu... Akak ada mention, ini first date korangkan.." Celah Hakim. "Akak dah lama mention nama kau kat mak ayah.. Mak pun dah bosan dengar dia asyik bercerita tentang kau. Tapi entah bila nak jumpa orangnya pun mak tak tahu."
Khairul terdiam mendengar cerita Hakim.
"Akak tu, sejak sekolah lagi kata hati dia dah dicurilah.. Crush dia kejam lah.. Hati berbunga-bungalah... Kitorang semua dah penat dengar dia membebel pasal kau." Hakim mengeluh kecil. "Kau janganlah buat dia tunggu lagi. Kalau betul tak nakkan dia, sebut tak nak. Dia tu degil, kalau kau tolak baik-baik dia still tunggu kalau-kalau masih ada peluang untuk dia.. Kau fikirkan elok-elok.. Aku pun tak sabar jugak nak merasa ada abang ipar.." Hakim membebel panjang diakhiri dengan senyuman melebar.
"Hakim!" Adilah menggapai hujung baju adiknya. "Kita dah sampai mana?!"
"Next station, Abdullah Hukum. Stesen seterusnya, Abdullah Hukum."
Hakim sekadar mengangkat satu jari ke atas, menyuruh Adilah mendengar pengumuman.
"Oh.." Adilah menampar lembut pipi sendiri. "Aku tertidur pulak, dah lama tak berjalan kot."
Hakim bergerak ke hadapan tempat duduk kakaknya. Ingin melindung pandangan awam kepada wajah tidur kakaknya. Menganga tak hengat!!
Hakim tertawa sendiri. Dia menunjukkan kepada Khairul. Khairul menggeleng-geleng sambil menekup mulut.
Hakim mengeluarkan phone miliknya. Khairul mengerutkan dahi. Hakim membuat isyarat senyap.
CLICK.
"Hmmh..? Dah sampai belum?"
"Dilah! Kita terlepas stesen! Sat lagi kena turun patah balik!!"
"Hah?! Apasal tak kejut aku??" Adilah menyapu muka dan mengumpulkan beg-beg plastiknya. Separuh sudah diangkat oleh Hakim. Seketika, terdengar pengumuman.
"Next station, Taman Jaya. Stesen seterusnya, Taman Jaya."
"Kau tipu aku, Kim! Kurang ajar..! Siot betul laaah!!" Marah Adilah menyedari kawasan rumahnya ada lima buah stesen lagi. Beg-beg di tangan dilepas.
Hakim dan Khairul tertawa lucu.
"Gelaklah lagi! Memang lawak sangat...!" Adilah menarik muka.
"Okey, Khairul.. Kau serius tak nak singgah rumah kitorang dulu ke? " Hakim berbasa-basi sebelum berpisah dengan bakal abang iparnya itu.
Khairul menggeleng. "Lain kalilah."
"Mak mesti gembira kalau kau singgah." Hakim mengusik. Adilah memukul lengan adiknya. 'Apa ni, malulah!'
"Lain kali je lah.." Balas Khairul tersenyum melihat akrabnya dua beradik itu.
"Promise?" Adilah mencelah. Hakim mengangkat kening, 'eh dia pulak yang excited.'
Khairul mengangguk.
Adilah tersenyum lebar. "Okay, see you at class. Baik-baik jalan, assalamualaikum!"
"Assalamualaikum, kami dah balik..!" Laung Adilah sambil membuka kunci pintu. Lagu iklan cekodok Adabi dinyanyikan penuh riang. Macam kanak-kanak ribena pun ada!
"Mak... Dilah kann..."
"Hoi, mengumpat aku eh!!"
"Adilah.." Khairul memanggil saat dia khusyuk menelaah. Sebuah kotak kecil diletakkan di tepi buku rujukan.
"Apa ni?"
"Bukak lah.."
Mata Adilah terbuntang.
"Choker?! Siot, cantik gilaa..!" Matanya tertancap kepada perhiasan bertali merah itu. Ada manik-manik kecil membentuk bulatan ditengah-tengahnya.
"Weyh.. Cantik weyy!! Serious la kau beli untuk aku?!"
"Shh.. Kita kat library ni. Behave sikit." Pesan Khairul sambil tersenyum melihat reaksi Adilah.
Adilah terus mencuba choker itu di lehernya. Kebetulan, dia memakai bawal instant yang memudahkannya untuk mengakses ruang leher.
"Saiz pun okey!" Adilah membelek choker itu buat kesekian kalinya. "Seriously, Khairul.. Thank you!!"
Adilah menangkap gambar choker itu sebelum menyimpannya ke dalam beg bersama kotaknya.
"Adilah.. Aku nak clarify one thing." Khairul bersuara serius. "That is merely a gift and not my answer to your feelings"
Adilah senyum segaris.
"Bro.. Your effort matters." Ujarnya kemudian membuka apps media sosial di phone miliknya. "Its just means my efforts' paid."
"Eh, kau send ke mana tu? Segan lah aku!" Khairul berniat merampas phone Adilah dan menghalangnya daripada menyebar berita ke seluruh medan internet.
"Aku nak send kat bestie aku je! Sharing happiness..!" Adilah laju menepis dan melarikan phone miliknya.
Khairul mengalah. Dia tahu rakan baik yang satu itulah yang akan menjadi orang pertama yang Adilah cari tak kira sedih, marah atau gembira.
Andai hubungan mereka menjadi, Khairul tahu tempat mana yang akan menjadi ruang pertanyaan selain merujuk sebarang persoalan kepada ibu dan bapanya.
Khairul melepas pandang. Entah apa yang akan terjadi di masa depan, dia sendiri tak dapat membayangkan.
"Cinta, bukan untuk dijatuhkan tetapi untuk dipupuk dan dibangun. Berhenti jatuh cinta, bila dah jatuh sukar untuk kembali bangun dan berlari. :)"
Post a Comment