Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Be mine?
"Adilah..!"
Khairul melaung dari jauh. Adilah berpaling ke arahnya. Daun lalang di tangan dicampak geram. Cis, dia datang sini?
"Jangan datang sini!"

Terlambat untuk memberi amaran itu, Khairul sudahpun meniti jambatan yang digunakan untuk berjalan ke atas batu itu.
"Degil la...!"

Adilah terjun ke dalam air dan bergerak mengharung air keruh untuk ke tebing. Dia naik ke darat dengan memanjat tebing itu.
Khairul terpinga. Eh, dia larikan diri dari aku?

"Hati-hati..!"

Splosh!

Terlewat lagi. Khairul hilang imbangan badan dan terus jatuh ke dalam kolam. Adilah tertawa. Batu itu memang licin dan jambatannya sudah tidak kukuh. Habis Khairul lencun seluruh badan sedangkan dia hanya basah daripada bahagian peha ke bawah.

"Hoi, bedebah! Keluar dari air tu! Korang ni bising-bising, mana ikan nak makan umpan!!" Tok Aki menyumpah seranah.

Adilah terus ketawa seperti histeria. Dia kemudiannya berlari ke arah rumah, meninggalkan Khairul tak tentu arah dalam keadaan basah.



Adilah masih ketawa apabila terpandangkan Khairul yang basah lencun. Tuala membalut badannya yang masih dengan pakaian basah. Begitu lencun sampaikan dia akan memerlukan tuala baru untuk mandi.
Adilah membawa diri ke bilik untuk menyalin pakaian. Dibiarkan sahaja Khairul di luar tanpa ada rasa tanggungjawab untuk melayan tetamunya itu.

"Dilah.. Keluar sekejap."
"Kenapa, mak?"
"Eh, budak bertuah ni! Tanya lagi..!" Puan Sakinah memarahinya. "Khairul datang untuk jumpa kamu, kamulah yang kena layan dia. Dia tetamu kamu!"
Adilah mencebir bibir. Buat masa ini, dia tak mahu berdepan dengan lelaki itu.
"Mak dah buatkan air. Pergi hidangkan untuk dia.."
Adilah keluar juga walaupun mulutnya mengomel-omel perlahan. Arahan ibu wajib diturutkan. Sebagai anak, dia akur dalam enggan.

Adilah menuangkan air untuk tetamunya itu. Apabila terpandangkan wajah Khairul, dia tertawa lagi.
Khairul menarik muka. "Aku tahu lah, baju ni terlalu besar untuk aku! Tak payahlah gelakkan aku!!" Khairul jadi segan dengan penampilannya yang memakai baju Tok Aki. Baju itu terlalu besar untuknya serta lusuh pula. Adilah terus tertawa. Tangan dibawa menekup mulut.
"Adilah..!" Khairul benar-benar segan. "Adilah! Stop it!!" Marahnya apabila Adilah tak henti-henti ketawa.
"Adilah..." Khairul memujuknya berhenti. "Adilah, i need to know.. Kenapa kau larikan diri ke sini? Hakim marah-marah aku.. Aku buat salah apa?"
Ketawa Adilah berubah perlahan, masih tak berhenti.
"Aku minta maaf..."

Adilah ketawa tanpa putus. Seketika kemudian, tawanya berubah tangis. Dan dia menyembamkan mukanya ke lutut sendiri.
"Adilah, Im sorry.." Khairul jadi kalut. Dia tak tahu apa patut dibuat untuk meredakan tangisan gadis itu.
Tangan Khairul perlahan-lahan ingin menepuk bahu teman wanitanya, demi menenangkan gadis itu. Namun, Adilah sempat menepis.
"Go back! Go away!!" Adilah melarikan diri kembali ke bilik.
Khairul tinggal terpinga-pinga.



Setelah semalaman dia di situ, Khairul bersiap untuk pulang. Dia kecewa kerana diberi silent treatment sepanjang dia berada di sini. Biarpun Puan Sakinah dan Tok Aki melayan segala keperluannya untuk makan minum dan menyediakannya tempat tidur, tak seorangpun daripada mereka menyentuh perihal Adilah. Apabila ditanya, mereka hanya menjawab tak tahu dan menyuruhnya untuk bertanya terus kepada tuan punya badan.
Bagaimana dia ingin bertanya sedangkan perempuan itu terus mengurungkan dirinya di dalam bilik?

Semasa dia duduk untuk minum pagi sebelum bergerak, Tok Aki menyuruhnya tunggu sebentar.
Beberapa ketika kemudian, Tok Aki muncul bersama Adilah. Wajah Adilah masam mencuka.
"Tok nak kamu selesaikan hal ni.. Cakap terus terang, apa masalahnya. Benda boleh bawak berbincang, Adilah. Masalah takkan selesai kalau kita lari. Dia akan terus kejar kita.. Kamu tak kesian dengan kawan kamu ni?"

Tok Aki meninggalkan mereka sendirian. Adilah sebal. Tok Aki, duduklah sini sekali..!

Suasana sepi. Khairul sekadar memandang Adilah tanpa bicara. Adilah jadi serba tak kena. Dia tak mahu dikatakan berdua-duaan dengan lelaki ini.

"Aku.. Masuk dulu lah." Adilah bersuara setelah sekian lama mereka berdiam. Dia ingin kembali ke bilik, tidak betah rasanya untuk duduk di sisi lelaki ini buat seketika lagi.

"Adilah.." Khairul bersuara lirih. "Kenapa kau berubah fikiran? Kau yang kata kau sayangkan aku.. Jadi kenapa.. Lepas aku dah jatuh sayang kepada kau..."

Air mata Adilah jatuh.

"Aku minta maaf. Tapi aku pasti kau akan jumpa yang lebih baik daripada aku... Lupakan je lah semua perjanjian bodoh ni.."

"Tapi kenapa..? Kenapa suruh aku lupakan kau? Kau ingat aku boleh lupakan semua ni ke?"

"Aku minta maaf.." Tangisan Adilah melebat.

"Tapi kenapa? Kenapa Adilah?!" Khairul bangkit berdiri dalam amarah.

Adilah terus menangis tanpa memberi jawapan.

"Adilah! Aku perlu tahu apa salah aku? Kat mana silap aku? Aku bersungguh nak hantar rombongan untuk kau. Aku dah beritahu parents aku tentang kau.. Jadi kenapa?!"

"Sebab kau dah berubah!"

Khairul terpempan. Bila masa aku berubah? Apa yang berubah?

"Khairul yang aku kenal takkan buat macam ni! Kau sedar tak apa kita dah buat sepanjang kita ikat janji ni? Kau sedar tak kita semakin menghampiri zina? Aku tak nak macam ni!" Adilah tertunduk-tunduk melarikan pandangan dari wajah lelaki itu yang begitu dekat dengan wajahnya. "Dan semua ni berlaku sebab permintaan bodoh aku hari tu.."

Khairul melepaskan cengkaman dari bahu Adilah. Dia mulai menyedari keterlanjurannya. Dan mengingati betapa selama beberapa minggu ini, dia lupa akan batasan yang perlu dijaga antara dia dan Adilah. Sesuka hatinya dia mendemah dahi Adilah, dan memegang tangannya. Dia sedar sekarang.

"Kalau masa bertunang kita dah macam ni.. Aku tak tahu batas apa lagi yang kita akan lupakan lepas kahwin.." Air mata Adilah masih bercucuran. Mulut ditekup menahan esakan.

"Im sorry." Khairul jadi malu. "I just.. couldnt contain any of my feelings towards you.."
"Im sorry.."

Lelaki itu terus keluar rumah dan beredar pergi.

"Dijadikan indah bagi mereka oleh syaitan, akan kemaksiatan yang membinasakan."
Bila asyik dilamun cinta, janganlah sampai kita lupa pada cinta Ilahi.

//naksambunglagike..(?)

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous