Event berlangsung dengan lancar. Dyra tersenyum puas melihat
segala usahanya berhempas pulas untuk merancang event ini akhirnya terbayar.
Hiasan belon ungun dan emas berselang seli mewarnai ruang dewan. Air campuran
buah-buahan (fruit punch) di tangan di bawa dekat ke bibir. Semena, kelibat
Adiff berdiri di dekatnya sambil tersipu-sipu sendiri menggamit perhatiannya.
Hirupan air terhenti.
“Dya..” Panggilan istimewa yang hanya Adiff sahaja
menggunakannya. Dyra sendiri tidak tahu mengapa Adiff memanggilnya begitu.
Setelah beberapa kali ditegur dan tidak diubah, Dyra merelakan sahaja dipanggil
begitu.
“Aku nak minta maaf kalau apa yang aku cakapkan ni so sudden
sampai kau terkejut.” Adiff memulakan bicara. Gayanya seperti ingin
menyampaikan perkara besar. Dyra berlagak selamba sambil menunggu Adiff
menyudahkan bicara.
“Dya, kau kawan pertama aku dari tadika. Aku tak sangka aku
akan jumpa kau lagi bila besar ni. Mungkin sebab aku selalu rindukan kawan
sebaik kau, Allah kurniakan aku kesempatan untuk jumpa kau lagi. Masa mula-mula
kita jumpa balik, aku gembira sangat sampai tak boleh tidur malam. Aku teringat
balik semua kenangan kita masa sekolah dulu. Kita rapat sangat. Semua orang
kenal yang kita ni kawan baik. Lebih daripada belangkas ,kata orang..” Dyra
hanya diam mendengar kata-kata Adiff.
“Satu malam, aku teringat.. Masa tadika kita ada main
pondok-pondok.. Aku tanya kau sudi tak jaga aku untuk selama-lamanya. And kau
kata okey.” Adiff sengaja berjeda. Dia memerhati respon bahasa tubuh dari Dyra.
“Maybe itu semua
kata-kata budak kecik..” Adiff menarik nafas, mencari semangat. “Tapi
sebab aku teringat sekarang, aku pegang kata-kata tu dan..”
Kotak baldu berwarna biru disingkap di depan mata Dyra,
rendah sekadar untuk pandangan mereka berdua.
“Adiff dah jumpa parent Dya, diorang kata tanya kat tuan
punya badan dulu.. Maafkan Adiff kalau Adiff tanya pada masa yang tak sesuai..”
Nada suara Adiff berubah.
Dyra terlopong. Dia tidak memepercayai apa yang dilihatnya
kini.
“Kau… Tadika Kemas USJ 5?”
Adiff mengangguk.
“Kelas Cempaka?”
Adiff mengangguk lagi.
“SRK Taman Sri Kemboja?”
Adiff berkerut dahi. “SRK USJ 5 la..”
Dyra berkerut cuba mengingati.
“Itulah kau.. Pindah tinggalkan aku.. Sampai hati kau kan…”
“Aku pindah ke mana ya masa tu? Tahu tak?” Dyra bertanya
lagi. Masih berusaha untuk mengingati tempat dia bersekolah lebih 15 tahun
dulu.
“Pindah Putrajaya rasanya.”
Wajah Dyra berubah. Sukar untuk ditafsirkan apa emosi di
sebalik riak terkejut itu.
“Dya, sudi tak..”
“Im sorry.” Dyra memotong percakapan Adiff. Dia tahu Adiff
ingin mendengar jawapan darinya. Namun jawapan daripada Adiff tadi meragut
ketenangannya. “Im really sorry, Adiff.”
Adiff kecewa. Dyra meninggalkannya begitu sahaja dengan
sepotong ucapan maaf. Dia sedar lamarannya ditolak. Terasa pedih menusuk hati.
Adiff tercari-cari. Sejak berakhirnya event di bawah
kolaborasi dengan syarikat induk, dia tidak lagi melihat kelibat Dyra. Dia
tertanya sendiri, adakah Dyra membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana
dirinya?
“Encik Meor, kenapa saya dah lama tak nampak Dyra ye? Dia
dah berhenti kerja ke?”
“Dyra?” Majikan Dyra berkerut wajah. “Oh, Cik Adyra Dahlia? Dia hanya pekerja sementara.
Dia anak saudara Tuan Haji Dahlan, sekarang dia sambung belajar. Memang Tuan
Haji Dahlan nak beri ruang dia timba pengalaman bekerja di sini. Kenapa ya?”
“Oh, dia masih belajar? Degree atau master?”
“Master in islamic banking.”
Terngiang-ngiang di telinga Adiff suara Encik Meor ketika
menyebut nama penuh Dyra. Adyra Dahlia..
Adyra Dahlia?
Sambutan maal hijrah sentiasa diadakan diadakan di rumah
Tuan Haji Dahlan saban tahun. Kenduri doa selamat dan jamuan makan dengan
dihadiri seluruh warga syarikat. Penuh ruang laman rumah Tuan Haji Dahlan
sehingga tidak kelihatan lagi ruang kosong di halaman rumah agam berukuran 200
meter persegi ini. (maaf, penulis hentam sahaja sebab penulis xtau nombor)
Sambil berbual-bual bersama rakan sekerja yang lain, Adiff menangkap satu
kelibat yang sudah lama dirinduinya.
“Lya!!”
Belum sempat Adiff memanggilnya, Tuan Haji Dahlan sudah
menggamit perhatian gadis itu. Langkahan terhenti. Dan mereka bertiga
berpandangan. Suasana janggal di antara mereka. Gadis itu menghampiri bapa
saudaranya. Dia ditanya samada dia mengenali Adiff.
“Kawan ke?” Soal lelaki jutawan yang sudah berusia itu.
Gadis itu tidak menjawab.
“Adyra Dahlia..” Adiff memanggil. Gadis itu tetap berdiam
sementara bapa saudaranya berpaling memandangnya.
“Saya tahu itu awak, Dahlia.” Adiff menghampiri mereka
selangkah. “Saya minta maaf sebab tersilap antara awak dan Dya. Saya baru dapat
tahu yang Dya dah tiada lagi. Saya minta maaf.. tapi perasaan saya kat awak tu
ikhlas…”
“Adiff.” Gadis itu bersuara. Yakinlah Adiff itu ialah gadis
yang sama yang dilamarnya kelmarin. “A twin could be the exact copy of each
other or completely opposite. But a twin without her twin, is a lost soul.” Dia
berjeda. Matanya jelas menunjukkan keperitan dalam menerima sebuah kehilangan.
“Im sorry, Adiff. Aku tak dapat terima kau. Aku takut kau anggap aku ni sebagai
pengganti kepada Nadia. Lagipun, aku perlukan masa untuk diri sendiri.”
Adiff terkaku melihat gadis itu melangkah masuk ke rumah. Hatinya
kecewa lagi.
“Sudahlah, anak muda. Kalau kau betul-betul mahukan dia,
cuba lagi lain kali. Buat masa ni, baliklah.” Pesan Tuan Haji Dahlan sebelum
dia juga ikut masuk ke dalam rumah.
Dyra menumpang bilik adik sepupunya. Wajahnya ditekup dengan
bantal. Sedih dan pilu bercampur baur. Dia teringatkan kakak kembarnya yang
ditimpa kemalangan tahun lepas. Sudahlah mereka berdua baru sahaja merancang untuk duduk serumah semula. Perit yang dirasa, tak mampu dia usir pergi.
but then, i just remembered something about wifi connection problems =="
bodoh lah jugak. dalam banyak benda - manusia jugak yang dia tertukar, lagi sakit bila depa kembar fuh.
Akan sambung ke?
Post a Comment