Adiff mengambil keputusan untuk mengambil kursus pengucapan awam untuk menambahkan lagi skilnya berucap sekaligus menambah aset pekerjaan. Sebaik sahaja dia mendapatkan tempat duduk, mulutnya terlopong. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan wanita yang pernah menjadi pujaan hatinya itu setelah lima tahun tak bertemu. Apatah lagi, wanita itu kini bergelar pensyarah yang akan mengajarnya.
Adiff mengekori wanita itu dari belakang. Dia ragu-ragu samada untuk menegurnya ataupun tidak. Dyra berpaling ke belakang. “Awak nak tanya saya apa-apa ke?”
“Dyra.. kau tak ingat aku?”
“Ingatlah, Adiff. Takkan tak ingat pulak..!” Dyra berlagak selamba. Dia meneruskan langkah. “Kau baru enrol sini ke?”
“Haah. Saja buat PJJ.”
“Oh..” Dyra mengangguk.
“Dyra, sejak bila jadi pensyarah? Terkejut Adiff tengok Dyra kat sini..”
“Sejak habis master hari tu. Memang cita-cita nak jadi pensyarah pun..”
Adiff pula mengangguk. Suasana diisi dengan hingar mahasiswa yang lalu lalang di kawasan kafeteria itu. Adiff mencari modal perbualan.
“Dyra, dah lunch? Nak makan sama?”
“Takpelah, Adiff. Aku sibuk hari ni. Aku kena balik sekarang.” Dyra menolak sopan ajakan itu. “Haa, tu kereta dah sampai. Aku balik dulu ya.” Ujarnya dengan senyuman melebar melihat kereta Iswara meluncur mendekati mereka. Pintu dibuka dan Dyra terus memasuki perut kereta.
“Jumpa next class!”
Adiff terdiam kelu. Otaknya terbejat memikirkan siapakah lelaki yang menjemput Dyra pulang? Suaminyakah? Tambah hairan lagi apabila Dyra terus membuka dashboard dan memakai kain purdah yang diambil dari dalamnya.
Beberapa minggu telah berlalu sejak kali pertama Adiff bertemu kembali dengan Dyra. Adiff tak berani untuk menyapa Dyra lagi lantaran status mereka yang bukan lagi rakan sekerja serta kehadiran lelaki misteri yang menjemput Dyra setiap kali pulang dari kolej. Namun, rakan-rakan yang sama kursus dengannya ada merungut betapa sukarnya untuk mereka mendapatkan sebarang reply daripada pensyarah yang seorang itu. Biarpun Dyra kelihatan mudah didekati ketika di kelas, jarang sekali dia berada di pejabat ataupun membalas mana-mana whatsapp daripada pelajarnya. “Cik Adyra tu, sikit pun tak bagi muka. Kita whatsapp minta tukar waktu kelas pun tak layan. Whatsapp tanya kelas ada ke tak, lagi lah.. Nak suruh kita check sendiri kat portal.. Lecehlah..”
Hari ini, Adiff bersinggah ke pejabat induk untuk menyerahkan sebuah dokumen penting kepada Encik Meor. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Dyra melangkah keluar daripada pejabat CEO. Adiff cuba berlindung daripada pandangan Dyra.
“Esok kita ada meeting lagi tau, Lya.” Ujar lelaki yang sama yang selalu menjemputnya. Dyra hanya mengangguk sebagai balasan.
“Sayang.. lukis apa tu?” Adiff melihat Dyra menyapa seorang kanak-kanak yang duduk sendirian di meja menunggu.
“Lukis ibu. Ibu sibuk mengajar dan jumpa orang. Ini ibu pergi sekolah, ini ibu dan papa pergi makan dengan orang kerja..” Petah bicara anak kecil itu menerangkan lukisannya.
“Ooh, comelnya ibu! Wahh!” Dyra memuji anak kecil itu. Kemudian dia mengambil sebatang pensel warna dan membetulkan lukisan itu. “Tapi ibu lagi suka pakai tudung hijau..”
Bulat mata si kecil apabila dia diperbetulkan. Sepertinya baru dia tahu yang Dyra sukakan warna hijau.
“Jom pergi makan. Papa kata Aulia belum makan lagi.. Jom makan dengan ibu.” Dyra menghulur tangan, mengajak si kecil itu keluar.
“Papa tak makan sekali?” Soal si kecil.
“Papa sibuk, sayang. Nanti kita belikan papa roti yang papa suka tu, okey?” Balas Dyra sambil tersenyum memujuk.
“Papa ni asyik makan roti je…” Getus si kecil sebelum menyambut huluran tangan Dyra.
Adiff melihat dari jauh sahaja Dyra memesan kepada sekretarinya. “Kami keluar dulu ya, Kak Leesa.”
“Adiff, Encik Meor dah sampai.”
Dyra terjaga. Nafasnya termengah. Dia tak menyangka mimpi seperti ini akan datang lagi menghantui tidurnya. Dyra bangkit mengambil wudhu’. Dia menunaikan solat sunat dua rakaat untuk dihadiahkan kepada arwah kakak kembarnya, Adyra Nadia.
Potret wajah mereka berdua yang dirakam sewaktu kecil menghiasi ruang meja solek Dyra. Semena, air mata mengalir menzahirkan rindu buat susuk tubuh yang disayanginya itu.
“Lya, ayah kamu ada call pak cik semalam. Katanya nak buat family dinner jumaat ni. Pergilah jumpa dia, dah berapa lama kamu tak balik ke sana?” Tuan Hadi memecah suasana pagi itu.
Suapan Dyra terhenti. Nasi goreng yang menjadi sarapan pagi terasa tawar di tekak.
“Pergilah, sayang. Nanti kecil pula hati ayah.” Ujar Puan Adriana pula menyokong kata-kata suaminya.
“Tapi, Jumaat ni kita kena wrap dengan klien dari Bunga Kasih Ent. kan, Abang Sazli?” Dyra mengingati agenda kerjanya.
“Takpelah, Li uruskan sendiri pun okey. Lya pergilah jumpa keluarga belah sana.” Balas lelaki itu sambil menyuapkan makanan untuk Aulia. “Air dicincang takkan putus, Lya. Hargai keluarga tu.”
“Betul tu, Lya. Walaupun mereka tu tiri, tapi mereka still family.” Celah Puan Adriana.
“Apa kata, mama dengan pakcik ikut sekali? Family dinner kan? Arent we all family?” Dyra membalas tajam. Dia sangat sensitif apabila dikaitkan dengan keluarga ayahnya. Marahnya belum terhapus, biarpun dia sedar nyawa yang melayang tak mungkin kembali.
Suasana berubah tegang. Puan Adriana dan Tuan Hadi berbalas renung.
“Adiff, kau sibuk tak Jumaat ni? Bawak aku pergi.” Pertanyaan Dyra itu mengundang hairan. Adiff memandang terus wajah perempuan itu.
Dyra menggigit lidah sendiri. Dia menyembur ayat tanpa berfikir panjang. “Sorry, forget that.”
Adiff mengejar Dyra dari belakang. Pelajar yang lain memandang mereka dengan pandangan terkejut.
“Dyra!” Adiff melangkah laju untuk menyaingi langkahan Dyra. “Apa maksud kau tadi? Kau gaduh dengan suami kau ke?”
Langkahan Dyra terhenti. Wajahnya berkerut marah.
Adiff tetap dengan wajah penuh tanda tanya.
Dyra mengendahkan semuanya dan meneruskan langkah.
“Dyra..!” Adiff masih mengejar. Dia tak dapat membuang persoalan yang hingap di benaknya. Kalau boleh, dia ingin membantu. “Puan Adyra!”
“Bila masa aku jadi puan pulak ni?! Bila masa aku kahwin?!” Amukan Dyra membuatkan waktu terhenti. Adiff ternganga.
“Dah lah. I said Im sorry and forget about that. Could you please..”
“Dyra, kalau lelaki tu bukan suami kau jadi budak tu anak siapa? Aku dengar sendiri dia panggil kau ibu!”
Mereka berpandangan. Dyra benci apabila suasana jadi tegang. Cukuplah mimpi buruk dan ketegangan pagi tadi saja. Ahh, kenapalah aku bawak masalah keluarga ni dekat orang luar?
Hon berbunyi. Dyra berpaling. Sazli sudah menunggu.
“Aku balik dulu.”
“Adyra!!” Adiff berang. Persoalannya tidak berjawab. Siapa lelaki tu kalau bukan suaminya?
Dyra termenung jauh. Begitu jauh sehingga Aulia menegur pun dia tak perasan.
“Ibu Ngah!!”
Dyra berpaling memandang anak buahnya itu. “Ya, sayang.”
“Ibu fikir apa? Ibu tak nak makan ke?”
“Aulia makanlah dulu, sayang.”
“Aulia food aredi finis, ibu Ngah..!” Balas si kecil itu berbahasa Inggeris. (>,<)
Dyra tersipu sendiri menyedari hal itu. Roti pita dicubit sedikit dari pinggan.
Dyra masih ingat saat-saat genting yang meragut nyawa kakak kembarnya.
“Lya, Nad dah sampai. Lya kat mana?”
“Dekat kafe Intan nama kafe ni.”
“Hmm.. Ummi, pusing dekat tu yang kafe Intan tu..” Kedengaran suara Nadia bercakap dengan ibu tirinya. “Nad dah dekat dah ni..”
PIINN..!
Kedengaran bunyi yang kuat seperti menggegarkan bumi.
“Nad?! Nadia?!!” Dyra jadi cemas. Dia bangkit dari tempat duduknya dan menjenguk ke luar kafe. Orang ramai mula mengerumuni kawasan kemalangan. Dyra berlari mencari batang tubuh kembarnya.
Malangnya, kereta merempuh pokok di tepi jalan. Badan kereta bahagian tempat duduk pemandu habis hancur.
Dyra mendapatkan ibu tiri Nadia yang sudahpun keluar menyelamatkan diri. “Mak cik, Nadia..”
BOOM!
Kereta tiba-tiba terbakar.
“Nadia..!”
“Ibu Ngah!” Aulia menggoncangkan lengan Dyra. “Papa call.” Dia mengunjukkan henfon yang sudah dikeluarkan daripada beg tangan Dyra. Dyra malu sendiri. Dia mengelamun lagi.
“Lya, kenapa tak masuk office lagi? Ada masalah ke?” Soal Sazli dari hujung talian.
“Oh, tak..” Dyra mengerling jam. Sudah 10 minit waktu rehatnya berakhir. “Lya…”
“Lya, jangan difikirkan sangat. Kalau betul-betul tak sudi pergi, call ayah Lya dan minta maaf. Tapi seelok-eloknya pergilah dinner tu. Siapa tahu bila lagi ada peluang untuk dinner dengan ayah Lya?” Pesan Sazli.
“Lya tahulah.”
“Lya.. dengar cakap Li. Bukan mudah nak bersatu balik dengan keluarga sebenar. Tapi kita kena appreciate keluarga yang kita ada.”
Dyra hanya mengiyakan. Dia tahu Sazli bercakap dari pengalaman. 10 tahun mamanya meninggalkan ayah Sazli, iaitu Tuan Hadi lantaran dipaksa bercerai oleh atuknya. Dulu, Tuan Hadi hanyalah seorang kerani di syarikat atuknya maka hubungan mama dan Tuan Hadi tidak direstui. Walaupun, mereka sudah lari ke hujung selatan tanah air, atuk tetap memaksa mama untuk berkahwin dengan ayah kerana pangkatnya. Kini, Tuan Hadi sudahpun membina syarikat sendiri. Ayah pula berpisah dengan mama dan berkahwin lain. Dyra tinggal bersama mama dan Tuan Hadi, sementara Nad pula tingal bersama keluarga ayahnya. Dyra membenci hidupnya. Dia kecewa tidak dapat bersama kakak kembarnya.
Dyra memegang purdah milik Nadia. Dia nekad.
“Abang, wrapping dengan klien tu kita tunda hari lain lah. Kita semua pergi family dinner dengan ayah.”
Sazli terkejut apabila Dyra tiba-tiba masuk ke dalam pejabatnya. Sazli merenung wajah Dyra dalam-dalam. Aulia yang masih membuntuti Dyra juga pelik dengan ibu saudaranya ini.
“Okey, nanti kita bincang balik dengan ayah dan mama kat rumah.”
“Yeay.. jumpa Nenek Mas dan Atuk Din!” Sorak Aulia sendiri.
Adiff ni mcm emotions ball ah, stress lol XD tapi realiti mana ada yang purfect cis ._.
Good job, nevertheless!
@ faten i think i tulis dia mcm tu sbb bila tgk kat tv, selalunya bila kita dpt tahu crush kite ada org lain kita jadi panas hati tau. And confused. Confusion tu akan buat kite jadi mudah marah, moody gitu laa... Lagipun lelaki kan selalunya mcm possessive gitu...
Post a Comment