Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Adiff Adyra

“Dyra!”
Adiff mengejarnya sebaik keluar kelas.
“Dyra, kau dengan suami kau dah okey ke?” Soal Adiff.
Berkerut wajah Dyra mendengarnya namun sedikitpun dia tak menoleh memandang Adiff. Langkahan diteruskan.
“Dyra..” Adiff menagih perhatian. Dyra buat tak peduli. Dia tak mahu tersasul bicara lagi. Biarlah tenang hati ini, barulah dia berkongsi rasa. Adiff enggan mengalah. “Dyra, aku free jumaat ni.”
Dyra berhenti lalu memandang Adiff. “Adif, aku dah cakap yang aku tak ada suami. And kalau aku gaduh dengan suami aku pun, kawan lelaki yang baik takkan masuk campur. Itu cuma menyimbah minyak ke dalam api je..”
Adiff terdiam mendengar balasan Dyra. Dyra bersuara garang seperti ada harimau yang membakar semangatnya.
“Dyra, aku cuma..”

Kata-kata Adiff terhenti apabila Dyra menahan kereta Iswara yang selalu dinaikinya dan bergerak ke tingkap bahagian pemandu. 
“Abang Li, boleh turun sekejap tak?”

Kereta itu diparkir sedikit jauh dari kawasan kafeteria, di tempat yang tidak mengganggu lalu lintas. Lelaki yang selalu menjemput Dyra menghampiri mereka dan menghulurkan tangan kepada Adiff.
“Sazli, abang Lya.”

Adiff jadi hairan. Seingatnya, Adyra Dahlia dan Adyra Nadia adalah kembar tunggal dan tiada adik-beradik lain. Selain adik-adik tiri Nadia setelah bapanya berkahwin lain. Sejak bila pula Dyra ada abang?

“Abang Sazli ni anak mama aku dari perkahwinan dia sebelum dengan ayah aku. Mama dan pak cik dah kembali bersama sejak kitorang umur 10 tahun.” Dyra menerangkan kepada Adiff. “Yang kitorang pindah sekolah tu, sebab mama dan ayah bercerailah.”
Adiff terlopong.
“Hmm, alang-alang kita dah ada kat sini.. Apa kata kita lunch dulu. Masih ada masa ni..” Ajak Sazli sambil mengerling jam tangannya.
“Eh, Aulia macam mana? Nanti dia tunggu kita pulak..” Tingkah Dyra memikirkan Aulia di pejabat.
“Oh, abang minta Leesa jagakan dialah nanti.” Mudah penyelesaian lelaki itu. Satu panggilan dan selesai.
“Abang ni, asyik susahkan Kak Leesa je. Abang kahwin dengan dia je lah.” Marah Dyra dengan bapa tunggal itu.
“Pulak dah.. Dah itu memang kerja dia untuk jadi pembantu. Biarlah dia.. Nanti abang bagi bonus kat dia banyak-banyak.” Balas Sazli selamba.
“Banyak duit abang..!” Dyra masih tidak bersetuju dengan pemikiran Sazli.
Memandang Adiff yang tersisih sendiri, Sazli terus menukar topik untuk ke kafeteria. “Jom..!” 

“Ermm.. Aulia tu siapa?” Soal Adiff setelah keadaan kembali tenang. Masing-masing fokus menghadap makanan yang dipesan.
“Aulia tu anak aku. Isteri aku meninggal waktu bersalinkan dia. Jadi, dia memang tak kenal dengan ibu dia. Kiranya dia menumpang kasih dengan Lya lah sekarang ni..” Jawab Sazli selamba. Namun Adiff dapat mengesan dia menyembunyikan perasaan sambil melihat ke dalam pinggan.
“Oh, jadi Aulia tahu yang Dyra bukan ibu dia?” Adiff menyoal lagi, sedikit belas terhadap nasib anak buah Dyra.
“Dia tahu.. Dia tu pandai budaknya. Setiap raya kami pergi ziarah ke kubur arwah. Jadi sedikit sebanyak Aulia tahu tentang ibu dia.” Jawab Sazli.
“Berapa umur Aulia?” Sengaja dia berbasa-basi.
“Berapa tahun eh, Lya?” Sazli tidak mengingati.
“Lima tahun.” Dyra tarik muka. Apalah, sebagai ayah sepatutnya dia lebih tahu.
“Oh, hahah! Ingat kan tahun depan dia dah nak sekolah dah..” Sazli mentertawakan diri sendiri.
“Tahun depan masuk tadika..!” Dyra jadi cemberut.
“Hmm..” Sazli mengangguk-angguk.
Adiff pula terus mengangguk. Barulah dia mengenali latar belakang Adyra Dahlia. Nampak complicated, mungkin itulah yang membentuknya menjadi gadis sophiscated.

“Nama kau Adiff ya?” Tiba-tiba Sazli pula menghulur soalan.
“Ya, saya.” Adiff jadi tergagap.
“Department sales and marketing?”
“Ya..?” Adiff tertanya dari mana Sazli mengetahuinya.
“Oh, dia lah yang Tuan Dahlan sebutkan dua tahun lepas kan?”
Dyra membuntangkan matanya.
“Hebat kau dapat prepare proposal untuk kembangkan sayap kita ya? Walaupun Meor yang handle preparation semua, tapi Tuan Dahlan puji proposal canggih tu.”
“Abang, shh..”
“Sampaikan tiba-tiba dia mention, kalau Dyra nak kahwin dengan kau pun dia setuju je.”
“Abang..!!” Marah Dyra.

Darah menyerbu muka Adiff. “Tuan Dahlan sebut apa tentang saya?”

“Tak banyak..”
“Takde apa!” Dyra memotong. Jari diletakkan ke bibir sebagai tanda menyuruh Sazli diam.
“Hahaha..” Sazli terhibur melihat ulah Dyra. “Cuma dia banyak puji pencapaian kau.” Ujarnya.
“Eh, kau belajar sini? Sambung buat apa?”
“Saya sengaja nak tambah ilmu tentang human resource, mana tahu ilmu tu boleh bantu saya dalam marketing.”
“Eh, ada kaitan ke?” Sazli ketawa lagi. “Bolehlah.. Mana tahu idea kau tu panjang sampai boleh kaitkan macam-macam lagi. Lagipun senang sambil kau berkawan dengan pelajar yang lagi muda kan.. Bolehlah tahu marketing jenis macam mana yang sesuai untuk zaman sekarang.”
Adiff mengangguk-angguk saja.

Henfon Sazli berbunyi.

“Ya?”
“Eh? Kenapa? Teruk ke?”
“Hmm, kamu peluk dia dulu. Nanti kami sampai. Cuba tenangkan dia.”

“Kenapa, bang?”
“Aulia mimpi buruk.” Jawabnya ringkas. “Jomlah kita balik. Waktu rehat pun dah nak habis ni.”



Sambil menunggu pesanan sampai, Dyra diam sahaja. Pandangannya dilarikan daripada melihat ayah kandungnya yang duduk berhadapan.  Janggal sekali kedudukan ini pada pendapatnya.
“Lya.. dah tak pakai purdah ke?” Ibu tirinya bertanya.
“Purdah tu Nad punya. Lya…” Dyra hanya mampu menggelengkan kepala. Sukar baginya untuk menerangkan keputusannya.
Puan Mastura mengangguk sahaja. Purdahnya dibetulkan. Adik-adik tirinya, Nasha dan Nash, hanya memerhati.
Dyra perasan Sazli asyik menjenguk ke pintu utama restoran. Sepertinya dia sedang mencari sesuatu.
“Eh, sini.. sini..!” Sazli bangkit memanggil. Dyra memandang ke arah yang sama. Matanya terbuntang.  Dia bertindak memijak kaki Sazli.
Sazli mengaduh kecil, namun dia lebih teruja mengajak Adiff ke meja makan.
“Ayah.. Mama.. Ini Adiff, head staff marketing department kita.”
“Eh, bukanlah.” Adiff menyanggah. “Saya timbalan ketua jabatan saja.”
“Samalah tu.” Celah Sazli sebelum menjemput Adiff duduk di sebelahnya.
Tuan Hadi dan Puan Adriana mengangguk sahaja. Mereka sudah mengenali lelaki ini saat dia menyatakan lamarannya lima tahun lepas.

Sazli memanggil pelayan untu memesan sepinggan nasi lagi untuk Adiff. Suasana jadi kekok seketika.

“Adiff..” Tuan Nasrudin cuba mengingati. “Kamu ni bukan dari HQ kan? Cawangan mana ya?”
“Saya dari anak syarikat JS.” Adiff menjawab.
“Oh, Jemari Seni?” Duga Tuan Nasrudin.
“Bukan, Jaya Setia.” Adiff membetulkan.
“Jaya Setia..?” Tuan Nasrudin dan Tuan Hadi berpandangan. Kemudian mereka mengangguk-anggukkan kepala.

“Oh, yang Abang Dahlan kata pekerja berjasa tu kan? Yang naikkan nama Jaya Setia dalam syarikat?” Puan Mastura pula mencelah.

Adiff menelan liur. Melihatkan wajah-wajah yang ada semeja dengannya, barulah dia menyedari dia kini berdepan dengan pihak atasan dalam syarikatnya. Teringat pula akan hakikat yang Dyra ini, anak saudara kepada Tuan CEO syarikat induk.
‘Relaks, diorang semua tak makan orang. Even Tuan Dahlan pun baik hati orangnya. Dan aku ni datang atas jemputan Sazli.’

Sebaik sahaja Sazli memutuskan talian, Dyra mengemaskan meja dan meletaknya di tempat yang disediakan. Dia terus ke sinki untuk membasuh tangan dan membetulkan letak  tudungnya.
“Oh ya, Adiff. Kau free tak Jumaat ni? Boleh lah join dinner kitorang. Tambah pengalaman sekali..” Sazli mengajak.
“Dinner apa?” Adiff  berasa ralat untuk menerima ajakan itu.
“Datang je.. Bagi contact number, nanti aku send alamat.” Sazli mendesak.

“Hmm, tak salah pandangan Dahlan. Memang nampak sepadan dengan Dyra.” Luah Tuan Nasrudin membuatkan Adiff jadi segan. Tambah pula, semua mata memandangnya seperti sengaja ingin menilai.

CLANK!

Cawan diletakkan ke meja dengan kasar. 
“Nasha rasa ayah ummi dah lupa kenapa kita buat dinner ni…” Rajuk anak muda itu.
“Oh ya..!” Tuan Nasrudin meminta maaf. “Actually hari ni kita nak sambut kejayaan Nasha dan Nash. Nasha berjaya menjuarai pertandingan debat di sekolahnya tempohari. Nash pula terpilih jadi wakil sekolah ke peringkat negeri. Bulan depan pertandingannya, kan Nash?”

Nasha buat muka bangga. Nash pula senyum segaris. Nash lebih menumpukan kepada makanan yang sedang dihidangkan. Satu persatu hidangan dihantar ke meja.

“Tahniah, Nasha..!”
“Nash nanti mesti sibuk dengan latihan kan..?”
“Work hard. Tahun depan SPM pulak..”

Silih berganti ucapan tahniah daripada Puan Adriana, Tuan Hadi dan Sazli. Adiff juga mengucapkan tahniah. Katanya dia bertuah dijemput untuk sama meraikan. Dyra bangkit berdiri. 
“Lya, nak ke tandas sekejap.”

Suasana meja berubah senyap.

“Abang ni mesti ada buat salah dengan Kak Lya kan? Nasha tak setuju abang dengan Kak Lya.”
“Nash pun tak setuju. Lya banyak kali kata dia tak suka.”

Nasha dan Nash menjeling tajam ke arah Adiff. Adiff terdiam kaku.

“Eh, kenapa cakap macam tu?” Puan Adriana memaksa ketawa.  “Adiff banyak pencapaian yang membanggakan syarikat. Sama macam Nasha dan Nash banggakan ayah dan ummi.”
“Nah, makan ikan salmon ni. Sedap kuah steam dia..” Puan Mastura menyenduk lauk ke dalam pinggan anak-anaknya. Sebelum berbisik, “tak elok cakap macam ni tau. Ini hal orang besar.”

“Tapi kitorang tahu pandangan Kak Lya lebih penting dalam hal ni.” Nasha bersikap lantang. Mungkin itulah kriteria seorang pendebat.
Adiff menelan liur.

Seketika kemudian, Dyra kembali ke meja. Sisi muka tudungnya tampak basah. Mungkin dia membasuh mukanya di tandas.

“Anyways, thank you ayah sebab belanja Nasha dengan Nash makan besar macam ni.” Nasha sengaja mengubah suasana. Namun dia sempat menjeling Adiff sebagai tanda amaran.

“Papa, Aulia nak patin.” Si kecil bersuara. Air milo di dalam cawan sudah habis diminumnya. Patutlah sedari tadi diam sahaja!
“Ni salmon, Aulia. Bukan ikan patin..”
Semua tertawa mendengar kata-kata Aulia. Ikan patin saja yang dia kenal.



Selesai makan, semua orang meninggalkan Dyra bersama Adiff. Sazli membawa Aulia berjalan-jalan berdekatan kolam ikan yang menjadi tumpuan pengunjung. Manakala Tuan Hadi dan Tuan Nasrudin masing-masing sibuk dengan pasangan masing-masing. Nasha dan Nash menghilang entah ke mana.
Dyra berganjak mendekati kolam ikan. Dia ingin menemani Aulia. Adiff mengejarnya.

“Dyra..”
Dyra tidak menjawab. Sekadar menikmati angin malam. Lampu-lampu yang menerangi kolam menjamu mata.
“Dyra.. Adiff nampak greenlight daripada both parents Dyra.” Adiff memulakan bicara. Dia menempati ruang di sisi Dyra. “Hati Adiff masih sayangkan Dyra. Belum ada mana-mana perempuan lain yang singgah sejak lima tahun ni. Could you.. reconsider me?”

“Adiff..” Dyra berpaling memandang wajah Adiff. Matanya kelihatan menawan di sinari cahaya malam. Jantung Adiff bagai terhenti sesaat.
Dyra mengeluh halus. “Jawapan Dyra masih sama. Im a broken soul. Im lost for six years already. I tried to get a grip. But theres not a person fit to replace her.”

“Barang yang rosak memang takkan sama seperti asal. Dibaiki sekalipun, masih takkan sama.. Tapi proses membaikinya boleh juga menukarkan barang itu menjadi sesuatu yang berbeza.” Balas Adiff. Dia menolak ke tepi lamarannya, dan cuba mendalami hati seseorang yang kehilangan. Pada pandangan Adiff, Dyra masih belum sembuh daripada kehilangan kembarnya. Dalam bahasa mudah, she hasn’t move on.

Air mata Dyra mengalir. Kata-kata Adiff membuka matanya untuk meneruskan kehidupan tanpa dibayangi kembarnya lagi. Sebenarnya, dia sudah menyedari hakikat ini sejak beberapa hari yang lalu. 
“Dyra nak belajar untuk kuat dengan diri sendiri dulu. Belum terbuka lagi hati ni untuk cinta. Lagipun, Dyra dah cukup sibuk dengan Aulia walaupun dia bukan anak sendiri. Dan Dyra tak sanggup kalau nasib anak Dyra sama macam Aulia…” Dyra menceritakan rancangannya untuk diri sendiri.

“Dyra memang tak teringin nak anak sendiri ke?”

Dyra terdiam membayangkan.
“Kalau nak pun bukan dengan Adiff.” Dia tergelak.
“Sorry Adiff. Dyra rasa, Dyra cuma anggap Adiff macam kawan biasa. Tak ada special feelings of sort…”

Adiff tersenyum. Lega hatinya apabila diberi jawapan yang absolut. Tidaklah dia mencari-cari ruang kemungkinan untuk mereka bersama.
“Jadi Dyra nak hadapi semuanya sendiri? Walau tanpa Nadia?”

“Sejak umur 10 kitorang dah terpisah. Lagipun, actually Dyra bukan sendiri. Dyra ada Aulia, Abang Sazli, mama dan pakcik Hadi. Ayah, ummi, Nasha dan Nash pun bukannya teruk sangat. Dyra je yang tak nak terima diorang.”

“Yep, you have a good family. And its a big family too.” Puji Adiff. “Eh, kalau sayang sangat dengan Aulia kenapa tak kahwin je dengan Sazli?”

“Hei, dia anak mama aku lah! Mana boleh kahwin!!”



Dua bulan sudah berlalu sejak perbincangan malam itu. Kini mereka dipertemukan semula dalam sebuah mesyuarat. Karisma Dyra terserlah dibalik jawatannya sebagai seorang setiausaha syarikat. Kerjanya sebagai pensyarah juga tidak diabaikan. Adiff juga semakin berkaliber setelah mendapat kenaikan pangkat. Mereka bertembung sewaktu keluar dari bilik mesyuarat. 
“Hei, tahniah you’ve been promoted. Dengarnya kau dah bertunang juga ya?”
“Thanks. Haha, mak aku dah tak sabar nak menimang cucu katanya. Tunang dengan orang satu kampung.”
“Oh.. Take good care of her. See ya.”
“Yeah, you too.”

Gila. Dyra gila kerja. Boleh ke buat dua kerja macam tu?
#misiady #misiaku pun belum selesai. Fighting~!
Bila aku pulak boleh dapat jawapan absolut? Please consider me,awak.. >.<


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous