Be mine?
Memandang ke langit tanpa perasaan, aku mengeluh sendiri. Entah apa perasaan yang berbuku menyesakkan dada ini? Tangan gatal menekan namanya di dalam contact list WhatsApp.
"Tengah buat apa tu ?"
"Tengah study, esok ada test."
"Oh, test Miss Lai ke? Good luck lah.."
"Haah, kau dah kuiz eh? Soalan apa yang keluar?"
"Subjek ni kan aku dah ambik sem lepas.. Aku terdengar ada course mate yang lain cakap pasal test Miss Lai. Aku teka je laa, kau test apa esok.."
"Ohh.. Test Miss Lai selalunya senang ke susah?"
"Hahaha... Banyak-banyakkan lah doa dan selawat sebelum dapat soalan tu.."
"Erkk.."
Aku membiarkan sahaja mesej itu tak berbalas. Memberi ruang untuk dia meneruskan menelaah pelajaran. Pandangan dilepas kembali ke langit.
Dah berapa hari entah tak jumpa dia.. Asyik sibuk je... Lagi-lagi bila elektif kursus semua tak sama... Hm...
Actually, yang menyesakkan dada ni... rindu ke?
"Hoi, tak tidur lagi ke?" Tegur Hakim di muka pintu. Mana dia tahu aku tak tidur lagi ni? Aku lupa tutup pintu ke lepas pergi tandas tadi?
"Kau tu apa kurangnya? Gaming eh? Sudah-sudah lah, aku boring tengok kau asyik gaming je.." Balasku sengaja mengutuk tabiatnya yang suka bermain permainan online sehingga ke pagi.
"Aku lapar laa.. Terasa nak makan maggi asam laksa pulak."
"Weh, nak satu!"
"Tak boleh, asam laksa tinggal yang last!"
"Alaa.. Masakkan laa maggi apa pun... Please, master chef.."
"Adilah..!"
"Hey, Khairul. Buat apa kat sini? Join event ni jugak eh?"
"Takdelah. Saja tengok-tengok. Kawan aku kata ada pameran Ripley's Believe It Or Not. Aku datang nak selfie."
"Hahaha, kitorang ambil dari internet je laa segala info gambar semua tu...!"
"Huh, ya ke?" Khairul kelihatan kecewa menyedari dirinya tertipu. "Takpelah. Gambar dia besar kan? Okey je, buat selfie.."
"Haa, ya lah. Enjoy!"
"Kau jaga kaunter sampai bila?"
"Sampai petang kot.. Orang yang patut jaga lepas ni ada hal lain.. Tu pasal aku stand-in ni.."
"Hmm, ya ke? Okeylah macam tu.. Later, then.."
Aku tersenyum sendiri. Tak mungkinlah dia sengaja datang seorang semata-mata untuk selfie dengan barang pameran. Ingat aku tak tau ke niat dia?
Tapi selagi dia tak mengajak dengan ayat jelas, usahlah aku terhegeh-hegeh. Kerana dia seorang yang menjaga batas pergaulan, tak seharusnya aku membiarkan dia melanggar batas itu hanya kerana permintaan kecil dariku untuk perjanjian itu.
"Dilah..!" Seorang kawan menegurku "Kau menangis ke? Kenapa ni??"
Eh? Aku mengesat pipi. Benarlah ada cairan hangat yang mengalir dari mataku. Tiba-tiba pulak!
"Dilah, badan kau panas ni.. Kau demam eh?"
Kalut. Sejak bila pulak aku terkena demam panas ni? Pandangan terasa berpinar. Pulakk! Pening kepala bertandang. Buat malu je, sakit time tengah bertugas kat kaunter ni. Nasib baik pengunjung tak ramai dekat pintu masuk ni!
"Adilah, kau okey?"
Aku membuka mata. Siapa pulak mamat ni? Khairul ke?
"Oit, apasal lembik je? Pagi tadi kau okey je.."
Suara yang berbeza. Terasa tubuh ini ditarik berdiri. Aku memegang kepala. Berdesing telinga menahan sakit. Entah virus apa entah yang datang berjangkit..
"Kau boleh jalan tak? Haha, dah macam tenggiling ke apa jalan macam ni..."
Kaki diseret mengikut saja ke mana mamat ni memapah aku. Bila difikirkan balik, lelaki yang selalu bawa mulut puaka dengan aku macam ni ada seorang je. Tak lain tak bukan, si Hakim. Siapa pulak lah yang call dia suruh datang ambil aku?
Uwekk.. Tekak terasa loya. Tapi tak ada rasa nak muntah pulak. Hanya perasaan. Mungkin masuk angin kot yang bawak rasa nak muntah ni.
Aku bangkit perlahan-lahan memandang jalan.
"Kau okey, Adilah? Dah nak sampai rumah kau ni.."
Huh? Ini kereta Khairul? Macam mana pulak dia boleh tahu jalan nak ke rumah aku ni?
Mata menangkap motor yang ditunggang Hakim di depan.
Oh, Hakim tunjuk jalan ke? Eh, apa jadi dengan kereta aku pulak?
Aku tersandar kembali dan terlena semula. Betullah, hangat badan ni.. Berbisa!
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment