Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita
"Zairin!" Terkedek-kedek dia berlari menjauhi ibunya. Aku tersengih sahaja.
"Awak..! Tolong lah kita kejar anak awak tu! Ya Allah, jauhnya berlari.."

"Rin..!" Aku melaung mesra seperti selalu. Si kecil terus terhenti. "Sini kat ayah.." Aku memanggilnya datang dekat kepadaku. Si kecil jauh berpusing ke hujung meja, mengelak daripada bertembung ibunya. 
Aku mengelap mulutnya yang bersisa kuah ayam masak kicap.
"Kenapa Rin lari-lari? Makan duduk ya, sayang.."

Si kecil aku angkat dan dudukkan di kerusi bersebelahanku. Dia sekadar mengangguk-angguk. Tangannya mencapai telur rebus di dalam pingganku.
"Rin.. Jangan main jauh-jauh, okey? Nanti kalau ibu dan ayah tak nampak Rin.. Nangis ibu tau.."

Si kecil hanya memandang wajahku dengan pandangan kosong. Kecil lagi budak ni, tak tahulah dia faham ke tidak..

"Rin.." Suzana mengambil tempat di sebelah si kecil. Biar si kecil rasa selamat duduk di antara kami. Eh, tapi dia nampak tak selesa dengan ibunya ni..?
"Makan elok-elok, Zairin.. Ni dah basuh tangan ke belum? Tadi asyik berlari ke sana sini..?"

Si kecil tak pedulikan kata-kata ibunya. Tangannya terus menyumbat apa saja makanan yang dapat dicapainya.

"Biarlah dia, Ana.. Dia dah cukup besar untuk itu. Lagipun tadi kan dah basuh tangan..?"
Ah, menyesal pula bercakap banyak-banyak. Patutnya aku tipu je tadi.

"Ha, belum basuh tangan la tu maksudnya kan? Meh sini..!"  Suzana terus menarik tangan Zairin dan mengalirkan air dari tempat basuh tangan.
Aku menggeleng. Si kecil tu tengah makan, diganggunya pula!

Zairin turun dari kerusi. Protes lagi lah tu!

"Nak ke mana tu? Zairin!"

"Ana..." Aku menghalangnya daripada mengejar si kecil. "Malu lah orang dok tengok Ana berlari-lari, terjerit-jerit.. Macam budak kecil pulak."

"Yang kecil tu bukan kita, tapi Zairin tu. Hah, tengok dah sampai mana dia pergi?!" Suzana memarahiku kembali. Dia bangkit dari duduknya, bersedia untuk mengejar si kecil. Namun genggaman tak kuleraikan

"Ana..!" Aku menarik tangannya. "Biarlah budak tu. Biar dia explore. Tak ke mana pun. Semua orang yg ada kat majlis ni, semuanya kita kenal.. Semuanya baik-baik.."

"Tapi, awak...!" Dia menarik tangannya dari genggamanku tapi aku enggan melepaskannya.

Aku menggeleng, memberi isyarat agar Suzana membiarkan saja anaknya itu. Suzana duduk semula dengan sepotong amaran. 

"Kalau ada apa-apa jadi, awak tanggung!"



"Zairin mana?" 
Soal Ira sebaik Suzana bersalaman dengannya.
"Dengan Zairi." Balasnya seperti lepas tangan. 
Teman sepejabatnya itu memandang ke arahku. Suzana berpaling. Nampaknya dia tidak sedar aku mengikut di belakangnya.
Aku bersalaman dengan majikannya si raja sehari. Ucapan tahniah aku hulur buat pasangan pengantin baru.
"Zairin mana, awak?"

Tanpa menjawab, aku berpaling dan mengitarkan pandangan ke seluruh dewan majlis. Zairin?

"Kan kita dah cakap tadi, tengok apa dah jadi?!"

Dia ada cakap apa-apa ke tadi?

"Ana pergi cari sebelah sana, Zai cari sebelah sini." Aku mengarah. Sengaja biar kami terpisah, kononnya lebih senang mencari.
Aku lihat Suzana bukan main kalut lagi mencari anaknya itu.
Aku terus ke hujung dewan dan keluar dari pintu yang ada di situ.

"Rin buat apa kat sini?"
Si kecil berpaling ke arahku apabila ditegur. Tangannya penuh dengan tisu, cuba membersihkan kesan coklat yang tumpah di baju dress nya.
"Mana Rin dapat coklat ni?" Aku jadi kesal. Ini kalau Suzana dapat tahu ni, memang mengamuklah dia. 
Si kecil menunjuk ke arah mesin aiskrim yang dijaga seorang pekerja di satu sudut dewan.
"Kenapa Rin makan aiskrim?!" 
Cepat-cepat aku menariknya ke tandas.

"Datang kat tandas sebelah kiri dewan ni. Bawa beg sekali. Cepat sikit!" Aku terus mematikan talian tanpa sempat Suzana membuka mulutnya.
Aku membantu si kecil berkumur-kumur untuk membasuh sisa-sisa aiskrim yg ada di dalam mulutnya. Aku mengurut dadanya apabila dia mula terbatuk-batuk.
Dia menangis.

"Kan ayah dan ibu selalu pesan.. Rin tak boleh makan aiskrim.. Orang bagi ke, Rin nak ke.. Rin tak boleh.. Rin kena tunggu kat syurga nanti, yang kat syurga lagi bagus.. lagi sedap.. "

"Sini bukan ke?"

Sini bukan ke apa?  Si kecil ni ingat ini syurga ke? Tahulah wedding hall ni cantik, indah terletak.. Haih..!

Henfon berdering. Aku mematikannya dan terus keluar. "Tunggu ayah sekejap."

"Kenapa dengan Zairin? Awak bawak dia masuk tandas lelaki kenapa?" Wajah Suzana berkerut risau. Aku mengambil beg dari tangannya.

"Rin makan aiskrim." Matanya terbuntang.



Suzana tetap memeluk erat tubuh Zairin saat lengannya menerima suntikan untuk alahan. Si kecil diam sahaja. Dia mengangkat muka apabila merasai air mata menitik ke bahunya. Matanya terpaku menatap wajah ibunya yang kerisauan. Doktor mengatakan yang dia tidak akan apa-apa. Hanya perlukan sedikit rehat sebelum dia kembali normal semula. Suzana mengomel betapa teruknya bengkak di muka Zairin. Si kecil tetap diam merenung wajah ibunya yang basah dengan air mata.
Aku menggeleng sahaja. Lepas ni, insaflah budak tu.


Sorry for being sadistic here. Aku tak tahulah apa purpose aku tulis episod ni.. Mungkin ... Entahlah.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous