"Kak Ana?"
Wajah Ira nampak kelam di mataku. Dia memanggilku sekali lagi dengan suara cemas. Ketika itu, aku sudah berpaut pada sinki tandas. Kaki aku jadi lemah sepertinya aku ini mabuk darah pula.
"Akak, tak apa-apa ke?" Ira memegang lenganku. Aku membasuh muka berkali-kali kemudian kembali ke mejaku dengan bantuan Ira. Sungguh, aku terasa begitu lemah.
"Akak kenapa sebenarnya? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Ira panik memandangku. Mungkin muka aku begitu pucat sekarang ni. Entahlah, selalunya orang berkata begitu. Nampak pucat tu macam mana pun aku tak tahulah.. Pandanganku semakin kelam. "Nak Ira call suami akak ke?"
Call Zai..? Ya, call lah dia. Bagitau dia yang aku takut..
"Puan ini kena banyak berehat, nampaknya hormonnya masih belum seimbang.. Kandungannya berisiko tinggi. Kami sarankan dia tinggal di rumah sahaja untuk beberapa hari ini."
Sebaik sedar, aku lihat Encik Shahrizal mengangguk sebelum mengiringi doktor itu keluar. Aku lega mendengar yang anak aku masih selamat dalam kandungan. Mata masih terasa berpinar, kemudian baru aku perasan Ira setia di sisiku sambil menggenggam tanganku.
"Akak.. akak rasa macam mana sekarang? Okey tak?" Ira nampak begitu bimbang sekali. Aku tidak mampu untuk menjawabnya. Tekak terasa kering.
"Boleh.. ambilkan air?"
Ira segera mendapatkan air untukku. Mana Zairi? Kan Ira kata nak call dia...?
Lama.. lama aku berehat di sini. Sehingga ke petang, barulah aku rasa larat untuk berdiri dan berjalan. Kenapa dengan aku ni sebenarnya? Terdetik di hati untuk bertanya kepada Ira.
Kata Ira, aku sedikit anemik disebabkan kehilangan darah yang banyak. Tetapi tiada perkara lain yang perlu dirisaukan. Doktor sarankan aku supaya banyakkan berehat dan jaga pemakanan. Itu sahaja.
Ugh, ayat yang sama diberikan dengan doktor semalam. Aku rasa tak sedap hati. Jap, Zairi mana?
"Ana.. Suzana..!" Zairi berlari mendapatkan aku. "Kau okey? Sorry aku lambat.. Aku kena masuk mahkamah hari ni.."
Zairi... Automatik, tangan menampar bahunya. Berkali-kali dan air mata pun jatuh. "Ana penat tunggu Zai tau tak..? Zai tak mesej pun bagitau Zai lambat ke, Zai tak datang ke.."
"Ana.. kau sakit, mestilah aku datang tengok kau. Tapi mesej masuk masa aku kat mahkamah, kau tahu kan mahkamah tu biasalah sampai sejam dua jam.. Im sorry, okay?"
Aku berhenti. Cukuplah sekadar tayang drama air mata secara percuma dalam hospital ni.. Yang lain-lain boleh sambung kat luar ya, sayang. Sayang anak ibu, jangan selalu ikutkan perasaan.
Ceh, aku ni nak menyalahkan anak aku pula. Jujur aku memang takut, jadi aku perlukan Zairi. Aku boleh berlagak kuat, tapi aku perlukan Zairi. Aku perlukan dia untuk menghadapi semua ini.
Tangan Zairi aku gapai lantas menariknya untuk keluar bersama.
Turun dari kereta, aku mengucapkan salam hormat dan terima kasih kepada Encik Shahrizal. Dia menawarkan aku untuk pulang menaiki keretanya kerana itu lebih selamat daripada membonceng motor Zairi. Zairi bersetuju dengan cadangan itu. Lagipun dengan kehadiran Ira, Zairi percaya aku takkan diapa-apakan oleh Encik Shahrizal.
Zairi ni.. Ada ke kata Encik Shahrizal ni akan buat apa-apa kat aku? Aku menggeleng kepala memikirkannya.
Zairi menyuruhku segera masuk ke rumah. Yalah, aku ni pun satu. Tercegat depan pagar ni buat apa?
Zairi terus ke dapur dan menyediakan bahan memasak. Timbul rasa cemburu di dalam hati ini. Zairi sangat pandai memasak. Boleh dikatakan setaraf dengan masakan Chef Ammar. Aku? Skil memasak aku dah berkarat. Asyik makan masakan Zairi je.. Dah lama aku tak masak sendiri!
Zairi menyuruhku mandi, tetapi aku tetap duduk di sisinya melihat dia memasak. Ingin aku membantu tetapi dia menegah. Sekadar tengok je lah yang aku mampu lakukan..
"Zairi," aku menggamit perhatiannya. "Kalau baby ni gugur macam mana?"
"Shh.." Telunjuk Zairi melekat di bibirku. "Jangan cakap macam tu.. Kau kuat untuk semua ni, aku tahu. Cuma kau perlu yakin je.."
"Dan teruskan berdoa." Aku menyambung nasihat Zairi. Ya, takdir itu milik Allah. Dan kepadanyalah kita serahkan segala pengharapan.
Suasana ditelan sepi.
"Eh, sekarang dah pukul berapa? Ana dah solat Asar ke belum? Zai nak mandi dulu, lepas Maghrib baru kita makan. Okey?" Zairi menyedari jam sudah menunjukkan lewat petang. Dia membasuh tangannya dan ingin keluar dari dapur.
Haahlah, balik dari hospital tadi terus je aku mengikut Zairi masuk ke dapur. Solat pun terlupa.
"Ana.. esok Zai hantar Ana ke rumah ibu ya? Bos Ana kata dia akan luluskan cuti seminggu untuk Ana. Katanya, lepas dengar kata-kata doktor ada baiknya Ana berehat dulu."
Air mata hampir jatuh mendengar pesan Zairi. Balik ke rumah ibu dan abah?
"Kau kata kau bosan duduk rumah ni sorang-sorang. Aku kerja, lagipun kau memang perlukan orang untuk jaga kau. Duduklah dengan ibu, ya?" Sambung Zairi lagi sambil menyuap nasi ke mulutnya.
"Kau ikut sekali tak?" Suaraku bergetar.
"Hah? Aku kerjalah.." Selamba dia membalas.
"Pergi kerja dari Damansara tak boleh ke? Jauh sangat ke dengan ofis Zai..?" Aku tahu permintaan aku ni terlalu pentingkan diri sendiri. Tapi... Ah, cengeng! Air mata ni murah sangat sejak adanya baby ni...
"Takpelah, its okay. Ana faham.." Aku cuba bertenang. Nasi di dalam pinggan cuba dihabiskan.
"Ana.. Zai janji Zai akan datang tidur sana bila hujung minggu and bila-bila yang Zai tak sibuk."
Dia cuba menyedapkan hatiku. Aku sekadar mengangguk.
Post a Comment